Tuesday, 27 May 2014
#PRK Teluk Intan: Kongsi Gelap Jangan Campur Urusan Pilihanraya......!!!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada PRK Parlimen Teluk Intan. Ahmad Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui PRK itu yang akan diadakan Sabtu ini. "Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana". "Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31hb ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk. Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata PRK itu bukanlah soal perjudian politik, dan menggesa agar urusan memilih diserahkan kepada pengundi di kawasan Parlimen Teluk Intan. Dalam pada itu, Ahmad Zahid sekali lagi menyelar segelintir wakil media yang terus memutarbelitkan kenyataannya berhubung sumbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Justeru, beliau mengingatkan masyarakat Teluk Intan agar tidak terperdaya dengan propaganda pihak pembangkang khususnya dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment