Tuesday, 27 May 2014

#PRK Teluk Intan: Pimpinan PAS Akan Boikot......!!!

Sempena PRK Teluk Intan ini, pimpinan PAS dijangka akan boikot pilihanraya ini akibat daripada tindakan calon DAP, Dyana Sofea mensensasikan isu spender Stoppa Ali.....!!!

#PRK Teluk Intan: Dyna Bakal Tewas.......!!!???

Apakah Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti sekitar 7,000 pada PRU 13, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN. Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan. DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina. Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri. Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana. Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish". Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan BN/Gerakan. Malah dari sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri. Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri. Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain? Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini. Perlu diingat golongan yang terkesan dengan sentimen ini ialah warga Cina yang duduk di Teluk Intan dan bukan daripada kalangan muda-mudi yang sudah berhijrah di bandar. Oleh itu, DAP dilihat sudahpun memulakan gerakerja ‘Jom Balik Mengundi’. Gerakerja ini pula disusulkan dengan kenyataan yang memberikan gambaran kedudukan DAP kini berada dalam keadaan bahaya di Teluk Intan sebagai ‘galakan’ untuk memotivasikan golongan muda-mudi yang sering berlegar di ruang Internet ini untuk balik mengundi. Kemerosotan undi Cina sudah pasti berlaku, yang diharapkan DAP ialah kejatuhan itu tidaklah sehingga menjejaskan peluang Dyana untuk meraih kemenangan. Empat tahun lagi sebelum PRU 14 akan berlangsung. Untuk empat tahun ini, apa kata kita berbaik dengan BN dan mendapat segala apa yang diperlukan di PRK Teluk Intan kali ini sebelum memberikan undi kembali kepada DAP di PRU 14 nanti. Pemikiran itu kini berlegar di minda para pengundi Teluk Intan yang masih tinggal di kawasan parlimen tersebut. Hakikatnya, di peringkat kawasan, kekalahan DAP di sini tidak merugikan para pengundi di Teluk Intan. Malah, sebenarnya kekalahan DAP boleh memberikan banyak keuntungan kepada penduduk Teluk Intan dalam jangka masa pendek kerana BN akan memberikan segalanya kerana BN sangat dahagakan kemenangan. Apatah lagi, kerajaan Perak adalah di bawah BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Ini masalah terbesar DAP di peringkat kawasan. Bukan itu sahaja, di peringkat nasional pula, para pengundi Cina mula bertanya apakah faedahnya untuk membunuh parti komponen BN, terutamanya mereka merasakan harapan untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya semakin malap kerana pertelingkahan dalaman parti dan antara parti yang tidak habis-habis. MCA sudahpun membunuh diri. Apakah faedahnya jika mereka turut membunuh Gerakan dengan membiarkan Presidennya kalah di Teluk Intan? Semua tekanan ini memaksa DAP untuk bergantung kepada isu nasional dan berkempen ke arah menjadikan PRK Teluk Intan ini sebagai referendum untuk isu-isu nasional, termasuklah terhadap tindakan segelintir ahli UMNO yang bertindak di luar batasan undang-undang dalam konfrontasi ‘UMNO celaka’. Dilema orang Melayu selalunya adalah antara memilih antara UMNO dengan PAS. Keberanian DAP meletakkan Dyana di Teluk Intan membuka dinamik baru. Namun, Dyana tidak patut menyentuh mengenai isu hudud di PRK Teluk Intan. Meskipun Gerakan dan DAP menolak pelaksanaan hudud di Malaysia, tetapi di mata pengundi Melayu ada perbezaan ketara seorang wanita Islam menolak hudud berbanding seorang bukan Islam menolak hudud. Untuk tiga hari terakhir kempen ini, isu hudud oleh Dyna perlu dieksploitasi oleh BN. Jika ini berterusan akan ada golongan pengundi Melayu yang tidak akan mengundi langsung kerana serba-salah untuk memilih. Sokongan undi Melayu yang diperolehi oleh DAP pada PRU 13 perlu dikurangkan melalui viral pendirian Dyna menolak hudud. Pengundi luar adalah kunci kepada kemenangan DAP. Majoriti lebih 7,000 yang dikira amat besar pada PRU 13 adalah penghalang sebenar kepada pengundi luar untuk pulang mengundi. Sesiapa yang berlegar di Internet akan mendapat persepsi bahawa Dyana adalah calon 'favourite' di Teluk Intan. Ini bakal membahayakan kedudukan DAP jika pengundi luar Teluk Intan berfikiran sama. Pengundi luar akan mengambil sikap seperti para pengundi di Bukit Gelugor jika beranggapan parti yang mereka sokong sudah pasti menang. DAP tahu Dyana kini menghadapi kemerosotan undi Cina dan juga undi Melayu. Sekarang sasaran DAP hanyalah ‘asalkan menang.’ Majoriti 1 undi pun tidak apa. Jika Dyana tewas, DAP bakal menghadapi pergolakan dalaman. Lebih teruk lagi, DAP akan hilang keberanian untuk mencuba nasib dengan calon Melayu di kerusi Cina.

#PRK Teluk Intan: Analisis Sentimen Cina & Keangkuhan DAP.......!!!

P76 Teluk Intan mempunyai 60,483 pengundi berdaftar, pecahan kaum adalah Cina 42%, Melayu 38% dan India 19%. Politik Teluk Intan selama ini menyaksikan pertembungan kaum Melayu dan Cina tetapi yang menjadi penentu adalah kaum India. Bagaimanapun dengan pepecahan ketara kaum Melayu dalam era 2000 telah memberikan kaum Cina mendominasi politik Teluk Intan. Ini dapat dilihat dalam tsunami politik 2013, pada ketika itu kaum India telah beralih sokongan kepada BN kerana MP sebelum itu dari kaum India (DAP-M.Manogaran) gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun BN tetap kalah kerana sentimen kaum Cina yang mahu kerajaan di bawah penguasaan orang Cina (DAP). Sentimen kaum Cina memainkan peranan yang signifikan dalam PRU13 di Teluk Intan. Pada PRK Teluk Intan 2014 berikutan kematian MP Teluk Intan Seah Leong Peng (DAP), berlaku pertembungan satu lawan satu antara DAP dan BN. DAP telah meletakkan calon luar dan dari kaum Melayu iaitu Dyna Sofya. Tindakan DAP ini telah menyebabkan penentangan dari Ahli DAP Teluk Intan kerana membelakangkan pemimpin DAP tempatan. Tambahan pula calon yang diketengahkan ini terlalu muda pada usianya dan juga dalam berpolitik. Berikutan daripada itu ada bilik gerakan DAP yang ditutup kerana tidak mahu memberi kerjasama kepada DAP pusat dalam berkempen. Selain itu penyokong pemimpin DAP yang tidak dicalonkan itu juga tidak mahu memberikan undi kepada DAP. Terdapat juga khabar yang mengatakan DAP Teluk Intan telah memberi kata dua kepada PAS teluk Intan supaya tidak terlalu berkempen untuk DAP, atas alasan mereka tidak berkempen. Selain itu, disebabkan kurangnya pengalaman dalam berpolitik, calon DAP menunjukkan kelemahannya dalam sesi soal jawab dengan media, dan kelemahan ini telah digunakan oleh BN untuk menunjukkan betapa lemahnya calon DAP sekarang ini. Kaum Cina juga jelas tidak menyukai calon DAP kali ini. Selain dia dari kaum Melayu, calon ini juga tidak menunjukkan aura kepimpinan semasa berkempen. Bagaimanapun DAP mengharapkan sentimen kaum Cina terus membiak dan diterjemahkan dalam bentuk undi. MP DAP pada 2008, gagal melaksanakan tugasnya di Teluk Intan, banyak keluhan dari kaum Cina, India dan Melayu. Pengundi Cina berkata tidak akan undi DAP dalam PRU13. Sekiranya pengundi mengundi berdasarkan prestasi memang pada PRU13 DAP akan kalah. Namun DAP tetap menang kerana sentimen semata-mata. Pada PRK ini, DAP kelihatan angkuh dengan kaum Cina kerana meletakkan calon Melayu seolah-olah undi kaum Cina sudah pasti kepada DAP dan sekarang mahu undi Melayu kepada DAP. DAP melihat kaum Cina akan ikut sahaja keputusan DAP dan merendah-rendahkan keupayaan kaum Cina mempertimbangkan calon MP terbaik. Tindakan DAP telah menyebabkan konflik dalaman DAP Teluk Intan dan juga mengguris perasaan kaum Cina di Teluk intan. Pemilihan calon DAP melayu, tetapi menolak hudud dan berkempen menentang kepentingan Melayu telah menyebabkan orang Melayu membenci calon Melayu ini. Ia juga telah dijadikan senjata untuk BN berkempen kepada orang Melayu untuk menolak calon Melayu DAP ini. Mengapa mahu menyokong Melayu yang menolak agama dan bangsanya sendiri. Apa yang paling menyedihkan adalah sikap pemimpin dan penyokong PAS. Beberapa persoalan yang perlu ditanya pada penyokong PAS; adakah tidak memakai tudung itu berdosa?, berdosakah bagi orang Islam yang menolak hudud?.. jawapan yang penyokong PAS berikan adalah putar belit politik bukan dari sudut agama. Pada PRK ini menampakkan PAS menyimpang dari akidah Islam semata-mata untuk mempertahankan calon DAP ini. Pernah mereka memberikan pendapat yang mengatakan dalam situasi begini, elok diberikan undi kepada orang yang fasiq berbanding orang yang kafir. Tetapi bila ditanya adakah pendapat ini boleh digunakan di PRK Bukit Gelugor, mereka memberi jawapan politik penuh putar belit mempertahankan undi kafir DAP di Bukit Gelugor. Pemilihan calon Melayu DAP yang tidak bertudung dan menolak hudud ini telah menyebabkan PAS ibarat 'cacing kepanasan' dalam berkempen, dan telah menampakkan mereka berjuang untuk politik semata-mata dan bukan kerana agama. Sekiranya mengikut rekod perkhidmatan, boleh dikatakan DAP lemah pada penggal 2008-2013. Sekiranya mengikut sentimen kaum Cina, Jelas DAP angkuh dengan mengenepikan pemimpin DAP tempatan dan calon Melayu DAP juga jelas mengguris kaum Cina yang mahukan pemimpin Cina. Menariknya PRK Teluk Intan adalah persoalan adakah kaum Cina meletakkan pertimbangan rasional melebihi sentimen kaum, adakah mereka akan tutup mata dan membiarkan DAP menjadi angkuh tetapi masih memberi undi kepada DAP. Kaum Cina adalah penentu pada PRK kali ini.

#PRK Teluk Intan: Kongsi Gelap Jangan Campur Urusan Pilihanraya......!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada PRK Parlimen Teluk Intan. Ahmad Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui PRK itu yang akan diadakan Sabtu ini. "Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana". "Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31hb ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk. Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata PRK itu bukanlah soal perjudian politik, dan menggesa agar urusan memilih diserahkan kepada pengundi di kawasan Parlimen Teluk Intan. Dalam pada itu, Ahmad Zahid sekali lagi menyelar segelintir wakil media yang terus memutarbelitkan kenyataannya berhubung sumbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Justeru, beliau mengingatkan masyarakat Teluk Intan agar tidak terperdaya dengan propaganda pihak pembangkang khususnya dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari lagi.

#PRK Teluk Intan: Pengundian Awal Catat 95.61%.......!!!

Sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal PRK Parlimen Teluk Intan mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 27 Mei 2014. Pengarah SPR Negeri Perak Ahmad Adli Abdullah berkata proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar. "Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik," katanya selepas pusat pengundian awal itu ditutup. Katanya, peti undian awal yang dimeteri itu kemudiannya dibawa ke Majlis Perbandaran Teluk Intan untuk disimpan di dalam peti besi sebelum kiraan kertas undi dilakukan pada Sabtu ini bersama kertas undian pengundian biasa. Beliau menggesa penyokong dan parti politik yang bertanding serta calon yang bertanding supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang pilihanraya bagi memastikan keseluruhan perjalanan PRK Parlimen Teluk Intan berjalan dengan baik. "Sekali lagi saya ingatkan supaya parti politik tidak mewujudkan 'barung panas' di kesemua pusat pengundian pada Sabtu ini kerana ia tidak dibenarkan. Mereka juga diminta untuk mengawal penyokong mereka pada hari berkenaan," katanya. Ahmad Adli berkata SPR akan membuat persiapan terakhir bagi proses pengundian biasa pada Jumaat ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib bermula pukul 8 pagi. "Pada hari pengundian Sabtu ini, kita menjangkakan SPR akan mula menerima Borang 14 (yang mengandungi maklumat keputusan pengiraan undi) pada pukul 6.30 petang, selain itu bagi Parlimen Teluk Intan ini ada juga pusat pengundian yang jauh dari pusat penjumlahan rasmi undi yang dibuat di sekolah yang sama," katanya. PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Sunday, 18 May 2014

#PRK Teluk Intan: Mah Siew Keong lawan Dyana Sofya........!!!

Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud mengangkat tangan sebaik sahaja nama kedua-dua individu itu diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada PRK Teluk Intan. Suasana penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan yang berjalan lancar ini mengesahkan pertandingan antara BN yang diwakili Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud dari DAP. Seperti yang dijangka, kehadiran Dyana Sofya di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan mendapat tumpuan ramai, termasuk daripada peyokong muda BN yang ingin melihat gadis berusia 27 tahun ini dari dekat. Pusat penamaan calon itu dibuka sejak pukul 9 pagi dan ditutup satu jam kemudian dan hanya dua nama sahaja diterima untuk bertanding. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad berkata pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Saturday, 17 May 2014

#PRK Bukit Gelugor: Antara Keputusan Bijak MCA & Kemenangan DAP.......!!!

Mengalah itu tidak bererti kalah. Pepatah ini tepat menggambarkan tindakan MCA yang membuat keputusan untuk tidak menurunkan calonnya sempena PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. Sebagai sebuah parti yang masih dalam proses memulihkan imejnya untuk menggembalikan keyakinan pengundi Cina di negeri tersebut, keputusan MCA itu dianggap satu langkah bijak. Walaupun pada hakikatnya, ramai beranggapan DAP punya peluang besar untuk menang dengan majoriti lebih tinggi, pelbagai faktor turut diambilkira MCA sebelum keputusan tersebut diambil. Selain faktor lebih 40,000 majoriti undi yang diperoleh mendiang Karpal Singh pada PRU 13, Mei tahun lalu, pemergian peguam itu akibat kemalangan jalanraya dipercayai dapat memberikan undi simpati dengan mudah kepada DAP. Masyarakat Cina khususnya di Parlimen Bukit Gelugor sukar untuk memberikan undi kepada MCA ditambah dengan sentimen politik negeri yang memihak kepada DAP. Dalam sejarah Bukit Gelugor, MCA tidak ada pengaruh yang kuat. Pengundi akan memberikan undi kepada DAP kerana faktor simpati dan faktor mengenang budi Karpal Singh. Berdasarkan senarai daftar pemilih setakat 17 April lalu, terdapat 82,431 pengundi berdaftar dengan 61,112 Cina, 11,880 Melayu, 8,660 India dan 390 kaum lain di Bukit Gelugor. Kawasan parlimen ini mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Seri Delima, Paya Terubong dan Air Itam, yang kesemuanya dimenangi calon DAP. Sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen Bukit Gelugor dan ternyata Karpal berjaya meningkatkan undi hampir 100 peratus sejak 2004. DAP tidak mengambil masa lama untuk memilih calon yang dirasakan layak dengan meletakkan anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo bagi memastikan legasi Harimau Jelutong tidak lenyap begitu sahaja. Siapapun yang diturunkan tidak jadi masalah kerana Bukit Gelugor adalah kubu kuat DAP. Justeru, DAP tidak berdepan laluan sukar pada PRK kali ini. Hanya calon Parti Cinta Malaysia yang dilihat mampu menjadi ancaman kepada DAP. Walau bagaimanapun, tindakan DAP yang dilihat mengamalkan amalan nepotisme dengan menurunkan calon yang juga anak Karpal tidak akan menjejaskan undi kaum Cina di kawasan tersebut. Amalan nepotisme adalah persoalan kedua kerana ia merupakan lumrah politik yang berlaku di dalam PAS, Parti Keadilan Rakyat, UMNO dan MIC sendiri. Apa yang dilihat pada calon itu adalah kewibawaannya dalam memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen selepas ini. Walaupun MCA tidak bertanding, penyelaras BN di Parlimen itu harus memastikan kebajikan pengundi yang tetap setia dan memberikan sokongan kepada parti itu pada PRU 13 yang lalu terus terpelihara. Yang paling utama, MCA perlu meyakinkan penyokong mereka bahawa keputusan itu diambil kerana matlamat yang lebih besar iaitu kemenangan dalam PRU 14 akan datang. Keputusan tidak bertanding membuktikan MCA sedang berusaha memperbaiki kelemahan parti secara jangka masa panjang dan turut memberi ruang kepad BN untuk membaikpulih kedudukan mereka di negeri itu. Dalam situasi ini, jelas bahawa Parlimen Bukit Gelugor bukan medan untuk menguji penerimaan masyarakat Cina terhadap parti itu kerana MCA sudah boleh menilai bentuk sokongan tersebut dalam PRK Kajang yang lalu. Tiba masanya untuk MCA mengorak langkah bagi meningkatkan keyakinan ramai terhadap keupayaan parti itu membela nasib kaum Cina tempatan, bukan sekadar tempelan dalam komponen BN.

Friday, 16 May 2014

#PRK Teluk Intan: Sah Dyana Sofea Taruhan DAP.......!!!

Siapakah Dyana Sofea? Pertama. Sepanjang berada di Universiti, Dyana Sofea tidak aktif berpolitik kampus. Namun, betulkah Dyana Sofea yang dikatakan sebagai Calon DAP ini penyokong tegar Pak Lah semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kedua. Dyana Sofea juga dikatakan sebagai berketurunan UMNO. Ibunya juga dikatakan pernah menjadi Ketua Wanita di salah satu Bahagian UMNO di Perak? Apakah Dyana sudah berpatah arang dengan ibu kandungnya disebabkan isu politik? Ketiga. Perlu juga ditanya bagaimana seorang anak Melayu menjadi sebegitu rapat dengan keluarga Dinasti Lim. Siapakah yang mendorong Dyana Sofea untuk berdamping dengan orang-orang kuat DAP? Keempat. Dyana Sofea pernah menganggotai Puteri UMNO semasa beliau masih lagi betaraf mahasiswa. Dia juga dikatakan selalu hadir di dalam majlis-majlis keraian UMNO selama berada di UiTM. Benarkah perkara ini berlaku? Adakah Dyana Sofea seorang "sleeping agent" UMNO di dalam DAP ataupun beliau sememangnya telah berpatah arang dengan dirinya sebagai seorang Melayu?

Bahayanya Politik Ekstrem......!!!

Dalam mana-mana agama, golongan ekstremis sentiasa wujud. Ia menjadi lebih berbahaya sekiranya tafsiran-tafsiran agama itu dilibatkan dengan politik. Golongan ini biasanya yakin bahawa kepercayaan dan tafsiran mereka sahaja yang betul dan ia perlu dianuti oleh setiap orang. Mereka ini adalah dogmatik. Mereka cuba untuk mengenakan kepercayan itu ke atas orang lain, atau sekurang-kurangnya tidak akan bertolak ansur terhadap perbezaan pendapat berhubung tafsiran agama. Justifikasi agama digunakan untuk memberi keabsahan kepada bentuk politik sesebuah masyarakat dan negara, dan dalam banyak kes kepada tindakan-tindakan peribadi. Di Timur Tengah, beberapa tahun lalu ada kumpulan Islam yang percaya bahawa sekiranya anda memasang bom pada badan atau memandu kereta berisi bom yang boleh membunuh orang Yahudi, jika anda mati berikutan perbuatan itu, anda akan mati syahid. Dalam perang Iran-Iraq pada awal tahun 1980an, tafsiran ketika itu ialah seorang askar Iran akan dianggap mati syahid jika mereka terkorban dalam peperangan dengan Iraq, sebuah negara Islam yang dianggap pro-Barat pada masa itu. Hari ini di Malaysia, justifikasi yang sama dibuat oleh kumpulan-kumpulan Islam tertentu dalam konteks politik tempatan. Jika seoarng pemuda mati terjatuh pokok ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik, dia mungkin dikatakan sebagai mati syahid – terkorban ketika menjalankan kerja-kerja politik agama. Kalau seseorang itu mati dalam kemalangan jalan raya selepas pulang mendengar sesebuah parti politik yang berlangsung sehingga tengah malam, elemen-elemen agama akan digunakan untuk memberi definasi kepada persekitaran yang menyelubungi kematian itu. Ekstremis agama bukan terdapat dalam masyarakat Islam sahaja tetapi juga dalam masyarakat agama-agama lain termasuk Hindu, Sikh dan Kristian. Dalam sejarah dunia Barat, tafsiran agama yang melampau telah menyebabkan berlaku peperangan yang paling kejam di Eropah antara tahun 1618 dan 1648 yang dipanggil Perang Tiga Puluh Tahun antara para pemimpin Kristian Protestan dan Katolik. Peperangan itu telah mengurangkan jumlah pendudduk Jerman pada abad itu daripada 21 juta pada tahun 1618 kepada 13 juta orang sahaja apabila perang berakhir.Di negara-negara Islam pula, pengalaman di Tanah Arab beberapa puluh tahun selepas kewafatan Rasulullah menunjukkan kepentingan material termasuk usaha mengejar kuasa, pangkat, harta dan keagungan bangsa Arab telah mewujudkan tafsiran-tafsiran dalam Islam yang membawa kepada penindasan. Pada awal pemerintahan Muawiyah (kira-kira 40 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w) wujud apa yang dipanggil golongan Mawali iaitu kaum daif daripada orang bukan Arab yang memeluk Islam. Autoriti kerajaan Islam pada zaman Muawiyah menetapkan dari segi sosial, golongan Mawali lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan Islam keturunan Arab. Ada insiden lelaki Mawali diperintahkan bercerai dengan isterinya dan dihukum sebat seratus rotan. Mawali tidak boleh sembahyang dalam masjid yang sama dengan orang Islam lain dan tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam politik, kehakiman dan ketenteraan. Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, gabenornya di Kufah yang bernama al-Hajjaj telah menindas petani-petani Mawali. Petani-petani itu dihalau dari Kufah dan diberi tanda pada tangan mereka untuk menunjukkan nama kampung mereka bagi memudahkan mereka dikesan. Atas nama keinginan untuk berkuasa ke atas orang lain, semua ini dihalalkan.

#PRK Teluk Intan: Apa peluang BN.....!!!

PRK Bukit Gelugor, BN skip, namun PRK Teluk Intan, mungkin BN bertanding. Teluk Intan sebenarnya adalah wilayah BN yang diwakili Parti Gerakan dan hanya jatuh ke tangan DAP bermula pada PRU 12, apabila kaum Cina menolak BN, dan segelintir Melayu yang menjadi penyokong PKR dan PAS mengundi calon DAP. Jika penyokong dan ahli Gerakan serta MCA berpatah balik, peluang calon BN memang cerah, namun jika penyokong dua parti itu, tetap menolak parti-parti itu, sejauh mana sokongan kaum Melayupun kepada calon BN, maka tetap akan kalah. PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan, hanya akan mengesahkan, bahawa pengundi Cina terus menjahui BN. Jika fenomena ini berterusan, PKR dan PAS mampu menarik tambahan sokongan kaum melayu, besar kemungkinan kawasan-kawasan yang dimenangi MCA dan MIC serta Gerakan, akan jatuh ke tangan pembangkang. Jika itu berlaku, PRU 14 merupakan pilihanraya TURNING POINT di negara ini. BN perlu lebih berhati-hati dan berwaspada.

#Hudud: Peluang Gerakan Ganti MCA......!!!???

Setakat ini sikap Gerakan lebih lunak daripada MCA tentang isu hudud sekalipun kedua-duanya tidak beriman dengan undang-undang jinayat Islam itu. Sekalipun DAP sepanjang lebih 40 tahun dilihat lebih ke depan sebagai mewakili suara bukan Islam di negara ini, tetapi dalam isu hudud MCA mahu mengambil alih tempat DAP itu. Pemuda MCA hendak mengadakan pagar manusia di Parlimen bagi menghalang MP PAS memasukinya bagi membentangkan usul persendiriannya pada hari itu nanti. Dan lebih berani MCA akan mengkaji kedudukannya dalam BN kiranya UMNO memihak kepada usul hudud itu. Berbeza dengan sikap Gerakan. Ia hendak mendengar dulu hujah UMNO mengapa ia mendorong kerajaan Kelantan untuk membawa perkara itu ke Parlimen. Dan mungkin juga ia boleh mengambil cara DAP belum menyokong cadangan PAS tetapi ia sentiasa bersemuka dengan PAS bagi mendengar daripada PAS dan memberitahu PAS mengapa ia belum dapat menerima hudud. Ertinya Gerakan boleh bertemu dengan PAS bagi mendengar dan menyatakan sikapnya mengapa ia belum dapat menerima hudud pada masa ini. Mungkin Gerakan tidak boleh buat lebih baik daripada DAP, tetapi ia adalah lunak daripada MCA sekurang-kurang walaupun belum ada rancangan untuk mendapatkan penjelasan daripada PAS tetapi ia mahu mendengar penjelasan UMNO. MCA adalah keras dan tidak terbuka. Ia tidak bercadang untuk mendengar penjelasan UMNO tetapi hendak mengkaji muafakatnya dengan UMNO dalam BN kiranya UMNO jadi pro-hudud. Mungkin MCA belum bersedia membina pagar manusia di Parlimen bagi menghalang MP UMNO masuk Parlimen, kerana polis tidak akan biarkan MCA menghalang MP UMNO masuk Parlimen. Jika benar MCA tegas, pagar manusia yang dirancangnya itu mesti menyekat sama UMNO termasuk Perdana Menteri, kerana Perdana Menteri adalah UMNO. UMNO pula baru sebahagian yang beriman kepada hudud. Belum 100 peratas ahli dan pemimpinnya beriman kepada hudud. Beriman kepada hudud bukan sekadar mengaku beriman tetapi mestilah melaksanakannya. Sebelum UMNO membuktikan ia beriman kepada hudud, MCA sudah memberi kata dua kepadanya. Sokong hudud atau MCA keluar BN atau MCA keluarkan UMNO dari BN. Jika MP Ismail Ibrahim, Timalan Menteri di JPM mencerminkan sikap UMNO, ia tidak akan pujuk MCA untuk kekal dalam BN. Dengan imej yang MCA warisi sekarang, ia belum mampu menjadi suara tunggal Cina dalam BN. Iman UMNO kepada hudud tidak wajar ditentukan oleh MCA. Dan kiranya MCA perlu keluar dari BN, BN tidak akan kosong dengan suara Cina. UMNO masih ada Gerakan, SUPP, PPP yang mewakili suara Cina dalam BN. Lebih 40 tahun Gerakan menunggu dalam BN untuk menggantikan MCA tetapi UMNO tidak memberi laluan kepadanya untuk menggantikan MCA kecuali di Pulau Pinang. Dengan sikap Gerakan hendak mendengar UMNO dulu tentang hudud, maka Gerakan telah menyediakan politik yang lebih lunak dibandingkan dengan MCA. Jika MCA merasa perlu meninggalkan BN, Gerakan boleh ganti MCA. Jika MCA meninggalkan BN, bukan kerana UMNO tidak mahu kepadanya tetapi MCA tidak lagi dapat menerima pimpinan UMNO. UMNO jangan bimbang kepada ancaman MCA. Adanya MCA dalam BN, ia tidak membantu mendapatkan sokongan bukan Melayu. Dan jika Gerakan terus rasional, ia boleh jadi pimpinan baru Cina dalam BN. Dengan situasi baru ini, jika MCA tegas dan berani, jangan terima tawaran kembali ke Kabinet.

Melayu Perlu Berwaspada Dengan DAP......!!!

Bangsa Melayu ini unik dan punya keistimewaannya yang tersendiri.Tidak perlu dihuraikan panjang lebar cukup sekadar melihat kepada adat dan budayanya penuh dengan kesantunannya.Selain dari itu, Melayu juga dikurniakan satu kelebihan oleh Allah SWT apabila Melayu sinonim dengan agama Islam. Justeru itu maka setiap anak pewaris generasi Melayu yang lahir ke muka bumi bertuah ini sudah pasti terpelihara kesan daripada kekuatan Melayu mempertahankan Islam sebagai agama rasminya. Matmerapu antara sebahagian daripada jutaan penduduk dunia yang bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga Melayu dan dididik dengan ajaran Islam.Alhamdulillah walaupun bukanlah bertaraf ulama tetapi Matmerapu punya kekuatan sebagai Melayu dan mampu menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Namun sejak akhir-akhir ini Melayu tidak lagi seselesa dulu , Melayu hari ini perlu berhati-hati memandangkan terdapat anasir-anasir di luar sana yang sentiasa berusaha untuk memesongkan Melayu agar menjadi terbuka seterusnya meninggalkan perjuangan Melayu yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.Begitulah yang berlaku terhadap seorang lagi anak Melayu yang sebangsa dengan Matmerapu. Bagi sesetengah pihak khususnya pembangkang mungkin melihat anak muda bernama Dyana Sofya ini antara pewaris bangsa Melayu yang kini sudah membuka mata dan punya keupayaan untuk berdiri seiring dengan mereka yang mengaku paling hebat abad ini. Mungkin benar dan kita boleh sahaja menganggap ianya satu kejayaan tetapi sekiranya diteliti berdasarkan keadaan dan suasana terkini rasanya Dyana Sofya adalah satu lagi mangsa keadaan akibat kerakusan politik pembangkang.Dyana Sofya merupakan seorang anak Melayu kelahiran negeri Johor dan beliau kini merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah , Lim Kit Siang daripada DAP.Mungkin pada ketika ini anak muda bernama Dyana Sofya sudah dikenali di seluruh negara gara-gara penyebaran gambar seksi melibatkan beliau dalam keadaan sedang berbikini sebelum ianya disahkan sebagai palsu. Malahan ianya berlaku setelah nama beliau di uar-uarkan sebagai bakal calon daripada DAP yang akan bertanding di Teluk Intan dan serentak itu nama Dyana Sofya mula menjadi bualan di kalangan mereka-mereka di luar sana sama ada daripada kem pembangkang mahupun kerajaan. Semenjak awal kemunculannya satu ketika dulu beliau tidaklah diberikan perhatian sangat , hanya dianggap sebagai satu lagi bangsa Melayu yang hilang arah serta lupa tentang sejarah yang pernah mencarik bangsanya sendiri dan tampil bersama serta menyokong parti DAP.Malahan anak muda ini bukan sahaja dilihat menolak perjuangan UMNO tetapi juga bangsa sendiri malah lebih percayakan kepada konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP sejak ia ditubuhkan. Banyak pihak khususnya di media-media pro pembangkang dilihat mula memuji anak muda ini kononnya beliau begitu bersahaja dan tenang dalam mendepani isu atau istilah serangan politik yang kini sedang dihalakan kepadanya. Namun seperkara yang harus diberikan perhatian adalah selain daripada kontroversi yang tercetus , populariti secara tidak sengaja ini sebenarnya sedang digunakan oleh DAP dan pembangkang untuk mewujudkan satu lagi ikon yang difikirkan mampu menjadi pujaan anak-anak muda seterusnya menarik seramai mungkin anak muda kepada perjuangan songsang Pakatan Rakyat. DAP dan pembangkang tahu bahawa ikon-ikon terdahulu seperti Adam Adli , Khalid Ismeth , Leman Raja Lawak dan beberapa orang lagi anak muda yang berjaya direkrut oleh pembangkang sebelum ini kini sedang menghadapi zaman kegelapan mereka. Kehadiran mereka tidak lagi mendapat perhatian seperti mana sebelumnya dan ini menjadi satu kekurangan khususnya apabila DAP sedang bergelut dalam PRK di Bukit Gelugor dan bakal berdepan pula dengan PRK Teluk Intan.Siri kempen politik mereka serba kekurangan malahan momentum tidak lagi seperti dulu. Kerana itu populariti yang sedang dimiliki oleh Dyana Sofya perlu segera digilap dan dihebah-hebahkan agar ianya menjadi satu lagi ikon baru yang mampu menjadi daya penarik kepada rakyat khususnya anak-anak muda untuk mendekati DAP seterusnya pembangkang.Malah DAP kini sudah semestinya akan berusaha untuk melonjakkan nama Dyana dengan bantuan daripada penggerak-penggerak media sosialnya (RBA) supaya anak Melayu ini menjadi pencetus kepada kehadiran serta sokongan orang-orang Melayu terhadap perjuangan DAP.Satu agenda besar yang sedang dialunkan tanpa banyak pihak menyedarinya. Sebagai rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu , kehadiran Dyana dengan segala sokongan daripada DAP perlu di perhatikan dengan sebaik-baiknya.Dyana merupakan salah satu anak muda berbangsa Melayu yang telah berjaya dipesongkan oleh mereka yang satu ketika dulu pernah menghalau orang Melayu dari bumi Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 bukanlah sekadar satu catatan sejarah tetapi ia penuh dengan amanat serta mesej kepada orang Melayu supaya sentiasa beringat. Kini setelah puluhan tahun peristiwa hitam itu berlaku , DAP walaupun tidak berjaya untuk menyemai benih perjuangan Malaysian Malaysia secara menyeluruh tetapi sudah mampu menguasai jiwa dan minda anak-anak muda seperti Dyana Sofya.Mungkin ianya kasar tetapi inilah yang mereka sedang lakukan , mengambil 'sampah' kita kemudiannya digilap dan kini sedang cuba diagungkan supaya seluruh bangsa Melayu tunduk agar mudah untuk mereka runtuhkan Empayar Melayu ini.

#PRK Teluk Intan: Bakal Calon DAP Pernah Berkesedudukan Dengan Bekas Teman Lelakinya Di Taman Melawati......!!!???

Secara umumnya perpecahan DAP di Teluk Intan, malah di seluruh negara, berjaya ditutup oleh pemimpin-pemimpin DAP. Namun walau sehebat mana pun DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng berjaya men'taichi' dan berkungtau, mereka masih tidak mampu menutup mulut semua orang. Ramai yang terpesona, terutama sekali penyokong-penyokong muda Melayu Pakatan terhadap Dyana Sofya, wanita Melayu yang berkelulusan UiTM, yang kuat menyokong DAP untuk menghapuskan semua yang berkaitan dengan Melayu, Bumiputera dan Islam atas dasar kesamarataan dan keterbukaan. Namun ramai yang tidak tahu mengapa DAP bermurah hati untuk menamakan Dyana Sofya sebagai calon mereka di Teluk Intan. Walaupun terdapat lima orang calon DAP di Teluk Intan, namun hanya dua nama yang benar-benar diberikan perhatian iaitu Dyana Sofya dan Hew Kuan Yau. Bagaimanapun, kelebihan tetap berpihak kepada Dyana Sofya kerana faktor Nga Kor Ming. Hew Kuan Yau bermusuh dengan Nga Kor Ming. Nga Kor Ming yang mahu memperkukuhkan cengkamannya ke atas DAP Perak, cuba mengenepikan mana-mana pemimpin DAP yang enggan berkompromi dengannya atau berpihak kepada Kulasegaran yang merupakan pesaing besar Nga Kor Ming di Perak. Permusuhan antara Nga Kor Ming dan Kulasegaran bukannya perkara rahsia lagi. Kulasegaran merupakan penentang penguasaan Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham di Perak menerusi pencantasan pemimpin-pemimpin bawahan DAP, terutama sekali yang melibatkan masyarakat India DAP. Sudah ada cerita bahawa Nga Kor Ming dan pasukannya tidak akan turun membantu kempen DAP di Teluk Intan sekiranya Hew Kuan Yau menjadi calonnya. Oleh kerana itulah, kelebihan berpihak kepada Dyana Sofya yang merupakan orang nuetral yang boleh diterima oleh semua pihak yang berfraksi dalam DAP. Sedikit 'cerita dalam' tentang Sofya Dyana. Sofya Dyana mempunyai empat orang adik beradik. Dia adalah anak ketiga dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Kesemua adik-beradiknya merupakan pelajar di UiTM. Abang keduanya (dalam gambar di atas) bernama Dyrul Sharytz dan bertugas di Malaysian Investment Development Authorities (MIDA) berpangkalan di United Kingdom. Bekas teman lelakinya pula bernama FAIRUZ AZHAN AMIRRUDDIN. Sewaktu Dyana practise law pada tahun 2011-2013 iaitu sebelum dia mengikut Lim Kit Siang ke Johor, Dyana dan Fairuz tinggal serumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Turut tinggal di rumah berkenaan adalah abang keduanya, Dyrul Sharytz. Dyrul yang telah pun bertugas di MIDA, menanggung sewa rumah. Hubungan antara Dyana dengan Fairuz Azhan telah pun putus.

Setiausaha Agung UMNO: Ku Nan Bakal Digugurkan......!!!

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut sumber, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman berkaitan perkara ini tidak lama lagi. Sumber itu menambah, ramai ahli UMNO kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran Menteri Besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan. Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari UMNO mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu. Bagaimana pun, mereka bertiga kembali semula ke pangkuan UMNO yang menyebabkan krisis UMNO Terengganu selesai dalam masa 48 jam.“Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat UMNO,” kata sumber. Ali Rustam yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif. “Justeru itu, jika beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat UMNO,” kata sumber itu lagi.

#Pemilihan PKR: Anwar Akan Dedahkan Bukti Video & Gambar......!!!

Tergelak pula membaca alasan dan kaedah Anwar Ibrahim menjawab isu yang memalukan beliau dan seluruh kepimpinan PKR dan Pakatan Pembangkang.Isunya tentang pemilihan PKR yang tunggang langgang, maki hamun dan menjatuhkan maruah seluruh kepimpinan PKR. Di antara omongan Anwar Ibrahim: "Kita ada beberapa laporan beserta bukti video dan gambar bukan ahli parti yang terlibat serta ahli dimasukkan saat akhir sebelum tutup tempoh keanggotaan pada 15 Mac." kata Anwar. Yang tergelaknya, sejak bila pula Anwar Ibrahim percaya 'video dan gambar' boleh dijadikan bukti? Mungkin Anwar Ibrahim terlupa dengan isu beliau dan video China doll sebelum ini.Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan. Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Realitinya, bolehkah Anwar menyakinkan kita bahawa 'video dan gambar' yang mahu didedahkan oleh beliau itu sedangkan video China doll sebelum ini dinafikan oleh beliau? Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan proses Pemilihan PKR 2014 ‎termasuk insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku di beberapa cabang. Mendakwa perbuatan itu juga dilakukan orang luar dan bukannya ahli parti, Anwar berjanji mendedahkan bukti video kepada umum setelah selesai proses siasatan J‎awatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). "Saya bersetuju secara telus bukti video disiarkan. Itu pendapat saya" kata Anwar.

#PRK Bukit Gelugor: Dewan Sebagai Markas Berkempen Menimbulkan Kemarahan Rakyat......!!!

Dewan orang ramai yang sepatutnya dijadikan tempat untuk komuniti bermasyarakat disalahguna oleh penyokong pakatan pembangkang sempena PRK Parlimen Bukit Gelugor. Dewan JKKK yang terletak di Persiaran Sungai Gelugor 2 bukan sahaja dijadikan markas untuk mereka berkempen malah ia dijadikan bilik gerakan operasi PAS bagi membantu rakan sekutu mereka DAP yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor. Tindakan parti itu menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat untuk berpolitik ditentang penduduk tempatan kawasan itu. Bukan sahaja beranggapan tindakan itu tidak wajar malah beberapa penduduk yang ditemui berkata tindakan itu adalah penyalahgunaan kuasa. Seorang penduduk,Ismail Ibrahim, 61 berkata, dia kesal dengan tindakan parti berkenaan yang menggunakan kemudahan penduduk untuk kepentingan parti. Menurutnya,PAS tidak sepatutnya menggunakan dewan itu sebagai markas mereka dan ia telah menyinggung perasaan penduduk di kawasan kampung berkenaan. "Dewan itu sepatutnya dijadikan tempat penduduk melakukan aktiviti,kenduri kendara dan sebagainya bukan untuk satu-satu puak berpolitik. "Apabila perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masyarakat berpecah belah kerana bukan semua penduduk di sini yang bersetuju dengan tindakan mereka dan bukan semua penduduk di sini menyokong parti PAS mahupun DAP,"katanya. Turut berkongsi pendapat yang sama Ahmad Salleh,62 yang menentang keras penyalahgunaan dewan berkenaan untuk tujuan politik. Katanya, tindakan PAS menaikkan bendera parti itu juga adalah satu kesalahan di bawah Akta Pilihanraya. "Penggunaan bendera parti lain selain bendera parti yang bertanding adalah salah dan mereka perlu menurunkan semua bendera PAS di kawasan itu." Pas boleh membuka markas mahupun bilik operasi mereka,mereka nak berkempen untuk membantu DAP pun terserah kepada mereka tetapi jangan salahgunakan hak dan kemudahan rakyat. Banyak tempat lain yang boleh mereka jadikan bilik gerakan tetapi bukan di dewan JKKK,"katanya. Mohd Razak Ibrahim,66 pula berharap agar PAS lebih bertanggungjawab dan menjaga perasaan masyarakat kampung di kawasan berkenaan dengan tidak memandai-mandai membuka bilik gerakan di dalam kawasan berkenaan. Beliau turut berharap penduduk kampung dapat berpolitik secara sihat dan tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai penghalang untuk mereka bersatu.

#PRK Bukit Gelugor: Nepotisme DAP Kekalkan Dinasti Keluarga.......!!!

Seperti dijangka,Lim Guan Eng & DAP mengumumkan calon PRK Bukit Gelugor adalah daripada dinasti keluarga Karpal. Amalan nepotisme anak beranak dinasti Karpal & Kit Siang ternyata sukar digugat & mereka gah membolot segala kuasa dalam parti berkenaan sehinggakan dalam soal calon pilihanraya. Menurut Guan Eng, pemilihan Ram sebagai calon adalah paling baik dan tepat. Kini ternyata pengorbanan AJK DAP Bukit Gelugor dan peringkat negeri langsung tidak diendahkan oleh KM Pulau Pinang kerana amalan nepotisme yang tebal di kalangan keluarga mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Thursday, 15 May 2014

#PRK Teluk Intan: Adakah Gerakan Akan Ikut Jejak MCA Kerana Hudud.......!!!???

Jika hujah hudud digunakan oleh MCA untuk tidak meletakkan calonnya pada PRK Bukit Gelugor, Gerakan juga wajar berpendirian yang sama di Teluk Intan kerana kedua-dua parti itu sama-sama menolak hudud. Gerakan turut membuat komen yang lebih menyinggung umat Islam mengenai hudud dengan mengatakan wanita dan kanak-kanak lebih menjadi sasaran jika hukum itu dilaksanakan. Dalam PRK itu nanti, Mah yang kini sudah menjadi Presiden Gerakan dikhabarkan akan dicalonkan sekali lagi. Tetapi memandangkan hari penamaan calon pada 19 Mei, belum ada sebarang keputusan lagi dibuat ketika ini. Walaupun Gerakan tiada kerusi Menteri atau Timbalan Menteri yang boleh diharapkan berikutan calonnya kalah dalam pilihan raya lalu, mereka wajar bersama dan bersatu hati dengan MCA dengan sama-sama melupakan kepentingan PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan demi perjuangan menentang hudud yang sedang dilalui. Oleh kerana MCA dan Gerakan memikirkan menentang hudud itu lebih penting, maka biarkanlah DAP menang percuma di kedua-dua kerusi itu. Lagi pula, sama seperti MCA di Bukit Gelugor, peluang Gerakan juga agak tipis di Teluk Intan.

#PRK Teluk Intan: BERJASA Umum Tanding......!!!

Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini. Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK itu. "Kita akan umum dan perkenalkan calon pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya. Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif. PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas. Matmerapu menjangka PRK Teluk Intan bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru setakat ini dengan calon BN/Gerakan, DAP, Berjasa dan Bebas. Semoga pengundi memberi sokongan kepada calon BN bagi membela nasib rakyat Teluk Intan.

Wednesday, 14 May 2014

#PRK Teluk Intan: Peguam Yang Melacurkan Bangsa Melayu.....!!!

Agak mengecewakan apabila ada anak bangsa yang sanggup melacurkan masa depan anak bangsanya sendiri hanya semata mata kerana cina DAP. Itulah yang dilakukan oleh Sofia yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Lim Kit Siang dan dikatakan juga bakal menjadi calon ahli parlimen Teluk Intan dalam PRK kawasan tersebut pada 31 Mei nanti. Kalau dilihat dari segi rupa paras, anak kelahiran Ipoh ini agak boleh tahan juga dan kalau dari segi pelajaran,juga agak menarik perhatian. Tapi apabila sampai ke sikap,rasanya ini lah manusia yang gagal di antara yang paling gagal. Dia gagal memperjuangkan bangsanya sendiri tetapi lebih berjuang kepada bangsa yang mahu memusnahkan bangsanya. Sofia ini dulu menuntut di UiTM dan dikatakan mengambil jurusan undang undang di Universiti tersebut. Tidakkah Sofia ini tahu bahawa siapa yang memperjuangkan UiTM tempat beliau menuntut ilmu? Dan apa pula yang diperkatakan oleh Cina DAP tentang kemasukan pelajar Melayu ke dalam UiTM tempat beliau menuntut? Hari ini dengan mudah budak perempuan ini melacurkan tempat di mana beliau menuntut ilmu dan dengan mudah beliau melacurkan nasib anak bangsanya sendiri. Ibarat bakar jambatan setelah menyeberang, itu juga yang berani dikatakan kepada budak perempuan tidak sedar diri ini. Pengajaran sepatutnya diberikan kepada manusia yang kufur nikmat macam si Sofia ini, supaya lebih tahu apa kelebihan dia menjadi Melayu di tanah air ini dan bukannya menidakkan hak Melayu lain.

#PRK Teluk Intan: Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah Umum Bertanding......!!!

Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas. Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan perubatan Islam, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas". “Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam serta pengundi lain yang tidak berselera dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya. Syed Araniri juga berkata antara faktor utama membuatkannya mahu bertanding di Teluk Intan adalah bagi mendedahkan agenda DAP dalam politik Malaysia yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat Melayu dan Islam. Syed Araniri merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Islam, Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.

#PRK Bukit Gelugor: Pilihanraya Paling Bosan......!!!

Ketiadaan calon BN di kalangan (dari kiri) calon Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan; calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohamed Nabi Abdul Sathar; calon DAP, Ramkarpal Singh dan calon bebas, Abu Backer Sidek Mohd Zan bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor membuatkan ia pilihanraya membosankan.

#PRK Teluk Intan: Dyana Sofia Calon DAP........!!!???

DAP adalah sebuah parti rasis Cina – ini hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja yang waras di dalam dunia ini. Biarpun ia mengakui sebagai parti berbilang bangsa, namun ketiadaan wakil kepimpinan dari kaum lain membuktikan bahawa ia sebuah parti rasis. Malah, DAP adalah jauh lebih rasis dari MCA yang merupakan parti 100% Cina kerana MCA berpegang kepada semangat kerjasama dengan kaum lain di bawah payung Barisan Nasional manakala DAP tidak akan bekerjasama dengan mana-mana kaum bukan Cina melainkan DAP jika mampu menguasai mereka. Ini terbukti apabila kesemua kaum di dalam DAP perlu mempunyai semangat memperjuangkan kaum Cina serta mengenepikan kesan dan akibat terhadap kaum sendiri. Contohnya, Professor Ariffin Omar yang baru-baru ini menghentam UiTM sebagai universiti komunis demi untuk memperjuangkan ketuanan Cina. Dan seorang lagi, ialah Dyana Sofia iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, graduan UiTM yang memperjuangkan UiTM dibuka kepada kaum bukan Melayu.Kedua-dua mereka langsung tidak mengambil peduli tentang kaum Melayu, tentang hakikat bahawa orang Melayu kurang berkemampuan dan ditindas pula dalam sektor swasta dan perniagaan.Yang mereka persoalkan hanyalah apakah habuannya dan keuntungannya pada orang-orang Cina. Semakin lantang seseorang itu memperjuangkan kaum Cina, semakin bersinarlah bintangnya di dalam DAP. Dyana Sofia merupakan antara bintang itu dan diiktiraf sendiri oleh media-media pro-DAP. Hebatnya Dyana Sofia di mata DAP sehinggakan beliau dikatakan bakal dinamakan sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan. Terdapat 60,349 pengundi berdaftar di Teluk Intan dengan pecahan 23,301 Melayu, 25,310 Cina dan 11,468 India. Penyandangnya, Mendiang Seah Leong Peng dari DAP telah menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam PRU yang lalu. Pecahan kaum Melayu dan Cina yang hampir seimbang memperlihatkan DAP mengambil risiko sekiranya Dyana dicalonkan di Teluk Intan.Risiko ini bukan sahaja berdasarkan hakikat bahawa Dyana bukan seorang Cina, tetapi juga kerana beliau merupakan anak kepada Setiausaha Wanita UMNO Bahagian.Darah UMNO di dalam diri Dyana cukup kental dan bagi DAP untuk meletakkan kepercayaan kepadanya amatlah menghairankan. Dyana masih terlalu muda dan tentu sekali masih lagi tercari-cari pegangan hidupnya.Secara dasarnya, seorang yang baru berusia 20-an masih belum mampu melihat dunia dengan jelas.Justeru itu, kita melihat kebanyakan anak muda yang merusuh ketika Reformasi 1998 dahulu, kini kembali rasional dan menyokong kerajaan. Seperti kebanyakan anak muda itu, Dyana juga pastinya melihat bahawa sesuatu yang menentang arus itu sebagai menarik, mencabar dan mengujakan.Dyana mungkin bercita-cita untuk melakukan perubahan melalui DAP untuk kebaikan negara.Beliau pastinya percaya apa yang dilakukan dan jalan yang dipilihnya adalah tepat. Namun, apa yang Dyana gagal melihat dan belajar ialah apa yang berlaku kepada Tunku Aziz, iaitu seorang yang terkenal dengan integriti dan prinsip yang teguh juga telah meninggalkan DAP.Beliau mengaku terpedaya beberapa lama sebelum akhirnya tersedar yang beliau telah tersilap meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap DAP. Dyana nampaknya gagal mengambil apa-apa pengajaran dari episod Tunku Aziz. Dalam Dyana mengimpikan ketelusan dan kecekapan dalam pemerintahan, Dyana mengambil sikap membutakan mata terhadap kemelut yang melanda CEC DAP.Ini sekali gus membuktikan bahawa Dyana tidak jujur dengan dirinya dalam memperkatakan tentang apa yang diperjuangkan dan yang dipercayainya. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang berdarah UMNO, kita pasti satu hari anak muda ini akan tersentak dari lamunannya sebagaimana juga Tunku Aziz dikejutkan dari mimpinya. Apa yang kita tidak pasti ialah sama ada DAP benar-benar meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Dyana.DAP yang kita kenal, amat berhati-hati untuk memberi walaupun sedikit ruang, jauh sekali kuasa kepada bangsa lain selain Cina.Biarpun seorang Melayu itu telah mengabdikan lebih 3 dekad dari hidupnya kepada DAP, namun selagi beliau bukan dari kalangan mereka, iaitu Cina, maka beliau tetap akan dilayan dengan penuh prejudis.Dan kita pasti sebagai setiausaha kepada pemimpin tertinggi DAP, Dyana cukup maklum tentang siapakah Melayu-Melayu yang terlibat itu. Atas hakikat ini, tentulah Dyana begitu bodoh sekali jika masih lagi ingin mengabdikan diri kepada DAP sehinggakan sanggup menentang kaum sendiri.Namun, kita tahu bahawa Dyana bukan bodoh.Oleh itu,soalnya di sini ialah apakah Dyana yang sedang diperbodohkan atau yang sedang memperbodohkan DAP?

Bai'ah Dalam PAS: Apakah Masih Halal Hubungan Hj Imran & Isteri......!!!???

Sebelum ini pernah dikatakan bahawa PAS telah membuat BAI'AH. Sekiranya ahli PAS lompat parti, isteri mereka ini akan terjatuh talak 3. Benarkah mereka telah melaku Bai'ah sebegini? Sekiranya benar, apakah masih HALAL hubungan suami isteri di antara YB Laksamana (B) Hj Imran dengan isterinya, Cikgu Soleha? Dahulu Hj Imran adalah Ketua PAS Cawangan Sitiawan Bandar. Kini telah menjadi Ketua Cabang PKR Lumut. Ini juga dikatakan lompat parti. Sebagai seorang Islam, Hj Imran seharusnya ingat akan janji dan Bai'ah yang dilafazkan. Adakah Bai'ah ini hanya sekadar untuk dipersendakan dan memperbodohkan orang PAS sahaja? Cuba kita fikir sejenak. Adakah masih halal hubungan Hj Imran dan isterinya? Apakah pandangan alim ulamak mengenai isu ini. Matmerapu mohon pencerahan......

Tuesday, 13 May 2014

#PRK Bukit Gelugor & Teluk Intan......!!!

Parlimen Bukit Gelugor kosong, atas sebab kematian penyandangnya Karpal Singh pada pagi 17 April akibat kemalangan jalanraya. Manakala Parlimen Teluk Intan kosong juga atas sebab kematian. Penyandang kerusi itu Mah Siew Keong meninggal kerana kanser pada 1Mei lalu. Kedua-kedua kerusi itu adalah kerusi DAP. Pada PRU13 lalu, Karpal menang dengan majoriti lebih 40,000 undi, manakala Siew Keong menang dengan kelebihan lebih 7,000 undi; kedua-duanya mengalahkan calon Barisan Nasional. Kini BN tidak bertanding di Bukit Gelugor, manakala di Teluk Intan, keadaan dikatakan 50-50; namun berasaskan keadaaan semasa, calon BN kelak bagi DUN Teluk Intan kekal sebagai calon underdog, jika BN terutama Gerakan bertanding. Seperti di PRK Kajang, calon BN dari awal-awal lagi dinyatakan tidak berpeluang untuk menang, atas sebab itu berbagai pihak dalam BN, meminta agar PRK Bukit Gelugor tidak ditandingi calon BN. Akan tetapi, apakah pucuk pimpinan akan membuat keputusan yang sama untuk tidak bertanding di Teluk Intan....??? Pada PRK Teluk Intan, jika BN mengambil keputusan bertanding, kemungkinan akan memberikan alasan yang sama, iaitu menggunakan masa berkempen untuk menerangkan polisi polisi kerajaan, terutama berkaitan GST dan TPPA. Tidak seperti sebelum tahun 2008, PRK pada kebiasaannya akan dimenangi calon-calon BN, namun selepas itu, calon-calon BN tidak lagi berpeluang berbuat demikian, kecualilah kawasan itu memang kawasan BN. PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan, tidak mengubah status quo di Dewan Rakyat. Siapapun yang menang, tetap sahaja keududukannya demikian, kecuali, jika BN menang di Teluk Intan, maka menyuntik moral kepada gabungan 13 parti itu, bahawa kawasan marginal kaum cina boleh ditawan. Manakala, jika calon DAP menang, maka mengesahkan sekali lagi, bahawa pengundi Cina memang telah memutuskan untuk berpatah arang dengan BN. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan bahawa hari pengundian di Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei, manakala di Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei.

#PRK Bukit Gelugor: Bersihkah Calon DAP.......!!!

Pencalonan Ram Karpal Singh membuktikan DAP sememangnya mementingkan kesinambungan Dinasti beberapa pemimpin utamanya. Ram Karpal Singh perlulah membersihkan imejnya yang tercalar akibat kesilapan sendiri biarpun penyokong-penyokong DAP mungkin tidak kisah dengan pengamalan fahaman Nepotisma yang mengutamankan ahli keluarga tertentu dalam parti berkenaan. Imej beliau yang dikaitkan dengan perniagaan pemberian pinjaman ala Ah Long perlu dinilai oleh pengundi. Imej beliau yang dikaitkan seorang peguam "tamak" ala filem mafia, yang hanya mementingkan wang ringgit di dalam membela/mewakili penjenayah/tertuduh tanpa mengambil kira samada anak guamannya bersalah atau tidak. Yang pening memenangkan kes yang diwakili asal sahaja mendapat bayaran yang lumayan walaupun itu bermaksud melepaskan penjenayah tegar dan menindas mangsa jenayah. Pengundi Bukit Gelugor diseur untuk menilai calon DAP ini. Bersihkah beliau untuk mewakili pengundi Bukit Gelugor.....???

Monday, 12 May 2014

#Krisis Politik Terengganu: Biar Rakyat Pilih Kerajaan Negeri.......!!!

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat Terengganu perlu diberikan mandat sepenuhnya bagi memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Beliau berkata demikian berikutan dua ADUN BN iaitu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib yang mengumumkan keluar dari parti itu menjadi ADUN Bebas semalam. "Pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua mereka menyebabkan Terengganu tidak mempunyai kerajaan yang majoriti, malah Menteri Besar yang baru dilantik tidak boleh memegang jawatan kerana tiada siapa pun yang berhak". "Dalam keadaan krisis politik Terengganu yang teruk, adalah lebih baik kuasa diberikan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang akan mereka pilih," jelas beliau. Beliau turut meminta agar Ketua Pembangkang dan juga Ahmad memaklumkan kepada Speaker atas kedudukan kerusi DUN sekarang bagi membubarkan kerusi DUN dan memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru. "Kita dari Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri yang baru, bersedia untuk memberi kuasa kepada rakyat membuat pilihan". "Atas sebab itu, saya berharap agar Ketua Pembangkang dan ADUN Bebas boleh memaklumkan kepada Speaker tentang kedudukan kerusi serta sokongan yang ada sekarang". "Tindakan ini perlu dilakukan segera agar rakyat Terengganu tidak menjadi mangsa dan mendapat pembelaan dari kerajaan yang sah," sambung beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap agar pihak istana turut mengambil keputusan segera menggesa Speaker memaklumkan pembubaran DUN bagi menjaga nama baik Sultan Terengganu. "Semalam pelantikan Menteri Besar yang baru, tetapi dalam keadaan yang sama negeri itu tidak ada kerajaan yang majoriti serta sah dari sudut perundangan, jadi pelantikan itu tidak sah". "Bagi menjaga nama baik baginda Sultan serta istana dalam krisis politik ini adalah lebih baik Speaker bertindak segera memaklumkan pembubaran DUN," sambung beliau lagi. Sebelum itu, Ahmad mengumumkan keluar parti pada Isnin bersama ADUN Ajil selepas tempat beliau diganti oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman. Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi dari 32 kerusi DUN Terengganu selain 2 kerusi dari calon Bebas. Terkini, krisis politik Terengganu bertambah parah apabila seorang lagi ADUN Bukit Besi dari UMNO turut mengisytiharkan sebagai Bebas. Nampaknya, kerajaan BN Negeri Terengganu kini ibarat 'Telur Di Hujung Tanduk'. Matmerapu menjangkakan bahawa Pilihan Raya Negeri bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

#PRK Bukit Gelugor: Calon DAP Diragui.......!!!

Seorang anggota seumur hidup DAP, G.Asoghan, hari ini mempersoalkan kesahihan Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon parti itu bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor. Beliau mendakwa pencalonan Ramkarpal bagi kerusi itu adalah tidak sah berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. "Jika Ramkarpal bertanding menggunakan logo DAP, kemenangannya boleh dibatalkan oleh mahkamah atas sebab teknikal," katanya. Asoghan, yang juga ketua DAP Cawangan Bagan Luar, turut mempersoalkan keanggotaan Ramkarpal, yang menyertai DAP awal tahun ini sedangkan pada masa itu, DAP masih belum menerima pengiktirafan ROS. "Ini adalah satu penipuan kerana CEC yang tidak diiktiraf tidak boleh mengambil anggota. Oleh itu, ROS harus menyiasat keanggotaan Ramkarpal," katanya. Asoghan turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS supaya memberi penjelasan berhubung calon DAP itu dan mengapa parti itu dibenar bertanding menggunakan simbol roket. Beliau berkata anggota CEC tidak ada kuasa untuk menandatangani watikah bagi pihak DAP kerana belum mendapat kesahihan ROS dan tindakan itu seakan-akan mencabar ROS. Asoghan berkata surat-surat ROS bertarikh 17 April dan 6 Dis tahun lepas menyatakan ROS tidak mengiktiraf kesahihan CEC. PRK Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.Justeru, Matmerapu berpendapat jika keputusan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti memberi kemenangan kepada calon DAP, ianya masih boleh dicabar di mahkamah oleh calon yang bertanding sekali gus membatalkan kemenangan tersebut atas factor teknikal kerana menggunakan simbol roket dan lambing DAP yang belum mendapat pengiktirafan ROS.

Monday, 5 May 2014

Anwar Arah Palsukan Gambar PM.......!!!

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Naib Presiden parti itu, Tian Chua memalsukan gambar yang menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk bersebelahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Menurut Gobalakrishnan, gambar tersebut telah dipalsukan oleh Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu dan beliau berada bersama-samanya ketika itu. Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu mendakwa, gambar tersebut dipalsukan supaya rakyat yakin yang Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya bagi memburuk-burukkan nama beliau. Dakwaan tersebut dibuat Gobalakrishnan ketika disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi pada perbicaraan kes saman fitnah peguam Manjeet Singh Dhillon terhadap beliau dan tiga yang lain. Gobalakrishnan memberi keterangan sebagai saksi defendan pertama dalam perbicaraan itu yang menamakan beliau; bekas wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar; Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan TV3 sebagai defendan pertama hingga keempat. Saman yang difailkan pada 26 September 2011 itu menyentuh kenyataan Gobalakrishnan yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang dikatakan mengkritik Manjeet. Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2011 menyiarkan artikel bertajuk Manjeet selalu memburukkan kerajaan dengan memetik kritikan Gobalakrishnan terhadap Manjeet manakala TV3 turut menyiarkan komen yang sama pada malam 16 Ogos 2011. Gobalakrishnan mendakwa, selain Tian Chua, penyiasat persendirian (PI), mendiang P. Balasubramaniam, penceramah PKR termasuk beliau sendiri telah mereka-reka dakwaan untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya. "Tian Chua berjaya mengeluarkan gambar Perdana Menteri dengan Altantuya. Empat orang yang terlibat dalam episod Altantuya selain Tian Chua adalah PI Balasubramaniam dan juga Manjeet dalam kalangan peguam. Perancang utama ialah Anwar dan kami penceramah-penceramah memainkan peranan untuk menyampaikan kepada rakyat dalam usaha memburuk-burukkan imej kerajaan. "Balasubramaniam diatur peranannya melalui afidavit, peguam pula melalui keterangan dan semua itu dikawal oleh Anwar. Tampalan gambar tersebut digunakan untuk menunjukkan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya," ujar Gobalakrishnan yang memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin. Saksi itu mendakwa, beliau antara penceramah yang dibayar lumayan untuk mendoktrinasi fikiran rakyat agar membenci kerajaan dan intipati-intipati seperti ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat beralih kepada pembangkang. Gobalakrishnan mendakwa, beliau tahu Manjeet terlibat dengan Balasubramaniam iaitu seorang yang diaturkan oleh Anwar. Dalam satu soalan lain, ketika ditanya sama ada beliau mengetahui apakah komen-komen yang dibuat oleh Manjeet mengenai Altantuya, saksi itu menyatakan, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Anwar supaya tidak mencampuri urusan tersebut kerana Manjeet akan menguruskan tentang Balasubramaniam. Muhammad Shafee seterusnya bertanya, bolehkah saksi itu menganalisis siapakah `hired killer' (pembunuh upahan) yang dimaksudkan oleh Manjeet dalam kes pembunuhan Altantuya. Saksi itu menjelaskan, tiga perenggan kritikan beliau yang dipetik dalam artikel bertajuk Manjeet selalu memburukkan kerajaan yang disiarkan Utusan Malaysia dan TV3, baginya jelas menunjukkan Manjeet menuding kepada Perdana Menteri adalah orang yang merancang pembunuhan Altantuya. Walhal ujar Gobalakrishnan yang pernah memegang jawatan Ketua Cabang PKR Padang Serai, Perdana Menteri tidak tahu menahu dan tiada kena mengena dengan kes itu. Gobalakrishnan juga bersimpati kepada Perdana Menteri yang menjadi mangsa tohmahan dalam isu Altantuya itu dan Perdana Menteri telah bersumpah di dalam masjid bahawa beliau tidak terbabit sama sekali.

# PRK Bukit Gelugor & Teluk Intan: Pola Pengundi........!!!

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang dan Teluk Intan di Perak kosong. Ini bermakna selepas satu tahun PRU13 diadakan, dua lagi PRK akan mengambil tempat. Sebelum ini, empat PRK melibatkan kawasan DUN iaitu di Kuala Besut, Terengganu; Sungai Limau, Kedah; Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Dua akibat peletakan jawatan dan dua lagi kematian. Keputusannya, parti penyandang mengekalkan kedudukan iaitu 2 BN, 1 PKR, 1 PAS. Bagi dua PRK akan datang, kedua-duanya melibatkan kerusi DAP. Setakat ini DAP sudah pasti akan mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya itu pada PRU lalu. Tidak ada istilah memberi laluan mudah kepada BN sekiranya berlaku kekosongan pada kerusi yang diwakilinya. PRK perlu dijalankan. Menang atau kalah soal lain lebih-lebih lagi di pihak sebelah lawan, mereka masih teragak-agak membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak. Jarang bagi BN untuk menarik diri daripada pertandingan walaupun sebelum ini perkara itu pernah berlaku di DUN Penanti kerana wakil rakyatnya dari PKR sengaja meletak jawatan, bukan kekosongan disebabkan kematian, masalah kesihatan atau undang-undang. Begitu juga pada PRU lalu, seorang calon BN tidak menyerahkan kertas pencalonan yang mengejutkan barisan kepemimpinan BN negeri dan Pusat. Apabila berlaku kekosongan di DUN Kajang disebabkan wakil PKR meletak jawatan, BN pada mulanya dikatakan tidak berminat untuk bertanding, mungkin disebabkan prinsipnya tidak mahu mengikut rentak tari pembangkang. Bagaimanapun, BN mengambil keputusan untuk bertanding. Wakil MCA sebagai calon. Mungkin sebagai satu ujian untuk barisan kepemimpinan baharu MCA yang dipimpin oleh Liow Tiong Lai. Calon MCA tewas. Kini sekali lagi kerusi yang diperuntukkan kepada MCA kosong berikutan kematian Karpal Singh. Begitu juga dengan Gerakan yang diperuntukkan kerusi Parlimen Teluk Intan. Berbeza dengan Bukit Gelugor, kerusi Teluk Intan pernah dimenangi Gerakan termasuk Mah Siew Keong yang kini menjadi Presiden baharu parti itu. Dalam hal ini, adakah BN akan membiarkan sahaja kerusi itu dimenangi DAP secara percuma? Jika ya, kenapa? Adakah kerana Bukit Gelugor pernah diterajui Karpal yang mendapat gelaran Harimau Jelutong? Jika diselak kembali, Karpal pernah ditewaskan oleh calon-calon Gerakan dan MCA pada PRU. Lee Kah Choon yang pada 1999 mewakili Gerakan berjaya mengalahkan Karpal di kawasan Parlimen Jelutong yang dikuasai DAP sejak 1974. Karpal yang menguasai kerusi itu selama lima penggal sejak 1978 tewas dengan majoriti 775 undi pada PRU 1999. Pada tahun yang sama, Karpal juga disingkirkan di kerusi DUN Datok Keramat apabila tewas kepada calon MCA, Lim Boo Chang. Karpal bangkit semula pada 2004 apabila bertanding di kawasan baru yang diwujudkan iaitu Bukit Gelugor yang sebelum itu dikenali sebagai kawasan DUN di bawah Parlimen Bayan Baru. Pada PRU itu, Karpal menebus kekalahannya dengan mengalahkan Boo Chang. Begitulah kisah kekuatan yang ada pada DAP yang sebenarnya boleh digugat. Tidak dinafikan jika dilihat taburan pengundinya, peluang BN memang tipis atau tidak ada harapan di kawasan Bukit Gelugor kecuali berlaku perubahan sokongan dalam kalangan masyarakat Cina. Di sinilah peranan MCA dan Gerakan untuk memenangi semula hati pengundi-pengundi Cina. Cabaran ini juga terletak kepada Gerakan yang dipilih menerajui kepemimpinan BN Pulau Pinang melalui Teng Chang Yeow. Amat penting bagi MCA dan Gerakan untuk memastikan PRK kali ini membawa sesuatu isyarat daripada pengundi-pengundi walaupun kawasan yang ditandingi merupakan kubu kuat DAP. Selepas setahun PRU berlangsung, adakah pengundi-pengundi Cina sudah berubah? Jika berubah ke arah mana? Adakah semakin menerima DAP atau kembali menyokong BN melalui Gerakan dan MCA. Bukit Gelugor mengandungi DUN Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang kesemuanya diwakili DAP. Di atas kertas, BN boleh bertanding sekadar untuk melihat sejauh mana kekuatan yang ada selepas setahun PRU13. MCA pula khabarnya sudah ada calon yang sedia diturunkan, cuma menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan BN. Pada masa yang sama, para pengundi serta penduduk di kawasan itu sudah pasti ingin mendengar apa pula janji-janji dan perancangan kerajaan negeri DAP untuk kemajuan rakyat di kawasan itu. Mungkin penduduk sekitar akan menumpang janji berkaitan isu-isu tempatan termasuk banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri itu. Maka apa yang penting ialah turun bertanding, bukan bercakap soal menang atau kalah. Jika menang dan kalah yang menjadi keutamaan, eloklah selepas ini jika ada mana-mana kerusi yang kosong, biarkan sahaja penyandang menang tanpa bertanding. Dalam menghadapi PRK Bukit Gelugor ini, Gerakan dan MCA khususnya perlu berusaha untuk meningkatkan jumlah undi yang diperoleh pada PRU lalu. Kurangkan majoriti lawan. Itu sudah memadai. Menyelak PRK Teluk Intan pula, ia mengulangi sejarah pada tahun 1997 apabila PRK diadakan di kawasan berkenaan berikutan kematian Ong Tin Kim dari Gerakan. Pada PRK itu, calon BN, Dr. Chee See Choke dari Gerakan tewas kepada M.Kulasegaran dari DAP. Bagaimanapun pada PRU 1999, Siew Keong menang dengan majoriti 2,783 undi mengalahkan calon DAP. Beliau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 10,041 undi mengalahkan calon DAP dan Keadilan. Siew Keong gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU 2008 apabila calon DAP, M.Manogaran menang dengan majoriti 1,470 undi dan pada PRU lalu, tewas kepada Seah Leong Peng yang menang dengan majoriti 7,313 undi. Berdasarkan pencapaian Gerakan di kawasan itu, bukanlah mustahil untuk BN merampas kembali kerusi berkenaan. Mungkin sebagai Presiden, Siew Keong sesuai untuk dicalonkan kerana rekod perkhidmatannya sepanjang mewakili penduduk di kawasan berkenaan. Turut akan membantu ialah sebagai anak tempatan. Berbanding DAP, calon-calon yang diturunkan di Teluk Intan silih berganti. Tentunya Gerakan tidak ketandusan calon jika Siew Keong bukan menjadi pilihan. Inilah peluang terbaik untuk Gerakan mendapatkan kembali kerusi yang pernah dikuasainya dan wakil rakyat kawasan itu pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri. Apa yang penting, Gerakan perlu menurunkan calonnya di Teluk Intan, Begitu juga MCA di Bukit Gelugor. Lihat apakah selepas setahun PRU, corak pengundian sudah ‘berubah’ atau berada pada tahap yang sama.

#Hudud: Pakatan Pembangkang Ibarat Retak Menanti Belah.......!!!

Pakatan pembangkang kini diibaratkan "retak menanti belah" berikutan keengganan PAS menarik balik pendirian untuk melaksanakan hukum hudud.Ketegasan PAS yang merupakan sekutu DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang itu juga disifatkan telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam terhadap parti itu, kata Norman Fernandez, bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor. "Saya meramalkan peristiwa perpecahan yang berlaku terhadap Barisan Alternatif (BA) pada 2001 akan berulang terhadap pakatan pembangkang berikutan isu hudud oleh PAS." "Masyarakat Cina yang telah memberikan kemenangan kepada PAS pada PRU13 lalu kini berasa seperti tertipu dengan sikap PAS," katanya. Norman seorang peguam dan pemimpin DAP Johor yang amat disegani oleh anggota parti itu terutamanya di Johor berkata, pemimpin-pemimpin DAP dan PKR turut rasa tertipu dengan PAS. Beliau menarik perhatian bagaimana sokongan kuat masyarakat bukan Islam merupakan sebab utama di sebalik kemenangan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu, Sungai Abong, Maharani, Parit Yaani dan Puteri Wangsa. Kemenangan PAS di keempat-empat kerusi DUN itu adalah disebabkan kepercayaan masyarakat bukan Islam terhadap parti itu. "Kini PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam terhadapnya. Saya menjangkakan PAS akan kehilangan kerusi-kerusi terbabit pada pilihanraya umum akan datang," katanya. Menurutnya, masyarakat bukan Islam kecewa kerana berasa seperti dipergunakan oleh PAS "menyembunyikan" isu hudud sebelum ini dan hanya menyuarakan hasrat mereka tentang undang-undang jenayah Islam itu selepas pilihan raya umum. Norman percaya kedegilan PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak lebih hanyalah permainan politik untuk mengembalikan sokongan pengundi Melayu terhadapnya. PAS sebenarnya kata beliau, bimbang kerana ketandusan isu yang boleh digunakan untuk menarik sokongan orang Melayu, yang semakin menjauhkan diri daripada parti itu dan lebih berpihak kepada UMNO. "UMNO lebih berjaya menarik sokongan orang Melayu, PAS telah gagal. Ia tidak ada isu, disebabkan ketandusan idea untuk membangunkan Kelantan, sebab itulah ia memainkan isu hukum hudud. Ia tiada pilihan," katanya. Menurutnya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

MCA Khianat Kesatuan BN........!!!???

Ikrar MCA untuk tidak mengambil jawatan dalam Kabinet jika mereka gagal memberikan yang terbaik kepada BN pada PRU13 yang lalu adalah satu pengkhianatan kepada kesatuan BN yang diwujudkan sejak dari dulu lagi. Ikrar ini sebenarnya manifestasi bahawa mereka sudah putus asa jika gagal membawa masyarakat Cina untuk menyokong BN dan sudah tentu ia adalah satu malapetaka kepada pemerintah. Sepatutnya, ikrar seumpama ini tidak sepatutnya diadakan apatah lagi di saat-saat BN memerlukan semua parti komponen memainkan peranan untuk membawa pengundi agar terus menyokong BN. MCA sepatutnya berikrar untuk terus membantu BN sehingga ke tititsan darah terakhir. Oleh itu, langkah PM untuk menawarkan semula jawatan kepada MCA ibarat memberi peluang kepada pengkhianat atau petualang mendapat tempat di persada utama selepas mereka 'lepas tangan' dengan kekalahan yang dialami oleh BN. Apatah lagi melihat sokongan UMNO semakin meningkat. Sehubungan itu, MCA sepatutnya terus memastikan mereka bekerja keras untuk membawa pengundi Cina agar memberi undi kepada BN pada masa akan datang terutama pada PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan walaupun telah gagal sekali lagi di PRK Kajang. Tidak payahlah heboh untuk mengambil jawatan dalam Kabinet dan tanpa segan-silu menyebut untuk menggunakan peruntukan kerajaan bagi membantu masyarakat Cina. Jangan terus jadi pengkhianat dan petualang sebaliknya bersungguh-sungguh jadi seorang yang sanggup berkorban untuk membawa masyarakat Cina mengundi BN.

#Pemilihan PKR 2014: Chegu Bard Londeh Penipuan Azmin Ali......!!!???

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan Timbalan Presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang di Sarawak. Katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin. "Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin". "Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin," katanya. Katanya, rakyat mengikuti dengan penuh minat pemilihan pimpinan PKR dan akan membuat penilaian berdasarkan apa yang berlaku. Badrul berkata selama ini, PKR mengkritik proses pilihan raya yang dikendali Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa banyak penipuan dan salah urus. Justeru kata beliau, JPP perlu bertindak tegas ke atas penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam pemilihan kali ini."Kita perlu membuktikan kepada rakyat yang bahawa kita serius menentang penipuan dalam pilihan raya dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan"."Rakyat memerhatikan pemilihan PKR, jangan kita buat perkara yang kita kecam dan kita kutuk bila lawan kita lakukan tetapi kita juga tidak kurang 'hebat' dalam membuat silap mata," katanya. Badrul dan beberapa lagi aktivis PKR yang tidak bersama pasukan Azmin mula menjalankan kempen supaya Timbalan Presiden PKR itu dibatalkan pencalonannya. Pemilihan PKR semakin celaru apabila berlaku proses mengundi di dalam bilik Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak. Menurut sumber beberapa orang ditugaskan memangkah di dalam bilik hotel untuk memenangkan calon tertentu.

#Pemilihan PKR 2014: Rasis, Dendam & Khianat Menjadi Rencah Utama.......!!!!

Pemilihan PKR sedang berjalan dengan penuh kehangatan selain kontroversi dan penuh skandal. Pertembungan antara Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Azmin Ali memperlihatkan pelbagai taktik digunakan untuk mengalahkan sesama sendiri. Tidak kurang juga isu perkauman turut mendapat tempat terutama sekali di Johor. Selepas Zabidie bin Abbas melepaskan jawatan Ketua Cabang dan berhasrat bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Bandar Tenggara, maka Jimmy Puah Wee Tse yang merupakan ADUN Bukit Batu dan S.Gopalakrishnan yang merupakan Naib Ketua Cabang Kulai telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Kulai bagi tahun 2014. Proses undian telah bermula dari jam 10:30 pagi sehingga jam 5:30 petang di Pejabat PKR Kulai Cabang Kulai. Stephen Chong yang merupakan Pengerusi Strategi PKR Negeri Johor telah menjadi pemerhati bagi pemilihan tersebut. Pengiraan undi telah dibuat pada jam 5:45 petang dan mendapati S.Gopalakrishnan telah mendapat undi sebanyak 141 berbanding Jimmy Puah Wee Tse yang mendapat undian sebanyak 74 undi. Jawatan-jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita dan Ketua AMK pula telah dimenangi tanpa bertanding. Walaupun dari satu parti, Jimmy Puah Wee Tse amat dibenci oleh ahli-ahli PKR dari masyarakat India. Ini adalah kerana sikap perkauman menebal yang menjadi amalan ADUN Bukit Batu itu. Sepanjang dia menjadi ADUN, Jimmy Puah langsung tidak memberikan perhatian atau mengambil peduli dengan sebarang aduan daripada masyarakat India. Malah terdapat laporan yang mengatakan, Jimmy Puah pernah MEMPARIAKAN seorang ahli PKR berbangsa India yang cuba mengadu kesusahan kepadanya. Terdorong dengan pengabaian iaitu tiada sebarang bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat India, dia ditolak daripada jawatan Ketua PKR Cabang Pulai. Malahan, sokongan yang diberikan secara tidak langsung oleh bekas ketua, Zabidie bin Abbas kepada S.Gopalakrishnan, yang tidak sehaluan dengan Jimmy Puah, juga telah berjaya memenangkan S.Gopalakrishnan. Ekoran kekalahannya, sudah ada ura-ura yang menyatakan besar kemungkinan Jimmy Puah akan menyeberang masuk DAP dan seterusnya mengekalkan jawatan ADUN Bukit Batu, malah sudah mula nampak jawatan Ahli Parlimen Pulai pada PRU akan datang.

Sunday, 4 May 2014

#Pemilihan PKR: Kecoh Kerana Wujud Unsur Penipuan.......!!!

Mengundi dalam bilik hotel bajet, ahli dihalang mengundi, ahli tidak diberitahu lokasi baru pembuangan undi dan ahli dimaklumkan tarikh pengundian di Cabang tertentu ditangguhkan. Itulah antara runggutan ahli PKR sepanjang dua hari pengundian bermula melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Melaka dan Johor. Dalam pengundian itu, yang dikatakan melibatkan kira-kira 150,000 ahli di lima negeri berkenaan namun hanya 40 hingga 50 peratus keluar mengundi, manakala selebihnya berhadapan dengan empat masalah berkenaan. Seorang Ketua Ranting di sebuah Cabang di Kelantan mendedahkan, proses pengundian penggal ini tidak berubah seperti berlaku sebelumnya, apabila pihak tertentu, yang dikatakan calon berpengaruh cuba 'bermain kotor'.Ketua itu, yang enggan namanya disiarkan berkata, beberapa jam sebelum ahli Ranting hendak keluar mengundi, mereka dimaklumkan tarikh pengundian di Cabang itu terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dinyatakan. Tetapi, katanya, pada masa sama, ahli Ranting lain di Cabang berkenaan yang menyokong calon tertentu dibenarkan keluar mengundi dan tempat pembuangan undi itu diadakan di sebuah hotel murah. "Saya sendiri dimaklumkan oleh seseorang, hari mengundi bagi Cabang dan negeri itu ditangguhkan. Saya berasa pelik kerana tidak dimaklumkan secara rasmi oleh pengerusi PKR negeri"."Was-was dengan makluman itu, saya cuba mengintip dengan mengekori beberapa ahli yang dikenali sebagai penyokong tegar calon tertentu dan mendapati mereka memasuki sebuah hotel murah". "Ahli ini diberikan sekeping kertas undi dan memanggah calon mereka," katanya. Di Kuantan pula, seorang ahli Mohd Shukri Mohd Ramli dihalang daripada mengundi kerana keahliannya dikatakan telah terbatal berikutan bertindak menjadi calon Bebas pada PRU13 Mei tahun lalu. Beliau yang bertanding kerusi DUN Semambu, dikatakan sudah sampai di pusat mengundi pada pagi Sabtu lalu, tetapi dihalang oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh. "Saya masih ahli PKR. Tidak ada pemecatan keahlian dibuat ke atas saya oleh Jawatankuasa Disiplin Parti, dengan itu saya ahli yang sah dan layak mengundi, tetapi calon Naib Presiden (Fuziah) menyekat saya daripada masuk ke pusat mengundi," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai masalah itu dan menganggapnya sebagai spekulasi yang tidak boleh diberi perhatian. Katanya, semua pemilihan atau pengundian di lima negeri termasuk dua hari di Sarawak berjalan lancar dan mengikut jadual. "Jika ada masalah, ahli boleh menyalurkan aduan secara terus kepada JPP untuk kita teliti dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Hari pengundian seterusnya ialah Kedah, Perlis, Sabah pada 3 Mei, diikuti Sabah untuk hari kedua, Perak dan Pulau Pinang (4 Mei), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (10 Mei) dan Selangor (11 Mei).