Tuesday, 29 April 2014

#PRK Bukit Gelugor: PR Sokong Gurmit Jadi Calon......!!!

Sudah menjadi budaya dalam Pakatan Rakyat sejak berzaman lamanya, kekosongan yang ditinggalkan pimpinan (meninggal dunia atau dipenjara), akan diisi oleh ahli keluarga terdekat pemimpin berkenaan. Contoh sudah banyak, terbaru di Kajang, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat dakwaan meliwat Saiful Bukhari secara paksa, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih menjadi pengganti.Dalam soal PRK Bukit Gelugor yang akan datang juga, Pakatan Rakyat sudah mengenalpasti isteri mendiang Karpal Singh, Gurmit Kaur sebagai antara calon yang paling layak untuk menggantikan suaminya di kerusi parlimen tersebut. Selain mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dimahukan rakyat, pencalonan Gurmit juga memberi petanda bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan Karpal. Walaupun ada desakan (malah dikatakan ada petisyen) yang mahu anak Karpal, Ramkarpal untuk menggantikan mendiang bapanya di kerusi tersebut, tapi Pakatan Rakyat 'tidak nampak' Karpal di dalam diri Ramkarpal. Berbanding dengan abang-abangnya, Gobind Singh Deo (MP Puchong) dan Jagdeep Singh Deo (ADUN Batu Keramat), politik adalah sesuatu yang asing dalam diri Ramkarpal meskipun dia dibesarkan dalam keluarga yang fanatik dengan politik. Selain itu, ada juga pertikaian kenapa Ramkarpal yang turut berada dalam MPV dalam kemalangan yang mengorbankan mendiang Karpal Singh pada 17 April lepas harus selamat? Bukan kita meminta, tapi kalau diberi pilihan, Ramkarpal yang seharus 'pergi' dan bapanya terus hidup. Dari satu sudut, persoalan itu memang ada logik kerana Ramkarpal bukan ada signifikasi dalam politik Malaysia, DAP dan Pakatan Rakyat pun, dia lebih banyak terlibat dalam bidang guaman. Kenapa Gurmit lebih layak? Sebagai seorang yang memahami Karpal lebih dari orang lain, tidak ada persoalan lagi kenapa Gurmit tidak patut dicalonkan di Bukit Gelugor. Pakatan Rakyat yakin, sokongan rakyat yang sedia kuat kepada Pakatan Rakyat di situ akan bertambah kalau Gurmit menjadi calon menggantikan mendiang suaminya. BN pun tidak boleh membantah atau menjadikan pencalonan Gurmit sebagai modal kempen. Semua orang tahu BN turut mengamalkan pendekatan yang hampir sama, cuma tidak seaktif yang diamalkan Pakatan Rakyat. Contohnya, dalam PRK Parlimen Batu Sapi Sabah pada 2010, BN mencalonkan Linda Tsen Tau Lin - isteri kepada mendiang Edmund Cheng Ket Wat, ahli parlimen kawasan itu yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Jadi, PR menganggap tidak ada isu kenapa Gurmit tidak dicalonkan dalam PRK Bukit Gelugor yang akan datang.

No comments:

Post a Comment