Thursday 10 April 2014

Penculikan Di Semporna: Penculik Tuntut RM36.4 Juta.......!!!

Penculik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna minggu lepas menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada tuntutan wang tebusan bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warga Filipina. “Kami menerima nota daripada penculik yang menuntut 500 juta pesos sebagai wang tebusan". “Kami telah menghantar kumpulan perunding untuk berbincang dengan orang tengah kumpulan penculik terbabit,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri segmen program “Wanita Hari Ini” terbitan TV3. Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas. Ahmad Zahid berkata pihaknya akan memperketat kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dengan penghantaran aset tambahan ke sana. “Kami sedang bekerjasama dengan polis, tentera, Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) mengenai insiden ini,” kata beliau sambil berkata pihaknya juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina. “Kami juga mengkaji untuk bekerjasama dengan pengusaha hotel dalam kawasan Esszone. Ada 11 resort semuanya. Kami akan meminta mereka memasang kamera litar tertutup di premis masing-masing untuk memperketat keselamatan,” kata beliau. Persolannya, yang diculik seramai 2 orang namun penculik hanya menuntut wang tebusan bagi membebaskan warga China sahaja. Matmerapu cuba menyelami isu ini, adakah warga Filipina yang turut diculik itu merupakan 'informer' kepada kumpulan penculik?

1 comment: