Sunday, 27 April 2014

#PRK Bukit Gelugor: BN Pulau Pinang Bincang Persediaan......!!!

BN negeri akan mengadakan mesyuarat pada 28 April bagi membincangkan mengenai persediaan PRK Parlimen Bukit Gelugor. Bagaimanapun Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, pihaknya setakat ini belum menerima cadangan daripada mana-mana parti komponen parti itu berhubung calon bagi PRK tersebut.“Secara tradisinya, kerusi Parlimen itu adalah milik MCA dan saya yakin pemimpin MCA negeri ketika ini sedang meneliti calon sesuai," katanya. Dalam pada itu, Chang Yeow mengakui, PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah ujian sangat getir kepada BN khususnya MCA memandangkan sentimen pengundi terhadap parti berkenaan tidak banyak berubah selepas pilihan raya umum lalu. Namun, katanya, beberapa isu berkait dengan kepincangan pembangkang sama ada di negeri ini atau di peringkat nasional memberi kelebihan kepada BN untuk memastikan saingan sengit kepada DAP dalam pilihan raya kecil berkenaan kelak. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut akan mengadakan mesyuarat mengenai PRK Parlimen Bukit Gelugor berkenaan pada 28 April ini.

No comments:

Post a Comment