Sunday 20 April 2014

#PRK Bukit Gelugor: BN Bakal Hadapi Laluan Sukar......!!!

PRK Parlimen kawasan Bukit Gelugor di Pulau Pinang. Hanya masa dan tarikhnya akan diumumkan.Biasanya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan dari Speaker Dewan Rakyat dan mengadakan mesyuarat.Sebelum ini wujud persoalan, apakah kerusi parlimen itu akan kosong selepas Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah pada 11 Mac lalu kerana menghamburkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009. Namun ketika menunggu proses rayuan ke atas hukuman yang melucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat itu,Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Atas kertas, laluan untuk BN menang dalam PRK Bukit Gelugor memang sukar. Ibarat kata orang Penang merujuk kepada kubu kuat DAP itu. Pada PRU13, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778. Bukit Gelugor merupakan kawasan di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Bukit Gelugor mempunyai beberapa lokasi strategik seperti Gelugor, Sungai Gelugor, Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong. Jelutong merupakan kerusi Parlimen Karpal sejak tahun 1970an namun dilepaskan beliau selepas tewas dalam PRU10 pada tahun 1999. Kekalahan pertamanya selama lebih 40 tahun menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Pada PRU11, 2004, beliau berpindah kawasan ke Bukit Gelugor, di mana beliau menang menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 1,261 undi. Bagaimanapun pada PRU12, Karpal menang bergaya dengan memperolehi 21,015 undi. Sebelum mengejutkan berbagai pihak pada PRU13 dengan rekod majoriti antara yang tertinggi. Mengikut data SPR pada 2013, P51 Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum. Bukit Gelugor mempunyai 21 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 432 lokaliti. Yang pasti seperti mana-mana PRK sebelum ini, BN perlu meletakkan calon, biar sesukar manapun haluan di atas kertas. Namun rakyat perlu diberikan pilihan.

No comments:

Post a Comment