Thursday 10 April 2014

Bekas Pemimpin DAP Dedah Rahsia Dokumen SULIT......!!!

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar Asoghan a/l Govindaraju telah mengadakan satu sidang akhbar berkaitan pembohongan pemimpin DAP. Asoghan yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP Bahagian Bagan dalam kenyataannya berkata beliau memohon supaya Anthony Loke Siew Fook , Setiausaha Organisasi DAP Pusat supaya membuat satu kenyataan bersumpah bahawa 500 surat ketidakhadiran perwakilan DAP ke Kongres DAP Kebangsaan (CEC) pada 15 Disember 2012 yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah surat yang sah. Beliau turut mencabar pihak Jabatan Forensik untuk menilai ketulenan 500 surat yang telah dikemukakan tempoh hari kerana timbul keraguan berkenaan ketulenan surat-surat tersebut. Manakala Anthony Loke Siew Fook pula dicabar supaya membuat kenyataan awam yang beliau akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen SEREMBAN sekiranya terbukti 500 surat tersebut tidak sah. Ini perlu dilakukan sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Asoghan itu dianggap sebagai satu tuduhan berniat jahat. Sementara itu, mengulas mengenai perletakan jawatan Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh pula , Asoghan menyatakan peletakan jawatan itu hanyalah tindakan pengecut serta melarikan diri daripada masalah berkaitan CEC dan ROS yang telah mengiktiraf CEC sebagai tidak sah.Karpal seharusnya bertanggungjawab dan bukannya meletak jawatan malah tindakan beliau itu tidak boleh sama sekali dianggap sebagai pengorbanan terhadap terhadap parti. Perletakan jawatan Karpal Singh sangat memalukan khususnya kaum India dan hanya dilakukan di Kedai Kopi bukannya di Ibu Pejabat DAP di Komtar Pulau Pinang.Sewaktu membidas Lim Guan Eng , Asoghan berkata Setiausaha Agung DAP Pusat itu harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut dan beliau yakin pada masa akan datang ramai lagi pemimpin DAP akan meletak jawatan di kedai kopi. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang memerintah sebuah negeri , Lim Guan Eng dilihat gagal menyelesaikan masalah DAP dan ianya amat memalukan.Ini berikutan rakyat di negeri Pulau Pinang menganggap Lim Guan Eng sebagai tokong tetapi dalam tempoh 1 tahun masalah CEC tidak sah dan tidak dapat diselesaikan. Asoghan dalam pada itu menyatakan beliau telah pergi ke ROS di Putrajaya untuk mendapatkan maklumat tentang siasatan terhadap CEC dan diberitahu masih dalam siasatan. Untuk rekod Asoghan telah berulang kali mengadakan sidang akhbar selepas dipecat keahliannya pada 23 April 2013 yang lalu berikutan didakwa melanggar disiplin parti ekoran keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas kerusi DUN Bagan Dalam pada PRU13. Selepas dipecat dari parti, Asoghan bertindak mengadakan kenyataan akhbar bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP yang mendakwa parti tersebut kini hanya atas kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment