Wednesday, 16 April 2014

Penerbitan Buku REFORMASI 2.0:Rafizi Ramli Perlu Ditahan.......!!!???

Penerbit dan pencetak buku REFORMASI 2.0 - FAKTA ANWAR IBRAHIM amat sedar dengan konsekuens yang bakal mereka hadapi terutama sekali membabitkan Akta Hasutan dan penghinaan terhadap sistem mahkamah di negara ini. Oleh kerana itulah, buku berkenaan dicetak tanpa nama dan alamat penerbit serta pencetak. Yang tertera pada kulit hadapan buku tersebut yang mula diedarkan pada malam kempen PRK DUN Kajang pada 23 Mac lalu, hanyalah nama RAFIZI RAMLI. Setakat ini, buku tersebut dijual secara dalam talian atau di perhimpunan-perhimpunan PKR. Buku berkenaan tidak dijual secara awam dan terbuka serta ia dijual pada kadar harga RM5 sehingga RM10 sebuah. Nama RAFIZI RAMLI bukanlah satu kes yang kukuh untuk mensabitkan Ahli Parlimen Pandan yang juga bernama Rafizi Ramli. Namun berdasarkan kepada manuskrip asal yang pernah disiarkan sebelum ini, selain pengesahan daripada HARAKAH, dipersetujui bahawa penulis manuskrip tersebut adalah RAFIZI RAMLI di mana pada 22 Mac adalah Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan. Justeru, beberapa pihak telah membuat laporan polis agar Rafizi Ramli ditangkap dan disoalsiasat berhubung tindakannya menghina mahkamah dan menghasut orang ramai agar melakukan rusuhan agar keputusan bersalah dan penjara lima tahun yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim, ditarik kembali. Satu laporan polsi telah dibuat oleh seorang pegawai media di Sungai Petani. Menurut si pengadu laporan polisnya dibuat kerana percaya penerbitan dan penjualan buku tersebut jelas menghina mahkamah kerana mempertikaikan integriti dan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang mengendalikan kes liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Pengadu juga berpendapat, penjualan buku tersebut perlu disekat kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada pembaca. Pengadu juga berpendapat, motif utama penerbitan buku tersebut adalah untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati serta menghilangkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada sistem mahkamah di Malaysia. PDRM diminta mengambil tindakan terhadap Rafizi Ramli di bawah Seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 3(1) Perenggan (c) Akta Hasutan. Satu lagi laporan polis telah dibuat di Seremban 2 untuk isu yang sama. Laporan dibuat oleh Ketua Penerangan Belia Masjid Rantau dan Romni Suhendra bin Norsal, Naik Ketua Pemuda Cawangan Sungai Gadut. Manakala di Pulau Pinang, laporan polis juga telah dibuat terhadap Rafizi Ramli dan buku berkenaan. Berdasarkan kepada manuskrip asal buku REFORMASI 2.0 - FAKTA ANWAR IBRAHIM, kandungannya penuh dengan penipuan dan langsung tidak digunakan di dalam mahkamah semasa perbicaraan, samada sewaktu di Mahkamah Tinggi dari tahun 2008 sehingga 2012, mahupun di Mahkamah Rayuan pada Mac 2014. Antara perkara yang ditekankan di dalam buku tersebut adalah AIR MANI ANWAR IBRAHIM yang cuba digambarkan sebagai bahan bukti yang lemah. Bagaimanapun, penjelasan tidak diberikan oleh penulis atau pemberi idea yang cuba menghuraikan secara panjang lebar tentang DNA yang tidak sepatutnya diambil daripada air mani Anwar tentang bagaimana air mani itu boleh diperolehi. Hampir 100% kandungan buku tersebut adalah penipuan dan hanya digunakan untuk memesongkan pemikiran pembacanya. Tidak ada satu pun daripada hujah-hujah di dalam buku berkenaan digunakan oleh para peguambela Anwar Ibrahim ketika prosiding mahkamah memandangkan barisan peguambela Anwar Ibrahim tahu, hujah-hujah sepertimana yang termuat dalam buku REFORMASI 2.0 hanyalah bersifat kebudak-budakan. Ia hanya boleh digunakan di jalanan dan tidak boleh diterima dalam mahkamah kerana tidak mempunyai kekuatan hujah.

No comments:

Post a Comment