Wednesday, 16 April 2014

MH370: Implikasi Mengisytiharkan Kematian.......!!!???

1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir di Koredor Selatan Lautan Hindi, dengan bantuan radar satelit dan kaedah tercanggih dari Britain. 2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui. 3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati. 4) PM Malaysia membuat pengumuman mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor dan negeri lain turut kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung. 5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yang relevan. 6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan? 7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yang terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi. 8) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya. 9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat rampasan udara (andaian), si suami yang diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dengan isteri itu yang sudah bersuami baru? 10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yang dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami lama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dengan suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru suami yang dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah miliki anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dengan pulangnya suami lama yang 'hidup semula'. 11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal akibat kemunculan semula suami lama yang pernah diisytihar mati. 12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yang lain. 13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu menilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata. Sumber: MH370; Implikasi mengisytiharkan kematian | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/03/mh370-implikasi-mengisytiharkan-kematian.html#ixzz2z7NtWvDg Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

No comments:

Post a Comment