Sunday, 20 April 2014

Dua Menteri Besar Bakal Gugur......!!!???

Merujuk tulisan di dalam Mingguan Malaysia 20 April membangkitkan spekulasi bahawa dua Menteri Besar bakal diganti tidak lama lagi. Tanpa menamakan nama mana-mana Menteri Besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti. Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan turut menyokong usaha berkenaan, yang menurutnya mampu “menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri.” “Khabarnya dua Menteri Besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai".“Tidak perlulah Mat Merapu sebut siapa Menteri Besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus".“Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Mat Merapu percaya Dato' Sri Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu,”. UMNO kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan Menteri Besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Selain itu, Ketua Menteri UMNO turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.Dalam tulisan berkaitan, editor akhbar berkenaan turut melahirkan hasrat agar PM Najib memperkenalkan muka baru untuk jawatan tertentu dalam UMNO.“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar PM yang juga Presiden UMNO menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment