Sunday 20 April 2014

Cucu Mendiang Karpal Singh Ingin Jadi Harimau Ke 2: Politik Anak Beranak Mula Membiak.....!!!

Pada hari Ahad 20 April,orang ramai berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya Khamis lepas. Dalam suasana suram dan sedih ini, cucu sulung Harimau Jelutong, Akhshay Singh Deo, 11 tahun, telah bersumpah ingin menjadi seorang peguam yang berani dan berdedikasi seperti datuk beliau. “Saya ingin jadi Harimau Jelutong seterusnya!” kata Akhshay, ketika ditanyakan sekiranya ingin mengikut jejak langkah datuk beliau dan menjadi seorang peguam yang pertahankan mereka yang ditindas. Akhshay merupakan anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, anak sulung Karpal Singh, seorang penggubal undang-undang negeri Pulau Pinang. Kanak-kanak ini turut kongsikan sebuah mimpi bersama datuk beliau yang dialami sebelum mendapat tahu khabar berita bahawa datuk beliau meninggal dunia. Dalam mimpi tersebut, Akhshay bermain bersama datuk beliau di tepi pantai.

No comments:

Post a Comment