Tuesday, 29 April 2014
#MH370: Lokasi Pesawat Diketahui......!!!???
Sebuah syarikat komersial pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.
Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370. Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu. Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut. GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac. "Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam, pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope. Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat. Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data."Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala"."Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope. Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi. Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang. Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu. "Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.
Luahan Orang China Berkenaan Cina Di Malaysia......!!!
Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:
1.Pengiktirafan orang Cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu"
2.Keangkuhan orang Cina:
"Keangkuhan orang Cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum Cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina".
3.Perkauman orang Cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis".
4.Penghinaan orang Cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu".
5.Sikap negatif orang Cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka"
6.Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercabar. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah Cina:
"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis".
#PRK Bukit Gelugor: PR Sokong Gurmit Jadi Calon......!!!
Sudah menjadi budaya dalam Pakatan Rakyat sejak berzaman lamanya, kekosongan yang ditinggalkan pimpinan (meninggal dunia atau dipenjara), akan diisi oleh ahli keluarga terdekat pemimpin berkenaan. Contoh sudah banyak, terbaru di Kajang, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat dakwaan meliwat Saiful Bukhari secara paksa, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih menjadi pengganti.Dalam soal PRK Bukit Gelugor yang akan datang juga, Pakatan Rakyat sudah mengenalpasti isteri mendiang Karpal Singh, Gurmit Kaur sebagai antara calon yang paling layak untuk menggantikan suaminya di kerusi parlimen tersebut. Selain mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dimahukan rakyat, pencalonan Gurmit juga memberi petanda bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan Karpal. Walaupun ada desakan (malah dikatakan ada petisyen) yang mahu anak Karpal, Ramkarpal untuk menggantikan mendiang bapanya di kerusi tersebut, tapi Pakatan Rakyat 'tidak nampak' Karpal di dalam diri Ramkarpal. Berbanding dengan abang-abangnya, Gobind Singh Deo (MP Puchong) dan Jagdeep Singh Deo (ADUN Batu Keramat), politik adalah sesuatu yang asing dalam diri Ramkarpal meskipun dia dibesarkan dalam keluarga yang fanatik dengan politik. Selain itu, ada juga pertikaian kenapa Ramkarpal yang turut berada dalam MPV dalam kemalangan yang mengorbankan mendiang Karpal Singh pada 17 April lepas harus selamat? Bukan kita meminta, tapi kalau diberi pilihan, Ramkarpal yang seharus 'pergi' dan bapanya terus hidup. Dari satu sudut, persoalan itu memang ada logik kerana Ramkarpal bukan ada signifikasi dalam politik Malaysia, DAP dan Pakatan Rakyat pun, dia lebih banyak terlibat dalam bidang guaman. Kenapa Gurmit lebih layak? Sebagai seorang yang memahami Karpal lebih dari orang lain, tidak ada persoalan lagi kenapa Gurmit tidak patut dicalonkan di Bukit Gelugor. Pakatan Rakyat yakin, sokongan rakyat yang sedia kuat kepada Pakatan Rakyat di situ akan bertambah kalau Gurmit menjadi calon menggantikan mendiang suaminya. BN pun tidak boleh membantah atau menjadikan pencalonan Gurmit sebagai modal kempen. Semua orang tahu BN turut mengamalkan pendekatan yang hampir sama, cuma tidak seaktif yang diamalkan Pakatan Rakyat. Contohnya, dalam PRK Parlimen Batu Sapi Sabah pada 2010, BN mencalonkan Linda Tsen Tau Lin - isteri kepada mendiang Edmund Cheng Ket Wat, ahli parlimen kawasan itu yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Jadi, PR menganggap tidak ada isu kenapa Gurmit tidak dicalonkan dalam PRK Bukit Gelugor yang akan datang.
#PRK Bukit Gelugor: Mampukah MCA Raih Sokongan Pengundi Cina?
BN khususnya MCA, sekali lagi menggalas tugas berat dalam usaha meyakinkan pengundi khususnya kaum Cina untuk berpihak kepada parti itu dalam PRK kerusi Parlimen Bukit Gelugor, 25 Mei depan. Mengikut agihan kerusi di dalam BN, kerusi Parlimen Bukit Gelugor adalah milik MCA, menjadikan ini pembabitan kedua MCA dalam PRK selepas yang pertama dalam PRK DUN Kajang, Selangor pada 23 Mac lalu. Semasa PRK Kajang, MCA di bawah pimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai terpaksa bekerja keras dalam usahanya mendapatkan pengundi Cina yang berjumlah 15,823 orang atau 40 peratus mengalih sokongan mereka kepada BN. Hasilnya, MCA memperoleh peningkatan sebanyak tujuh peratus kepada 25 peratus berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu sekitar 18 peratus. Melihat PRK kali ini adalah kerusi Parlimen, sudah tentu tugas MCA selaku parti komponen kedua terbesar BN, semakin berat kerana bakal berhadapan dengan saiz pengundi Cina yang bilangannya tiga kali ganda lagi besar daripada DUN Kajang. PRK Parlimen Bukit Gelugor, yang mempunyai 61,112 pengundi Cina atau 74.49 peratus, diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April lalu. Karpal Singh, bekas pengerusi DAP, meraih majoriti 42,706 undi, ketiga tertinggi selepas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dari DAP yang memperoleh 51,552 majoriti undi dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong, juga dari DAP, sebanyak 43,063 majoriti undi. Di atas kertas, ramai pihak meramalkan bahawa BN-MCA sukar mendapat sokongan pengundi Bukit Gelugor khususnya masyarakat Cina berdasarkan sentimen PRU13. Biarpun tersungkur di Kajang, formula mengurangkan majoriti pihak lawan sebanyak 14.4 peratus seharusnya dijadikan panduan untuk memperkasakan gerak kerja dan strategi parti bagi meraih seberapa banyak sokongan pengundi. Menyedari Parlimen Bukit Gelugor merupakan kubu kuat DAP, timbul persoalan, mampukah MCA 'mencuri' sedikit undi daripada jumlah keseluruhan pengundi Cina di kawasan Parlimen itu?
Penganalisis politik meramalkan bahawa majoriti 41,778 undi yang diperoleh Karpal Singh ketika PRU13 berkemungkinan kekal berdasarkan sentimen semasa di kawasan itu. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata BN sama ada menerusi MCA atau pun Gerakan akan mempunyai laluan berliku memandangkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor adalah milik tokoh besar DAP. "Tambahan pula kerajaan negerinya adalah pimpinan DAP dan sentimen pemergian Karpal Singh sangat terkesan di hati pengundi selain ia adalah kubu kuat DAP," katanya. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata keyakinan tinggi akan menjadi faktor yang mampu mendorong parti itu berusaha keras untuk meraih sokongan pengundi. "Kalau kita bertanding, laluannya sukar. Bagaimanapun kita ada keyakinan. Keyakinan itu penting untuk kita cuba kurangkan majoriti lawan," katanya. MCA yang kini giat mengadakan transformasi parti diingatkan supaya tidak menjadikan PRK ini medan untuk menguji pengaruh sebaliknya platform mempamerkan kesediaan dan iltizam kuat untuk berkhidmat kepada rakyat. "Saya fikir BN tidak boleh memberi kemenangan mudah kepada DAP dan saya yakin BN akan beri tentangan dan bertanding sebagai 'underdog' (bukan pilihan). Ini bukanlah masa yang sesuai untuk MCA menguji pengaruh mereka," kata Mohamed Mustafa. Beliau berkata sentimen ketika PRK Kajang amat berlainan daripada sentimen di Bukit Gelugor. "Di Kajang, wakil rakyat letak jawatan, jadi ia lain sekali manakala di Bukit Gelugor, ia melibatkan kematian wakil rakyat. Pulau Pinang bukan tapak yang kuat untuk MCA berbanding Gerakan. Jadi tak sesuai untuk ukur kemampuan," katanya.
Selepas dilanda prestasi buruk pada PRU13, MCA kini berdepan dengan perang persepsi di kalangan rakyat khususnya masyarakat Cina yang masih meragui sama ada parti yang kini dibarisi kepimpinan baharu telah pulih daripada segala masalah dalaman. Mohamed Mustafa berpendapat masyarakat Cina khususnya di Parlimen Bukit Gelugor sukar untuk memberikan undi kepada MCA ditambah dengan sentimen politik negeri yang memihak kepada DAP. "Dalam sejarah Bukit Gelugor, MCA tidak ada pengaruh yang kuat. Pengundi akan memberikan undi kepada DAP kerana faktor simpati dan faktor mengenang budi Karpal Singh," katanya. Namun bagi Tan, walau apapun keadaan, MCA bersedia menggalas cabaran berat itu dan menambah kata bahawa parti itu sudah membuat persiapan menghadapinya. Selain 61,112 pengundi Cina atau 74.49 peratus, kawasan Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.
Militan: Sepuloh Suspek Ditahan PDRM.......!!!
Seorang lagi suspek yang terlibat dalam aktiviti militan ditahan sepasukan polis di ibu negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suspek yang ditahan itu merupakan seorang wanita dan jumlah tangkapan setakat ini adalah seramai 10 orang. Katanya, daripada jumlah itu, seramai lapan orang adalah lelaki dan dua wanita termasuk seorang balu. Kesemua suspek berusia 25 hingga 56 tahun. Menurut Zahid, wanita yang ditahan merupakan seorang balu namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi serta waktu dia ditahan. "Setakat ini, kami sudah menahan 10 orang yang dipercayai ada hubungkait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan," katanya.
Beliau memberitahu sidang media selepas majlis 'Pemakaian Pangkat Time Based berasaskan kecemerlangan koperal dan sarjan penjara', pelancaran unit pengiringan bermotosikal dan jersi pasukan bola sepak Penjara FC. Ahmad Zahid berkata pihaknya juga telah merampas pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa daripada 10 individu berkenaan. Tambahnya, maklumat risikan juga mendapati mereka mempunyai rangkaian di luar dan dalam negara, dan telah menyertai beberapa misi jihad di negara yang sedang bergolak. "Mereka menyamai apa yang dilakukan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah berselindung atas nama misi kemanusiaan," katanya. Beliau berkata PDRM akan meneruskan misi mengesan saki baki kumpulan itu yang dipercayai lebih daripada 10 orang. Ketika ditanya mengenai cara anggota kumpulan itu direkrut, beliau berkata PDRM menyelidiki semua punca pengambilan yang dilakukan daripada individu, kumpulan atau laman sosial seperti Facebook dan tidak akan ada unsur kompromi kepada sesiapa sahaja yang terlibat.
Ahmad Zahid berkata setelah siasatan selesai, beliau akan meminta Bukit Aman mendedahkan mengenai kumpulan itu, yang terdiri dari pelbagai latar belakang individu. Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Saya yakin di bawah Sosma kita akan dapat membendung gejala keganasan di negara ini yang mengamalkan kesederhanaan dalam Islam," katanya. Sebelum ini, PDRM menahan sembilan individu termasuk seorang janda dalam serbuan berasingan di Kedah dan Selangor selepas semua suspek disyaki terbabit kegiatan militan di negara ini. Segelintir suspek ditahan di rumah masing-masing dengan sebahagiannya adalah pelajar madrasah, penjual burger serta pembantu restoran. Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas (operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari selepas pihak polis mendapat maklumat suspek sudah menjalani latihan ala ketenteraan untuk melakukan keganasan. “Dianggarkan 30 individu menganggotai kumpulan militan itu yang dipercayai bergiat aktif sejak tahun lalu". "Buat masa ini nama kumpulan berkenaan tidak boleh didedahkan supaya tidak mengganggu siasatan polis,” katanya.Kumpulan tersebut disifatkan sebagai licik kerana berselindung di sebalik misi kemanusiaan terbongkar apabila polis menahan sembilan anggota kumpulan itu termasuk ketuanya.
Ada di antara mereka ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, ketika bersiap sedia untuk berlepas ke luar negara bagi menjalankan misi 'jihad'. Kumpulan tersebut membawa fahaman 'Salafi Jihadi' dan cara kumpulan tersebut bergerak dengan berselindung di sebalik penganjuran misi-misi kemanusiaan ke luar negara dan membuat kutipan amal untuk membiayai operasi serta kegiatan mereka. "Melalui siasatan yang dijalankan, cara dan kaedah mereka beroperasi juga konsisten dan mirip kumpulan Al-Qaeda dan JI". "Cuma bezanya, mereka berselindung di sebalik misi kemanusiaan selain merekrut ahli melalui laman sosial dengan mengajak untuk berjihad dan melancarkan perang terhadap negara yang mengamalkan pemerintahan sekular," katanya. Siasatan turut mendapati kumpulan tersebut kerap menganjurkan perjumpaan sulit bertujuan memantapkan ideologi ekstrem mereka selain menjalani latihan ala-tentera di lokasi-lokasi rahsia di pinggir ibu negara. "Pihak polis masih memburu saki-baki ahli kumpulan itu kerana jumlah keseluruhan adalah di tahap membimbangkan walaupun rata-rata ahli kumpulan masih baharu dan tiada dalam rekod siasatan polis," katanya.
PFP: Tiada Kaitan Dengan BN Pulau Pinang........!!!
BN Pulau Pinang tidak mempunyai kaitan dengan penubuhan parti Penang Front Party (PFP) oleh 44 badan bukan kerajaan kaum Cina, kata Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow. "Kami tidak tahu tentang penubuhan parti itu. Mereka tidak menemui kami dan kami juga tidak menemui sesiapa untuk menubuhkan parti ini," katanya mengenai penubuhan parti itu seperti yang diumumkan Pengerusi Penajanya Datuk Go Chu Tiong. Mereka dalam proses menghantar permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membolehkan calonnya bertanding pada PRK kawasan Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei. Teng berkata sesiapa pun boleh mengisytihar mereka mesra BN, tetapi penubuhan PFP tidak datangnya daripada BN. PFP dikatakan mahu memperjuangkan masa depan rakyat Pulau Pinang secara adil. Mengenai PRK Bukit Gelugor, Teng berkata MCA akan mengemukakan calonnya untuk dipertimbangkan dan menambah BN Pulau Pinang akan bermesyuarat dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai perkara itu. Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam nahas jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada 17 April lalu. Sementara itu Teng berkata BN Negeri bersetuju untuk melantik semula Datuk Omar Faudzar sebagai Setiausaha dan Tan Cheng Liang sebagai Bendahari baharu.
Sunday, 27 April 2014
#PRK Bukit Gelugor: BN Tidak Perlu Bertanding......!!!
Adalah sukar bagi BN menggugat kedudukan DAP di Parlimen Bukit Gelugor memandangkan parti itu berjaya memperoleh majoriti undi selesa pada PRU13 lalu. Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata mereka berjaya meningkatkan majoriti undi sejak 2004. “Peningkatan majoriti yang mendadak membuktikan rakyat di kawasan itu menerima baik pimpinan DAP yang diterajui oleh Karpal Singh". Pada 2004, Karpal berjaya memperoleh majoriti undi sebanyak 1,261 undi manakala pada 2008 dengan majority 21,015. Beliau terus mendapat sokongan baik apabila menang selesa dengan majoriti besar iaitu 41,778 undi pada PRU13 lalu,. Menurut Sivamurugan, bukan sahaja sokongan rakyat terhadap parti menjadi faktor kemenangan DAP dalam PRK kali ini, tetapi faktor kematian Karpal yang tragis juga boleh menarik undi simpati orang ramai. Katanya, soal calon bukan masalah besar buat DAP kerana siapa pun yang diletakkan, parti itu mempunyai peluang cerah. Sivamurugan turut berpendapat adalah baik BN tidak meletakkan calon mereka kali ini dan lebih memfokuskan sasaran untuk PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika BN tetap mahu meletakkan calon, medan PRK kali ini boleh menjadi batu ukuran buat mereka khususnya MCA dari segi peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu. “Di atas kertas peluang BN tipis, hanya bergantung pada bagaimana DAP mengurus isu berbangkit,” katanya.
Kehebatan Kereta Presiden US: The Beast.......!!!
Kereta Presiden US lebih dikenali sebagai 'The Beast', Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One. Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.
Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, 'The Beast' dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.
Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan. Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang 'shot-gun' dan kamera penglihatan malam.
Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk Presiden. The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.
Perpecahan Dalam PKR Makin Parah......!!!
Respon Mufti Perak Mengenai Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya.......!!!
“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping,yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu. Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir. Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan. Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. “Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya.”
Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet. Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad. “Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu,” katanya.
#PRK Bukit Gelugor: BN Pulau Pinang Bincang Persediaan......!!!
BN negeri akan mengadakan mesyuarat pada 28 April bagi membincangkan mengenai persediaan PRK Parlimen Bukit Gelugor.
Bagaimanapun Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, pihaknya setakat ini belum menerima cadangan daripada mana-mana parti komponen parti itu berhubung calon bagi PRK tersebut.“Secara tradisinya, kerusi Parlimen itu adalah milik MCA dan saya yakin pemimpin MCA negeri ketika ini sedang meneliti calon sesuai," katanya. Dalam pada itu, Chang Yeow mengakui, PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah ujian sangat getir kepada BN khususnya MCA memandangkan sentimen pengundi terhadap parti berkenaan tidak banyak berubah selepas pilihan raya umum lalu. Namun, katanya, beberapa isu berkait dengan kepincangan pembangkang sama ada di negeri ini atau di peringkat nasional memberi kelebihan kepada BN untuk memastikan saingan sengit kepada DAP dalam pilihan raya kecil berkenaan kelak. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut akan mengadakan mesyuarat mengenai PRK Parlimen Bukit Gelugor berkenaan pada 28 April ini.
#PRK Bukit Gelugor: DAP Senarai Pendek 5 Calon.......!!!!
DAP Pulau Pinang menyenarai pendekkan lima nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei kelak. Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata nama calon berkenaan akan diserahkan untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat pada 28 April. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung senarai calon itu. "Semua calon bukan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)...tiada wakil rakyat dalam senarai," katanya selepas menghadiri Karnival Tukar Barang sempena sambutan Hari Bumi 2014, di Lebuh Pantai. Chow juga enggan mengulas sama ada anak mendiang Karpal Singh turut disenarai pendekkan sebagai calon PRK itu.
Spekulasi hangat menyatakan anak lelaki Karpal Singh, Ramkarpal atau anak perempuannya Sangeet Kaur Deo akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Cina. Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, berikutan nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung 17 April lalu.
Karpal Singh memenangi kerusi itu pada 2004 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lim Boo Chang dengan majoriti 1,261 undi. Pada pilihan raya umum 2008, Karpal Singh mempertahankan kerusi Bukit Gelugor selepas menewaskan calon BN Datuk Koay Kar Huah dengan majoriti 21,015 undi dan memenanginya lagi pada 2013 dengan majoriti lebih besar 41,778 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari pengundian untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor sementara hari pencalonan pada 12 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei 2014.
Sunday, 20 April 2014
Pulau Diego Garcia: Rakyatnya Dihalau AS & British......!!!
Bermula tahun 1967, setiap orang Chagos yang meninggalkan Pulau Diego Garcia untuk rawatan perubatan atau bercuti di Mauritius, tidak lagi dibenarkan pulang ke tanah air mereka. Tanpa ditemani keluarga atau harta benda, penduduk asal pulau yang terletak di jantung Lautan Hindi itu terpaksa merempat di penempatan setinggan Mauritius. Sehingga tahun 1973, hampir 1,200 orang Chagos dipindah secara paksaan ke Mauritius dan Seychelles. Keluarga Jeannette Alexis antara penduduk Diego Garcia terakhir dipindahkan. Imbas Alexis: "Ayah memberitahu bahawa kami mesti meninggalkan pulau ini (Diego Garcia) kerana orang Amerika akan berpindah masuk dan ia tidak lagi selamat untuk kami sekeluarga." Sudahlah mereka dihalau, haiwan peliharaan mereka terutama anjing dibunuh tentera British menggunakan gas dan kemudiannya dibakar.
"Anda boleh bayangkan tekanan yang mereka letakkan ke atas kami. Saya menangis dan berpaut pada kaki ibu dan walaupun masih kecil ketika itu, saya sedar bahawa kami telah meninggalkan sesuatu yang berharga dan ia merupakan rumah kami," luah Alexis. Marcel Moulinie, pengurus sebuah ladang kelapa di pulau berkeluasan 44 kilometer (km) persegi itu menceritakan, dia diarahkan kerajaan British untuk memindahkan semua penduduk keluar."Apabila tiba waktu berpindah, mereka tidak dibenarkan membawa apa-apa selain beg berisi baju. Kapal kargo pemindahan yang digunakan pula kecil dan mereka terpaksa berhimpit selama lima jam," dedah Moulinie. Penduduk Diego Garcia memberitahu bahawa mereka meninggalkan syurga dan dicampak ke neraka apabila tiba di Pelabuhan Louis, Mauritius. Berbekalkan kepakaran menangkap ikan dan berkebun, tanpa kemahiran profesional, mereka berdepan kesulitan mengadaptasi kehidupan di bandar serba lengkap itu.
Tambah menyayat hati, selepas ditinggalkan tanpa wang, pekerjaan yang dijanjikan dan rumah baharu, orang Chagos terpaksa berdikari hidup dalam buangan di tanah asing. Selepas tiga dekad, tiada siapa mengetahui kisah kesengsaraan orang Chagos sehingga seorang penduduk asalnya, Olivier Bancoult, Presiden bagi Persatuan Pelarian Chagos mendakwa kerajaan Britain di mahkamah. Amarah Bancoult tidak terbendung setiap kali mengenang penderitaan yang dilalui bangsanya. Tiga abang Bancoult mati sebagai pemabuk akibat berputus asa dengan kesempitan hidup kritikal manakala adik perempuannya membunuh diri kerana terlalu merindui Diego Garcia.
"Ia menyiat-nyiat perasaan saya dan sebab itu saya tidak akan berputus asa. Semua ini terjadi kerana AS dan British membuat hidup kami merana," luah Bancoult menerusi laporan rangkaian televisyen dan radio Amerika Syarikat (AS), CBS News pada Jun 2003. Kontroversi membabitkan hak untuk pulang penduduk asal Diego Garcia dengan kerajaan Britain dan AS mendapat perhatian dunia. Namun ia tidak diperjuangkan secara besar-besaran ekoran bilangan kecil rakyatnya yang kini meningkat kepada 5,000 orang. Mengupas punca perpindahan paksaan itu, penulis buku Island of Shame: The Secret History of The U.S. Military on Diego Garcia, David Vine seperti yang dipetik daripada Global Research pada tahun 2009 mendedahkan, orang Chagos dipindahkan kerana populasi mereka yang kecil dan bukan tergolong dalam orang kulit putih. Pihak AS juga cuba menyebarkan cerita palsu dengan mengatakan orang Chagos hanyalah pekerja kontrak sementara yang mendiami Diego Garcia untuk jangka masa singkat. Sebenarnya, mereka telah hidup di pulau itu sejak Revolusi Amerika iaitu hampir 200 tahun. Jelas Vine yang juga profesor antropologi di Universiti Amerika, Washington DC, orang Chagos diimport dari Afrika, India dan sekitar Kepulauan Melayu bagi bekerja di ladang kelapa dan kopra (kelapa kering) di pulau itu. Diego Garcia yang merupakan salah satu daripada 52 pulau dalam Kepulauan Chagos pada asalnya bukanlah penempatan manusia. Ia ditemui pelayar Portugis, Vasco de Gama sekitar 1500-an tetapi tidak diiktiraf di dalam peta dunia.Pada abad ke-18 (1700-1800), Perancis meletakkan Diego Garcia di bawah jajahan Mauritius. Hamba-hamba yang dibawa masuk ke pulau itu untuk sektor agrikultur kemudiannya menjadi majoriti penduduk dan merupakan nenek moyang keturunan Chagos hari ini.
British kemudian menawan Mauritius ketika Perang Napolean dan mendapat milikan ke atas Diego Garcia menerusi Perjanjian Paris. Tidak lama kemudian, pada tahun 1883, sistem perhambaan dihapuskan dalam sistem empayar British membolehkan orang Chagos membina peradaban sendiri. Sehingga tahun 1971, pendapatan utama penduduk pulau itu diperoleh hasil perdagangan minyak kelapa. Ia merupakan sektor perladangan yang menguntungkan kerana minyak kelapa itu dijadikan minyak mesin yang berkualiti dan digunakan dalam lampu-lampu di Eropah. Setahun selepas penubuhan Jajahan Lautan Hindi British (BIOT) pada tahun 1965, satu perjanjian rasmi telah ditandatangani antara United Kingdom (UK) dan AS bagi menjadikan Diego Garcia sebagai pangkalan tentera bersama. Bagi menguatkuasakan perjanjian itu, Britain memisahkan Kepulauan Chagos daripada jajahan Mauritius, biarpun tindakan mereka menyalahi undang-undang penyahjajahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berdasarkan perjanjian itu, Diego Garcia dipajak kepada AS sebagai pertukaran pemansuhan hutang membeli peralatan ketenteraan bernilai AS$14 juta (RM45 juta). Laman web Infoplease menyatakan, Diego Garcia terletak di luar rangkaian siklon (angin puting beliung) menjadikan ia pangkalan tentera efektif ketika Perang Dingin dan bagi memerhati pergerakan Kesatuan Soviet. Fungsinya sebagai pangkalan hadapan juga diiktiraf ketika Perang Teluk 1991. "Menerusi Diego Garcia, AS boleh meluaskan kuasanya di sepanjang Asia Barat, Afrika Timur, India, Australia dan Indonesia," jelas Vine yang menyatakan AS kini memiliki kira-kira 1,000 buah pangkalan termasuk 287 di Jerman, 130 di Jepun dan 57 di Itali. Diego Garcia juga dilengkapi pesawat pengebom terbesar AS termasuk Air Force B-52, B-1B dan B-2. Buktinya pada 17 Disember 1998, hampir 100 peluru berpandu kruis jarak jauh dilancarkan ke Iraq di bawah Operasi Desert Fox. Pada 7 Oktober 2001 pula, AS sekali lagi menggunakan Diego Garcia sebagai pelancar pesawat pengebom B-52 dan B-2 bagi menyerang Afghanistan. Biarpun terletak lebih 4,828km dari selatan Iraq, ia tidak mengundang sebarang masalah logistik kepada AS. Malah Tentera Udara AS pernah mendedahkan bahawa B-52 mereka boleh menjangkau jarak melebihi 14,162km. Seperti yang dinyatakan pada laman web rasmi Fasiliti Sokongan Tentera Laut Diego Garcia, kedudukan terpencil pulau itu membolehkan ia menjadi hab kunci bagi mengesan satelit dan bertindak sebagai salah satu daripada lima stesen pengawasan Penentu Kedudukan Global (GPS). Ia turut dilengkapi sistem Pengawasan Angkasa Optikal Elektro Darat bagi mengesan objek di ruang udara. Berbalik kepada tuntutan hak kembali ke Diego Garcia oleh orang Chagos, pada tahun 2000, Bancoult bersama peguamnya, Richard Gifford berjaya menemui dokumen-dokumen rahsia yang telah diubah status berhubung penjelasan perjanjian antara AS dan Britain berkenaan pembinaan pangkalan tentera Diego Garcia. Pendedahan daripada pihak Bancoult membawa kejayaan bermakna. Mahkamah Tinggi Britain memutuskan bahawa memindahkan penduduk asal Diego Garcia sebagai satu kegiatan haram. "Orang Chagos tidak pernah menolak pangkalan AS di Diego Garcia tetapi mereka berkecil hati kerana dinafikan peluang pekerjaan di sana," ujar Gifford.
Bagi mengekang kemaraan orang Chagos, kerajaan Britain mengeluarkan Titah Berkenan pada tahun 2004 bagi mengharamkan penduduk asal untuk kembali. Prerogatif diraja tradisional itu membolehkan Britain menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2000. Namun pada Mei 2006, Mahkamah Tinggi di London memutuskan bahawa orang Chagos mungkin boleh pulang ke pulau lain di dalam Kepulauan Chagos dan menyifatkan tindakan kerajaan Britain sebagai menyalahi undang-undang dan melanggar standard moral. Menurut laporan Huffington Post, meskipun tiga mahkamah rendah di Britain berpihak kepada orang Chagos, keputusan Mahkamah Tinggi dengan margin 3-2 berpihak kepada kerajaan Britain meranapkan impian penduduk asal Diego Garcia. Tahun lalu, Mahkamah Hak Kemanusiaan Eropah juga menolak rayuan akhir orang Chagos. "Ia adalah pangkalan penting, saya setuju tetapi pada masa yang sama, mereka perlu sedar bahawa manusia juga penting," luah Alexis.
Seorang Pegawai TUDM Berpangkat Mejar Ditahan Di Texas, AS Disyaki Cuba Menyeludup Senjata Api Ke Malaysia......!!!
Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar ditahan di San Angelo, Texas, Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata api ke Kuala Lumpur. Memetik sebuah portal berita antarabangsa, bigcountryhomepage.com, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. Menurut portal sama, penahanan dibuat selepas imbasan ke atas beg dan kotak milik pegawai itu mendapati ada objek meragukan.“Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 calibre". “Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat,” kata laporan di portal itu. Menurut laporan di portal itu lagi, pegawai TUDM yang sudah menaiki pesawat kemudiannya diiring keluar oleh pihak polis untuk siasatan berhubung penemuan senjata tersebut. “Bagaimanapun, pegawai terbabit memaklumkan dia menyembunyikan senjata itu bagi mengelak dikesan sebaik tiba di Malaysia,” jelas portal itu. Difahamkan, hasil siasatan mendapati pegawai TUDM itu memasuki Amerika Syarikat secara sah sejak 5 Januari lalu untuk menjalani latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Gooffellow, San Angelo.“Pegawai itu hanya berada di pangkalan terbabit sepanjang tempoh tersebut,” kata portal berkenaan. Menurut portal itu, pegawai TUDM itu dipercayai membeli senjata api terbabit ketika menghadiri pertunjukan senjata di Sweetwater. Katanya, dua vendor pertama enggan menjual senjata api kepadanya berikutan dia bukan warganegara, namun vendor ketiga yang ditemui dalam pertunjukan itu bersetuju menjual senjata api itu pada harga AS$200 (RM648). Portal sama melaporkan, pegawai TUDM berkenaan tidak sepatutnya memiliki dan menyembunyikan senjata api dalam beg untuk diseludup masuk ke Malaysia. Menurut portal itu lagi, pegawai TUDM itu kini ditahan di Lubbock, Texas untuk pendakwaan. Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Udara, Jen Tan Sri Rodzali Daud enggan mengulas lanjut. Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.
13 Things Mentally Strong People Don't Do.....!!!
Mentally strong people have healthy habits. They manage their emotions, thoughts, and behaviors in ways that set them up for success in life. Check out these things that mentally strong people don’t do so that you too can become more mentally strong.
1. They don’t waste time feeling sorry for themselves.
Mentally strong people don’t sit around feeling sorry about their circumstances or how others have treated them. Instead, they take responsibility for their role in life and understand that life isn’t always easy or fair.
2. They don’t give away their power.
They don’t allow others to control them, and they don’t give someone else power over them. They don’t say things like, “My boss makes me feel bad,” because they understand that they are in control over their own emotions and they have a choice in how they respond.
3. They don’t shy away from change.
Mentally strong people don’t try to avoid change. Instead, they welcome positive change and are willing to be flexible. They understand that change is inevitable and believe in their abilities to adapt.
4. They don’t waste energy on things they can’t control.
You won’t hear a mentally strong person complaining over lost luggage or traffic jams. Instead, they focus on what they can control in their lives. They recognize that sometimes, the only thing they can control is their attitude.
5. They don’t worry about pleasing everyone.
Mentally strong people recognize that they don’t need to please everyone all the time. They’re not afraid to say no or speak up when necessary. They strive to be kind and fair, but can handle other people being upset if they didn’t make them happy.
6. They don’t fear taking calculated risks.
They don’t take reckless or foolish risks, but don’t mind taking calculated risks. Mentally strong people spend time weighing the risks and benefits before making a big decision, and they’re fully informed of the potential downsides before they take action.
7. They don’t dwell on the past.
Mentally strong people don’t waste time dwelling on the past and wishing things could be different. They acknowledge their past and can say what they’ve learned from it. However, they don’t constantly relive bad experiences or fantasize about the glory days. Instead, they live for the present and plan for the future.
8. They don’t make the same mistakes over and over.
Mentally strong people accept responsibility for their behavior and learn from their past mistakes. As a result, they don’t keep repeating those mistakes over and over. Instead, they move on and make better decisions in the future.
9. They don’t resent other people’s success.
Mentally strong people can appreciate and celebrate other people’s success in life. They don’t grow jealous or feel cheated when others surpass them. Instead, they recognize that success comes with hard work, and they are willing to work hard for their own chance at success.
10. They don’t give up after the first failure.
Mentally strong people don’t view failure as a reason to give up. Instead, they use failure as an opportunity to grow and improve. They are willing to keep trying until they get it right.
11. They don’t fear alone time.
Mentally strong people can tolerate being alone and they don’t fear silence. They aren’t afraid to be alone with their thoughts and they can use downtime to be productive. They enjoy their own company and aren’t dependent on others for companionship and entertainment all the time but instead can be happy alone.
12. They don’t feel the world owes them anything.
Mentally strong people don’t feel entitled to things in life. They weren’t born with a mentality that others would take care of them or that the world must give them something. Instead, they look for opportunities based on their own merits.
13. They don’t expect immediate results.
Whether they are working on improving their health or getting a new business off the ground, mentally strong people don’t expect immediate results. Instead, they apply their skills and time to the best of their ability and understand that real change takes time.
Isu Hudud: PKR Tuduh PAS Tikam Belakang........!!!
Prof Dr Abdul Aziz Bari, individu yang diuar-uarkan ‘pakar perlembagaan’ oleh pihak pembangkang mendakwa PAS ‘keliru dan tidak jelas’ berkaitan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan pusat dalam proses pelaksanaan hudud di negeri Kelantan.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Exco Kelantan Dr Fadzli Hassan juga tidak membantu menjelaskan kekeliruan tersebut. “Kalau PAS Kelantan kata ini kuasa pusat – sebagaimana yang didakwa oleh Dr Fadzli – kenapa mereka luluskan enakmen itu pada 1993? Kalau dah sedar itu bukan kuasa negeri mengapa buat undang-undang itu? “Saya tahu mereka akan jawab ini soal akidah dan tanggungjawab. Soalan saya kenapa hal itu tidak pernah dijelaskan? Ini yang saya kata Kelantan gagal merencana rangka dasar dan hala tuju untuk pelaksanaan hukum hudud ini".“Pelik. Seperti yang saya katakan tadi kalau dah tahu awak tak ada kuasa apa yang awak buat benda itu?” soal Abdul Aziz dalam e-melnya. Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) berkata beliau sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dan menawarkan diri untuk membantu tetapi dipandang sepi.Beliau sebaliknya berpandangan pelaksanaan hudud boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan PAS perlu bersabar serta menjelas implikasi undang-undang dan politik daripada isu ini.“Tapi mungkin kerajaan Kelantan ketandusan isu dan parti tertekan kerana gagal menjelaskan isu ini kepada ahli-ahli. Ini pun pelik juga. Kalau ahli sendiri pun tak boleh kawal, nak menang macam mana?” sindirnya. Abdul Aziz yang juga bekas calon PKR di Parlimen Sabak Bernam turut mempersoal sikap UMNO dalam soal hudud dan bertanya kenapa usul persendirian itu tidak dibentangkan UMNO, bukannya PAS.“Dan nasib tak baik, PAS akan hilang banyak kerusi di luar Kelantan kerana insiden ini menampakkan yang PAS sanggup tikam dari belakang,” katanya lagi.
Cucu Mendiang Karpal Singh Ingin Jadi Harimau Ke 2: Politik Anak Beranak Mula Membiak.....!!!
Pada hari Ahad 20 April,orang ramai berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya Khamis lepas. Dalam suasana suram dan sedih ini, cucu sulung Harimau Jelutong, Akhshay Singh Deo, 11 tahun, telah bersumpah ingin menjadi seorang peguam yang berani dan berdedikasi seperti datuk beliau. “Saya ingin jadi Harimau Jelutong seterusnya!” kata Akhshay, ketika ditanyakan sekiranya ingin mengikut jejak langkah datuk beliau dan menjadi seorang peguam yang pertahankan mereka yang ditindas. Akhshay merupakan anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, anak sulung Karpal Singh, seorang penggubal undang-undang negeri Pulau Pinang. Kanak-kanak ini turut kongsikan sebuah mimpi bersama datuk beliau yang dialami sebelum mendapat tahu khabar berita bahawa datuk beliau meninggal dunia. Dalam mimpi tersebut, Akhshay bermain bersama datuk beliau di tepi pantai.
Dua Menteri Besar Bakal Gugur......!!!???
Merujuk tulisan di dalam Mingguan Malaysia 20 April membangkitkan spekulasi bahawa dua Menteri Besar bakal diganti tidak lama lagi. Tanpa menamakan nama mana-mana Menteri Besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti. Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan turut menyokong usaha berkenaan, yang menurutnya mampu “menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri.” “Khabarnya dua Menteri Besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai".“Tidak perlulah Mat Merapu sebut siapa Menteri Besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus".“Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Mat Merapu percaya Dato' Sri Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu,”. UMNO kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan Menteri Besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Selain itu, Ketua Menteri UMNO turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah.Dalam tulisan berkaitan, editor akhbar berkenaan turut melahirkan hasrat agar PM Najib memperkenalkan muka baru untuk jawatan tertentu dalam UMNO.“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar PM yang juga Presiden UMNO menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti,” katanya.
#PRK Bukit Gelugor: BN Bakal Hadapi Laluan Sukar......!!!
PRK Parlimen kawasan Bukit Gelugor di Pulau Pinang. Hanya masa dan tarikhnya akan diumumkan.Biasanya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan dari Speaker Dewan Rakyat dan mengadakan mesyuarat.Sebelum ini wujud persoalan, apakah kerusi parlimen itu akan kosong selepas Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah pada 11 Mac lalu kerana menghamburkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009. Namun ketika menunggu proses rayuan ke atas hukuman yang melucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat itu,Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Atas kertas, laluan untuk BN menang dalam PRK Bukit Gelugor memang sukar. Ibarat kata orang Penang merujuk kepada kubu kuat DAP itu. Pada PRU13, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778. Bukit Gelugor merupakan kawasan di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Bukit Gelugor mempunyai beberapa lokasi strategik seperti Gelugor, Sungai Gelugor, Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong. Jelutong merupakan kerusi Parlimen Karpal sejak tahun 1970an namun dilepaskan beliau selepas tewas dalam PRU10 pada tahun 1999. Kekalahan pertamanya selama lebih 40 tahun menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Pada PRU11, 2004, beliau berpindah kawasan ke Bukit Gelugor, di mana beliau menang menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 1,261 undi. Bagaimanapun pada PRU12, Karpal menang bergaya dengan memperolehi 21,015 undi. Sebelum mengejutkan berbagai pihak pada PRU13 dengan rekod majoriti antara yang tertinggi. Mengikut data SPR pada 2013, P51 Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum. Bukit Gelugor mempunyai 21 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 432 lokaliti. Yang pasti seperti mana-mana PRK sebelum ini, BN perlu meletakkan calon, biar sesukar manapun haluan di atas kertas. Namun rakyat perlu diberikan pilihan.
Wednesday, 16 April 2014
MH370: Implikasi Mengisytiharkan Kematian.......!!!???
1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir di Koredor Selatan Lautan Hindi, dengan bantuan radar satelit dan kaedah tercanggih dari Britain.
2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.
3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.
4) PM Malaysia membuat pengumuman mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor dan negeri lain turut kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.
5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yang relevan.
6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?
7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yang terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber'eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang 'eddah kematian suami mesti dipatuhi.
8) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh 'eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.
9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat rampasan udara (andaian), si suami yang diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dengan isteri itu yang sudah bersuami baru?
10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yang dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami lama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dengan suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru suami yang dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah miliki anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dengan pulangnya suami lama yang 'hidup semula'.
11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal akibat kemunculan semula suami lama yang pernah diisytihar mati.
12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal zolat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yang lain.
13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu menilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.
Sumber: MH370; Implikasi mengisytiharkan kematian | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/03/mh370-implikasi-mengisytiharkan-kematian.html#ixzz2z7NtWvDg
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook
Penerbitan Buku REFORMASI 2.0:Rafizi Ramli Perlu Ditahan.......!!!???
Penerbit dan pencetak buku REFORMASI 2.0 - FAKTA ANWAR IBRAHIM amat sedar dengan konsekuens yang bakal mereka hadapi terutama sekali membabitkan Akta Hasutan dan penghinaan terhadap sistem mahkamah di negara ini. Oleh kerana itulah, buku berkenaan dicetak tanpa nama dan alamat penerbit serta pencetak. Yang tertera pada kulit hadapan buku tersebut yang mula diedarkan pada malam kempen PRK DUN Kajang pada 23 Mac lalu, hanyalah nama RAFIZI RAMLI. Setakat ini, buku tersebut dijual secara dalam talian atau di perhimpunan-perhimpunan PKR. Buku berkenaan tidak dijual secara awam dan terbuka serta ia dijual pada kadar harga RM5 sehingga RM10 sebuah. Nama RAFIZI RAMLI bukanlah satu kes yang kukuh untuk mensabitkan Ahli Parlimen Pandan yang juga bernama Rafizi Ramli. Namun berdasarkan kepada manuskrip asal yang pernah disiarkan sebelum ini, selain pengesahan daripada HARAKAH, dipersetujui bahawa penulis manuskrip tersebut adalah RAFIZI RAMLI di mana pada 22 Mac adalah Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan.
Justeru, beberapa pihak telah membuat laporan polis agar Rafizi Ramli ditangkap dan disoalsiasat berhubung tindakannya menghina mahkamah dan menghasut orang ramai agar melakukan rusuhan agar keputusan bersalah dan penjara lima tahun yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim, ditarik kembali.
Satu laporan polsi telah dibuat oleh seorang pegawai media di Sungai Petani. Menurut si pengadu laporan polisnya dibuat kerana percaya penerbitan dan penjualan buku tersebut jelas menghina mahkamah kerana mempertikaikan integriti dan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang mengendalikan kes liwat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Pengadu juga berpendapat, penjualan buku tersebut perlu disekat kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada pembaca. Pengadu juga berpendapat, motif utama penerbitan buku tersebut adalah untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati serta menghilangkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada sistem mahkamah di Malaysia.
PDRM diminta mengambil tindakan terhadap Rafizi Ramli di bawah Seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 3(1) Perenggan (c) Akta Hasutan. Satu lagi laporan polis telah dibuat di Seremban 2 untuk isu yang sama. Laporan dibuat oleh Ketua Penerangan Belia Masjid Rantau dan Romni Suhendra bin Norsal, Naik Ketua Pemuda Cawangan Sungai Gadut. Manakala di Pulau Pinang, laporan polis juga telah dibuat terhadap Rafizi Ramli dan buku berkenaan.
Berdasarkan kepada manuskrip asal buku REFORMASI 2.0 - FAKTA ANWAR IBRAHIM, kandungannya penuh dengan penipuan dan langsung tidak digunakan di dalam mahkamah semasa perbicaraan, samada sewaktu di Mahkamah Tinggi dari tahun 2008 sehingga 2012, mahupun di Mahkamah Rayuan pada Mac 2014. Antara perkara yang ditekankan di dalam buku tersebut adalah AIR MANI ANWAR IBRAHIM yang cuba digambarkan sebagai bahan bukti yang lemah. Bagaimanapun, penjelasan tidak diberikan oleh penulis atau pemberi idea yang cuba menghuraikan secara panjang lebar tentang DNA yang tidak sepatutnya diambil daripada air mani Anwar tentang bagaimana air mani itu boleh diperolehi. Hampir 100% kandungan buku tersebut adalah penipuan dan hanya digunakan untuk memesongkan pemikiran pembacanya. Tidak ada satu pun daripada hujah-hujah di dalam buku berkenaan digunakan oleh para peguambela Anwar Ibrahim ketika prosiding mahkamah memandangkan barisan peguambela Anwar Ibrahim tahu, hujah-hujah sepertimana yang termuat dalam buku REFORMASI 2.0 hanyalah bersifat kebudak-budakan. Ia hanya boleh digunakan di jalanan dan tidak boleh diterima dalam mahkamah kerana tidak mempunyai kekuatan hujah.
YB Karpal Singh Meninggal Dunia: Kemalangan Jalanraya......!!!
YB Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh iaitu seorang peguam dan ahli politik yang memegang jawatan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang disahkan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Lebuhraya Gopeng sekitar jam 12:40 pagi 17 April 2014. Kenderaan yang dinaiki Karpal Singh turut membawa anaknya, pembantu peribadi Karpal Singh serta pembantu rumah Karpal Singh warganegara Indonesia bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan besi,simen dan mozek yang mengakibatkan kenderaan yang dinaiki Karpal Singh iaitu MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih mengalami kerosakan teruk. Karpal Singh dan pembantu peribadinya mati di tempat kejadian. Manakala anak Karpal Singh iaitu Ram Singh dan pembantu rumahnya mengalami kecederaan yang parah. Difahamkam Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah.
Monday, 14 April 2014
Hudud: PAS Bakal Keluar Pakatan......!!!
Apalah guna "pakatan" kalau keputusan tidak seiringan? Apa guna "kerjasama" andai tindakan tidak bersama? Apalah guna bersandiwara andai hasrat dan matlamat telah diketahui semua? Dalam perkembangan terbaru, Kerajaan PAS Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.
Pendirian tegas itu dinyatakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang turut memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu. Tegas beliau, keputusan melaksanakan hukum hudud di Kelantan tidak akan berganjak walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri. Malah katanya, pendirian PAS untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.
“Perkara itu (hudud) tidak ada kena mengena dengan pihak lain (DAP dan PKR) kerana ia akan dilaksanakan di Kelantan dan langsung tidak menyentuh kebebasan bukan Islam". “Tiada pihak yang perlu bimbang. Undang-undang ini hanya untuk umat Islam,” katanya.
Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.
Pendirian itu bagaimanapun mendapat bantahan PAS, apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dengan tegasnya menyifatkan PKR dan DAP tidak berhak menghalang hasrat parti itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat. Sebaliknya kata Mohd. Nassuruddin, kedua-dua parti tersebut sepatutnya menyedari pelaksanaan hudud adalah hak orang Islam yang tidak wajar dicampuri pihak lain terutamanya bukan Islam.
Sebelum itu, Kerajaan PAS Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015. Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.
Sementara itu, tambah Mohd. Amar yang juga merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan pendirian PAS itu sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah.
“Kalau semua pihak boleh hormat demokrasi ia (hudud) tidak akan menjadi masalah,” katanya. Apabila ahli parlimen UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud PAS, maka isu ini kembali hangat semula. Seperti biasa bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas tidak setuju dengan hasrat PAS.
Jika rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat, adakah PAS akan disingkirkan dari Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat tidak didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN). Oleh itu mungkin Pakatan Rakyat meminta PAS keluar dari pakatan mereka kerana PAS tidak boleh dipecat dari Pakatan Rakyat kerana ia bukan badan berdaftar seperti BN. Penyingkiran PAS ini yang dinanti-nantikan oleh UMNO kerana selama ini UMNO mahu PAS bekerjasama dengan mereka. Sebab itu walaupun PAS kalah di Kelantan, tetapi UMNO tetap memberikan universiti dan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Kerai kepada rakyat Kelantan. UMNO berharap sumbangan kerajaan persekutuan ini dapat menarik semula PAS untuk menyertai BN semula. Seperti kata ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim, PAS memerlukan 40 orang ahli parlimen bukan Islam untuk mendapatkan kelulusan hukum hudud di Dewan Rakyat. Jika ahli parlimen PKR Islam mengundi pun, sudah tentu sukar rang undang-undang ini diluluskan. Malah ahli parlimen bukan Islam dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB sudah tentu tidak akan mengundi rang undang-undang ini. Justru itu ke mana PAS selepas rang undang-undang persendirian ini dibentangkan di Dewan Rakyat menarik perhatian kita. Adakah PAS akan berjuang secara solo atau akan menyertai BN?
Perempuan Simpanan MB Tagih Janji.......!!!???
Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya. Kini gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan? Berita berkenaan memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan. Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim? Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri. Wan Azizah sebelum ini melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk menentang Azmin Ali. Apatah lagi Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung. Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi. Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!
Rasuah: Khalid Ibrahim Bakal Tumbang Di Pemilihan PKR?
Selepas isu "wanita simpanan" yang menuntut bayaran tertunggak sejumlah RM3 Juta, kali ini Menteri Besar Selangor dikaitkan pula dengan rasuah. Pemuda UMNO Selangor telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perjanjian penjualan tanah di Kuala Langat antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat Tropicana Corporation Berhad yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan. Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal berkata laporan itu dibuat supaya satu siasatan dapat dilakukan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta pemilik tanah berhubung penjualan yang didakwa mencecah sekali ganda. "Kami membuat aduan secara rasmi berikutan terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa". “Kami mendesak tindakan yang sewajarnya diambil kepada individu yang dikenalpasti melakukan ketirisan atau (melakukannya) untuk kepentingan peribadi," katanya di pejabat SPRM Selangor. Zainuri mendakwa penjualan tanah yang dilakukan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya kerana dilakukan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Tropicana di bawah harga pasaran, iaitu RM17 sekaki persegi, sedangkan Tropicana menjual tanah yang sama kepada sebuah lagi syarikat swasta dengan nilai RM35 sekaki persegi. Pada April tahun lepas, kerajaan negeri menerusi PNSB menjual 474.3 hektar tanah paya kepada Tropicana dan syarikat itu kemudian menjual satu perempat daripada jumlah tanah terbabit kepada Eco World Development Group Berhad dengan nilai lebih tinggi.
Pelaksanaan Hukum Hudud: DAP Melobi Komponen BN.......!!!
DAP memulakan gerakan bagi menentang usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan yang akan dibawa ke Parlimen hujung tahun ini. Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mendakwa partinya turut mendapat sokongan komponen BN termasuk dari MCA, Gerakan dan MIC. Beliau mendakwa, setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4). “Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS. ”Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi ahli Parlimen BN yang bukan beragama Islam bagi menyokong kami membantah rang undang-undang ini,” katanya.
Menurut beliau, usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang. Bercakap dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Lim berkata usaha melobi ahli parlimen bukan Islam BN bukan sahaja digerakkan DAP malah oleh parti komponen BN sendiri.
“Usaha ini tidak dilakukan sendirian. Kami akan menggesa ahli parlimen MCA dan MIC untuk sama-sama memujuk ahli parlimen BN yang lain,” katanya. Thomas berkata usaha melobi itu akan dilaksanakan pada masa terdekat dan mereka kini dalam proses mengumpulkan maklumbalas dan membuat persediaan. Ketika ditanya adakah MCA pernah menyatakan sokongan secara peribadi untuk menentang hudud, Lim berkata: “MCA menyatakan dalam media beberapa kali tujuh ahli parlimennya tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian hudud. “Saya juga difahamkan Gerakan dan MIC turut tidak menyokong usul itu,” katanya.
Terjejaskah Kedudukan Khalid Selepas Pemilihan PKR ???
Jika benar kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa Kajang Move jalan terus walaupun bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, nampaknya kenyataan beliau seolah-olah ada benarnya. Ini ekoran kecaman Pemuda PKR Selangor terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggunakan media rasmi kerajaan negeri untuk tujuan berkempen bagi merebut pertandingan timbalan presiden pada pemilihan akan datang. Menerusi kenyataannya, Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Khalid seperti pemimpin BN yang menggunakan media Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berkempen demi kepentingan politik peribadi. “Pemuda PKR Selangor kesal dan kecewa kerana sosok Menteri Besar Selangor yang sering menonjolkan dirinya sebelum ini sebagai seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti akhirnya kini bertindak menyalahgunakan portal media rasmi kerajaan negeri bagi tujuan politik peribadi beliau,” katanya. Saifuddin berkata, Khalid menggunakan laman portal Selangor Kini bertarikh 12 April 2014 di bawah tajuk “Pemilihan PKR 2014: Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai Timbalan Presiden” bagi tujuan kempen politik beliau. Khalid bakal ditentang penyandang kerusi berkenaan, Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, serta Datuk K Ramachandram bagi jawatan kedua tertinggi PKR itu. Semakan susulan juga menunjukkan bahawa akaun laman sosial Media Selangorku menerusi Facebook dan Twitter turut disalahguna bagi tujuan sama iaitu berkempen untuk Menteri Besar Selangor. “Tindakan sebegini sememangnya memalukan memandangkan ia bertentangan dengan pendirian dan prinsip PKR,” katanya. Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah. Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR. Umum mengetahui Khalid tidak sebulu dengan Azmin, dan penyertaan Saifuddin adalah bagi meredakan ketegangan yang wujud antara dua kem Azmin dan Khalid. Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. Pemilihan bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei. Kenyataan terbuka Pemuda PKR Selangor ini tentu memberi gambaran buruk terhadap Khalid selepas beliau membuat kenyataan bahawa dirinya bukan Pak Turut kepada Anwar. Tentu ramai ingin tahu kenapa Saifudin berani membuat kenyataan sedemikian. Mungkin ada jari akan menunjuk kepada Azmin tetapi perkara lain perlu diberi perhatian ialah apa sahaja boleh berlaku dalam pemilihan mana-mana parti dengan ada pihak akan mengecam pihak lain dan Khalid nampaknya tidak terkecuali.
Timbalan Presiden PKR: Saifuddin Hilang Kelayakan......!!!???
Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) untuk menentukan sama ada beliau masih dibenarkan bertanding dalam pemilihan parti kali ini. Saifuddin, yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR berkata beliau tidak mengetahui sama ada beliau telah melanggar etika berkempen dan berdepan kehilangan kelayakan untuk bertanding. “Saya tak ada maklumat tentang perkara ini (kehilangan kelayakan bertanding). Soalan ini perlu ditanya kepada Datuk Johari Abdul (Pengerusi JPP),” jawabnya. Dilaporkan Saifuddin berkemungkinan hilang kelayakan dari bertanding ekoran kenyataannya dalam wawancara bersama sebuah akhbar tempatan 11 April lalu. Dalam wawancara itu, Saifuddin dilihat mengkritik dua calon lain yang turut merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Saifuddin dilaporkan melabel Khalid sebagai individu yang tahu segalanya (know it all) terutamanya dalam isu air. Azmin pula dikatakannya tidak suka bertukar pandangan, idea ataupun berdebat. Minggu lalu, Johari, selaku Pengerusi JPP, menjelaskan setiap calon mesti menuruti tujuh garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu. Garis panduan itu, antara lain, menegaskan ‘apa-apa kenyataan, ucapan atau bahan kempen semasa pemilihan parti hendaklah berasaskan rekod kerja calon, pencapaiannya dan perancangannya untuk parti. Ucapan keji, fitnah, caci dan menghina dilarang sama sekali’. Menurut Johari, sekiranya mana-mana pihak mendapati terdapat calon yang melanggar peraturan ini, mereka perlu membuat satu laporan dan kemukakan bukti dalam bentuk hitam putih. “Kita amat berhati-hati dalam hal ini dan kita ada pasukan peguam yang menasihati kita dari masa ke semasa,” kata Johari.
Sunday, 13 April 2014
Pernahkah Umat Melayu Bersatu......???
Benarkah Melayu berpecah? Jawapannya tidak semudah pilihan binari; ya atau tidak. Mungkin lebih mudah untuk mentakrif Melayu. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu. Kemelayuannya terletak pada Islamnya, adat dan bahasanya. Tegasnya, agama orang Melayu itu Islam. Di segi itu, kedudukan orang Melayu istimewa. Walau dari gugusan mana sekali pun, Melayu disatukan Islam. Takrif ini telah menyatukan umat Melayu. Tidak timbul Melayu berpecah kerana Islam, meskipun wujud ikhtilaf atau perbezaan di segi kefahaman dan amalan. Sangat sengit, contohnya terkini tentang penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan-Islam.Maka mengajak Melayu bersatu dengan Islam bukan lagi satu imperatif atau kemestian. Hanya memaknakan penyatuan ini memerlukan pencerahan. Beralih kepada proposisi apakah perpecahan Melayu kerana politik? Benarkah politik Melayu berpecah sejak awal? Jawapannya tidak. Sebabnya secara logik, untuk berpecah Melayu mesti pernah bersatu dulu di segi wadah perjuangannya. Hakikatnya pernahkah umat Melayu bersatu? Secara akademiknya tidak pernah. Sebaliknya perjuangan era pra-kemerdekaan menyaksikan amalan kepelbagaian parti. Bangsa Melayu menunjukkan sikap toleransi dalam amalan kepelbagaian parti. Sejarah awal politik menemukan kita dengan Kesatuan Melayu Muda seawal 1937. Parti Politik Baru Melayu muncul setelah tamat Perang Dunia Kedua yakni Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM juga punya pelbagai wadah seperti Angkatan Pemuda Insaf (Api),Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan Majlis Agama Tertinggi Malaya (Mata). Syor Malayan Union dari British mencetus penentangan kaum Melayu besar-besaran. Episod penggemblengan bantahan melahirkan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO, pada 1946. Ringkasnya, UMNO mengemudi pencapaian kemerdekaan dengan pendekatan diplomasi sementara wadah perjuangan kemerdekaan lain memberikan tentangan politik secara konfrontasi kepada British. Aktivisme serta dinamika perjuangan politik tanah Melayu menarik. Jelasnya, konstruk politik dan sistem demokrasi kepelbagaian parti terbina sejak berzaman. UMNO berterusan memerintah negara, sama ada dalam Perikatan, kemudian dalam Barisan Nasional (BN), tidak bersama semua kelompok Melayu. Tidak timbul isu perpecahan Melayu.Maka gugatan Melayu bakal kehilangan kuasa kalau tidak bersatu, ganjil kerana tidak punya naratif serta merit sejarah. Yang ketara, gembar-gembur perpecahan Melayu berulang setiap kali UMNO, tercabar apabila kehilangan kuasa dua-pertiga majoriti di Parlimen. Itu letak duduk perkara perpecahan Melayu dalam konteks politik. Ruang menghurai terhad. Apabila terus diterjah untuk bersatu, Matmerapu memajukan satu paradigma di luar kotak. Ini huraiannya. Ya, memang ada yang Melayu wajib bersatu. Melayu tidak punya pilihan. Sebaliknya, kalau umat Melayu enggan bersatu sekalipun, ia tetap menjadi kemestian. Bagaimana?
Penyatuan Melayu dalam formula ini mewajarkan pelbagai parti politik orang Melayu kekal, sama ada dalam UMNO, PAS atau PKR atau dalam koalisi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Ini erti bersatu dalam menunaikan tuntutan Semak-Imbang yang dianjurkan al-Quran (Al-Baqarah: 25) dalam kerangka siyasah syariah (politik Islam) bertujuan mencapai maqasid syariah dalam konstruk pemerintahan multi-party. Bangsa Melayu mesti bersatu memartabat Islam sebagai Agama Persekutuan bagi menyerlahkan Islam sebagai agama rahmat yang menjamin keadilan dan kemakmuran untuk semua. Islam mesti mendamaikan keberantakan pertentangan agama dan menjalin persaudaraan manusia sejagat, merentasi semua tembok pemisahan sekali gus membanteras perkauman sempit. Bangsa Melayu mesti bersatu dengan mengukuhkan institusi-institusi demokrasi. Umat Melayu mesti bertekad mensejahterakan rakyat dengan membangunkan sebuah ekonomi yang berdaya-saing, mampan, bebas rasuah, ketirisan, salah guna kuasa, bebas pembolotan serta pembaziran.
Azmin/Zuraida Bersedia Untuk Ganti Anwar/Wan Azizah.......!!!
Timbalan PKR, Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa. Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli-ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di Pulau Pinang. Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama PAS dan DAP.“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar)," katanya.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti sebelum mengundi.“Saya ingin tegaskan, bukanlah sesuatu perkara mudah berada dalam PKR pada hari ini kerana cabarannya terlalu besar," katanya.Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan ‘kesetiaan’ bersama parti, Azmin memberitahu, perkara itu sukar untuk dijelaskan.“Mengapa anda bertanya soalan sukar tetapi saya akui selesa bekerja bersama Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail," katanya. Bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau tidak selesa bekerja bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin meminta media supaya tidak memaksanya mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut. Dalam masa sama, beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Sementara itu, Azmin menjelaskan beliau tidak gentar dengan pakatan yang dibentuk oleh Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR kali ini. “Saya serahkan kepada ahli untuk membuat pilihan tetapi saya tidak percaya terhadap konsep membentuk gabungan menjelang pemilihan parti," katanya.
Azmin Ali Bidas Saifuddin Nasution......!!!
Penyandang kerusi Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa PKR merupakan parti berteraskan Melayu.Menurut Azmin, PKR adalah parti politik berbilang kaum dan agama dan sudah berjuang hampir 15 tahun menolak politik perkauman.Saifuddin dalam kenyataannya kepada akhbar News Straits Times 11 April lalu mengakui PKR perlu menerima hakikat bahawa parti itu masih bergantung kepada sokongan majoriti Melayu."Tidak. PKR tak pernah jadi politik berasaskan Melayu. PKR punya tanggungjawab besar memastikan satu budaya politik baru dapat dibawa dalam politik Malaysia, iaitu politik pelbagai kaum," kata Azmin pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.Ditanya mengenai debat antara calon Timbalan Presiden, Azmin berkata pihaknya masih menunggu pandangan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sama ada membenarkannya diadakan."Sekiranya ahli parti melihat perbahasan terbuka membantu mereka membuat pilihan,kita raikan penyertaan anggota parti mengadakan perbicangan terbuka," katanya. Apabila ditanya mengenai visi dan misi terbaru, Azmin berkata perkara itu akan dijelaskannya melalui forum yang akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 16 April ini.Merujuk kepada gabungan “Masa Depan Bersama antara Saifuddin-Nurul Izzah Anwar-Rafizi Ramli”, beliau sekali lagi menegaskan strategi itu tidak memberi perkembangan sihat kepada masa depan PKR kerana baginya yang menentukan masa depan parti adalah ahli dan bukan mengikut kumpulan."Namun saya sambut baik rakan-rakan yang menawarkan khidmat kepada parti dan harap proses akan berjalan dengan baik," katanya. Beliau turut memberi amaran kepada calon supaya bekerja keras sepanjang masa, bukan hanya seminggu sebelum pemilihan dan lesap tiga tahun selepasnya.Azmin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor turut berikrar akan mempertahankan kedudukan Selangor sebagai "kubu terkuat PKR" di negeri itu. Proses penamaan calon peringkat cabang Selangor bermula hari ini pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang di hadapan ibu pejabat PKR melibatkan keseluruhan 22 cabang.
Subscribe to:
Posts (Atom)