Tuesday, 18 September 2012

Tarikh PRU 13

PRU 13 disifatkan sebagai 'Ibu' segala pilihan raya yang pernah disaksikan. Ramai meramalkan tarikh PRU 13 dengan hujah tersendiri. Merapusakan melihat tarikh PRU 13 pada bulan Dis 2012 dan Hari Penamaan Calon pada 8 Dis manakala Hari Pembuangan Undi pada 16 Dis dengan tempoh berkempen selama 8 hari sahaja. Teras perkiraan, pada 28 Sep ini, Bajet 2013 akan dibentangkan dan rakyat akan dapat menikmati pelbagai imbuhan dan insentif pada bulan Dis nanti. Kedua, musim cuti sekolah dan peperiksaan STPM dan SPM pun dah habis ketika itu. Ketiga, semua pengundi yang mengerjakan ibadah Haji pun sudah berada di tanahair. Justeru, pembubaran parlimen dijangka berlaku pada bulan Nov ini manakala SPR akan mengadakan pilihan raya pada bulan Dis. Sudahkah anda bersedia menghadapi PRU 13? Bulan Dis dianggap amat sesuai bagi kerajaan Pusat kerana rakyat berada dalam situasi gembira dalam menikmati pelbagai imbuhan dan insentif....... Jika beralih tahun, dibimbangi rakyat akan mudah lupa!!! Apapun, mampukah BN menterjemahkan populariti PM dalam bentuk undi di kawasan Parlimen dan DUN? Kemenangan akan berpihak kepada mana-mana pihak yang berjaya mencapai kemenangan dalam "Peperangan Persepsi". Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pemilih berdaftar.....buatlah pilihan yang bijak tanpa menggadai maruah negara, bangsa dan agama.

Wednesday, 29 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri kepada semua pelawat dan pengikut blog yang beragama Islam. Dengan rasa kerendahan diri, maaf zahir dan batin atas segala kesilapan dan kesalahan kerana sesungguhnya manusia tidaklah 'maksum' (terpelihara daripada melakukan kesilapan).

Thursday, 19 July 2012

PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Kedah

Negeri Kedah pada PRU 12 turut mengalami tsunami politik selain Pulau Pinang dan Selangor. Kerusi parlimen Kedah berjumlah 15 dan BN memenangi 4 kerusi meliputi P.4 Langkawi, P.5 Jerlun, P.6 Kubang Pasu dan P.9 Alor Setar. Pakatan Pembangkang (PP) memenangi 11 kerusi (PAS: 6 dan PKR:5). Hasil maklumat PP, pada PRU 13 akan datang, PP yakin dapat menambah bilangan kerusi parlimen sekitar 11 ke 13 kerusi. Mereka menganggap kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu kekal 'status-quo' manakala kerusi parlimen P.5 Jerlun dan P.9 Alor Setar berada di tahap 50:50. Justeru, dua kerusi (P.4 Langkawi dan P.6 Kubang Pasu)yang kekal sebagai kerusi 'total white' bagi BN. Jika penilaian PP menjadi realiti dengan berjaya menambah dua kerusi lagi, ianya dijangka boleh menggegarkan Putrajaya. UMNO Kedah amat kuat ketika era Tun M menjadi PM dan kini anaknya, Mukriz menggalas tanggungjawab untuk mengembalikan kejayaan UMNO Kedah menjelang PRU 13. Tun M sememangnya amat dihormati, disegani dan "tunggak pengaruh" pengundi Kedah terhadap BN, bukan sahaja daripada pengundi Melayu malah pengundi Cina dan India turut berada dalam satu perahu. Hasil tinjauan secara rambang, rata-rata pengundi Kedah masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya.....Siapakah bakal MB Kedah? sekiranya BN dapat menawan kembali negeri jelapang padi. Mereka ingin melihat Dato' Mukriz bertanding di kerusi DUN N.5 Bukit Kayu Hitam atau N.6 Jitra kerana kedua-dua kerusi tersebut di bawah P.6 Kubang Pasu (kawasan tradisi Tun M). Walau bagaimanapun, BN terutama UMNO Kedah perlu lebih aktif mendekati pengundi menjelang PRU 13 kerana pengaruh PP terutama PAS dilihat semakin menular ke kawasan tradisi BN. Majoriti penyandang dan calon terdahulu BN dilihat sudah hilang bisanya manakala PP kian kukuh "menanam tapak" di Kedah. Kemelut PAS Kedah juga telah dianggap oleh pengikut dan penyokong mereka sebagai "kes ditutup". Tinjauan juga mempamerkan bahawa UMNO Bahagian/Cawangan masih kurang aktif dalam usaha mereka untuk mengekal dan mengembalikan keyakinan pengundi Kedah terhadap BN khususnya UMNO. Mereka masih menanti pengumuman calon.....lampu kekal "Merah". UMNO Kedah perlu segera bangun bagi memperbaiki keadaan ini yang semakin meruncing bagi mengelak terjunam ke curang yang sama pada PRU 13 nanti kerana jika UMNO tewas di Kedah, ianya turut menyumbang kepada "Gegaran Putrajaya".

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua pengikut dan pelawat blog merapusakan serta Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Jalanilah ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, solat sunnat, sedeqah. Semoga ibadah puasa tidak dijadikan alasan untuk "berehat" kerana banyak peristiwa dalam sejarah Islam berlaku dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar, Kemenangan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi, Kemusnahan semua berhala di Kota Mekah dsb. Justeru, ibadah puasa hendaklah menjadi pemangkin untuk kita meningkatkan usaha dalam bidang yang kita ceburi. Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan adalah lebih baik daripada 1,000 bulan. Mohonlah keampunan daripada Allah SWT.....semoga ibadah puasa dilimpahi keberkatan Illahi jua daripada mengelak hanya "lapar dan dahaga" yang kita perolehi. Selamat Berpuasa.....!!!!

Wednesday, 18 July 2012

PRU 13: Menjenguk Kerusi Parlimen Kelantan

Negeri Kelantan terlepas dari tangan BN sejak tahun 1990 hingga sekarang. Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan pada PRU 12 yang lalu, BN hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen meliputi P.30 Jeli yang diwakili Tok Pa dan Ku Li pula bagi kerusi P.32 Gua Musang. Pakatan Pembangkang (PP) khususnya PAS dan PKR memenangi 12 kerusi termasuk P.22 Pasir Mas yang diwakili oleh Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS. Menjelang PRU 13, menurut sumber dalaman UMNO Kelantan, kerusi parlimen negeri Cik Siti Wan Kembang ini berada di tahap 'status-quo' dan PAS yakin akan menawan kembali kerusi Pasir Mas daripada 'incumbent' Bebas. 'Centre of Gravity' politik PAS Kelantan ialah Tok Guru Nik Aziz (TGNA) malah teras kekebalan PAS juga bersandarkan kepada beliau. Penulis menjangka bahawa selagi TGNA memimpin Kelantan, selagi itulah PAS kebal di Kelantan manakala BN terutama UMNO sukar mencari resolusi atau remedi bagi menawan kembali negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, jika faktor Melayu diutamakan, situasi politik Kelantan dilihat memartabatkan "kuasa Melayu". Sejak 1990, setiap pilihan raya di Kelantan, UMNO kekal menghadapi laluan sukar penuh dengan "onak dan duri". Kesimpulannya, pada PRU 13 akan datang, BN dijangka kurang berupaya untuk menambah bilangan kerusi parlimen bagi mengurangkan gegeran Putrajaya!!!

Tuesday, 17 July 2012

PRU 13: Resepi "Kek Mahkota" BN

Bahan-bahannya: 1kg Memenangi 'War of Perceptions', 1kg Mendekati rakyat, 1kg Menepati janji, 1kg Memenuhi kehendak denyut nadi rakyat, 500g Keikhlasan hati jentera parti, 500g Kesepaduan dan kerjasama, 1kg Calon diterima rakyat, 1kg Mengutamakan kepentingan parti, 50g Mulut manis hati baik, 500g Doa dan tawakkal serta sedikit pewarna biru tulen. Cara membuatnya: Segala fitnah dan pembohongan pihak pembangkang hendaklah dikisar lumat dengan menggunakan pengisar Geraksaraf dan Perangsaraf bagi menghasilkan adunan persepsi yang memihak kepada BN. Campurkan bahan kedua "mesra rakyat" tanpa menghiraukan panas dan hujan berteraskan simbol 1Malaysia bertunjangkan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kemudian, murnikan adunan tersebut dengan memenuhi segala janji mengikut kehendak denyut nadi rakyat agar hati pengundi tidak 'berketul'. Setelah adunan sebati, panaskan ketuhar jentera parti dengan suhu penuh keikhlasan. Setelah ketuhar panas, sapukan bahan kesepaduan dan kerjasama dalam acuan kek berbentuk mahkota. Masukkan adunan ke dalam acuan dan taburkan calon diterima rakyat di setiap lapisan atas adunan. Bakarlah adunan tadi hingga masak dengan mengutamakan kepentingan parti. Setelah masak, keluarkan kek dari acuan dan cubit sedikit untuk tentukan kemanisan dengan hati yang baik. Hidangkanlah dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT agar rakyat memberi sokongan padu. Kibarkanlah bendera biru tulen di atas Kek Mahkota. Selamat mencuba.....!!!!

Monday, 16 July 2012

UMNO......Lampu Masih Merah!

Walaupun PRU 13 semakin hampir namun kini penulis melihat bahawa UMNO berada di satu persimpangan malah terlalu banyak aktiviti gerak kerja di peringkat Cawangan dan Bahagian terhenti akibat lampu merah - Calon yang bakal bertanding belum diketahui oleh mereka. Segala program dan aktiviti dalam usaha mengekal dan mengembalikan keyakinan rakyat (pengundi) kepada BN adalah bertunjangkan insiatif di peringkat Pusat. Kenapa situasi ini berlaku? Jawapannya mudah.....pemimpin Bahagian dan Cawangan UMNO sudah semestinya tidak mahu membelanjakan wang poket mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkempen jika mereka sendiri tidak pasti akan bertanding atau tidak!!! Jika situasi ini berlarutan, Pakatan Pembangkang (PP) sudah pasti mempunyai "an edge" berbanding BN khususnya UMNO kerana Cabang dan Ranting PP dilihat bergerak aktif di kawasan DUN dan Parlimen tanpa menghiraukan siapakah calon mereka yang bakal bertanding di sesuatu kawasan. Apakah resolusi UMNO untuk menukarkan lampu merah ini kepada Hijau? Penulis rasa tersentuh malah bersimpati dengan PM yang dilihat sedang "berjuang secara solo" tanpa sokongan padu dan jitu daripada calon UMNO yang bakal bertanding di DUN dan Parlimen. PM seringkali mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO untuk berjuang demi kepentingan parti dengan memberi sokongan kepada sesiapa pun calon yang dipilih untuk bertanding pada PRU 13 kelak. Fenomena ini "its easier said than done", namun penulis menaruh harapan tinggi agar tidak berlaku sebarang unsur sabotaj di kalangan pengikut dan penyokong UMNO sebaik sahaja calon UMNO diumumkan. Berganding bahu lah demi kepentingan parti sekali gus menjamin kesinambungan pemerintahan BN pimpinan UMNO di Putrajaya. Apapun, UMNO disyorkan untuk mencari resolusi terbaik bagi menukarkan lampu merah kepada Hijau dengan kadar segera......

PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Johor

Negeri Johor mempunyai 26 kerusi parlimen. Pada PRU 12 yang lalu, BN memenangi 25 kerusi parlimen tersebut manakala Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP hanya mampu menawan satu kerusi parlimen (P.145 Bakri). Berasaskan kepada rekod kemenangan tersebut, BN menganggap Johor kekal sebagai 'fixed deposit' mereka menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Persoalannya, adakah BN masih mampu mengekalkan rekod kemenangan tersebut? Adakah rekod terdahulu bakal menjamin kejayaan mendatang? Melihat kepada sentimen pengundi dan situasi semasa, rekod terdahulu bukanlah jaminan kepada BN untuk mengulangi kejayaannya di Johor. MCA Johor dilihat semakin rapuh dan agak kurang meyakinkan dalam usaha mempengaruhi sokongan pengundi kaum Cina, bukan sahaja di Johor malah merata-rata. Perkembangan politik kini memperlihatkan bahawa PP sedang menumpukan strategi dan gerak kerja kempen mereka di Johor. Sallahuddin Ayub telah kembali ke Johor untuk mengukuhkan jentera PAS dan dikhabarkan akan bertanding di kerusi P.150 Batu Pahat. DAP pula akan menurunkan "giants" mereka seperti Lim Kit Siang, Fong Po Kuan, Teo Nie Ching dan diperkukuhkan lagi oleh tokoh tempatan, Chua Jui Meng dilihat sedang giat menyerang kubu MCA di Johor. Menurut 'orang dalam' PP yang mengetahui, PP dijangka berupaya menambah bilangan kemenangan kerusi parlimen di Johor pada PRU 13 kelak. Mereka yakin dapat menawan 10 ke 11 kerusi parlimen meliputi P.140 Segamat, P.142 Labis, P.145 Bakri (kekal kemenangan), P.148 Ayer Hitam, P.151 Simpang Renggam, P.152 Kluang, P.158 Tebrau, P.162 Gelang Patah, P.163 Kulai dan P.165 Tanjong Piai manakala kerusi P.150 Batu Pahat dianggap masih berada dalam situasi 50:50. Sekali imbas, kerusi parlimen Johor yang betul-betul selamat (Total White) berada di sekitar 15 ke 16 kerusi. Situasi ini menuntut perhatian dan tindakan segera BN. Sekiranya sasaran PP ini menjadi kenyataan, ianya mampu menggegarkan Putrajaya di skala richter yang agak merbahaya kepada BN. Penulis ingin mengesyorkan agar BN menyemak semula perkiraan politik negeri Johor sekiranya BN masih menganggap Johor sebagai negeri 'fixed deposit'. MCA Johor pula perlu lebih menonjol dalam usaha mereka mempengaruhi pengundi terutama di kalangan pengundi kaum Cina. Penulis turut berpendapat bahawa walaupun PP bakal melalui laluan 'uphill task' di Johor namun dengan prestasi MCA sekarang, PP pasti dapat menambah bilangan kerusi parlimen pada PRU 13 nanti. BN perlu mematahkan segala serangan PP di kubu MCA Johor dengan terus mendekati dan memenuhi kehendak denyut nadi pengundi Johor bagi mengelak "gegaran bahaya" kepada Putrajaya menjelang PRU 13.

Thursday, 12 July 2012

PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Sarawak

Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen, pada PRU 12 (2008), BN memenangi 30 kerusi manakala Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP hanya menang satu kerusi P.195 Bandar Kuching namun DAP berjaya menambah satu lagi kerusi P.212 Sibu pada PRK yang lalu. Kiraan 'score' terkini, BN:29; PP:2. Pada PRU 13 kelak dan dengan perkembangan semasa serta sentimen pengundi terhadap Ahli Parlimen (AP), situasi dijangka berubah. Adakah Sarawak kekal sebagai 'fixed deposit' BN menjelang PRU 13? BN dijangka terus berusaha mengekalkan kemenangan lalu namun BN janganlah sekali-kali leka dan selesa dengan kemenangan lampau kerana ianya bukan satu jaminan kemenangan mendatang. Sebarang pertambahan kerusi yang memihak kepada pembangkang pada PRU 13 nanti boleh menggegarkan Putrajaya!! Hasil tinjauan secara merapu....kerusi Parlimen 'Total White' bagi BN mencatat 18 kerusi manakala PP dijangka berkeupayaan dan mampu memenangi antara 11 ke 13 kerusi Parlimen Sarawak pada PRU 13 nanti akibat daripada kelemahan AP BN sendiri yang tidak disenangi oleh pengundi. PP juga dilihat kekal fokus ke atas 13 kawasan parlimen berkaitan. Kawasan tersebut meliputi P.195 Bandar Kuching, P.198 Mambong, P.200 Batang Sadong, P.201 Batang Lupar, P.202 Sri Aman, P.205 Saratok, P.208 Sarikei, P.211 Lanang, P.212 Sibu, P.214 Selangau, P.217 Bintulu, P.219 Miri dan P.220 Baram. Menurut sumber tempatan merapusakan, PP yakin dapat menawan sekurang-kurangnya 11 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. PP kini sedang tumpu usaha di 2 kerusi Parlimen (P.212 Sibu dan P.217 Bintulu) yang dianggap oleh mereka masih seimbang (50:50). Situasi sebegini sudah pasti menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin BN di peringkat negeri dan Pusat. Merapusakan ingin mengesyorkan agar BN meninjau dan menilai kembali kesemua 13 kerusi tersebut sebelum 'nasi menjadi bubur basi' bagi mengukuhkan tiang seri Putrajaya yang tidak mudah goyang dek angin, gegaran bumi atau dentuman di langit. Merapusakan tidak mahu melihat adengan PP memenangi kerusi Parlimen berkaitan kerana kehilangan 'fixed deposit' BN boleh memberi kesan buruk kepada BN di Semenanjung sekali gus 'kuasa bertukar tangan'. Adalah diharap tinjauan ini dianggap sebagai 'wake-up call' kepada BN. Laksanakanlah 'reappraisal of Sarawak political estimate' dengan kadar segera khususnya jika 'incumbent' di 13 kerusi Parlimen tersebut masih dianggap 'winnable candidate' kerana PRU 13 kian kesuntukkan masa untuk terus dilewatkan. Apapun, BN perlu mengekalkan 'fixed deposit' ini bagi menghalang 'score' 18:13; dengan mendekati dan memenuhi keperluan denyut nadi pengundi dalam 'ibu' segala pilihan raya.

Wednesday, 11 July 2012

Memartabat Kepentingan Melayu Siri 1: Menjenguk Situasi Melayu

Dalam bab politik, Melayu semakin berpecah....UMNO, PAS, PKR, KITA, IKATAN dsb tidak terkecuali Melayu 'atas pagar'. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam mencari "titik perpaduan" Melayu? Apabila kita membincangkan soal kepentingan Melayu, ianya perlu berteraskan kepada 'semangat Melayu' sekali gus mengenepikan kepentingan dan fahaman politik. Majoriti Melayu masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek.....tewas kepada strategi halus bukan Melayu yang kian menghimpit dan menekan Melayu. Adakah Melayu sedar akan hakikat tersebut? Permasalahan Melayu masih menular....gejala dadah, 'mat rempit', pendidikan, ekonomi....hanya politik yang dikuasai Melayu! Namun malangnya Melayu yang mempunyai kuasa masih "kurang mampu" memartabatkan Melayu.....Fikir-fikirkanlah!! Masih ramai Melayu yang hidup seharian dalam keadaan daif dan di bawah paras kemiskinan. Terlalu banyak bidang perniagaan yang belum ditembusi oleh Melayu seperti perniagaan 'hardware', perabut & peralatan elektrik, bahan binaan,tayar & aksesori kereta.......Adakah kegagalan ini berpunca daripada kesukaran transformasi minda Melayu? atau sebab lain.....Berapa ramai Melayu yang berkemampuan memiliki rumah berharga melebihi RM400,000? Persoalan utamanya, adakah kita (Melayu) sanggup membiarkan situasi Melayu ini diwarisi oleh anak cucu kita? Apakah usaha Melayu untuk memartabatkan 'Melayu Maju'? Hanya sekadar menjenguk situasi Melayu di bumi sendiri....Renungkanlah jika kita mengaku Melayu!!!

Soalan Merapu????

What is the different between a Bird and a Fly? Jawapannya: A Bird can fly but a Fly cannot bird.

Tuesday, 10 July 2012

Sekilas Merapu.....!!!

Boleh dibilang dengan jari negara yang ada 'courage' untuk menongkah arus Amerika Syarikat....Pertama, negara Korea Utara. Kedua, negara Iran dan Ketiga...Mahathir!!!! Renungkanlah.....sekadar sekilas merapu.

Mana Janji Pembangkang!!!???

Pada PRU 12 yang lepas, pembangkang telah menabur janji kepada rakyat dalam usaha mereka memancing undi. Kini PRU 13 semakin hampir....banyak lagi janji baru yang ditaburkan dengan motif yang sama - pancing undi!!! Marilah kita renung kembali janji-janji pembangkang kepada rakyat Selangor. Sudahkah kesemua janji ditunaikan? atau rakyat Selangor ditipu oleh pembangkang. Jika diperincikan, pembangkang masih gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat Selangor meliputi....potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% premis perniagaan, Elaun anak yang dihantar ke TASKA-RM75 sebulan, Elaun RM50 untuk anak di TADIKA, Elaun Khas untuk ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Elaun Khas ibu tunggal, Bantuan kewangan untuk anak muda bernikah, Bantuan geran untuk mulakan perniagaan, Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya 3 bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri Selangor, Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.....terlalu banyak untuk disenaraikan. Kesemua janji tersebut masih gagal ditunaikan oleh Pakatan Pembangkang khususnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR. Jelaslah bahawa Manifesto Pembangkang lebih bersifat 'Indah Khabar Dari Rupa' dan satu 'pembohongan besar'. Namun, pembangkang masih sanggup menabur janji baru kepada rakyat menjelang PRU 13. Pakatan Pembangkang sememangnya suka berjanji....kalau BN melalui TR1M memberi RM520 untuk pemilik teksi....pembangkang akan janji untuk beri 'teksi' kepada pemiliknya. Bila BN beri RM15,000 untuk peneroka FELDA...mereka janji nak bagi RM50,000. Bila BN bagi gaji minima RM900....mereka nak bagi RM4,000....pembangkang hanya pandai berjanji tanpa asas dan perkiraan yang kukuh. Janji mereka berteraskan "Sedap Didengar dan Beri Harapan Kepada Rakyat". Pembangkang hanya auta dan menipu rakyat dengan janji-janji mereka. Pembangkang menganggap bahawa rakyat masih 'belum buka mata' dan 'kurang cerdik' dengan tipu helah politik. Justeru, pada PRU 13 nanti, rakyat Selangor perlu menghukum Pakatan Pembangkang dan membuktikan bahawa rakyat Selangor tidak sanggup lagi 'dicucuk hidung' dan 'ditipu'. BN kekal menepati dan mengkotakan janji serta menepati kehendak denyut nadi rakyat kerana bagi BN 'janji tetap janji' yang wajib ditunaikan. Jom ubah Kerajaan Selangor!!! Kita perlu memberi pengajaran pahit kepada pembangkang.....mereka menipu kita!!!!! bukan sahaja di Selangor malah di semua kawasan yang ditandingi pembangkang.....Adegan yang ingin kita lihat, pembangkang hilang kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta membiarkan Putrajaya menjadi 'mimpi di siang hari' pembangkang pada PRU 13 kelak.

Sunday, 8 July 2012

Syair Buat Pembangkang

PRU 13 hampir tiba. Pembangkang di 4 negeri akan hilang kuasa. Banyak masalah dan sengketa. Rakyat jua yang merana. PKR kekal banyak auta. DAP pula pentingkan Cina. PAS jauh tersasar dari landasan agama. Pakatan pembangkang banyak dosa. Akan dihukum rakyat jelata. Menghalang mereka menawan Putrajaya. Sokong pembangkang tidak bermakna. Tidak berupaya memerintah negara. Kepentingan peribadi paling utama. Pemimpin pembangkang bijak berpura-pura. Rakyat jelata dijadikan mangsa. Janji tidak ditunaikan mereka. Pembohong besar dan penipu semata-mata. Rakyat telah sedar dan sudah peka. Tidak lagi sanggup ditipu dan diperdaya. Pembangkang kini ketandusan idea. Masalah dalaman wujud merata-rata. Pemimpin pula lemah dan tidak bermaya. Pelbagai skandal, isu dan masalah yang menjelma. Pakatan pembangkang bukanlah alternatif kepada BN yang kita cinta. BN khususnya UMNO jua pembela bangsa. Terbukti sudah bakti dan jasa. BN tetap pilihan kita. Denyut nadi rakyat sentiasa paling utama. Kemenangan BN sememangnya nyata. Pembangkang dijangka terus merana. PRU 13 bakal menjadi buktinya. Undilah BN demi kesinambungan kepentingan negara dan keharmonian rakyat jelata. Jangan diulang kesilapan lama, memilih pembangkang tanpa usul periksa. Pembangkang diselubungi kemungkaran dan banyak dosa, hanya BN untuk kita semua. Pembangkang jangan diberikan kuasa, apatah lagi menawan Putrajaya!!!

Thursday, 5 July 2012

Demonstrasi PVTM

Presiden PVTM, Ali Tinju bakal menganjurkan demonstrasi lagi tapi kali ini di hadapan ibu pejabat JHEV. Alasannya kali ini, tidak berpuas hati dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diagihkan kepada PVTM oleh pihak KEMENTAH. Demonstrasi dijadikan landasan oleh PVTM untuk mengumpul dana. Ali akan terus berdemonstrasi selagi beliau tidak dapat memenuhi koceknya. Bila dilayan....Ali tak ubah seperti "diberikan betis, hendak peha".....bila diberikan peha, beliau akan 'pijak kepala'. Pihak KEMENTAH dan kerajaan diugut melalui 'demonstrasi', apakah pihak berwajib akan membiarkan 'budaya demonstrasi' sebegini berlarutan - mana sempadannya!!?? Apakah PVTM sudah habis ruang rundingan hingga menganjurkan demonstrasi?? atau hanya mencari publisiti murahan....!! Yang anihnya, PVTM dengan laungan kuat mendakwa memberi sokongan penuh kepada BN namun pendekatan dan amalan mereka dilihat menjejaskan imej kerajaan pimpinan BN. Usahlah dilayan sangat dengan karenah PVTM yang tiada kesudahannya terutama kehendak peribadi Presidennya, Ali Tinju.

Wednesday, 4 July 2012

Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang

PRU 13 dah semakin hampir namun Pakatan Pembangkang masih gagal mengumumkan secara rasmi Kabinet Bayangan untuk pengetahuan rakyat. Rakyat terus dibiarkan dengan pelbagai persoalan. Kenapa pembangkang bimbang untuk mengumumkannya!?? Setakat ini, hanya beberapa blog yang menyenaraikan Kabinet Bayangan pihak pembangkang....ini dianggap tidak rasmi.Rakyat perlu tahu siapakah yang bakal menerajui setiap kementerian agar rakyat dapat menilai kredibiliti individu berkaitan. Faktor inilah yang mengecutkan pembangkang kerana majoriti rakyat sudah pun menilai bahawa pembangkang tidak ada tokoh setanding BN untuk mentadbir dan mengurus negara untuk memenuhi kepentingan semua kaum. Kualiti pembangkang mengurus dan mentadbir negeri pun sudah celaru, kusut dan ditimpa pelbagai permasalahan, mana mungkin pembangkang berupaya memerintah negara. Kesimpulannya, Pakatan Pembangkang sememangnya tidak layak diberi kuasa untuk memerintah negara.....Pakatan Pembangkang bukanlah alternatif kepada BN. Rakyat semakin bijak menilai....Pakatan Pembangkang akan menerima padah yang serius pada PRU 13 kelak. Rakyat juga tidak mungkin mudah diperdaya, ditipu atau dibohongi lagi oleh pihak pembangkang. Kesilapan memilih pembangkang pada PRU 12 tidak akan diulangi.

Monday, 2 July 2012

Syair Untuk Ali Tinju

Lahirnya Mohd Ali dengan gelaran Ali Tinju. Tingkahlaku dan sikapnya mengalahkan hantu. Degil ibarat kepala batu dan diberhentikan dari ATM akibat salahlaku. Kaki minum beer, wiski, wine....tidak terkecuali samsu. Beristeri 3 untuk puaskan nafsu...bercerai sudah talak tiga dan satu. Nafsunya memburu isteri orang, janda, anak dara dan andartu. Kekerapan berzina bukannya satu malah beribu. Berjoli sakan habis wang beribu. Wang sumbangan dan dana PVTM dikebas serta 'disapu'.Bila malam premis karaoke yang dituju. Menyanyi dan berdansa melebihi jam satu. Balik dengan GRO bagi melempiaskan nafsu.Dosa dan pahala tiada dalam buku Ali Tinju. Demonstrasi jalanan anjuran Ali Tinju, mencari dana nak penuhkan saku. Motif demonstrasi PVTM semakin celaru namun ada pihak yang tidak menentu akibat karenah Ali Tinju. Impak PVTM tidaklah padu kerana keahliannya tak sampai seribu. Dipimpin pula oleh Presiden yang otaknya 'kelabu' ibarat Si Luncai terjun dengan labu. Ramai bekas tentera dah mula muak dan jemu kerana Ali Tinju cuba juarai segala isu. Kepentingan peribadi di senarai satu....sanggup memfitnah, berbohong dan menipu. Itulah Ali Tinju yang tak tau malu!!! Ali Tinju cuba mengheret warga tentera dalam isu namun kesetiaan warga dan bekas tentera kepada kerajaan amatlah jitu. Sekianlah syair untuk Ali Tinju semoga beliau insaf sebelum Izrail mengetuk pintu!!!

PAS Kedah Semakin Terdesak

PAS Kedah sedar bahawa jangka hayat mereka kian singkat kerana PRU 13 semakin hampir, mereka bakal hilang kuasa kepada BN terutama UMNO Kedah. Menyedari hakikat ini, PAS Kedah kini mula menggadai tanah rezab Melayu untuk dijadikan Taman Peringatan (Memorial Park) kaum Cina khususnya di sekitar Bukit Kob. Tindakan ini satu pengkhianatan kepada Melayu. PAS Kedah semakin terdesak, mereka sanggup berbuat apa saja demi memancing undi bukan Melayu terutama undi kaum Cina Kedah. Demi kuasa, PAS telah mempertaruhkan kepentingan Melayu sebagai gadaian.....PAS Kedah kini telah tersasar amat jauh daripada landasan sebenar yang diharapkan oleh penyokong dan pengikutnya. "Melayu tidak penting, kuasa diutamakan".....inilah amalan PAS, bukan saja di Kedah malah di mana jua PAS berada. UMNO Kedah terus menonjol dalam usaha untuk menawan kembali negeri Kedah pada PRU 13 kelak manakala PAS semakin lemah dan dilanda pelbagai masalah dalaman. Kedah tidak bersinar seperti sebelumnya.....di tangan PAS, Kedah menjadi malap, gelap dan tidak bermaya. PAS Kedah bakal dihukum oleh rakyat (pengundi) ekoran daripada pelbagai tindakannya yang tidak mengutamakan kepentingan Melayu-Islam....laungan membela Melayu-Islam hanya di bibir sahaja. PAS sebenarnya tidak ikhlas....sentiasa diperkudakan oleh DAP dan hidungnya ditarik oleh PKR. PAS tidak kukuh di atas kaki sendiri jika dibandingkan dengan kekuatan UMNO yang telah terbukti sejak ia ditubuhkan. Kekesalan majoriti rakyat Kedah sudah sampai ke kemuncaknya.....mereka tidak akan mengulangi kesilapan memilih lagi. PAS dan pakatan pembangkang bakal dihukum berat oleh rakyat Kedah pada PRU 13. Pemimpin PAS Kedah tidak berjiwa rakyat, kepentingan Melayu digadai dan dipinggirkan, mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya, lemah dan tidak mampu membawa Kedah ke landasan yang lebih gemilang. PAS dan pakatan pembangkang perlu dihukum oleh rakyat Kedah kerana mereka mengabaikan kepentingan Melayu-Islam. PAS Kedah semakin terdesak.....masa semakin suntuk, kemungkaran kian terdedah ibarat "bangkai gajah cuba ditup dengan nyiru",kepentingan Melayu-Islam digadaikan.....PAS pengkhianat bangsa dan agama. PAS perlu ditalkinkan dan dikuburkan di Memorial Park Bukit Kob pada PRU 13 akan datang!!!

Sunday, 1 July 2012

PRU 13: Pembangkang Bakal Kalah

Pakatan pembangkang kini sedang gah menyusun strategi serangan ke atas Johor. Ramai "giants" pembangkang akan pindah kawasan dan bertanding di Johor pada PRU 13 kelak - Sallehuddin Ayub, Kit Siang dsb. Strategi tersebut bakal mengundang padah sekali gus pembangkang akan kalah teruk di Johor. Negeri Johor kekal sebagai kawasan tradisi BN terutama UMNO - bumi kelahirannya!Pembangkang bagaikan 'menang sorak, kampung tergadai'- landasan himpunan jalanan pilihan mereka untuk merampas kuasa kerajaan pimpinan BN. AWAS....!!! BN bakal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan malah tiada masalah besar untuk mengekalkan kerajaan di Perak dan negeri-negeri lain di bawah pemerintahannya kini. Rakyat sudah lama sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan besar untuk memilih pembangkang pada PRU 12 yang lalu. Rakyat tidak sanggup lagi ditipu, dibohongi dan mengulangi kesilapan lalu. Menjelang PRU 13, pelbagai janji baru ditaburkan oleh pembangkang ibarat 'menanam tebu di bibir' sedangkan janji lama kepada rakyat masih banyak yang belum ditunaikan. Senjata PAS menggunakan landasan agama bagi meraih undi semakin tumpul, PKR diselubungi pelbagai masalah dalaman dan kepimpinan manakala DAP masih tebal dengan amalan 'rasis'- tidak mempedulikan nasib masa depan Melayu dan Islam. PAS di Kelantan dan Kedah semakin celaru dan ketidaktentuan. PKR di Selangor bagaikan pohon kering....menanti waktu untuk menyembah bumi. DAP di Pulau Pinang semakin menindas orang Melayu dan dibiarkan melarat. Pakatan pembangkang ibarat "jasad tanpa roh' malah jasadnya pula berbau busuk seperti bangkai - busuk kerana tingkahlaku dan sikap pemimpinnya yang rakus dengan mengamalkan prinsip 'kepentingan peribadi mengatasi segalanya'. Rakyat dan pengundi dijadikan mangsa kerakusan mereka - rakyat diperalatkan dan dibohongi mereka 'hidup-hidup'. Pada PRU 13 nanti, rakyat pasti menghukum pakatan pembangkang bagi melepaskan dendam mereka. Jika dendam ini tidak terbalas, rakyat tidak dapat tidur.......pakatan pembangkang bakal menerima hukuman dan padah sekali gus bakal kalah teruk pada PRU 13. Prestasi BN dijangka lebih baik daripada PRU 11 (2004). BN menepati janji dalam memenuhi keperluan denyut nadi rakyat!!!

Thursday, 28 June 2012

Demonstrasi PVTM

Penulis kecewa dengan tindakan PVTM yang berdegil dan terus berdemonstrasi di hadapan Kompleks Pejabat PM pada hari Khamis,22hb Jun. Kekecewaan penulis turut disokong oleh beberapa persatuan bekas tentera yang lain di mana mereka telah melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap PVTM terutama keputusan Presidennya, Ali Tinju yang memilih landasan "demonstrasi" untuk menyampaikan Memorandum kepada PM.Jelas dan nyata kini bahawa segala pengakuan Ali Tinju yang menyatakan sokongannya terhadap PM....hanya omongan kosong! Apa tidaknya! PVTM sanggup bersekongkol dengan KOBAT-PR dan KERABAT yang jelas pro-pembangkang dalam meneruskan usaha mereka untuk berdemonstrasi. Kenyataan sokongan PVTM kepada BN dan PM amat diragui kebenaran dan keikhlasannya.....Sokongan yang dilaungkan hanya bermotifkan kepentingan untuk mengumpul dana.....kemungkinan besar dana PVTM telah banyak dijoli oleh Presidennya- karaoke dan GRO!!! Memberi peruntukan kewangan untuk 'mistress'nya - ramai perempuan simpanan beliau. Nampaknya Ali Tinju kekal dengan sikap dan tabiat lamanya....melakukan kemungkaran. Ali Tinju semakin terdesak dan desperate.....maklum sajalah dana PVTM makin surut dan meruncing.Penulis akui bahawa Ali Tinju ini "bijak tak bertempat" memperalatkan ahli PVTM untuk kepentingan peribadi dan "orang kuat" beliau sahaja - sekitar 20 orang saja. PVTM tidak ada impak dan pengaruh.....hanya bergerak di kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor. Keahliannya hanya "ciput" (anggaran kurang daripada 500 orang)Pengaruh untuk mempengaruhi bekas tentera yang lain di tahap yang lemah, tidak meyakinkan dan diragui sepenuhnya kerana kelemahan dan kemungkaran Presiden PVTM. Yang pelik dan lucu.....PVTM mendesak PM untuk membuat keputusan dalam tempoh 14 hari dengan ugutan untuk berdemonstrasi lagi jika tiada sebarang keputusan terhadap Memorandum PVTM. Ali oh Ali.....demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan terbaik!!!???

Tuesday, 26 June 2012

Memorandum PVTM Untuk PM

Penulis difahamkan oleh sumber dalaman PVTM bahawa PVTM bercadang untuk mengadakan demonstrasi dalam masa terdekat bertujuan bagi menyerahkan Memorandum kepada PM. Presiden PVTM, Ali Tinju disyorkan untuk mempertimbangkan semula pendekatan yang bakal diambil bagi menyerahkan Memorandum tersebut. Jika benar pengakuan PVTM yang sentiasa menyokong penuh kerajaan BN pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, pendekatan PVTM untuk berdemonstrasi agak bercanggah dengan laungan sokongan mereka terhadap BN khususnya PM. Tindakan berdemonstrasi boleh menjejaskan imej,bukan saja imej BN dan PM bahkan turut mencalar imej ATM/KEMENTAH dan keseluruhan bekas dan warga tentera kerana masih terbuka pelbagai ruang untuk menyalurkan Memorandum PVTM berkaitan. Justeru, PVTM adalah disyorkan untuk membatalkan sebarang demonstrasi jalanan dan diseru untuk menggunakan pendekatan bersemuka yang lebih rasional dan relevan dengan prinsip bermuzakarah serta landasan berdialog/berbincang. Pendekatan seumpama ini tidaklah terhad kepada PVTM sahaja malah kepada keseluruhan NGO yang menyokong kerajaan. Secara ikhlas, penulis ingin memohon agar Presiden PVTM mengambil tindakan yang lebih positif tanpa menjejaskan imej BN dan PM untuk menyerahkan Memorandum berkaitan. Sebarang tindakan positif juga akan turut meningkatkan lagi imej PVTM di kalangan masyarakat umum terutama semua peringkat bekas tentera.....insya'Allah!

Monday, 25 June 2012

Sidang Akhbar PVTM

Sidang Akhbar PVTM telah diadakan pada 22 Jun yang lepas di Restoran Kayu, Bandar Tasik Permaisuri. Melalui sumber yang hadir, penulis berpeluang menonton rakaman keseluruhan Sidang Media tersebut. Kesimpulannya,sidang media dilaksanakan secara tidak profesional oleh Presiden PVTM.Kenyataan Ali Tinju pula tidak tersusun dan teratur.....ianya lebih bersifat serangan peribadi beliau terhadap MENHAN malah turut mengaitkan nama Datuk Siti Nurhaliza mengenai perolehan projek. Sebenarnya, motif Ali Tinju lebih menjurus kepada "menagih dana" daripada pihak kerajaan. Beliau bertindak demikian kerana beliau mengambil contoh Presiden Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen (PBTTB), Mohd Sabri Abd Malik yang telah berjaya mendapat dana sebanyak RM1 juta daripada kerajaan. Niat Ali Tinju juga tidak ada bezanya, ianya lebih kepada "money oriented"- mendapatkan dana,namun wujud perbezaan ketara - Ali Tinju lebih condong kepada kepentingan peribadi beliau. Ali oh Ali..... semakin terdesak untuk memenuhi poketnya.....PVTM dijadikan alat dan landasan untuk memenuhi niat peribadinya sahaja. Inilah niat atau "naiwaitu" sebenar Ali Tinju. Justeru, pihak berwajib terutama pihak kerajaan disaran agar tidak menyalurkan sebarang peruntukan atau dana kepada Presiden PVTM. Sebaliknya, pihak berwajib seperti JHEV dan PBTM hendaklah mengenalpasti ahli-ahli PVTM yang kehidupannya "di bawah paras kemiskinan" dengan memberi bantuan sewajarnya. Penulis menjangka bahawa Ali Tinju akan terus menggunakan landasan PVTM untuk mendesak pihak kerajaan bagi mendapatkan dana jutaan ringgit. Ali sememangnya semakin terdesak dan "desperado" manakala ahli-ahli PVTM diperkudakan untuk memenuhi impian peribadinya....."Jutaan Ringgit".Kejujuran dan keikhlasan Ali Tinju untuk membela ahli-ahli PVTM amat diragui. Ali Tinju akan turut mengadakan demonstrasi dalam masa terdekat untuk menyerahkan Memorandum kepada PM sebagai tindakan susulan untuk dapatkan dana. Seperkara lagi....Ali memang gemar memburu publisiti sebagai usaha dalam menonjolkan diri. Lazimnya, kata orang tua-tua, "tin kosong selalunya bunyi kuat" dan ianya begitu sinonim dengan Ali Tinju.

Sunday, 24 June 2012

PKR Semakin Celaru....!!

Masih panas isu Faekah dan perletakkan jawatan Rafizi Ramli, kini dilaporkan pula oleh blog pembangkang bahawa Wan Azizah sedang mencari jalan untuk menyingkirkan Azmin. Nampaknya, semakin hampir gerbang PRU 13 semakin celaru PKR dengan pelbagai isu yang menimbulkan kekalutan di kalangan pemimpin, pengikut dan penyokong PKR. Di Permatang Pauh dan kawasan lain yang dimenangi PKR pada PRU 12, majoriti pengundi masih mengamalkan sikap "tunggu dan lihat". Mereka sedang menanti respon Anwar mengenai wang RM3 bilion, wanita misteri Pulau Pinang, hubungan sulit Anwar-Shamsidar dan pelbagai isu. Penyokong PKR pula sedang menunggu Sidang Akhbar Wan Azizah dan Shamsidar. Azmin pula dengan pelbagai isunya....saham dan "ais-krim".PKR sedang menuju lembah kehancuran dan dijangka berkubur seperti 'Semangat 46' jua akhirnya. Sebagai pengundi, usahlah kita terus menyokong PKR yang amat bermasalah.....keadaan PKR semakin celaru dan berpuak-puak kerana tamak kuasa demi kepentingan peribadi. Anwar turut dijangka bakal menghadapi "laluan mendaki" di kawasan Parlimen Permatang Pauh manakala calon PKR yang lain akan dihukum oleh pengundi kerana tidak menepati janji......Selamat Berkubur PKR!!!

Ali Tinju Semakin Desperado.....!!!

Presiden PVTM kini semakin terdesak untuk mencari dana bagi kepentingannya. Baru-baru ini beliau telah mengadakan Sidang Akhbar di Restoran Kayu, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras sebagai usaha untuk mendapatkan dana. Difahamkan sidang media tersebut hanya disertai oleh sebilangan kecil (25 orang) ahli PVTM dan beberapa personaliti media. Motif utama beliau....untuk menyerang dan discredit MENHAN dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Serangan beliau terhadap MENHAN seperti menuduh MENHAN memperoleh kemewahan hasil daripada projek KEMENTAH, tidak membela nasib bekas tentera, melabelkan MENHAN sebagai penakut dsb berbaur fitnah. MENHAN diseru untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap Ali Tinju yang melemparkan fitnah. Ali Tinju pula diseru agar memohon maaf secara terbuka kepada MENHAN. Dalam sidang media tersebut, Ali Tinju menuntut pelbagai tuntutan dengan fokus untuk mendapatkan dana......dana Tabung Pahlawan dituntut untuk diagihkan kepada PVTM. Amat ketara Ali Tinju semakin "desperado" mencari sumber kewangan, bukan untuk kepentingan ahli PVTM tapi lebih kepada kepentingan peribadi....maklum sajalah, Ali tiada pendapatan tetap dan memang kaki joli, kaki betina, kaki minum (arak) dan kaki karaoke serta lain-lain kemaksiatan melampau termasuk berzina....wanita single, janda dan isteri orang!! Kononnya, PVTM mempunyai keahlian mencecah 10,000 orang....ini semua syok sendiri saja. Ali oh Ali....!! Ali dicabar untuk membuktikan bahawa keahlian PVTM seramai itu. Tapi kenapa hanya 25 orang yang hadir.....hehehe! Ali juga menuntut agar rekod kesalahan bekas tentera dihapuskan.....amat lucu kerana menurut sumber dalaman KEMENTAH, rekod Ali selama 6 tahun dalam perkhidmatan ATM sememangnya buruk hingga memaksa ATM menamatkan perkhidmatan beliau. Mana mungkin Ali Tinju boleh dipercayai dapat membela nasib bekas tentera dengan perangai yang amat buruk serta digelumang oleh pelbagai dosa besar. Sebaiknya, Ali desperado ini jangan dilayan.......perlu dibiarkan seperti "Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya....Biarkan! Biarkan!"

Thursday, 21 June 2012

Rafizi Ramli Letak Jawatan

Kerajaan Negeri Selangor bergolak lagi...inilah akibatnya jika individu yang mentadbir negeri dalam keadaan 'ingin belajar memerintah'. Siapa yang menerima tempiasnya, rakyat Selangor juga yang menerima implikasi negatif ekoran kelemahan Kerajaan Negeri. Selangor yang terus bergolak....masih panas isu kontroversi yang membabitkan SU Politik MB, Faekah Husin, kini Rafizi Ramli pula meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 21 Jun yang lepas. Alasan Rafizi mahu tumpu tugas-tugas parti dilihat agak longgar dan cuba menyembunyikan pergolakan yang wujud. Jelaslah bahawa dalam Kerajaan Negeri Selangor dan PKR, wujud situasi berpuak-puak antara MB Selangor-Timbalan Presiden PKR. Ombak ketidaksefahaman antara keduanya sememangnya wujud. Apa tidaknya, Khalid ingin mengekalkan jawatan MB manakala Azmin ingin merampas jawatan tersebut. Kelompok Azmin akan meminggir dan meninggalkan Khalid dan begitulah sebaliknya. Ketidaksefahaman dan ketidaksehaluan tersebut bukan lagi "ribut dalam cawan kopi" tapi amat jelas dan ketara yang merugikan rakyat Selangor. Pelbagai petunjuk dipamerkan.....Inilah yang sebenarnya berlaku dalam PKR, perebutan kuasa dan kepentingan peribadi mengatasi segalanya. Namun mereka (PKR)tidak sedar bahawa kekuasaan mereka hampir tamat menjelang PRU 13 kelak. Rakyat Selangor sudah mula muak dan telah sedar akan kesilapan mereka memberi peluang kepada Pakatan Pembangkang untuk memerintah Selangor pada PRU 12 - satu pengajaran yang amat pahit!! Kesilapan ini tidak akan diulangi oleh pengundi negeri Selangor. Pembangkang bakal menemui kekalahan teruk di Selangor akibat dihukum rakyat Selangor ekoran daripada pelbagai kelemahan, kepincangan dan kemungkaran terutama tidak menunaikan janji-janji PRU 12. Hanya BN mampu membela nasib masa depan rakyat Selangor..."Hari Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini". Tiada alternatif lain kepada rakyat Selangor melainkan memberi undi kepada BN pada PRU 13 demi kebaikan dan kepentingan seluruh rakyat Selangor. Jangan Diulangi Kesilapan Lalu....."Ingat Kebaikan, Ingat BN"

Maklumat Mutakhir: Sidang Akhbar PVTM

Sidang Akhbar PVTM yang dijadualkan pada 22hb Jun bertempat di Sungai Besi kini terpaksa dibatalkan kerana Presiden PVTM, Ali Tinju mengalami masalah kesihatan. Ahli-ahli PVTM, penyokong dan pihak media mohon ambil maklum. Maklumat mutakhir yang diperolehi, PVTM akan mengadakan Sidang Media berkaitan pada 24hb Jun di lokasi yang sama. Semua ahli PVTM dan media adalah dijemput hadir.

Wednesday, 20 June 2012

Ali Oh Ali....!!!

Siapakah Ali Tinju Yang Sebenarnya? Rumusannya, Ali....bekas tentera dan hanya 6 tahun berkhidmat dengan ATM dan diberhentikan daripada perkhidmatan kerana terlalu banyak kes disiplin yang tidak dapat dimaafkan. Beliau kini mengaku Presiden PVTM walaupun pendaftaran PVTM belum diluluskan oleh ROS. Pernah mengaku dirinya Datuk....telah memohon maaf kerana mengaku membeli gelaran tersebut. Ali tiada pendapatan tetap, kerana kesempitan wang, menubuhkan PVTM untuk mengumpul dana bagi kegunaan peribadi. Mula mendapat publisiti setelah mengadakan 'tarian punggung' depan rumah S.Ambiga. Pernah beristeri tiga tapi kini kesemua mereka diceraikannya. Suka bergaduh, lebih-lebih lagi semasa beliau mabuk. Ali memang dari dulu hingga sekarang, tak berubah....minuman kegemarannya - Anchor Draft, Chivas Regal dan Wine. Kiblatnya....KTV Karaoke Lounge . Nafsunya....masya'Allah, ibarat binatang buas.....girlfriend keliling pinggang dan ramai juga menjadi perempuan simpanan. Yang pernah jadi mangsa.....Ati, Yun, Elaine dsb. Berzina kesukaannya.....adakalanya di rumah sendiri. Kaki pukul isteri. Ringkaskan cerita, Ali Tinju memang tak boleh pakai....tak layak menjadi Presiden mana-mana persatuan malah menjadi ahli biasa pun bagaikan mendukung biawak hidup. Ahli-ahli PVTM diseru untuk mengambil tindakan melalui undi tidak percaya terhadap Presiden PVTM kelak (setelah PVTM diluluskan ROS). Ali Oh Ali.....!!!

Presiden PVTM......Kaki Perempuan!!

Ali Tinju, Presiden PVTM memang confirm 'kaki betina'. Bukan sahaja dengan Ati, Yun dan Elaine malah dengan ramai perempuan lain....termasuk GRO di karaoke sekitar Kuala Lumpur. Pada Isnin lepas tanggal 18hb pukul 10.45 - 11.30 malam, penulis bersama seorang ahli PVTM telah terserempak dengan Ali Tinju di K-Box Signature Karaoke, Off Jalan Pudu. Beliau sedang berkepit dengan seorang perempuan yang amat seksi pakaiannya. Kenyataan ini adalah benar dan Ali Tinju dicabar untuk 'bersumpah laknat' jika beliau cuba menafikan perkara ini walaupun Ali tidak kenal apa itu "dosa" dan "pahala". Semasa insiden ini, ahli PVTM yang bersama penulis mengeluh penuh kekecewaan, "Sahlah bahawa Ali ni kaki betina.....hilang kepercayaan saya kepada beliau sebagai Presiden PVTM". Nampaknya ahli-ahli PVTM dah kena "kencing" oleh Presiden mereka. Jelaslah bahawa Ali ini masih dengan tabiat lamanya.....kaki minum arak, kaki betina dan segala maksiat lain termasuk judi dan makan wang haram (pecah amanah tabung kewangan PVTM). Kalau dah perangai Ali macam ni, macam mana dia nak bela nasib dan masa depan bekas tentera. Perangai macam ni....jadi Presiden pun tak layak. Ali Oh Ali....!!! bertaubatlah jika benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan nasib bekas tentera. Terkini....penulis mendapat tahu bahawa Ali Tinju akan mengadakan Sidang Akhbar pada 22hb ini untuk menafikan segala dakwaan terhadap beliau termasuk blog ini. Ahli PVTM, bekas tentera dan pihak media diseru untuk memboikot Sidang Akhbar tersebut bagi mengelak diri anda diperbodohkan oleh Ali Tinju yang bergelumang dosa.

Tuesday, 19 June 2012

PKR Halang Pembinaan SAR

Dilaporkan oleh Sungai Rapat Online pada 20 Jun yang lalu bahawa seorang bekas pegawai tentera, Mejar (Kuartermaster) Yaakob bersama AP Gopeng, Lee Boon Chye menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Yaakob kini dilantik sebagai Pembantu Khas (Hal ehwal agama Islam dan Melayu) kepada Lee Boon Chye. Inilah akibatnya....demi kepentingan peribadi, seorang bekas tentera sanggup menggadaikan kepentingan Melayu dan Islam. Ini mungkin hanya satu permulaan...entah apa lagi yang akan dibuat oleh Yaakob terhadap kepentingan Melayu dan Islam di Gopeng, hanya Allah SWT jua lah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya, jika Yaakob ini masih mengaku Melayu dan Islam, adalah diseru agar beliau tidak menganiayai masyarakat Islam. Pengundi Melayu kawasan parlimen P.71 Gopeng diseru untuk bangun dengan menghukum bakal calon PKR di kawasan ini pada PRU 13 kelak. Adakah pengundi Melayu akan terus sokong Lee Boon Chye yang menghalang pembinaan SAR? Jika anda seorang Melayu dan mengaku Islam, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk TIDAK memberi undi kepada PKR terutamanya Lee Boon Chye. Ini hanya isu terpencil yang didedahkan malah masih terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan oleh PKR terhadap pengundi Melayu yang diwakilinya. Yang lebih nyata dan jelas adalah di negeri Selangor. Wahai pengundi Melayu dan Islam......hukumlah PKR dengan sekeras-kerasnya dengan TIDAK MENYOKONG PKR pada PRU 13 nanti demi memartabatkan kepentingan Melayu dan kemuliaan Islam.

Monday, 18 June 2012

Salam Melalui Senyuman Merapu......!!!

Pemilik merapusakan.blogspot.com ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengikut dan pelawatnya. Sebagai tanda penghargaan, sudilah kiranya menerima salam melalui senyuman merapu. " Al-kisah ada seorang suami yang amat gemar makan bubur kacang. Masalahnya, setelah memakan bubur kacang, si suami akan terkentut-kentut yang tidak dapat dikawal olehnya akibat 'angin' kacang hijau - bahan utama bubur. Si isteri sudah bertahun menahan sabar demi ketaatannya kepada suami. Pada hari ulangtahun isteri, si isteri hanya membuat satu permintaan kepada suaminya sebagai hadiah. "Abang, saya minta agar abang tidak lagi makan bubur kacang". Atas alasan amat menyayangi isterinya, "Baiklah...abang berjanji tidak akan makan lagi bubur kacang". Bahagialah si isteri untuk sekian lama". Pada suatu hari, si isteri menelifon suaminya di pejabat; "Abaaang, nanti balik makan tengahari di rumah ya! I ada surprise untuk abang". Si suami pun bersetuju. Dalam perjalanan balik, jalan pula agak sesak, si suami terpandang mamak menjual bubur kacang. Si suami sememangnya dah lama teringin nak makan bubur kacang. "Aahh! semangguk tak kan mudarat pula". Terlupa si suami akan janjinya. Sebaik sampai di pintu masuk rumah, si suami disambut oleh isteri tersayangnya. "Nanti sekejap abang, jangan masuk lagi....I nak tutup mata abang dulu sebab I ada surprise". Si isteri pun membalut mata suaminya dan memimpin suaminya ke meja makan. Pada ketika itu juga, angin mula menendang dalam perut si suami. Maka datanglah akalnya, "Yaang, tolong ambilkan rokok abang kat atas". "Baik bang!". Mendengar tapak kaki isterinya naik ke atas, Si suami pun apa lagi.....melepaskan angin (kentutnya) dalam pelabagai aksi....angkat kaki kiri...kaki kanan...menonggeng dan pelbagai. "Eeermmmm....legaaaaa!!" Mendengar isterinya turun, si suami pun kembali duduk dengan tertibnya di kerusi. Kemudian...."Bang...ini surprise sayang untuk abang (sambil membuka balutan kain yang menutup mata)". Sebaik sahaja mata si suami di buka, si suami terus pengsan. Apa tidaknya, rupa-rupanya di kerusi makan yang lain adalah bapa dan emak mertuanya, abang ipar, kakak ipar dan adik ipar.....hehehe! Pengajaran: Ingatlah jika tiba-tiba ada surprise untuk anda!!!!

Ketandusan Modal.......Pembangkang Terpaksa Menyelam!!!

Sejak akhir-akhir ini Pakatan Pembangkang semakin ketandusan modal untuk menyerang BN dengan pelbagai pembohongan. Kini mereka kembali menyelam mencari isu dengan sekali lagi cuba menimbulkan isu kapal selam Scorpene melalui pembohongan baru. Pembangkang kini dalam usaha memfitnah bahawa dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dijual dalam proses perolehan aset tentera.Majoriti rakyat sudah mula bosan dengan pembangkang yang cuba 'menegakkan benang yang basah' mengenai kapal selam Scorpene. Segala dakwaan pembangkang sebelum ini terhadap Kerajaan/KEMENTAH telahpun dijelaskan secara telus oleh pihak KEMENTAH malah melalui sumber dalaman, difahamkan bahawa wakil-wakil Ahli Parlimen pembangkang pernah dijemput oleh MENHAN untuk sesi Taklimat Khas Perolehan Aset Tentera.Syabas kerana pihak KEMENTAH berbuat demikian demi mempamerkan ketelusan Kementerian. Pihak pembangkang kini mendakwa bahawa dokumen rasmi sulit KEMENTAH dijual dalam perolehan kapal selam Scorpene. Dakwaan tersebut sepertimana dakwaan sebelum ini masih bermotif kepentingan politik pembangkang dalam usaha menjejaskan imej dan kredibiliti Kerajaan/KEMENTAH sebagai pendekatan murahan untuk meningkatkan kembali sokongan rakyat yang semakin pudar dan meruncing terhadap Pakatan Pembangkang. Segala dakwaan pembangkang bukan sahaja dalam isu Scorpene malah dalam pelbagai isu lain kekal tidak berasas dan pembohongan melampau. Agaknya....pembangkang semakin terdesak dan sanggup berbuat apa saja demi kepentingan peribadi bagi menjamin 'survival' politik mereka.Landasan agama juga tidak terkecuali.....mereka akan berbuat apa saja asalkan berjaya menipu rakyat bagi mendapatkan sokongan.....Rakyat terus dibohongi dan 'ditipu hidup-hidup' oleh pembangkang. Pembangkang digesa untuk mengemukakan bukti kukuh terhadap dakwaan terbaru mereka mengenai penjualan dokumen rasmi sulit KEMENTAH dalam urusan perolehan aset pertahanan - kapal selam Scorpene. Rakyat tidak mahu ditipu dan dibohongi lagi dengan isu tersebut. Pembangkang memang sinonim dengan tohmahan, pembohongan, fitnah dan berkepentingan peribadi.......Pembangkang akan dihukum oleh rakyat pada PRU 13 kelak.

Sunday, 17 June 2012

Ali Tinju........Wanted List

Berasaskan kenyataan bekas isteri Ali Tinju (Laporan Polis), Ali Tinju ada skandal (hubungan sulit) dengan Yun. Maklumat turut diperolehi daripada seorang kenalan bahawa Yun menetap di Rumah Keluarga Tentera sekitar Lembah Klang. Ternyatalah bahawa Yun adalah isteri orang.....isteri kepada warga tentera. Ali Tinju dilaporkan juga telah berulang kali mengadakan hubungan seks dengan Yun. Inilah Ali tinju.....penzina dan bergelumang dengan dosa besar. Ali amat riak dan bangga kerana telah berjaya "merebahkan" isteri orang. Tiada "dosa" dalam kamus Ali......suka bergaduh, pemabuk,temanita keliling pinggang, pecah amanah, skandal dengan wanita dan lebih teruk lagi dengan isteri orang kini. Ali tersasar jauh dari landasan agama!! Suami kepada Yun kini dikhabarkan amat berdendam dengan Ali Tinju dan Ali Tinju dalam 'wanted list' suami Yun. Siapa yang boleh bersabar jika isteri "dibelasah" dan dinodai oleh orang lain. Suami Yun juga tidak terkecuali. Beliau pasti akan mencari Ali Tinju hingga ke lubang cacing. Berwaspadalah Ali.....suami Yun sedang mencari!!! Ali oh Ali.....!!!! berkobar-kobar mendakwa ingin membela nasib bekas tentera, rupa-rupanya isteri tentera yang "dikebas"nya. Inikah ciri-ciri pemimpin "haruan makan anak" yang diinginkan oleh ahli PVTM....???? Sebagai ingatan awal kepada ahli-ahli PVTM, janganlah nanti isteri anda pula menjadi mangsa nafsu serakah Ali Tinju. Kepada Ali Tinju......anda dalam "senarai yang dikehendaki" oleh suami Yun. Walau apapun, penulis ingin menasihati suami Yun agar 'tidak mengamal undang-undang dalam tangan sendiri'.

Thursday, 14 June 2012

Kemungkaran Ali Tinju Terbongkar Lagi........!!

Salah seorang daripada 3 isteri Ali Tinju (kini telah diceraikan dengan Talak 3)pernah membuat Laporan Polis pada 20 Apr yang lalu akibat pergaduhan angkara kemungkaran Ali bersama temanita di kawasan NEWS KTV (Karaoke Lounge), Ampang Park. Nafsu serakah Ali memang dahsyat.....sejak dulu lagi bergelumang dosa besar. Beliau mempunyai ramai temanita dan tidak terkecuali melakukan zina....termasuk Hayati, Elaine dan Yun yang telah dilapah rakus oleh Ali seperti yang didakwa oleh janda beliau. Berwaspadalah wahai para kenalan Ali di dalam Facebook kerana Ali akan memancing anda untuk memuaskan nafsunya yang tiada batasan. Yang peliknya, ada juga kenalan yang sanggup menghantar gambar lucah......wanita juga punyai nafsu! Tanpa pendapatan tetap, Ali masih berkemampuan untuk memboros di karaoke bersama temanita dan GRO.......dari mana datangnya sumber kewangan beliau.....semestinya daripada dana yang disumbangkan kepada PVTM. Adalah disarankan agar SPRM memantau dan menyiasat unsur 'pecah amanah' Ali Tinju terhadap ahli-ahli PVTM manakala ahli-ahli adalah diseru untuk membuat Laporan Polis terhadap Ali Tinju. Kemungkaran Ali Tinju kini semakin terbongkar dan menyerlah.......!!

Wednesday, 13 June 2012

merapusakan.blogspot.com Worth

Reference to statsie.com (Statsie-website statistics and analysis), the price of merapusakan.blogspot.com analyzing traffic, unique visitors and realtime advertising rates to $137.00

Ali Nak Berdemonstrasi Pulak

Ali kini sedang berusaha untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), dengar khabar pada 28hb Jun ni jam 9.00 pagi dan setelah Presiden PVTM dihubungi, beliau telah mengesahkan perkara ini. Menurut beliau, tujuan yang tersurat adalah untuk menuntut janji dan publisiti malah secara berseloroh.....sempat juga beliau memberitahu saya bahawa tujuan sebenar yang tersirat adalah untuk mendapatkan dana daripada pihak penganjur dan mengharapkan sumbangan khas daripada Menhan. Demonstrasi yang bakal diadakan, amat jelas membuktikan bahawa Ali bijak menggunakan nama dan landasan PVTM untuk mendapatkan wang. Menurut Ali, pihak Pakatan Pembangkang telah bersetuju untuk membiayai sepenuhnya demonstrasi tersebut termasuk memberi 'wang saku' kepada beliau sekitar RM20,000/=. Menurutnya lagi, beliau berharap untuk dapatkan RM5,000/= ke RM10,000/= daripada Menhan. Ternyata Ali semakin terdesak dan kesempitan wang......PVTM dijadikan "alat" untuk beliau mendapat untung secara mudah. Ali pernah juga mengatakan bahawa beliau bukan ahli UMNO dan tiada kaitan dengan mana-mana parti siasah. Cerminkanlah diri.....UMNO pun tidak rugi sesen pun dengan ketiadaan Ali daripada Ali menjadi liabiliti kepada UMNO. Yang jelasnya, Ali kini sanggup pula bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang......tidak hairanlah demi survival peribadi beliau.

Ali Tinju Mencabar MENHAN Bersumpah!

Dalam facebooknya pada 13 Jun, Ali mencabar Menhan (Menteri Pertahanan)supaya bersumpah bahawa Menhan tidak pernah menghina beliau dan Presiden PBTM.Di sepanjang pengetahuan saya, Menhan tidak pernah menghina Presiden PVTM dan PBTM dengan panggilan 'binatang' seperti yang didakwa. Semenjak bila pula Ali Tinju yang banyak bergelumang dosa ni dah pandai bab hukum-hakam sumpah. Ali dicabar untuk bersumpah bahawa beliau tidak pernah meminum arak, berzina, berjudi dan menilik masib. Ali juga turut dicabar bahawa beliau tidak pernah menggunakan dana atau wang yang disumbangkan oleh pelbagai pihak kepada PVTM untuk kegunaan peribadi(secara haram la.....). Ali juga hendaklah bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada 3 orang isterinya (kini dah menjadi jandanya). Ali hendaklah turut bersumpah bahawa beliau tidak pernah menghina Menhan dan PM serta pucuk pimpinan ATM yang lain. Ali perlu mempamerkan akaun atau penyata kewangan PVTM secara terperinci untuk makluman ahlinya. Sebenarnya, Ali memang suka ROS belum lagi meluluskan pendaftaran PVTM kerana beliau tidak perlu mewujudkan akaun kewangan persatuan.....ini memudahkan beliau untuk 'swindle' wang persatuan. Berasaskan kepada latarbelakang Ali ni, adalah diyakini bahawa Ali sedia bersumpah bukan kerana beliau benar tetapi disebabkan oleh kepentingan peribadi dan sikapnya yang tidak takut tentang dosa - tidak wujud dalam kamus Ali perkataan "haram" dan "dosa". Sikap ini sememangnya telah sebati dengan Ali. Apa yang lebih beliau utamakan - soal wang untuk hidup biarpun secara haram kerana ekonomi beliau kini semakin meruncing dan terdesak. Maklum sajalah, tiada pendapatan tetap dan dana yang digunakan secara haram pula kian susut....... Bertaubatlah wahai Ali kerana pintu taubat masih terbuka selagi matahari tidak terbit dari ufuk Barat.......

Berita Panas: Abdul Hadi A.Khatab Beristeri Dua

Berita panas ini diperolehi daripada seorang kenalan/rakan perniagaan saya yang secara kebetulan pula menjadi sahabat karib kepada Abdul Hadi A.Khatab. Beliau mendedahkan bahawa beliau terlibat secara langsung sewaktu proses pernikahan Abdul Hadi secara sulit di Selatan Thailand pada sekitar pertengahan tahun 2009 semasa bercuti sebelum Tamat Tempoh Perkhidmatan pada bulan Ogos 2009. Diceritakan oleh sahabat karib tersebut ini bahawa Abdul Hadi A.Khatab dibawa ke Padang Besar, Perlis kerana di sana terdapat seorang Jurunikah yang mempunyai hubungan dengan pihak agama Islam Songkhla sebelum meneruskan perjalanan ke Selatan Thai. Untuk ringkaskan cerita, dengan dua kali lafaz di Songkhla, Abdul Hadi sah menjadi suami kepada Rohaya bt Abdullah berumur 33 tahun dan berasal dari Manjong, Perak. Menurut sahabatnya lagi, isteri kedua beliau adalah ‘orang kuat’ PAS Perak manakala mertua beliau (Abdullah) adalah bekas banduan yang pernah menjalani hukuman penjara selama 2 tahun ekoran kes pecah amanah. Isteri pertama beliau, Kak Bedah langsung tidak tahu mengenai pernikahan sulit tersebut kerana Abdul Hadi A.Khatab amat bijak menutup dan memutarbelitkan isu serta pandai pula meyakinkan orang terutama isterinya. Ini sememangnya kualiti yang dianugerah kepada beliau hinggakan PKR juga turut terpengaruh. Segala salinan bukti mengenai pernikahan tersebut masih disimpan oleh sahabat karib beliau namun ‘mat merapu’ (Penulis) turut berpeluang melihat dokumen berkaitan. Apa pun, untuk mempunyai isteri kedua, tiada salahnya dari segi hukum hakamnya malah Abdul Hadi pun mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian. Apatah lagi dengan kedudukannya kini. Sama ada beliau mendaftar nikahnya di Malaysia……entahlah! Kesian Kak Bedah dan anak-anak…….diperdaya bulat-bulat oleh Abdul Hadi yang amat disayangi mereka.

Tuesday, 12 June 2012

Ali Tinju Semakin Terdesak

Ali berkhidmat dengan ATM hanya sekitar 6 tahun dan hanya Prebet, peliknya beliau berhenti awal....atau diberhentikan dari perkhidmatan atas sebab disiplin.....sememangnya Ali suka bergaduh, minum arak dan 'kaki perempuan' serta mengutamakan bar dan cafe sebagai kiblatnya.....ditetak dengan parang di tapak tangan kiri akibat pergaduhan dengan rakan sepasukan di bawah pengaruh alkohol ketika di Sandakan, Sabah. Nafsu serakah Ali Tinju ini.....masyallah! Teman wanita keliling pinggang tetapi 'perempuan bar' sajalah. Beristeri tiga tapi berlaku curang dan main kayu tiga di belakang isteri....semuanya berakhir dengan perceraian akibat tidak boleh diurus dengan baik oleh Ali. Kini cuba nak bela nasib veteran askar Melayu.....mana mungkin beliau ada kemampuan!!! Diri sendiri dan isteri....ooopppss!! isteri-isteri pun tidak terurus. Sebenarnya, beliau menggunakan landasan Persatuan Veteran Askar Melayu-PVAM (persatuan haram kerana tiada kelulusan ROS)untuk mencari dan mengumpul dana hanya untuk kepentingan peribadi. Kini beliau semakin terdesak....poket kosong akibat tiada pendapatan tetap. Beliau cuba memancing pihak tertentu untuk mendapatkan dana....tapi ramai telah tahu akan sikap Ali yang mementingkan wang mengatasi segalanya. Cuba mendesak Kerajaan untuk mendapatkan bayaran pencen....bodoh betul Ali ni....khidmat hanya 6 tahun, mana boleh dapat pencen. Pengikut-pengikut Ali diseru agar meninggalkan persatuan atau melaksanakan 'undi tidak percaya' kiranya kelak pendaftaran persatuan ini diluluskan oleh ROS. Tiada sebarang faedah bersama Ali yang hanya bijak 'menangguk di air keruh'. Ahli Parlimen/ADUN dan semua pihak hendaklah tidak lagi memberi sumbangan dana kepada PVAM selagi Ali menjadi Pengerusinya. Hendak suruh Ali balik ke pangkal jalan pun tak boleh sebab pangkal jalannya amat teruk dan penuh kemungkaran. Hanya satu yang Ali boleh buat.....taubat nasuha dengan berdoa diampunkan segala dosa yang lalu.

Monday, 11 June 2012

Demi Melayu dan Islam

PRU 13 semakin nyata dan hampir namun Melayu masih berpecah-belah akibat fahaman politik yang berbeza. Ada Melayu dalam UMNO,PAS dan PKR serta tidak terkecuali Melayu dalam DAP. Dari sudut demokrasi sememangnya sihat namun dari aspek ikatan Melayu ternyata berpecah, rapuh dan mudah dieksploitasi oleh bukan Melayu. Paparan ini tidaklah bertujuan untuk memperkecilkan bangsa bukan Melayu tetapi hanya sekadar mahu melihat Melayu bersatu dalam ikatan yang jitu agar menjadi bangsa yang kuat di bumi Malaysia yang tercinta. Resolusinya ada tetapi sukar untuk menyatukan semua Melayu........ Melayu dalam parti politik sibuk dengan pelbagai isu, Melayu yang 'atas pagar' pula tiada landasan kukuh untuk memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu demi membela bangsanya. Yang amat mengecewakan, ada kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan peribadi mereka. Melihat senario ini, wujud rasa bimbang melihat anak-anak dan cucu-cicit Melayu......bagaimanakah agaknya masa depan mereka. Sememangnya agak sukar untuk diramalkan tetapi jika Melayu kini masih terus berpecah.....agak jelaslah masa depan anak dan cucu-cicit Melayu tiada sebarang jaminan. Siapa yang perlu bertanggungjawab jika Melayu melarat di bumi sendiri....Renungkanlah wahai insan yang mengaku Melayu!!!! Parti manakah jika berkuasa dan memerintah kelak mempunyai kemampuan untuk membela nasib dan masa depan Melayu? Adakah UMNO? PAS? PKR? atau DAP? Rujuklah kepada lipatan sejarah sebagai panduan........Bandingkanlah Melayu dulu dan sekarang........ Parti manakah yang lebih berjasa dan terbukti kemampuannya........ Tepuk dada tanya selera......apa jua keputusan anda nanti pada PRU 13, utamakanlah kepentingan Melayu dan Islam kerana Melayu-Islam hari inilah yang bakal mencorak Melayu-Islam esok..........Demi agama Islam,fahaman politik hendaklah diketepikan kerana setiap pengorbanan untuk memartabatkan Islam akan mendapat balasan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT jua.

Sunday, 10 June 2012

Ali Tinju Yang Dikenali.......!!!!

Ali Tinju atau Ali Warrior dan ada ketikanya mendakwa beliau seorang berpangkat Jeneral………meloya tekak dengan tingkahlaku beliau. Beristeri tiga……kuat nafsunya namun kebajikan ketiga-tiga isterinya tidak mampu diuruskan dengan baik oleh beliau, akhirnya bercerai jua. Dalam perkhidmatan ATM suka minum arak dan bergaduh……keluar-masuk bilik tahanan menjadi perkara biasa kepada beliau. Disiplin beliau amat lemah……inikan pula gah melaung untuk membela nasib bekas veteran askar Melayu. Mana mungkin beliau berkemampuan untuk membela nasib mereka……..nasib sendiri pun tidak terbela, hanya pandai mengambil kesempatan daripada dana yang disumbangkan kepada persatuannya yang masih diklasifikasikan sebagai persatuan haram kerana pendaftaran Persatuan Veteran Askar Melayu belum diluluskan pendaftarannya oleh ROS. Ali ini tidak juga boleh disamakan dengan “tiada rotan, akar pun berguna” kerana beliau langsung tidak boleh diharapkan. Kalau jadi nelayan, dah lama dicampakkan ke laut malah kalau jadi pencari sumber hutan di gunung, dah lama disepak ke dalam gaung……inilah Mohd Ali Baharom sebenarnya. Motif utama beliau ialah untuk mencari sumber kewangan daripada pihak-pihak tertentu untuk mengisi poket beliau yang kosong akibat tiada pendapatan tetap. Ali ini hanya sesuai diibaratkan seekor burung gagak yang hitam……kehitamannya adalah semulajadi dan begitulah dengan hatinya!!!!!

Bakal Calon PKR - P.77 Tanjong Malim

Alhamdulillah……. Skot! menurut sumber dalaman PKR yang dikenali dan yang mengetahui, Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab bakal dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan parlimen P.77 Tanjong Malim. Bijak sungguh skot meyakinkan pucuk pimpinan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadi skot pada PRU 13 akan datang. Tetapi skot……pimpinan PKR juga tidaklah bodoh kerana mereka meletakkan skot di kawasan ‘parlimen maut’ dan skot bakal disembelih di Tanjong Malim. Usahlah skot bermimpi untuk menjadi calon di kawasan selamat. Kalau dulu pada PRU 12, BN menang dengan majoriti 5,422 undi, pada PRU 13 nanti dengan skot bertanding di sana, akan membuka laluan yang lebih terbuka dan selesa dengan majoriti yang lebih besar kepada BN kerana pengundi Tanjong Malim berpesepsi penuh curiga dengan skot……apa tah lagi pemilik bengkel kenderaan – Awas dan berhati-hatilah orang Tanjong Malim, kunci dan rantaikanlah semua enjin kerana bakal calon PKR kelak seorang yang berkemampuan untuk menghilangkan 2 enjin pesawat………amat mudahlah bagi beliau untuk melenyapkan enjin lori, bas, kereta dan motosikal tidak terkecuali basikal. PDRM Tanjong Malim diseru untuk mempertingkat rondaan di sekitar kawasan bengkel sebagai tindakan mencegah insiden kecurian enjin berulang menjelang PRU 13 akan datang. PKR langsung tidak menghormati skot sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan kerana ditempatkan di kawasan yang amat sukar dimenangi oleh PKR. Skot bakal kalah dengan teruk di kawasan maut……..!!!!!!

Siapa Sebenarnya Brigadier Jeneral Dato' Abdul Hadi Abdul Khatab TUDM (Bersara) - Siri 2

Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab 'Tidak Dibenarkan Menggunakan Gelaran Pangkat Brigadier Jeneral TUDM’ yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar di mana tindakan pegawai berkaitan sebelum ini telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan termasuk 2 buah enjin pesawat TUDM yang dilaporkan hilang. Beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Akan tetapi…….beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh. Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui……….!!! Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena…… ‘buku dengan ruas’!! Yang sedih lagi mengecewakan……Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya. Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan ‘menggigit kembali tangan yang menyuapnya’ malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi…….pembohongan yang melampau! Awas PKR….!!, rahsia keselamatan PKR kini dikawal sepenuhnya oleh seorang yang ‘tidak berpendirian’ bagaikan ‘lalang menanti tiupan angin’. Beliau mudah beralih sokongan dengan syarat mendapat keuntungan lebih. Enough is enough……..!!! Insaflah dan kembali ke jalan yang benar adalah lebih afdal daripada terus memfitnah dan menjadi pembohong melampau.

Mohd Ali Baharom Yang Dikenali.........Opportunist!!!

Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Tinju’, seorang bekas tentera dan pernah berkhidmat di pasukan 21 Rejimen Askar Melayu Diraja pada sekitar tahun 1994 bertempat di Sandakan, Sabah. Kini beliau menjadi Presiden Persatuan Veteran Askar Melayu (PVAM) sebagai persatuan haram kerana ia belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ali gemar kepada minuman keras dengan berkunjung ke bar. Ada ketika terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sepasukan. Beliau pernah dilibas dengan rantai dan ditetak dengan parang akibat satu pergaduhan di pasukan. Tapak tangan kiri Ali mengalami luka dan dijahit akibat pergaduhan tersebut. Ali adalah seorang opportunist yang menjadikan PVAM sebagai landasan bagi mendapatkan dana untuk saraan hidup kerana beliau tidak mempunyai pendapatan tetap. Hasil sumbangan dan bantuan kewangan kepada PVAM oleh Ahli Parlimen/ADUN dan juga kerajaan akan digunakan oleh Ali untuk kepentingan peribadi. Dana juga digunakan untuk menikah……..bukan satu atau dua malah TIGA orang isteri namun ketiga-tiga mereka berakhir dengan perceraian. Kini Ali semakin terdesak dan mula mendesak pelbagai pihak melalui demonstrasi aman dengan motif untuk mendapatkan dana……..sekurang-kurangnya dilayan oleh pihak tertentu. Beliau turut mendakwa bahawa keahlian PVAM sekitar 200 ke 300 ahli……..inilah padahnya jika persatuan dipimpin oleh seorang yang tidak berwibawa. Janganlah Ali gah kerana PVAM bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ malah tiada langsung impak, jauh sekali untuk menjadi ‘gelombang ketiga’ dalam senario politk semasa. Kesimpulannya, NGO ini tidak perlu dilayan dan dibiarkan ia ‘mati tanpa kubur’…….Al-Fatihah!!! Ali lebih pentingkan diri sendiri…..seorang OPPORTUNIST yang semakin terdesak dengan pelbagai masalah kewangan.

Thursday, 7 June 2012

Siapa Sebenarnya Brigadier Jeneral Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM (Bersara)?- Siri 1

Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato’ di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup ‘menggigit tangan yang menyuap’ beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato’ Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sekitar 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai Mei hingga Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar sekitar Nov hingga Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada bulan Apr 1984. Dato’ Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato’ Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. Beliau memiliki sifat ‘panas baran’ dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau ‘keras kepala’. Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato’ Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau. Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM. Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa Dato’ Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk ‘cuci tangan’. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi……perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau. Dato’ Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk menjadi Wakil Rakyat bagi memusnahkan ATM, cita-cita beliau amat tinggi tapi keupayaan untuk mendukung tanggungjawab agak diragui. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato’ Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. Renungilah muka isteri Dato’ yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba serta anak-anak, Fariz Hirzi, Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Sememangnya saya tersentuh dan sedih untuk menceritakan mengenai kawan namun kalau seorang kawan sanggup bersekongkol dengan pihak berkepentingan dan melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah melampau, saya sanggup ‘berpatah arang’ dan ‘membakar jambatan’ demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Tuesday, 27 March 2012

Kepentingan Melayu.........!!??

            UMNO kekal sebagai teras untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam malah belum wujud satu parti yang boleh menjadi alternatif kepada UMNO......bukan PAS malah jauh sekali PKR dan mustahil bagi DAP.

            Bagaimana pula dengan "kawalan perniagaan" oleh Melayu dalam bidang perniagaan perabut, alat ganti kenderaan, tayar, hardware, hyper-market dsb. Betapa baiknya jika Hyper-market 1Malaysia diwujudkan.

            Semoga pihak kerajaan merealisasikan perkara tersebut dengan segera mungkin demi kepentingan Melayu.

Tuesday, 20 March 2012

Siapa Akan Menang Pada PRU 13 ???
(dari perspektif Nujum Merapu)

            Melihat kepada pola persepsi semasa pengundi, BN masih mampu mengekalkan Putrajaya dengan kemenangan antara 135 ke 140 kerusi Parlimen. Walau pun tanpa memperoleh 2/3 majoriti (kurang 8 ke 13 kerusi) namun Pakatan Pembangkang tewas jua.

            Bagi kerajaan negeri pula, Pakatan Pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dan Pulau Pinang manakala BN berjaya menawan kembali Kedah dan Selangor dengan kemenangan tipis. Impian pembangkang untuk menawan Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu kekal menjadi "mimpi di siang hari". Tidurlah dan teruskan mimpi ini hehehe! Apatah lagi untuk pembangkang menawan Melaka, Johor dan Pahang serta Sabah dan Sarawak......ibarat mission impossible untuk pembangkang. Apa pun jua, BN perlu bekerja kuat untuk uphill task pada PRU 13.

            Persolannya....bilakah tarikh PRU 13? Setakat ini, selain Allah SWT....hanya PM yang tahu tarikh keramat ini untuk mengadakan "ibu segala pilihan raya".



          
UMNO Kekal Relevan....!!

            UMNO kekal relevan semalam, hari ini, esok dan selamanya manakala ahlinya datang dan pergi namun apabila ahli dah menjadi liabiliti kepada parti, tindakan paling tepat adalah mengundurkan diri secara sukarela atau dipecat. Belum ada hingga kini sebuah parti yang mampu dan berjaya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam seperti UMNO.

            Yang peliknya, bila wujud di kalangan ahli UMNO yang menjadi liabiliti besar kepada parti, masih mahu kekalkan jawatan dalam parti.......tanpa rasa bersalah dan malu. Ada pula di kalangan 'veteran UMNO' yang tidak tahu berundur malah terus melobi untuk menjadi calon pada PRU 13 nanti walau pun sudah tidak diterima oleh pengundi. Apakah mereka ini ingin melihat mereka ditolak oleh pengundi dengan kekalahan kepada pihak pembangkang. Bukankah ini akan merugikan peluang kemenangan UMNO. Masalah "ego" ini telah lama wujud, bila dah berada di atas.....tidak tahu untuk berundur.

            Faktor winnable candidate....... tidak perlu wujud sebarang kompromi dalam membuat keputusan oleh pucuk pimpinan parti jika UMNO inginkan kejayaan pada PRU 13. Melihat usaha gigih PM, adakalanya timbul rasa simpati di hati kecil ini....apa tidaknya! PM seolah-olah sendirian tanpa sokongan padu di peringkat Bahagian khususnya. Masing-masing sibuk untuk menjadi calon dan tidak keterlaluan berlakunya back stabbing sesama sendiri.

            Demi kepentingan Melayu dan Islam......sokonglah UMNO dengan menterjemahkannya melalui undi pada PRU 13 yang semakin hampir.