Thursday, 12 July 2012

PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Sarawak

Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen, pada PRU 12 (2008), BN memenangi 30 kerusi manakala Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP hanya menang satu kerusi P.195 Bandar Kuching namun DAP berjaya menambah satu lagi kerusi P.212 Sibu pada PRK yang lalu. Kiraan 'score' terkini, BN:29; PP:2. Pada PRU 13 kelak dan dengan perkembangan semasa serta sentimen pengundi terhadap Ahli Parlimen (AP), situasi dijangka berubah. Adakah Sarawak kekal sebagai 'fixed deposit' BN menjelang PRU 13? BN dijangka terus berusaha mengekalkan kemenangan lalu namun BN janganlah sekali-kali leka dan selesa dengan kemenangan lampau kerana ianya bukan satu jaminan kemenangan mendatang. Sebarang pertambahan kerusi yang memihak kepada pembangkang pada PRU 13 nanti boleh menggegarkan Putrajaya!! Hasil tinjauan secara merapu....kerusi Parlimen 'Total White' bagi BN mencatat 18 kerusi manakala PP dijangka berkeupayaan dan mampu memenangi antara 11 ke 13 kerusi Parlimen Sarawak pada PRU 13 nanti akibat daripada kelemahan AP BN sendiri yang tidak disenangi oleh pengundi. PP juga dilihat kekal fokus ke atas 13 kawasan parlimen berkaitan. Kawasan tersebut meliputi P.195 Bandar Kuching, P.198 Mambong, P.200 Batang Sadong, P.201 Batang Lupar, P.202 Sri Aman, P.205 Saratok, P.208 Sarikei, P.211 Lanang, P.212 Sibu, P.214 Selangau, P.217 Bintulu, P.219 Miri dan P.220 Baram. Menurut sumber tempatan merapusakan, PP yakin dapat menawan sekurang-kurangnya 11 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. PP kini sedang tumpu usaha di 2 kerusi Parlimen (P.212 Sibu dan P.217 Bintulu) yang dianggap oleh mereka masih seimbang (50:50). Situasi sebegini sudah pasti menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin BN di peringkat negeri dan Pusat. Merapusakan ingin mengesyorkan agar BN meninjau dan menilai kembali kesemua 13 kerusi tersebut sebelum 'nasi menjadi bubur basi' bagi mengukuhkan tiang seri Putrajaya yang tidak mudah goyang dek angin, gegaran bumi atau dentuman di langit. Merapusakan tidak mahu melihat adengan PP memenangi kerusi Parlimen berkaitan kerana kehilangan 'fixed deposit' BN boleh memberi kesan buruk kepada BN di Semenanjung sekali gus 'kuasa bertukar tangan'. Adalah diharap tinjauan ini dianggap sebagai 'wake-up call' kepada BN. Laksanakanlah 'reappraisal of Sarawak political estimate' dengan kadar segera khususnya jika 'incumbent' di 13 kerusi Parlimen tersebut masih dianggap 'winnable candidate' kerana PRU 13 kian kesuntukkan masa untuk terus dilewatkan. Apapun, BN perlu mengekalkan 'fixed deposit' ini bagi menghalang 'score' 18:13; dengan mendekati dan memenuhi keperluan denyut nadi pengundi dalam 'ibu' segala pilihan raya.

2 comments:

  1. Hmm..dengan keadaan sekarang..rasanya perlawanan antara BN dengan PR sememangnya sengit. Jikalau BN menang pun kemungkinan besar menang nipis saja dan mungkin lebih ramai negeri jatuh pada PR. Atau sebaliknya. Berkenaan dengan Sarawak, kemungkinan besar lebih ramai kerusi jatuh kepada PR..mungkin sahaja...mungkin....

    ReplyDelete
  2. P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P203 Lubok Antu, P205 Saratok, P209 Julau, P211 Lanang, P212 Sibu, P214 Selangau, P216 Hulu Rajang, P217 Bintulu, P219 Miri, P220 Baram,P Limbang mungkin akan kepada DAP, PKR dan SWP.

    ReplyDelete