Wednesday 18 July 2012

PRU 13: Menjenguk Kerusi Parlimen Kelantan

Negeri Kelantan terlepas dari tangan BN sejak tahun 1990 hingga sekarang. Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan pada PRU 12 yang lalu, BN hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen meliputi P.30 Jeli yang diwakili Tok Pa dan Ku Li pula bagi kerusi P.32 Gua Musang. Pakatan Pembangkang (PP) khususnya PAS dan PKR memenangi 12 kerusi termasuk P.22 Pasir Mas yang diwakili oleh Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS. Menjelang PRU 13, menurut sumber dalaman UMNO Kelantan, kerusi parlimen negeri Cik Siti Wan Kembang ini berada di tahap 'status-quo' dan PAS yakin akan menawan kembali kerusi Pasir Mas daripada 'incumbent' Bebas. 'Centre of Gravity' politik PAS Kelantan ialah Tok Guru Nik Aziz (TGNA) malah teras kekebalan PAS juga bersandarkan kepada beliau. Penulis menjangka bahawa selagi TGNA memimpin Kelantan, selagi itulah PAS kebal di Kelantan manakala BN terutama UMNO sukar mencari resolusi atau remedi bagi menawan kembali negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, jika faktor Melayu diutamakan, situasi politik Kelantan dilihat memartabatkan "kuasa Melayu". Sejak 1990, setiap pilihan raya di Kelantan, UMNO kekal menghadapi laluan sukar penuh dengan "onak dan duri". Kesimpulannya, pada PRU 13 akan datang, BN dijangka kurang berupaya untuk menambah bilangan kerusi parlimen bagi mengurangkan gegeran Putrajaya!!!

No comments:

Post a Comment