Monday, 16 July 2012

PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Johor

Negeri Johor mempunyai 26 kerusi parlimen. Pada PRU 12 yang lalu, BN memenangi 25 kerusi parlimen tersebut manakala Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP hanya mampu menawan satu kerusi parlimen (P.145 Bakri). Berasaskan kepada rekod kemenangan tersebut, BN menganggap Johor kekal sebagai 'fixed deposit' mereka menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Persoalannya, adakah BN masih mampu mengekalkan rekod kemenangan tersebut? Adakah rekod terdahulu bakal menjamin kejayaan mendatang? Melihat kepada sentimen pengundi dan situasi semasa, rekod terdahulu bukanlah jaminan kepada BN untuk mengulangi kejayaannya di Johor. MCA Johor dilihat semakin rapuh dan agak kurang meyakinkan dalam usaha mempengaruhi sokongan pengundi kaum Cina, bukan sahaja di Johor malah merata-rata. Perkembangan politik kini memperlihatkan bahawa PP sedang menumpukan strategi dan gerak kerja kempen mereka di Johor. Sallahuddin Ayub telah kembali ke Johor untuk mengukuhkan jentera PAS dan dikhabarkan akan bertanding di kerusi P.150 Batu Pahat. DAP pula akan menurunkan "giants" mereka seperti Lim Kit Siang, Fong Po Kuan, Teo Nie Ching dan diperkukuhkan lagi oleh tokoh tempatan, Chua Jui Meng dilihat sedang giat menyerang kubu MCA di Johor. Menurut 'orang dalam' PP yang mengetahui, PP dijangka berupaya menambah bilangan kemenangan kerusi parlimen di Johor pada PRU 13 kelak. Mereka yakin dapat menawan 10 ke 11 kerusi parlimen meliputi P.140 Segamat, P.142 Labis, P.145 Bakri (kekal kemenangan), P.148 Ayer Hitam, P.151 Simpang Renggam, P.152 Kluang, P.158 Tebrau, P.162 Gelang Patah, P.163 Kulai dan P.165 Tanjong Piai manakala kerusi P.150 Batu Pahat dianggap masih berada dalam situasi 50:50. Sekali imbas, kerusi parlimen Johor yang betul-betul selamat (Total White) berada di sekitar 15 ke 16 kerusi. Situasi ini menuntut perhatian dan tindakan segera BN. Sekiranya sasaran PP ini menjadi kenyataan, ianya mampu menggegarkan Putrajaya di skala richter yang agak merbahaya kepada BN. Penulis ingin mengesyorkan agar BN menyemak semula perkiraan politik negeri Johor sekiranya BN masih menganggap Johor sebagai negeri 'fixed deposit'. MCA Johor pula perlu lebih menonjol dalam usaha mereka mempengaruhi pengundi terutama di kalangan pengundi kaum Cina. Penulis turut berpendapat bahawa walaupun PP bakal melalui laluan 'uphill task' di Johor namun dengan prestasi MCA sekarang, PP pasti dapat menambah bilangan kerusi parlimen pada PRU 13 nanti. BN perlu mematahkan segala serangan PP di kubu MCA Johor dengan terus mendekati dan memenuhi kehendak denyut nadi pengundi Johor bagi mengelak "gegaran bahaya" kepada Putrajaya menjelang PRU 13.

1 comment:

  1. citer budget mcm PR menang di johor pastu putrjaya.. hehehe.. lawak tul. setakat citer2 kt blog ni. ko jer la yg baca bro.

    sentiment pengundi sekarang masih kerajaan skrg bro. xyah la nk buat2 citer. citer nk sycho org la kononnye

    ReplyDelete