Thursday, 19 July 2012

PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Kedah

Negeri Kedah pada PRU 12 turut mengalami tsunami politik selain Pulau Pinang dan Selangor. Kerusi parlimen Kedah berjumlah 15 dan BN memenangi 4 kerusi meliputi P.4 Langkawi, P.5 Jerlun, P.6 Kubang Pasu dan P.9 Alor Setar. Pakatan Pembangkang (PP) memenangi 11 kerusi (PAS: 6 dan PKR:5). Hasil maklumat PP, pada PRU 13 akan datang, PP yakin dapat menambah bilangan kerusi parlimen sekitar 11 ke 13 kerusi. Mereka menganggap kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu kekal 'status-quo' manakala kerusi parlimen P.5 Jerlun dan P.9 Alor Setar berada di tahap 50:50. Justeru, dua kerusi (P.4 Langkawi dan P.6 Kubang Pasu)yang kekal sebagai kerusi 'total white' bagi BN. Jika penilaian PP menjadi realiti dengan berjaya menambah dua kerusi lagi, ianya dijangka boleh menggegarkan Putrajaya. UMNO Kedah amat kuat ketika era Tun M menjadi PM dan kini anaknya, Mukriz menggalas tanggungjawab untuk mengembalikan kejayaan UMNO Kedah menjelang PRU 13. Tun M sememangnya amat dihormati, disegani dan "tunggak pengaruh" pengundi Kedah terhadap BN, bukan sahaja daripada pengundi Melayu malah pengundi Cina dan India turut berada dalam satu perahu. Hasil tinjauan secara rambang, rata-rata pengundi Kedah masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya.....Siapakah bakal MB Kedah? sekiranya BN dapat menawan kembali negeri jelapang padi. Mereka ingin melihat Dato' Mukriz bertanding di kerusi DUN N.5 Bukit Kayu Hitam atau N.6 Jitra kerana kedua-dua kerusi tersebut di bawah P.6 Kubang Pasu (kawasan tradisi Tun M). Walau bagaimanapun, BN terutama UMNO Kedah perlu lebih aktif mendekati pengundi menjelang PRU 13 kerana pengaruh PP terutama PAS dilihat semakin menular ke kawasan tradisi BN. Majoriti penyandang dan calon terdahulu BN dilihat sudah hilang bisanya manakala PP kian kukuh "menanam tapak" di Kedah. Kemelut PAS Kedah juga telah dianggap oleh pengikut dan penyokong mereka sebagai "kes ditutup". Tinjauan juga mempamerkan bahawa UMNO Bahagian/Cawangan masih kurang aktif dalam usaha mereka untuk mengekal dan mengembalikan keyakinan pengundi Kedah terhadap BN khususnya UMNO. Mereka masih menanti pengumuman calon.....lampu kekal "Merah". UMNO Kedah perlu segera bangun bagi memperbaiki keadaan ini yang semakin meruncing bagi mengelak terjunam ke curang yang sama pada PRU 13 nanti kerana jika UMNO tewas di Kedah, ianya turut menyumbang kepada "Gegaran Putrajaya".

No comments:

Post a Comment