Tuesday 26 June 2012

Memorandum PVTM Untuk PM

Penulis difahamkan oleh sumber dalaman PVTM bahawa PVTM bercadang untuk mengadakan demonstrasi dalam masa terdekat bertujuan bagi menyerahkan Memorandum kepada PM. Presiden PVTM, Ali Tinju disyorkan untuk mempertimbangkan semula pendekatan yang bakal diambil bagi menyerahkan Memorandum tersebut. Jika benar pengakuan PVTM yang sentiasa menyokong penuh kerajaan BN pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, pendekatan PVTM untuk berdemonstrasi agak bercanggah dengan laungan sokongan mereka terhadap BN khususnya PM. Tindakan berdemonstrasi boleh menjejaskan imej,bukan saja imej BN dan PM bahkan turut mencalar imej ATM/KEMENTAH dan keseluruhan bekas dan warga tentera kerana masih terbuka pelbagai ruang untuk menyalurkan Memorandum PVTM berkaitan. Justeru, PVTM adalah disyorkan untuk membatalkan sebarang demonstrasi jalanan dan diseru untuk menggunakan pendekatan bersemuka yang lebih rasional dan relevan dengan prinsip bermuzakarah serta landasan berdialog/berbincang. Pendekatan seumpama ini tidaklah terhad kepada PVTM sahaja malah kepada keseluruhan NGO yang menyokong kerajaan. Secara ikhlas, penulis ingin memohon agar Presiden PVTM mengambil tindakan yang lebih positif tanpa menjejaskan imej BN dan PM untuk menyerahkan Memorandum berkaitan. Sebarang tindakan positif juga akan turut meningkatkan lagi imej PVTM di kalangan masyarakat umum terutama semua peringkat bekas tentera.....insya'Allah!

No comments:

Post a Comment