Monday, 11 June 2012
Demi Melayu dan Islam
PRU 13 semakin nyata dan hampir namun Melayu masih berpecah-belah akibat fahaman politik yang berbeza. Ada Melayu dalam UMNO,PAS dan PKR serta tidak terkecuali Melayu dalam DAP. Dari sudut demokrasi sememangnya sihat namun dari aspek ikatan Melayu ternyata berpecah, rapuh dan mudah dieksploitasi oleh bukan Melayu. Paparan ini tidaklah bertujuan untuk memperkecilkan bangsa bukan Melayu tetapi hanya sekadar mahu melihat Melayu bersatu dalam ikatan yang jitu agar menjadi bangsa yang kuat di bumi Malaysia yang tercinta. Resolusinya ada tetapi sukar untuk menyatukan semua Melayu........
Melayu dalam parti politik sibuk dengan pelbagai isu, Melayu yang 'atas pagar' pula tiada landasan kukuh untuk memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu demi membela bangsanya. Yang amat mengecewakan, ada kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan peribadi mereka. Melihat senario ini, wujud rasa bimbang melihat anak-anak dan cucu-cicit Melayu......bagaimanakah agaknya masa depan mereka. Sememangnya agak sukar untuk diramalkan tetapi jika Melayu kini masih terus berpecah.....agak jelaslah masa depan anak dan cucu-cicit Melayu tiada sebarang jaminan. Siapa yang perlu bertanggungjawab jika Melayu melarat di bumi sendiri....Renungkanlah wahai insan yang mengaku Melayu!!!!
Parti manakah jika berkuasa dan memerintah kelak mempunyai kemampuan untuk membela nasib dan masa depan Melayu? Adakah UMNO? PAS? PKR? atau DAP? Rujuklah kepada lipatan sejarah sebagai panduan........Bandingkanlah Melayu dulu dan sekarang........ Parti manakah yang lebih berjasa dan terbukti kemampuannya........ Tepuk dada tanya selera......apa jua keputusan anda nanti pada PRU 13, utamakanlah kepentingan Melayu dan Islam kerana Melayu-Islam hari inilah yang bakal mencorak Melayu-Islam esok..........Demi agama Islam,fahaman politik hendaklah diketepikan kerana setiap pengorbanan untuk memartabatkan Islam akan mendapat balasan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment