Tuesday, 19 June 2012
PKR Halang Pembinaan SAR
Dilaporkan oleh Sungai Rapat Online pada 20 Jun yang lalu bahawa seorang bekas pegawai tentera, Mejar (Kuartermaster) Yaakob bersama AP Gopeng, Lee Boon Chye menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Yaakob kini dilantik sebagai Pembantu Khas (Hal ehwal agama Islam dan Melayu) kepada Lee Boon Chye.
Inilah akibatnya....demi kepentingan peribadi, seorang bekas tentera sanggup menggadaikan kepentingan Melayu dan Islam. Ini mungkin hanya satu permulaan...entah apa lagi yang akan dibuat oleh Yaakob terhadap kepentingan Melayu dan Islam di Gopeng, hanya Allah SWT jua lah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya, jika Yaakob ini masih mengaku Melayu dan Islam, adalah diseru agar beliau tidak menganiayai masyarakat Islam.
Pengundi Melayu kawasan parlimen P.71 Gopeng diseru untuk bangun dengan menghukum bakal calon PKR di kawasan ini pada PRU 13 kelak. Adakah pengundi Melayu akan terus sokong Lee Boon Chye yang menghalang pembinaan SAR? Jika anda seorang Melayu dan mengaku Islam, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk TIDAK memberi undi kepada PKR terutamanya Lee Boon Chye.
Ini hanya isu terpencil yang didedahkan malah masih terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan oleh PKR terhadap pengundi Melayu yang diwakilinya. Yang lebih nyata dan jelas adalah di negeri Selangor. Wahai pengundi Melayu dan Islam......hukumlah PKR dengan sekeras-kerasnya dengan TIDAK MENYOKONG PKR pada PRU 13 nanti demi memartabatkan kepentingan Melayu dan kemuliaan Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment