Sunday, 10 June 2012
Bakal Calon PKR - P.77 Tanjong Malim
Alhamdulillah……. Skot! menurut sumber dalaman PKR yang dikenali dan yang mengetahui, Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab bakal dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan parlimen P.77 Tanjong Malim. Bijak sungguh skot meyakinkan pucuk pimpinan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadi skot pada PRU 13 akan datang.
Tetapi skot……pimpinan PKR juga tidaklah bodoh kerana mereka meletakkan skot di kawasan ‘parlimen maut’ dan skot bakal disembelih di Tanjong Malim. Usahlah skot bermimpi untuk menjadi calon di kawasan selamat. Kalau dulu pada PRU 12, BN menang dengan majoriti 5,422 undi, pada PRU 13 nanti dengan skot bertanding di sana, akan membuka laluan yang lebih terbuka dan selesa dengan majoriti yang lebih besar kepada BN kerana pengundi Tanjong Malim berpesepsi penuh curiga dengan skot……apa tah lagi pemilik bengkel kenderaan – Awas dan berhati-hatilah orang Tanjong Malim, kunci dan rantaikanlah semua enjin kerana bakal calon PKR kelak seorang yang berkemampuan untuk menghilangkan 2 enjin pesawat………amat mudahlah bagi beliau untuk melenyapkan enjin lori, bas, kereta dan motosikal tidak terkecuali basikal. PDRM Tanjong Malim diseru untuk mempertingkat rondaan di sekitar kawasan bengkel sebagai tindakan mencegah insiden kecurian enjin berulang menjelang PRU 13 akan datang.
PKR langsung tidak menghormati skot sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan kerana ditempatkan di kawasan yang amat sukar dimenangi oleh PKR. Skot bakal kalah dengan teruk di kawasan maut……..!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment