Thursday 7 June 2012

Siapa Sebenarnya Brigadier Jeneral Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM (Bersara)?- Siri 1

Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato’ di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup ‘menggigit tangan yang menyuap’ beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato’ Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sekitar 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai Mei hingga Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar sekitar Nov hingga Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada bulan Apr 1984. Dato’ Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato’ Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. Beliau memiliki sifat ‘panas baran’ dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau ‘keras kepala’. Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato’ Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau. Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM. Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa Dato’ Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk ‘cuci tangan’. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi……perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau. Dato’ Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk menjadi Wakil Rakyat bagi memusnahkan ATM, cita-cita beliau amat tinggi tapi keupayaan untuk mendukung tanggungjawab agak diragui. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato’ Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. Renungilah muka isteri Dato’ yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba serta anak-anak, Fariz Hirzi, Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Sememangnya saya tersentuh dan sedih untuk menceritakan mengenai kawan namun kalau seorang kawan sanggup bersekongkol dengan pihak berkepentingan dan melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah melampau, saya sanggup ‘berpatah arang’ dan ‘membakar jambatan’ demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

3 comments:

  1. Subhanallah..mengucap panjang bila Wak baca cerita ini. Bukanlah kita ni baik sangat, tapi setidak-tidaknya Wak tak sanggup diperkudakan oleh pakatan jahat yang nak musnahkan diri serta keluarga Wak. Apatah lagi untuk di doggy oleh manusia seperti Anuar Ibrahim dan rakan sedoggynya. Wak rasa Dato Hadi perlu pulang ke pangkal jalan, hentikan kerja bodoh ni kelak terlondeh malu yang dapat.

    ReplyDelete
  2. Saya tak tahu apa masalah tuan dengan Dato Hadi. Mungkin tuan tak dapat kontrak dengan TUDM masa dia memerintah MLU dulu. Apapun, tuanlah manusia munafik yang cukup memenuhi syarat sebagai munafik.

    Kalau nak menipu pun agak-agak la. Sejak bila pula Dato Hadi jadi Panglima MLU semasa kejadian enjin F5 hilang.

    Kedua, kalau dia nak masuk PKR ka, nak jadi musuh UMNO ka, apa kena anak bini dia dengan fahaman politik dia? Cakap jer skot, tapi menjatuhkan maruah keluarga skot sendiri. Nasib baik tuan bukan skot saya. Skot tak pernah ada perangai macam ni kecuali yang gagal dalam training....

    Ketiga, nak suruh Dato Hadi pulang ke pangkal jalan? Jalan mana?? Dalam tentera tak pernah ada berpolitik. Nak politik, sendiri sokong, sendiri pangkah. Tak ada yang nak berkempen-kempen sokong UMNOBN atau PR. Tolong sikit.... Ker, tuan jenis yang tak pernah baca PMAT??

    Dato Hadi masuk politik selepas dia berhenti dari TUDM. Memanglah orang besar accountable dengan apa yang berlaku. Kalau orang atas dia ada masalah dengan dia, itu masalah mereka dan tak ada kena mengena dengan TUDM sekarang ini. So, jangan nak kenen-kenen TUDM dengan permusuhan tuan dengan Dato Hadi. TOLONG SIKIT......

    Kalau masih ada semangat askar, saya cabar tuan siarkan komen saya!

    ReplyDelete
  3. Siapa agaknya blogger ini? Bila disemak "view my complete profile" tak ada apa pun? Tuan ni intake 25 ke?

    ReplyDelete