Monday, 18 June 2012
Salam Melalui Senyuman Merapu......!!!
Pemilik merapusakan.blogspot.com ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengikut dan pelawatnya. Sebagai tanda penghargaan, sudilah kiranya menerima salam melalui senyuman merapu.
" Al-kisah ada seorang suami yang amat gemar makan bubur kacang. Masalahnya, setelah memakan bubur kacang, si suami akan terkentut-kentut yang tidak dapat dikawal olehnya akibat 'angin' kacang hijau - bahan utama bubur. Si isteri sudah bertahun menahan sabar demi ketaatannya kepada suami. Pada hari ulangtahun isteri, si isteri hanya membuat satu permintaan kepada suaminya sebagai hadiah. "Abang, saya minta agar abang tidak lagi makan bubur kacang". Atas alasan amat menyayangi isterinya, "Baiklah...abang berjanji tidak akan makan lagi bubur kacang". Bahagialah si isteri untuk sekian lama".
Pada suatu hari, si isteri menelifon suaminya di pejabat; "Abaaang, nanti balik makan tengahari di rumah ya! I ada surprise untuk abang". Si suami pun bersetuju. Dalam perjalanan balik, jalan pula agak sesak, si suami terpandang mamak menjual bubur kacang. Si suami sememangnya dah lama teringin nak makan bubur kacang. "Aahh! semangguk tak kan mudarat pula". Terlupa si suami akan janjinya.
Sebaik sampai di pintu masuk rumah, si suami disambut oleh isteri tersayangnya. "Nanti sekejap abang, jangan masuk lagi....I nak tutup mata abang dulu sebab I ada surprise". Si isteri pun membalut mata suaminya dan memimpin suaminya ke meja makan. Pada ketika itu juga, angin mula menendang dalam perut si suami. Maka datanglah akalnya, "Yaang, tolong ambilkan rokok abang kat atas". "Baik bang!". Mendengar tapak kaki isterinya naik ke atas, Si suami pun apa lagi.....melepaskan angin (kentutnya) dalam pelabagai aksi....angkat kaki kiri...kaki kanan...menonggeng dan pelbagai. "Eeermmmm....legaaaaa!!" Mendengar isterinya turun, si suami pun kembali duduk dengan tertibnya di kerusi. Kemudian...."Bang...ini surprise sayang untuk abang (sambil membuka balutan kain yang menutup mata)". Sebaik sahaja mata si suami di buka, si suami terus pengsan. Apa tidaknya, rupa-rupanya di kerusi makan yang lain adalah bapa dan emak mertuanya, abang ipar, kakak ipar dan adik ipar.....hehehe!
Pengajaran: Ingatlah jika tiba-tiba ada surprise untuk anda!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tu yang tak elok tu...ini kes naya ni...
ReplyDelete