UMNO Kekal Relevan....!!
UMNO kekal relevan semalam, hari ini, esok dan selamanya manakala ahlinya datang dan pergi namun apabila ahli dah menjadi liabiliti kepada parti, tindakan paling tepat adalah mengundurkan diri secara sukarela atau dipecat. Belum ada hingga kini sebuah parti yang mampu dan berjaya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam seperti UMNO.
Yang peliknya, bila wujud di kalangan ahli UMNO yang menjadi liabiliti besar kepada parti, masih mahu kekalkan jawatan dalam parti.......tanpa rasa bersalah dan malu. Ada pula di kalangan 'veteran UMNO' yang tidak tahu berundur malah terus melobi untuk menjadi calon pada PRU 13 nanti walau pun sudah tidak diterima oleh pengundi. Apakah mereka ini ingin melihat mereka ditolak oleh pengundi dengan kekalahan kepada pihak pembangkang. Bukankah ini akan merugikan peluang kemenangan UMNO. Masalah "ego" ini telah lama wujud, bila dah berada di atas.....tidak tahu untuk berundur.
Faktor winnable candidate....... tidak perlu wujud sebarang kompromi dalam membuat keputusan oleh pucuk pimpinan parti jika UMNO inginkan kejayaan pada PRU 13. Melihat usaha gigih PM, adakalanya timbul rasa simpati di hati kecil ini....apa tidaknya! PM seolah-olah sendirian tanpa sokongan padu di peringkat Bahagian khususnya. Masing-masing sibuk untuk menjadi calon dan tidak keterlaluan berlakunya back stabbing sesama sendiri.
Demi kepentingan Melayu dan Islam......sokonglah UMNO dengan menterjemahkannya melalui undi pada PRU 13 yang semakin hampir.
No comments:
Post a Comment