
Sunday, 30 June 2013
Terpanas!!! Mustafa Ali Balun Azmin Ali

PRK Kuala Besut: PRK Kedua Selepas 34 Tahun......!!!

Thursday, 27 June 2013
Statistik Pengundi PRK Kuala Besut
Dipaparkan untuk makluman para pengikut dan pelawat blog Merapusakan. Statistik pengundi berdaftar bagi DUN Kuala Besut - Jumlah keseluruhan 17,679. Pengundi Lelaki 8,922 dan Perempuan 8,757. Kategori pecahan umur pengundi: 4,939 (21-29 thn), 4,837 (30-39 thn), 3,419 (40-49 thn), 2,274 (50-59 thn), 1,408 (60-69 thn), 577 (70-79 thn), 195 (80-89 thn) dan 30 pemilih berumur melebihi 90 tahun. Manakala Jenis Pengundi pula; pengundi biasa 16,499, pengundi tentera dan pasangan 1,165, pengundi polis dan pasangan 14 serta hanya seorang pengundi berada di luar negara. MatMerapu harap agar penganalisis politik dapat mencongak sebaik mungkin statistik ini dengan berteraskan kepada pelbagai 'faktor pengaruh' bagi meramalkan keputusan PRK Kuala Besut......hehehe!!! Bagi pemilih berdaftar DUN Kuala Besut, "Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi dan buatlah pilihan yang bijak".
PRK Kuala Besut: Pilihan Raya Paling Menarik.....!!!???
Persoalan yang mula bermain di minda pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah ADUN mewakili BN dan Pakatan Pembangkang (PP) hampir sama.
Dengan pemergian ADUN Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan pelbagai kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.
Dalam PRU13 yang lalu, Dr A Rahman(BN) menang dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail.
Bagi keseluruhan 32 kerusi DUN Terengganu, BN menang 17 kerusi sementara PP menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya kini 16 bagi BN.
PRK yang bakal diadakan bagi DUN Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang adalah masih 17 dan PP 15. Tetapi jika PP merampas Kuala Besut, kedudukannya seimbang 16-16.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PP mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada Sultan Terengganu.
Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PP akan dilantik sebagai Menteri Besar.
“Kalau berlaku 16 BN 16 Pembangkang, yang mempunyai kuasa tentukan Menteri Besar adalah Sultan Terengganu. Sultan boleh melantik (Menteri Besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat.
Kedua-dua parti (BN dan PP) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan Menteri Besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara Sultan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.
“Memandangkan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung dan melihat kepada majoriti 2,434 yang dimenangi BN, adalah dijangka BN akan dapat mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut.
“Tapi jika berlaku perubahan undi, sesuatu akan berlaku di Terengganu. Kejadian seperti ini tidak pernah terjadi (di negara ini),” katanya. Justeru, PRK Kuala Besut bakal menjadi PRK paling menarik untuk dilihat perkembangannya.
Anwar: Pemimpin Imaginasi Melampau......!!!

Wednesday, 26 June 2013
PAS Kehilangan Tonggak Kepimpinan Akibat Kelemahan Haji Hadi

N.1 Kuala Besut: Pilihan Raya Kecil Pertama.....!!!

Tuesday, 25 June 2013
Pemimpin PAS Tidak Mengakui Kelemahan Mereka.......!!!

Monday, 24 June 2013
PRU14: BN Tubuh Makmal Politik

"Anwar Penipu???" - Bekas Menteri Indonesia

Anwar Didesak Letak Jawatan!

Sunday, 23 June 2013
Biro Tatanegara: Relevan Lagikah Kewujudannya???

MB Selangor Terlelap Semasa Sidang Akhbar......!!!

Thursday, 20 June 2013
Cina dan Melayu Singapura
.
Untuk memastikan ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960an dan 1970an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency–GRC).
Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.
Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.
Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.
Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.
Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.
Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (Kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.
Ini berikutan pada tahun 1980an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.
Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9%) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.
Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.
Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.
Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.
Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

Tuesday, 18 June 2013
Perubahan Landskap Politik........!!!
Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah.
Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU13 yang lalu.
Sebaliknya, kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang secara jelas telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.
Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui bahawa kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.
Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan bagi membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ke tahap yang ada pada hari ini.
Kaum Cina ini dilihat begitu ‘organized’ sehinggakan kempulan yang dianggap kecil seolah-olah sudah menjadi kumpulan majoriti kerana kemampuan mereka mempengaruhi keadaan negara dalam semua bidang kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ekonmi dan politik.
Berbagai-bagai dasar telah digubal untuk mengimbangi penguasaan harta kekayaan negara secara ‘equitable’ tetapi sehingga hari ini matlamat DEB yang mengandungi dasar ini telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 80an dahulu. Kejayaan awal dasar ini telah dicapai dan mendapat sokongan dari bangsa-bangsa lain di negera ini semasa itu, dalam lingkungan tahun-tahun 70an dan awal 80an dahulu.
Semasa itu kaum Cina sendiri merasakan yang dasar itu perlu disokong kerana mereka mengakui yang hidup berniaga dan berpolitik di negara ini tidak akan ada kestabilannya sehingga semua kaum menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’ semasa itu. Tetapi pimpinan Melayu sendiri telah mengabaikan dasar ini dan menumpukan untuk membina negara ini sebagai negara maju dan perindustrian secara kilat.
Memang benar, negara kita maju dalam industri dan perniagaan, tetapi pengabaian dasar untuk membentuk rakyat yang mempunyai pegangan kekayaan dan pendapatan secara ‘equitable’ itu telah melenyapkan harapan orang melayu untuk bersama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bangsa lain di negera ini. Sehingga ke hari ini matlamat itu belum tercapai sepertimana yang diinginkan.
Dalam pada itu bangsa Cina sudah melalui zaman dan generasi yang baru yang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membantu mengimbangi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara kita ini. Apabila sampai situasi ini maka wujud keadaan di mana orang Melayu tidak mencapai apa-apa dan di samping itu dituduh mendapat layanan istimewa kerajaan terus-terusan. Maka orang Melayu tersepit sehingga hari ini.
Akhirnya bangsa Cina menganggap Melayu itu sebagai bangsa "pengemis" yang kebanyakan di kalangan yang ada di sekeliling mereka yang berkuasa hanyalah sebagai ‘rent seekers’ semata-mata. Di beberapa blog di dalam media alternatif komen-komen mencarutkan bangsa Melayu oleh bangsa bukan Melayu kerap kita lihat dan terbaca.
Perasaan resah gelisah ini diperguna oleh pihak yang ingin menguasai politik negara sama ada dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Inilah akibatnya jika dasar-dasar yang boleh digunapakai buat jangka masa yang panjang itu dicemari oleh pimpinan yang mewarisi kepimpinan negara selepas tahun 70an dahulu.
Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku sekarang. Pihak kerajaan tidak tahu apa kebaikan yang mereka lakukan dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini untuk memanjat tangga kekuasaan politik yang sangat asing dari apa yang kita alami lama dahulu.
Sekarang sudah hilang suasana dalam mana setiap kaum berkerjasama untuk menjayakan dasar yang menguntungkan semua pihak semasa itu.
Negara kita amat memerlukan pembaharuan dan memulakan negara yang baru, sistem yang baru dengan barisan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini. Untuk membina sebuah negara yang baru itu, negara memerlukan seseorang yang berkemampuan unutk membina ‘architecture’ politik yang baru untuk menamatkan budaya menghina dan memaki hamun pihak-pihak yang berlawanan.
Segala kata-kata kasar dan kesat yang keluar dari mereka yang baru sahaja mengenal politik atau hendak berjinak dengan politik. Kadangkala mereka mengunakan kata-kata yang begitu kesat seolah-olah mereka tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu bapa mereka.
Apabila berlainan pendapat maka mereka akan menjadi kasar dan biadap walaupun orang yang berbeza penadapat itu bercakap dengan beradab serta bersopan. Kalau dahulu ramai mempunyai pandangan rendah ini terhadap penyokong BN, selepas pilihan raya apabila pihak yang telah tewas dan kecewa pula mengambil tempat mereka yang biadab sebelumnya itu.
Rupa-rupanya serupa sahaja sikap mereka dari kedua-dua pihak yang berbalah ini. Bagaimanalah mereka ini mampu mendapat sokongan ramai untuk membuat pembaharuan seperti yang mereka laungkan itu?
Teringat pula kepada satu perbilangan baru yang selalu kita dengar sekarang ini, iaitu ‘lebih sudu dari kuah’. Memaki hamun menjadi budaya mereka dengan menggunakan samaran ‘anonymous’.
Nasib baik juga pihak ini tidak menang dalam PRU yang lepas. Kalaulah mereka memenangi pilihan raya yang lalu, tidak dapat kita bayangkan betapa sombong dan angkuhnya sikap mereka itu sekarang ini.
Itulah sebabnya ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik bukan sahaja untuk pihak yang mempertahankan kedudukan tetapi juga pihak yang melawan tetapi mendapat kekalahan itu.
Di sebalik ketentuan itu sudah semestinya ada hikmah yang tidak ternilai bagi semua pihak.
Anwar Disahkan Pembawa HIV Positif.......!!!???
Seks "Dua Alam" Anwar.......!!!

Monday, 17 June 2013
Facts That Opposition Never Want You To Know!!!
Bloomberg listed Malaysia as 9th Cheapest Price of Oil Country in the World. Even United States was rank at 12th in the world they already claimed that they are among the cheapest in the world. If 12th dare to claim they are among the cheapest then what about Malaysia which rank at 9th?. Malaysia is rate at $3.30 per gasoline while United States at $4.19.
(this exclude the latest Malaysia BN government who reduces our RON97 by 20 sen per liter and most importantly Anwar only PROMISE while BN deliver it despite not being in BN Manifesto after winning in GE13). DAP and Anwar allegations that Malaysia is oil exporter country therefore the price should be cheaper? Facts no.1, Malaysia not even recognize by OPEC as an oil exporter country . The REAL oil exporter country will be invited to be part of OPEC. Facts no.2, will be 90% of the daily oil that Malaysia produces already uses for local consumption. In this case we actually only export 10% of our oil.
US oil output rose 14 percent to 6.5 million barrels per day last year — a record increase. By 2020, the nation is forecast to overtake Saudi Arabia as the world’s largest crude oil producer. At the same time, US gasoline demand has fallen to 8.7 million barrels a day, its lowest level since 2001, as people switch to more fuel-efficient cars.
Price of oil in Malaysia is even cheaper than many other REAL OIL producer and exporter countries like Iraq , Sudan and etc. Anwar Free Education policy ? Norway is unusual in that it’s the only major oil producer with expensive gas. Instead of subsidizing fuel at the pump, the country uses its oil profits for services, such as free college education, and savings for infrastructure improvements. A country like Norway who do not give their citizens oil subsidy end up giving them free education. As in Malaysia , the educational loan interest rate is only at 1% and 80% of the entire cost in public University already subsidized by the government. This include OIL Subsidy from Malaysia government.
Malaysia tax rate is at Malaysia 27% while compare to United States tax rate at 40%. Means every RM 100 American is earning then RM 40 will be given back to the government. Yet the citizen and politicians including the oppositions never promise to reduce price of oil , free education and free this and free that. Malaysian who pay just 27% of tax thinks that they are the BOSS while people in United States thinks that the country is the Boss. They belief in not what your country can do for you but WHAT CAN YOU DO FOR YOUR COUNTRY – John F Kennedy.
US Unemployment rate at 7.3% vs Malaysia 3.3%.
(In economic theory unemployment rate at 5% is normal and below 5% is good).
Since DAP and Anwar always ask us not to compare with country that is worst than us then why not we just compare all this with 1 of the top and best country in the world which is the United States?.
United States national debt is at USD16 TRILLION vs Malaysia at USD 132 Billion. When Mitt Romney fought against Obama, he never politicized this issue to claim that US will go bankrupt but instead selling to the Americans what he can do to reduce the National Debt. In Malaysia? Just at RM 500 billion while ignoring the facts that our national debt is at 53% GDP ( normal ) and earning more than RM200 billion a year after PM Najib took over and yet people like Anwar , Lim Kit Siang and Red Bean Army can spread that our country is going to go bankrupt? Worst many Malaysian students who are ECONOMIC GRADUATE and study economy during SPM and STPM can even belief such a fake lie.
Anwar and DAP had never tell you how they are going to reduce our national debts. They only tell you how they going to SPEND our country money to give YOU this and that Free and abolish this and that .
BN rule Kedah for 55 years and the state debts is only at RM 1 billion. Pakatan Rakyat rule less than 4 years ( after Mac 2008 ) they state debt had increase to RM 3 billion in just 4 years time ! Penang state under DAP is a surplus state ? DAP transfer 90% of their state water debt to the Federal. Since Federal is under BN then the surplus credit should actually goes to BN.
Corruption ? World Corruption Perception Index improve by 6th ranking from 60th to 54th over the last 4 years.
Sunday, 16 June 2013
Lakonan Pakatan Pembangkang: Memboikot Sidang Parlimen.......!!!

Thursday, 13 June 2013
Adakah Ini MB Selangor Pilihan Rakyat......!!!???

MB Kedah: Ketua Menteri P.Pinang Pening......!!!


Wednesday, 12 June 2013
Kuasa Politik : Apakah Melayu Dalam Bahaya.....???


Tuesday, 11 June 2013
Pasca PRU13: Pembangkang Rancang Boikot Taklimat Parlimen!!!

Monday, 10 June 2013
Sistem Kuota: UMNO Bakal Mundur

Sunday, 9 June 2013
Perpaduan Melayu: UMNO dan PAS

Thursday, 6 June 2013
GE13: DAP’s ‘Chinese racism’

DAP Punca Perpecahan Kaum - Tun Dr. Mahathir

Wednesday, 5 June 2013
Menghina Agong: Kebiadaban Melampau.......!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)