
Wednesday, 31 July 2013
Saya Tiada Niat Hina Islam, Orang Melayu Terlebih Sensitif - Chetz Yusof

Kaligrafi Kalimah Syahadah: Permohonan Maaf Courts Malaysia Ditolak
Bahaya Sosialis Terhadap Islam

Tuesday, 30 July 2013
Politik.....Masa Depan Orang Melayu!!!
Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali.Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan merancang masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama sekali.
Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.Realiti banyak......!!!???
Realiti Pertama:
Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik, orang Melayu mesti sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah perjuangan orang Melayu sekarang.Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada Cina.Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati.
Realiti Kedua:
Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu.Negeri-negeri yang terlibat ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Perak, Kedah.Pagar sudah makan padi.
Realiti Ketiga:
Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut ‘hot’ menyatakan si anu tak ada guna.Bila mesyuarat agung, si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut.
Realiti Keempat:
Politik di negara kita ialah pilihan raya.Dalam pilihan raya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya.
Realiti Kelima:
Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar.Di bandar, bangsa lain yang berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua Musang orang Melayu punya.
Realiti Keenam:
Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan.makin cerdik orang Melayu, makin bankrap bangsa Melayu.
Realiti Ketujuh:
UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru.Cabaran-cabaran baru memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain masalah.UMNO mesti faham kekuatan dan kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang lemah diganti.
Realiti Kelapan:
Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah, dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu.
Realiti Kesembilan:
Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang.Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup berjuang. Yang paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap.
Realiti Kesepuluh : Sebagai kesimpulan: Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.....!!!
Pakatan Pembangkang: Muhasabahlah Diri........!!!???

Scorpene ‘Architect’ Tells All

Sunday, 28 July 2013
DAP Cuba Selindungi Wajah Rasis

Wednesday, 24 July 2013
PRK Kuala Besut: BN Kekalkan Kemenangan......!!!

Tuesday, 23 July 2013
PRK Kuala Besut: BN Perlu Menang Demi Terengganu......!!!

PRK Kuala Besut: Lapan Pusat Mengundi Dibuka........!!!

PRK Kuala Besut: Pembangunan Janji Ditepati BN......!!!

Monday, 22 July 2013
PRK Kuala Besut: Pengundi Diseru Buat Pilihan Bijak......!!!

Kejatuhan PAS Bermula Di Kuala Besut.....!!!

Thursday, 18 July 2013
PRK Kuala Besut: Tolak Kempen 16-16 PAS Besut.......!!!

Wednesday, 17 July 2013
PRK Kuala Besut: Strategi PAS Terbongkar......!!!

PRK Kuala Besut: PAS Gam Mulut Calon......!!!

Tuesday, 16 July 2013
PRK Kuala Besut: Analisis Rawak......!!!

Monday, 15 July 2013
PRK Kuala Besut: PAS Tidak Yakin Dengan Calon Sendiri....!!!
.jpg)
PRK Kuala Besut: Calon PAS Pernah Dipecat Dari UMNO.......!!!???

Sunday, 7 July 2013
PRK Kuala Besut: BN/UMNO Mempunyai Kelebihan Besar.....!!!
Kuala Besut akan menjadi satu kerusi DUN yang sukar dimenangi PAS dalam PRK akan datang.
UMNO dan seluruh jentera BN akan berada di Terengganu untuk memastikan BN/UMNO dapat mengekalkan kerusi Kuala Besut.
MatMerapu difahamkan bahawa ahli PAS merasakan bahawa UMNO mempunyai peluang dan kelebihan besar dalam PRK Kuala Besut.
Walaupun PAS atau Pakatan Pembangkang turut mempunyai peluang yang baik untuk menang. Namun, majoriti yang diperolehi UMNO di Kuala Besut semasa PRU13 agak selesa. Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah bagi PAS.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Dr A.Rahman Mokhtar kerana masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Beliau mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua dengan majoriti 2,434 undi berbanding calon PAS Napisah Ismail sempena PRU13 pada 5 Mei lalu.
MatMerapu juga merasakan bahawa isu penukaran agama anak baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam PRK Kuala Besut.
Adalah dijangka bahawa PAS sudah memikirkan tentang Kuala Besut dengan cara parti itu berhadapan dengan Rang Undang-undang tersebut.
Jika PAS menentang fasal itu terutama bahagian yang menyatakan apabila salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan kanak-kanak juga perlu mengikutinya, PAS akan berdepan tuduhan bahawa parti itu telah menjual dirinya kepada orang bukan Islam.
PAS akan berada dalam kedudukan yang sukar kerana hubungan dengan DAP dan PKR. Pakatan Pembangkang perlu meletakkan diri mereka di tempat yang betul untuk PRK Kuala Besut.
Pakatan sedang menanti masa untuk melihat bagaimana hendak menangani isu tersebut.
Walau bagaimanapun, ramai pemerhati politik tidak akan terkejut jika PAS datang dengan satu pendirian yang berbeza daripada rakan-rakan Pakatan mengenai isu berkaitan. Apapun MatMerapu meramalkan bahawa BN/UMNO diyakini berjaya mengekalkan kemenangan kerusi DUN Kuala Besut dengan majoriti yang lebih besar pada 24 Jul nanti. Insya'Allah.
PRK Kuala Besut: PKR Letak Calon Wanita.....!!!???

PRK Kuala Besut: Ustaz Lawan Ustaz.....!!!???

Thursday, 4 July 2013
PKR dan PAS Diperkudakan.....DAP Semakin Rasis!!!???
Kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan supaya Pasar Ramadhan ditutup bagi mengelakkan kesesakan jalanraya bukan sahaja mengejutkan malah dianggap amat tidak sensitif dan biadap terhadap umat Islam di negara ini.
DAP hanya melihat setiap sesuatu isu itu daripada kacamata rasisme dan perkauman tebal.
Keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menutup pasar malam di Jonker Street selama sebulan untuk mengkaji aliran trafik di kawasan tersebut juga tidak terlepas daripada pandangan perkauman yang sempit yang terpancar daripada minda yang juga sempit dan jumud.
Setelah menang besar dengan mendapat 38 kerusi di dalam Parlimen, DAP sudah menunjukkan sikap yang terlalu bongkak, angkuh dan sombong.
Walaupun cita-cita untuk merampas Putrajaya bersama PAS dan PKR tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya DAP telah berjaya melembukan kedua-dua sekutu politiknya itu untuk meraih kemenangan yang besar pada PRU13.
Inilah yang tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang semuanya "gila kuasa".
Sudah tentu paling rakus ialah Anwar Ibrahim yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatnya.
Ini termasuk kerelaan beliau menjadi alat kepada DAP yang berjanji untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun jika dikira daripada kekuatan jumlah kerusi, PKR sememangnya tidak layak.
Tetapi oleh kerana DAP memainkan strategi mengambil hati orang Melayu, maka Anwar yang tahu dirinya telah ditolak orang Melayu sendiri bergantung sepenuhnya kepada parti rasis itu.
Oleh sebab itu Anwar takut untuk mengkritik DAP secara terang-terangan untuk menjaga kepentingan politiknya.
PAS pula tidak mengangkat kepala apabila DAP menghina Islam dan Melayu kerana PAS juga bergantung kepada sokongan wang ringgit daripada DAP.
Pendek kata DAP menggunakan kekuasaan wang ringgit dan kekayaan untuk membeli pemimpin-pemimpin PAS dan PKR supaya mereka akan membisu dan merelakan DAP mengutuk Islam dan Melayu sepuas hati mereka.
Sehingga kini tidak ada kecaman atau kritikan daripada mana-mana pemimpin PAS atau PKR.
Begitu juga dengan kenyataan seorang lagi pemimpin rasis DAP, Teresa Kok yang tidak bersetuju Islam dijadikan sebagai Agama Persekutuan ketika memberi keterangan di dalam mahkamah dalam perbicaraan samannya terhadap Utusan Melayu.
Di mana pemimpin PAS yang berdegar-degar menjerit mengatakan UMNO kafir, rasuah dan sebagainya macam nak terkeluar anak tekak?
Mengapa kini mereka membisu seribu bahasa apabila DAP membalun kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia?
Apa sudah jadi dengan jatidiri Islam sehingga Husam Musa sanggup keluarkan fatwa sesat, 'mati syahid bagi penyokong pembangkang yang menentang kerajaan'?
PAS dan PKR bukan sahaja sekadar menjadi keldai tunggangan tetapi telah menjadi lebih bodoh dan dungu daripada itu.
Sokongan mereka kepada DAP pada PRU13 lalu telah membawa padah kepada orang Melayu.
Merekalah yang memberi kekuatan politik kepada DAP untuk menyerang Islam dan Melayu.
Merekalah sebenarnya pengkhianat sejati yang sanggup menggadaikan maruah dan kepentingan bangsa demi kuasa politik.
DAP sekarang akan menggunakan kekuatan barunya di dalam Parlimen untuk menyerang hebat Islam dan Melayu kerana mereka yakin orang Melayu kini telah tunduk sepenuhnya kepada mereka.
Wang dan ringgit serta janji kekayaan oleh DAP yang rasis telah membutakan hati dan mata pemimpin Melayu PAS dan PKR.
Jika orang Melayu masih tidak sedar, satu hari mereka akan bangun daripada tidur dan mendapati bangsa mereka telah menjadi kelas ketiga di bumi sendiri.....!!!
PRK Kuala Besut: Calon Bebas Tajaan PKR
Pertelingkahan dalam menentukan calon dari parti mana yang layak untuk bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut semakin kritikal di pihak pembangkang.
Selepas kematian penyandang Dr Abdul Rahman Mokhtar (BN) akibat kanser paru-paru pada 26 Jun 2013, PAS dan PKR bergolak serta tidak sependapat berikutan PKR muncul secara tiba-tiba mahu mengetengahkan calonnya.
Keadaan itu ditolak sama sekali dari pihak PAS dengan tegas menyatakan wakil dari PAS harus dikekalkan sama seperti menghadapi PRU13 lalu.
Keadaan terbaru pula berlaku sebaliknya apabila calon lain yang bertanding atas nama calon Bebas akan muncul sekiranya PAS tetap berdegil tidak mahu PKR mengetengahkan calon mereka.
Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh dikhabarkan sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya PAS sebagai rakan dalam Pakatan Pembangkang (PP) tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya.
Padeli juga menempelak sikap pimpinan PAS yang langsung tidak mempunyai sikap semangat setiakawan dan tidak bertolak-ansur dengan PKR dalam isu ini.
Bagi Padeli, beliau mahukan PAS ‘membalas budi’ kepada PKR kerana PKR telah telah memberi laluan kepada PAS biarpun tiga kerusi DUN berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR pada PRU13 lalu.
Nampaknya, PKR Terengganu sekarang sudah mengungkit perihal menabur budi dan membalas budi kepada parti PAS.
Oleh kerana terlalu mahu mengejar kuasa, habis semua keikhlasan dalam menabur budi juga PKR sanggup ungkit terhadap kawan parti mereka sendiri.
Selain dari PKR mahu meletakkan calon yang dikatakan mampu memberikan kemenangan kepada PP, terdapat juga hasrat dari Wanita PKR yang mahu menawarkan calon mereka di DUN Kuala Besut.
Semakin celaru pihak pembangkang dalam menentukan isu siapakah yang lebih layak untuk dipertandingkan dalam PRK Kuala Besut. Kalau mengenai calon sahaja sudah kecoh satu dunia dan bergaduh sesama sendiri, bayangkanlah sekiranya mereka menang. Mungkin akan berperang pula sesama sendiri......!!!???
Monday, 1 July 2013
PRK Kuala Besut: Inikah Calon BN Yang Bakal Menghalang PAS???
Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972. Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986. Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar . Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993. Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999. Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa. Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia. Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut. Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001. Dalam PRU 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090. Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi. (Sumber: Wikipedia). Tahun 2004 bertanding kali pertama di Parlimen Besut beliau menang dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tahun 2008 menang lagi....Tahun 2013 beliau tidak bertanding....!!! Adakah beliau calon yang sesuai untuk BN pertaruhkan di PRK Kuala Besut ? Pada pandangan MatMerapu, beliau mempunyai pakej yang cukup untuk membawa cabaran BN, termasuklah tidak pernah kalah. Namun mungkin faktor umur yang menjadi sedikit masalah. Usia beliau sama dengan usia UMNO. Apa pula pendapat pengikut dan pelawat blog ini.....???
PRK Kuala Besut: Bakal Calon PAS


Pemilihan UMNO: Nama Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Lagi....!!!???

Punca Utama Wanita Melayu Tidak Mengundi PAS.......!!!???

Subscribe to:
Posts (Atom)