Thursday, 10 July 2014

PM: Kenyataan Bung Mokhtar Salah......!!!

Kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan kemenangan Jerman mengalahkan Brazil pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 dengan Adolf Hitler tidak dapat diterima dan salah. Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status yang dimuatnaik dilaman Facebooknya. “Dia tidak bercakap bagi Malaysia ataupun bagi rakyat Malaysia. Kita memahami kisah tragik Eropah di masa lalu dan menghormati perpaduannya di zaman moden,” katanya. Menurut Perdana Menteri, ia masanya bagi Jerman meraikan kemenangan berkenaan dan berharap pasukan berkenaan akan melakukan yang terbaik pada pertandingan akhir nanti. Pada perlawanan sebelum ini, Jerman membelasah teruk tuan rumah Brazil dengan kemenangan tujuh gol berbalas satu. Sementara itu, berikutan reaksi pelbagai pihak yang kurang senang, Bung Mokhtar dalam status Twitternya memohon maaf berhubung kenyataan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment