Thursday 10 July 2014

Mangsa Culik Di Sabah Berjaya Diselamatkan......!!!!

Pada 6 Mei lalu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, Sabah telah menjadi mangsa culik lima lelaki bersenjata. Bagaimanapun, menerusi laporan terkini sebuah akhbar tempatan, mangsa, Yang Zai Lin, 34, telah berjaya diselamatkan awal pagi 10 Jul 2014. Ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas menghadiri taklimat penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Kota Kinabalu. Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa diculik kira-kira jam 2.45 pagi dan kejadian itu turut melibatkan kejar-mengejar antara anggota pasukan keselamatan dan pertahanan Esscom. Unit udara dan laut telah bertindak mengejar dan memintas bot yang dinaiki penjenayah dari selatan Filipina itu termasuklah dengan berbalas tembakan berhampiran Pulau Mataking sebelum mereka berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa. Insiden itu berlaku selepas sebulan seorang pelancong yang juga warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

No comments:

Post a Comment