Sunday, 20 July 2014
Gagal Muncul Di Mahkamah, Alwin Kini Pelarian........!!!???
Pembuat kacau Alvin Tan, yang sering mendapat liputan kerana gambar menjolok mata yang tersebar melalui Internet kini menjadi orang buruan dan lari daripada ikat jamin kerana gagal hadir ke mahkamah. Waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya pada 13 Jun apabila dia dan kekasihnya Vivian Lee May Ling yang tidak setara mana rupa parasnya gagal hadir ke mahkamah. Pasangan itu kini dijangka menghadiri penggambaran filem dokumentari tentang kisah mereka di Singapura. Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” diberi pelepasan paspot sementara pada 12 Mei untuk membolehkan mereka menghadiri penggambaran tersebut. Kerana kegagalan mereka menghadiri perbicaraan, Alvin kini menjadi orang buruan. Dia dan Lee didakwa mencetus kebencian bagi gambar yang menghina amalan berpuasa di bulan Ramadan tahun lalu. Tan dan Lee didakwa pada 18 Julai tahun lepas kerana memuatnaik gambar ‘Bak Kut Teh’ dengan pesanan ‘Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh’ pada 11 dan 12 Julai ke akaun Facebook mereka. Mereka juga didakwa kerana menyebar gambar lucah di blog mereka yang telah diturunkan. Tan berusia pertengahan dua puluhan dan biasiswa yang diterimanya oleh National University of Singapore telah ditamatkan. Impiannya menjadi peguam ditangguhkan. Selepas dikenali, Tan menjadi pengarang buku “Sex, Pork dan Prosecution (Seks, Babi dan Pendakwaan)”. Bila ditahan di Sungai Buloh tahun lepas dia buat hal dengan bercakap merepek.
Alwin ini memang gila publisiti dan perasan hebat dengan ingkar perintah mahkamah, sedangkan sudah tahu ia kesalahan jenayah. Tan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan dengan pasangannya berdepan dakwaan kedua di bawah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memuatnaik gambar bogel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment