Sunday 6 July 2014

PBB Hasut Islam Dapatkan Kalimah Allah Untuk Kristian.......!!!???

Perjuangan Kristian untuk merebut kalimah Allah masih belum selesai. Kali ini mereka mengumpan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghasut pemimpin Islam liberal supaya menyokong perjuangannya.“Perjuangan Kristian di Malaysia masih belum selesai,” dakwa seorang jurucakap PBB sambil merayu umat Islam liberal dan golongan cendikiawan tampil ke depan untuk membantu Gereja Khatolik memperjuangkan isu itu. Dengan bongkak wakil PBB bagi kebebasan beragama, Heiner Bielefeldt, mendakwa ramai umat Islam di Malaysia percaya bahawa keputusan mahkmah berkaitan isu kalimah Allah telah menjejaskan kredibiliti agama Islam itu sendiri. Lebih pelik lagi beliau mendakwa: “Ramai umat Islam akan bersetuju bahawa agama itu terjejas jika menjadikan kalimah Allah sebagai nama peribadi untuk Tuhan mereka (Islamic God),” katanya dipetik sebagai berkata dalam portal berita Malaysian Insider. Bielefeldt mendakwa, cendikiawan dan ulamak Islam di Malaysia dan antarabangsa telah mengkritik mengenai larangan itu (Mahkamah Persekutuan), sambil menekankan istilah Allah bermaksud Tuhan dalam bahasa Arab. Sambil itu, dengan niat tertentu Malaysian Insider mengaitkan sokongan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilaporkan berkata selagi perkataan Allah itu merujuk kepada Tuhan Sekelian Alam, masyarakat bukan Islam boleh menggunakannya. Portal itu juga mengaitkan kenyataan Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa yang telah melawat 30 gereja di Malaysia dengan membawa mesej keamanan, menjelaskan Allah adalah untuk semua dan bersedia mempromosi dialog antara agama. Ia ditambah dengan kenyataan aktivis Islam Dr Ahmad Farouk Musa dalam komennya Oktober 2013 sebagai berkata: “Tidak munasabah untuk memikirkan bahawa jika agama lain menggunakan perkataan Allah, kita sebagai orang Islam akan mula memeluk agama lain?”. Seorang lagi aktivis, Datin Paduka Marina pula dikaitkan dalam kes ini kerana muncul di sebuah gereja di Kelang bagi menyatakan setiakawan kepada Kristian yang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan kalimah Allah untuk digunakan dalam urusan agama mereka. Bielefeldt juga mendakwa perjuangan Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bukanlah isu agama Khatolik tetapi hak kebebasan beragama.“Kebebasan beragama bukan saja merupakan hak manusia tetapi juga hak sejagat dan ia tidak boleh menjadi urusan kerajaan (Malaysia) melarang mereka (Kristian) menggunakan perkataan Allah,” katanya. Sambil itu beliau mendakwa, usaha menghalang perkataan itu digunakan pada penerbitan mingguan Khatolik (Herald) bukannya datang dari mahkamah tetapi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun lalu, beliau berkata: “Reaksi saya dan juga orang lain ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku, ia pelik dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dengan biadap. Katanya lagi, selama ini belum ada mana-mana mahkamah yang menghalang Kristian menggunakan perkataan Allah dalam upacara keagamaan mereka. Dia mendakwa lagi bahawa Kristian di negara liga Arab membenarkan masyarakat Kristian menggunakan perkataan Allah sejak ribuan tahun lalu. Bielefeldt juga tidak puas hati mengapa suratnya yang dikirim kepada kerajaan Malaysia pada November 2013 tidak dibalas. Pada surat itu, kebimbangan beliau mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan telah disokong oleh beberapa pakar PBB mengenai isu masyarakat minoriti, Rita Izsak dan Frank La Rue.“Saya masih menunggu respon dari kerajaan Malaysia tetapi sehingga sekarang ini tiada maklumat yang kami terima,” katanya. Ini kali kedua Bielefeldt melahirkan kebimbangannya mengenai isu penggunakan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Pada tahun lalu beliau telah menghantar kenyataan media dari Geneva mendesak kerajaan Malaysia menarik semula larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald Khatolik. Dalam kenyataan itu, Bielefeldt bersama Izsak dan La Rue telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa isu itu bukan saja memberi kesan kepada Kristian minoriti di negara ini tetapi membabitkan masyarkat Kristian di seluruh dunia. Bagaimanapun, beliau tidak yakin negara lain akan mencontohi Malaysia: “Saya optimis ia tidak akan dijadikan model untuk diikuti oleh lain-lain negara Islam di dunia,” katanya. Beliau juga mahu Suhakam bertindak di atas keputusan mahkamah itu sebelum ia menjadi masalah kepada usaha pengembangan agama Kristian di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment