Tuesday 22 July 2014

MH004 Terbang Di Ruang Udara Syria Terima Kecaman Dari Orang Awam......!!!???

Berikut adalah keterangan kenyataan dari pihak MAS berkenaan penerbangan Kuala Lumpur–London yang melintasi ruang udara Syria yang merupakan wilayah bergolak. MAS Airbus A380 dengan kod penerbangan MH004 itu telah dikecam berikutan MAS menjadikan laluan itu sebagai laluan utama. Rakyat Malaysia yang prihatin telah melahirkan rasa kerisauan di atas perkara tersebut dan menyifatkan MAS tidak sensitif terhadap isu MH17. Justeru itu, MAS menerusi satu kenyataan telah memberi penerangan terperinci terhadap perkara ini dan sebagai berkata laluan berkenaan selamat digunakan berdasarkan pelan laluan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Terdahulu, pesawat MH004 pada 20 Julai 2014 yang berlepas dari KL ke London pada pukul 1.20 petang waktu Malaysia telah mencetuskan kebimbangan orang awam kerana MH004 melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak. Menurut kenyataan MAS, laluan penerbangan MH004 adalah mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diluluskan. Ia mengikut notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria yang memaklumkan ruang udara Syria tidak tertakluk kepada sekatan.

No comments:

Post a Comment