Sunday, 13 April 2014

TS Abdul Khalid Ibrahim: Saya Bukan Pak Turut Anwar......!!!???

Bukan semua cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima bulau-bulat, tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya. Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan. Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.“Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail". “Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar,” katanya pada program kasih bertaut di rumah pangsa Sri Gemilang, Mergong. Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir". “Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Bulan Berdarah Pada 15 April 2014: Jangan Percaya Sebagai Petanda Kiamat......!!!???

Fenomena ini akan berlaku 2 kali tahun ini dan 2 kali tahun hadapan dan akan diselangkan dengan satu gerhana matahari di tengah-tengah peristiwa ini nanti. Blood Moon yang pertama dijangka akan berlaku pada 14/15hb April 2014. Sama ada kita di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat menyaksikan fenomena ini belum dapat dipastikan lagi (perlu rujukkan ahli falak). Akan tetapi, fenomena ini telah disahkan oleh NASA(The National Aeronautics and Space Administration of United States) akan dapat dilihat di seluruh kawasan barat bumi termasuk di Jazirah Arab. Akan ada jumlah gerhana bulan pada hari Selasa,15 Apr 2014 bahawa akan bertukar bulan kemerahan oren dibakar, NASA berkata. Ia dipanggil bulan darah, dan yang satu ini hanya yang pertama dalam siri empat gerhana berturut-turut. Dalam tempoh setahun setengah, Amerika Utara akan dapat melihat bulan darah sebanyak empat kali. Bulan mengambil pada warna ini semasa gerhana kerana ia melalui bayang-bayang Bumi, yang adalah warna matahari terbenam. Empat bulan darah akan berlaku dalam jangka masa lebih kurang enam bulan pada tarikh berikut : 15 April 2014, 8 Oktober 2014 ; 4 April 2015 dan 28 September 2015. Dengan kekerapan itu, seseorang mungkin tersalah anggap bahawa ianya adalah perkara biasa. Terdapat kira-kira dua gerhana bulan setiap tahun , NASA berkata. Sebahagian daripada mereka - gerhana penumbra - begitu halus , mereka samar-samar kelihatan dan pergi tanpa disedari. Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka. Cuma kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini dan akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya. Persoalannya,“Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia?” Jawabannya; “Pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya bukan diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.” Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak lain sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari di tengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu.. Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali. Setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil! •2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi mencari penempatan baru (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah. •15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat. •5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel sehingga ke hari ini. Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan umat Islam di seluruh dunia. Akan tetapi, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb Oktober 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967. Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan). Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi dan Kristian (US & Eropah – Bukan Kristian dunia yang lain) menganggap fenomena yang bakal berlangsung adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan. Sebab terdapat gerhana matahari di tengah-tengahnya. Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik; “The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.” / “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.” Joel 2:31 (Kitab Injil) Jadi ‘Tuhan’ yang dimaksudkan di sini ialah Tuhan mana? Adakah Allah Taala seperti kepercayaan umat Islam atau pun al-Dajjal kepercayaan Yahudi ataupun Isa al-Masih pegangan Islam dan Kristian? Perlu kita ingat bahawasanya kandungan kitab Injil hari ini bukanlah seperti Injil di zaman Nabi Isa Alay’hisalam lagi. Ianya telah banyak diubah-ubah oleh manusia dengan membentuk satu kepercayaan berkonsep ‘triniti’ yang karut-marut dan haru-biru! Dan lebih parah lagi, Amerika Syarikat (yang mengaku Kristian tapi sebenarnya bukan) menjadi hub penyebaran agama Katholik ini dan bersekongkol dengan Israel dalam penerbitan siri-siri kitab Bible (Injil) yang mengikut aturan dan acuan jahat Illuminati dan Mason. Jadi potongan ayat di atas itu diambil dari kandungan Injil yang ada zaman sekarang ini atau dikenali sebagai ‘New Testament’. Bab ini rasanya tidak perlu dihurai panjang sebab akal dan hati orang-orang Islam yang sihat dan waras lagi beriman akan dapat menilai sendiri. InsyaAllah! Yang bakal lebih memeriahkan fenomena ‘Four Blood Moons’ tahun ini dan tahun hadapan juga ialah ianya akan jatuh tepat pada tarikh-tarikh sambutan hari perayaan di dalam kalendar Yahudi iaitu hari yang dikenali sebagai: •“Passover” – Hari memperingati kebebasan kaum Yahudi selepas dijadikan hamba abdi sejak 3,300 tahun lampau ketika era Dinasti Firaun di Mesir. •“Feast of Tabernacles” atau dikenali juga dengan gelaran “Sukkot” – Ini adalah hari di mana sambutan penganut agama Yahudi lama diperintahkan melakukan hijrah ke Jarusalem atau lebih tepat lagi ‘kuil’ Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam (The Temples of Solomon) di sana. Dan di atas kepercayaan mereka terhadap ‘Sukkot’ ini jugalah yang menggerakkan mereka memasuki dan menakluk Jerusalem terus sehingga ke hari ini. Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini bakal mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum. Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran dan secara tidak langsung umat Islam akhir zaman akan diuji secukupnya. Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi hamper tiada mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia. Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kekita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang bahasa dan isyarat alam yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah. Yang Allah Taala sudah aturkan pada kita hari ini menghadap hari esok-esok secara sendiri. “Jika kita sedang dicaturkan, bergeraklah keluar dari papan catur”. Banyak-banyakkanlah bacaan doa mengelak fitnah Dajjal untuk diri dan keluarga. Amalkanlah surah-surah berkaitan dan ayat-ayat amalan masing-masing. Tidak rugi beramal sebab kita tidak tahu bila waktu kita dijemput pulang menghadap Maha Pencipta. Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka sudah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hisalam’ sebenarnya di sebelah timur sini. Tidak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka. Bakal menjadi perhatian dunia. Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar akhir zaman dan Imam mulia. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa. Jaga-jaga kekita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka. Simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu: 15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah 20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari 4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah 28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah Apa yang bakal berlaku kali ini adalah di luar bidang pengetahuan kita semua. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai. Teori konspirasi juga bermacam-macam. Mungkin iya-Mungkin tidak. Mungkin ada kejadian-Mungkin tidak ada langsung. Kalau tiada, Alhamdulillah. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370? Mungkin ada gempa bumi/tsunami/ meletupnya gunung berapi atau hujan meteor? Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea? Mungkin ianya lebih besar dari pergolakan Korea Utara-Korea Selatan? Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus? Sebab bunga-bunga perang sudah ada. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul? Jazirah Arab sudah terbakar. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang, Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana. INGAT! Ini adalah sebagai pandangan sahaja. Tidak paksa sesiapa pun untuk faham apatah lagi untuk percaya. Segalanya atas ketentuanNya jua. Wallahu’alam Bis’sawab Wa’ilayhi Marji’ul Walma’ab.. Persiapkanlah dan kumpulkanlah segala kekuatan yang ada. Dibimbangi Nuclear Holocaust menanti kita. Apa yang terdaya?

Thursday, 10 April 2014

Penculikan Di Semporna: Penculik Tuntut RM36.4 Juta.......!!!

Penculik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna minggu lepas menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada tuntutan wang tebusan bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warga Filipina. “Kami menerima nota daripada penculik yang menuntut 500 juta pesos sebagai wang tebusan". “Kami telah menghantar kumpulan perunding untuk berbincang dengan orang tengah kumpulan penculik terbabit,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri segmen program “Wanita Hari Ini” terbitan TV3. Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas. Ahmad Zahid berkata pihaknya akan memperketat kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dengan penghantaran aset tambahan ke sana. “Kami sedang bekerjasama dengan polis, tentera, Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) mengenai insiden ini,” kata beliau sambil berkata pihaknya juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina. “Kami juga mengkaji untuk bekerjasama dengan pengusaha hotel dalam kawasan Esszone. Ada 11 resort semuanya. Kami akan meminta mereka memasang kamera litar tertutup di premis masing-masing untuk memperketat keselamatan,” kata beliau. Persolannya, yang diculik seramai 2 orang namun penculik hanya menuntut wang tebusan bagi membebaskan warga China sahaja. Matmerapu cuba menyelami isu ini, adakah warga Filipina yang turut diculik itu merupakan 'informer' kepada kumpulan penculik?

Bekas Pemimpin DAP Dedah Rahsia Dokumen SULIT......!!!

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar Asoghan a/l Govindaraju telah mengadakan satu sidang akhbar berkaitan pembohongan pemimpin DAP. Asoghan yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP Bahagian Bagan dalam kenyataannya berkata beliau memohon supaya Anthony Loke Siew Fook , Setiausaha Organisasi DAP Pusat supaya membuat satu kenyataan bersumpah bahawa 500 surat ketidakhadiran perwakilan DAP ke Kongres DAP Kebangsaan (CEC) pada 15 Disember 2012 yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah surat yang sah. Beliau turut mencabar pihak Jabatan Forensik untuk menilai ketulenan 500 surat yang telah dikemukakan tempoh hari kerana timbul keraguan berkenaan ketulenan surat-surat tersebut. Manakala Anthony Loke Siew Fook pula dicabar supaya membuat kenyataan awam yang beliau akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen SEREMBAN sekiranya terbukti 500 surat tersebut tidak sah. Ini perlu dilakukan sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Asoghan itu dianggap sebagai satu tuduhan berniat jahat. Sementara itu, mengulas mengenai perletakan jawatan Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh pula , Asoghan menyatakan peletakan jawatan itu hanyalah tindakan pengecut serta melarikan diri daripada masalah berkaitan CEC dan ROS yang telah mengiktiraf CEC sebagai tidak sah.Karpal seharusnya bertanggungjawab dan bukannya meletak jawatan malah tindakan beliau itu tidak boleh sama sekali dianggap sebagai pengorbanan terhadap terhadap parti. Perletakan jawatan Karpal Singh sangat memalukan khususnya kaum India dan hanya dilakukan di Kedai Kopi bukannya di Ibu Pejabat DAP di Komtar Pulau Pinang.Sewaktu membidas Lim Guan Eng , Asoghan berkata Setiausaha Agung DAP Pusat itu harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut dan beliau yakin pada masa akan datang ramai lagi pemimpin DAP akan meletak jawatan di kedai kopi. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang memerintah sebuah negeri , Lim Guan Eng dilihat gagal menyelesaikan masalah DAP dan ianya amat memalukan.Ini berikutan rakyat di negeri Pulau Pinang menganggap Lim Guan Eng sebagai tokong tetapi dalam tempoh 1 tahun masalah CEC tidak sah dan tidak dapat diselesaikan. Asoghan dalam pada itu menyatakan beliau telah pergi ke ROS di Putrajaya untuk mendapatkan maklumat tentang siasatan terhadap CEC dan diberitahu masih dalam siasatan. Untuk rekod Asoghan telah berulang kali mengadakan sidang akhbar selepas dipecat keahliannya pada 23 April 2013 yang lalu berikutan didakwa melanggar disiplin parti ekoran keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas kerusi DUN Bagan Dalam pada PRU13. Selepas dipecat dari parti, Asoghan bertindak mengadakan kenyataan akhbar bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP yang mendakwa parti tersebut kini hanya atas kepentingan peribadi.

Monday, 7 April 2014

#PRU14: Strategi DAP Mendekati Pengundi........!!!

DAP sedang dan memulakan gerak kerja ke peringkat akar umbi dengan konsep sentuhan jiwa, atau peribadi secara terus kepada pengundi tanpa menggunakan perbelanjaan yang banyak. Melakukan kerja dengan senyap tetapi mendatangkan hasil yang lumayan di kala PRU14 nanti. Mana Pakar Strategik BN/UMNO sudahkah anda turun pandang tanpa kot, tanpa kereta besar dan sambutan majlis? Atau hanya menghantar laporan BAIK atas kertas kepada Dato' Seri Najib - Hasilnya kita lihat PRU13 yang lalu. DAP telah begitu yakin dan telah memulakan gerak kerja untuk menumbangkan UMNO/BN dengan sokongan PAS dan PKR. Gerak kerja mereka telah dibuat dengan begitu strategik tanpa program yang hebat. Mereka bergerak dari peringkat bawahan tidak mengira apa juga jawatan.Strategi mereka ini dijalankan oleh orang-orang mereka yang bukan dari yang berjawatan. Mereka bergerak bersama-sama untuk memastikan Kuasa Politik berada di tangan mereka. Kita sedia maklum bahawa mereka berjuang membantu tanpa mengira jawatan dan status mereka. Ini amat berlainan sekali dengan apa yang dilakukan oleh ahli dan kepimpinan UMNO yang sedia ada. Diberikan statistik yang diambil dari DAP yang telah diterjemahkan, untuk diberikan perhatian yang serius. Lakukan gerak kerja, jangan asyik bila kerja hendak upah. Pada PRU13 yang lepas, PR kalah di beberapa kawasan luar bandar dengan hanya beberapa ratus undi sahaja. Berikut adalah beberapa contoh nya: Kerusi Negeri (DUN) 1. Perlis Simpang Empat 85 undi 2. Perak Lubok Merbau 53 undi 3. Perak Manjoi 132 undi 4. Perak Manong 231 undi 5. Perak Pasir Panjang 304 undi 6. Negeri Sembilan Kuala Pilah 113 undi 7. Negeri Sembilan Klawang 282 undi 8. Melaka Machap 152 undi 9. Johor Gambir 310 undi 10. Pahang Damak 64 undi 11. Pahang Sungai Luit 401 undi 12. Pahang Dong 481 undi 13. Kelanatan Air Lanas 47 undi 14. Kelantan Selising 107 undi 15. Kelantan Kok Lanas 169 undi 16. Kelantan Dabong 229 undi 17. Kiulu Sabah 44 undi 18. Elopura Sabah 251 undi Kerusi Parlimen 1. Perak Kuala Kangsar 1,082 undi 2. Selangor Sungai Besar 399 undi 3. Selangor Kuala Selangor 460 undi 4. Johor Labis 353 undi 5. Johor Pasir Gudang 935 undi 6. Pahang Bentong 379 undi 7. Pahang Cameron Highlands 462 undi 8. Kelantan Machang 850 undi 9. Kelantan Ketereh 972 undi 10. Sarawak Baram 194 undi 11. Beaufort Sabah 672 undi 12. Sabah Kota Marudu 842 undi. Terjemahan: "Sila ke kampung anda untuk mendaftar diri sebagai pengundi. Undilah di kampung anda pada pilihan raya umum yang akan datang. Ini boleh meningkatkan peluang untuk menang lebih Kerusi Negeri dan Parlimen. Ini adalah hak kita. Anda perlu menggunakan hak anda untuk berbuat demikian. Sila lawati kampung anda lebih kerap untuk berbincang dengan saudara-mara dan rakan-rakan. Akhbar-akhbar yang mereka baca tidak boleh memberitahu kebenaran. Beritahu mereka keadaan sebenar di negara ini . Menunjukkan kepada mereka YouTube dan Facebook. Berkongsi jenaka ! Kami boleh membantu kanak-kanak di kampung . Beri kelas tuisyen . Menganjurkan aktiviti kebudayaan. Bawalah ilmu pengetahuan ke budak-budak di kampung . Apabila kampung menikmati banyak kemudahan sebagai bandar-bandar , ia akan menjadi lebih sukar bagi BN untuk menipu orang kampung . Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk membebaskan kampung daripada kawalan BN. Dengan membebaskan kampung, kita membebaskan diri kita dari kezaliman BN".

#Pemilihan PKR: Rahsia Di Sebalik Pertandingan Suami Isteri.......!!!

Majoriti daripada kita tahu, kegagalan Anwar mengawal masalah dalam PKR dan Pakatan Rakyat ialah kerana bakal banduan itu tidak boleh kawal anak ikan/emasnya Azmin. Sebab itulah kita lihat bila sesiapa ada masalah dengan Azmin, Anwar terpaksa masuk campur dan duduk di tengah-tengah. Umpamanya bila Khalid Ibrahim dan Azmin berperang, Anwar dengan sengaja kosongkan kerusi Kajang untuk lantik dirinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor bagi selesaikan pertikaian itu, tapi takdir Allah mengatasi perancangan beliau. Begitu juga bila berlaku beberapa keadaan di mana calon PAS dan PKR bertanding di 6 kerusi Parlimen/DUN yang sama dalam PRU13 yang lepas, Anwar gagal selesaikan masalah itu tapi tidak boleh hendak masuk campur sebab dia tidak ada kuasa ke atas PAS, selain tidak boleh hendak bantah Azmin. Maka terpaksalah biarkan kononnya yang berkomponen ini, bertanding sesama sendiri di 1 kerusi parlimen dan 5 kerusi DUN. Tapi tidak sangka pula sehingga dalam parti yang dia tubuhkan sendiri pun, Azmin masih jadi bayang-bayang yang sukar Anwar singkirkan bila rancangan awal hasratnya (Azmin) hendak bertanding jawatan Presiden menentang Azizah sudah tidak menjadi rahsia lagi. Maka itulah walaupun nampak bodoh dan jadi bahan ketawa 1Malaysia, Anwar menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR menentang bukan orang lain, isterinya sendiri dan Azmin terpaksa kekal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden bersama 5 calon lain. Dengan apa cara hendak bertanding Presiden bila Anwar yang lebih banyak kongsi katil dengan Azizah serta bertukar-tukar cecair badan (berbanding dengan Azmin), sama-sama bertanding di atas? Pun begitu, dari segi lain, ada juga andaian mengatakan pertandingan laki bini ini sebenarnya hendak buka jalan luas untuk Azmin memangku jawatan Presiden dan singkirkan Azizah secara terhormat tanpa mengguris perasaan ahli PKR yang tidak minat politik dalaman ni. Logik akal, Anwar tidak ada masalah menang jawatan itu sebab Azizah hanya boneka dia selama hari ini pun, tapi dalam masa sama kemenangan itu sudah pasti tidak diiktiraf ROS (akibat sabitan liwat) dan akhirnya siapa pangku jawatan Presiden? Sudah pasti Azmin. Ditambah dengan faktor 6 calon Timbalan Presiden PKR yang ada sekarang ini, tidak satu pun yang ada kekuatan akar umbi sekuat Azmin (kata orang boleh jadi sayur sajalah), tidak ada apa-apa masalah untuk dia mengekalkan jawatan itu dan memangku jawatan Presiden PKR kalau Anwar dihumban ke dalam. Jika perkiraan ini betul, nampak lemah betul Anwar, hendak selesai masalah mudah pun kena buat cara susah juga. Kalau masalah dalam parti sendiri pun tidak boleh hendak selesaikan, bagaimana dengan masalah yang lebih besar lagi kalau jadi Perdana Menteri?

Thursday, 3 April 2014

#Pemilihan PKR: Aspek-aspek Menarik.......!!!

Pencalonan PKR telahpun selesai. Calon suami-isteri “berebut” Presiden PKR. Lima calon datang mencuba nasib di kerusi timbalan, 16 melaporkan diri di kerusi naib presiden, tiga di kerusi ketua pemuda dan dua di kerusi ketua wanita. Berikut ialah aspek-aspek menarik yang perlu diberi perhatian di pemilihan PKR: Laporan Utusan Ketika pemilihan PAS Pusat tahun lepas, Utusan mengambil keputusan untuk menyerang Mat Sabu. Apabila berita itu disensasikan, Utusan menukar nada menyokong Mat Sabu pula dan menyerang lawannya pula. Umum mengambil langkah mudah – apa yang diserang dan membuat Utusan mendiamkan diri perlu disokong dan apa yang disokong Utusan itu adalah musuh. Apakah Utusan telah belajar daripada episod ini? Utusan sekali lagi akan digunakan sebagai senjata di pemilihan PKR oleh calon-calon yang bertanding di pemilihan PKR. Sejurus selepas pencalonan selesai, Utusan melaporkan Mohamed Azmin Ali menjadi mangsa permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dihalang menaiki takhta Presiden PKR. Apakah Utusan telah belajar daripada kesilapannya di pemilihan PAS? Jika ya, simpati terhadap Azmin perlu dibaca dengan kanta mata berlapis. Pertama kali, yang kalah akan dinaikkan pangkat Ini pertama kali dalam pemilihan mana-mana parti – sesiapa yang tewas bertanding di jawatan tertinggi parti akan dinaikkan pangkat lebih “tinggi” daripada kedudukan yang dimenanginya. Inilah kesnya apabila Anwar berlawan dengan Wan Azizah Wan Ismail di kerusi presiden. Sesiapa yang kalah dan tarik diri akan dinaikkan menjadi Ketua Umum PKR, pada akhirnya, bergantung pada nasib rayuan Anwar. Pemilihan yang dijangka paling ramai mengundurkan diri. Pemilihan PKR ini dijangka melakar sejarah sendiri apabila ia akan menjadi pemilihan yang paling ramai calon menarik diri. Di kerusi timbalan presiden yang menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Azmin, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Saifuddin Nasution, Datuk K Ramachandran dan S Murali sudah terlihat tanda-tanda ada tiga sehingga empat yang bakal menarik diri untuk memberikan laluan kepada pertandingan dua atau tiga penjuru yang melibatkan Azmin dan Khalid tanpa memecahkan undi. Di peringkat naib presiden pula juga sama. Empat tempat kosong untuk 16 calon. Siapa yang hanya bertanding untuk memecahkan undi? Siapa yang bertanding sebagai insuran? Di mana Tian Chua akhirnya? Kebanjiran calon dari exco dan DUN Selangor. Khalid sebagai Menteri Besar bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Elizabeth Wong, exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Selangor mencuba nasib di kerusi naib presiden. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Selangor Rodziah Ismail mencabar Zuraida Kamaruddin di kerusi ketua wanita. Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi ingin berebut jawatan kerusi Ketua Pemuda PKR dan Haniza Talha, ADUN PKR di Taman Medan mencari peluang di kerusi timbalan kerusi ketua wanita. Apakah faktor berada di kerajaan Selangor akan memberikan kelebihan kepada calon-calon ini? Ia akan menjadi sangat menarik bagi PKR sekiranya barisan kerajaan Selangor akhirnya berkuasa di PKR Pusat kerana akhirnya rungutan kerajaan Selangor tidak bergerak seiring dengan PKR Pusat akan mati terburai. Apakah ini penyelesaian Khalid yang lebih praktikal untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR berbanding Langkah Kajang? Timbul dan tenggelam Masihkah ingat siapa Lee Chin Cheh? Bekas ADUN Kajang yang meletakkan jawatan untuk menghidupkan Langkah Kajang bagi Anwar. Pengorbanan Lee akhirnya tidak mencapai apa yang dihasrat berikutan hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Anwar. Kini, Lee masuk gelanggang untuk bertanding di kerusi naib presiden. Apakah ini juga untuk “kepentingan bersama” PKR seperti Langkah Kajang? Datuk Chua Jui Meng yang timbul pelbagai kontroversi di Johor dengan DAP Johor tidak bertanding di kerusi naib presiden meskipun beliau adalah naib presiden yang dilantik. Apakah beliau akan direhatkan seperti Dr Boo Cheng Hau di DAP Johor untuk meningkatkan peluang Pakatan Rakyat menumbangkan UMNO-BN di Johor? Di mana Chegubard? Kelancaran kerajaan Selangor dan kedudukan Khalid sebagai MB Selangor. Jika Wan Azizah dan Azmin menang, dan barisan kerajaan Selangor tewas teruk di pemilihan PKR, apakah nasib Khalid di kerusi MB Selangor? Apakah ini akan menjejaskan kelancaran pentadbiran Selangor? Jika Khalid terus kekal dalam keadaan begitu, apakah pergolakan PKR akan lebih bergelora tanpa Anwar selepas ini? Apakah ada yang akan keluar parti jika tewas? Jika barisan kerajaan Selangor berjaya menguasai PKR Pusat, PKR sudah tentu akan menjadi lebih kuat. Tapi apakah pihak yang tewas boleh menerima kekalahan mereka secara terbuka, atau memberikan sokongan penuh kepada barisan kerajaan Selangor atau bertindak keluar parti? Kredibiliti PKR sebagai parti. Pemilihan PKR yang lepas merupakan satu mimpi ngeri pada Pakatan Rakyat dan juga PKR apabila ahli PKR sendiri membantah keputusan pemilihan parti sendiri yang berdasarkan satu ahli satu undi. Meskipun menggunakan sistem yang paling demokratik di kalangan parti di Malaysia, sistem perlumbaan undi popular PKR ini terdedah dengan pelbagai ruang untuk dimanipulasikan kerana taburan pengundi di sekitar negara tidak sekata. Barisan kepimpinan mana yang paling berpihak pada UMNO, PAS dan DAP? UMNO sudah tentu mengharapkan pemilihan PKR ini menghancurkan Pakatan Rakyat dan menjadi medan menolak aduan Pakatan Rakyat mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya jika pemilihan PKR kali dicemari oleh insiden salahlaku yang berlaku yang didedahkan seperti pemilihan PKR yang lalu. Bagaimana pula dengan PAS dan DAP? PKR yang baru tidak menghalang agenda Pakatan Rakyat dan mengekalkan persaingan yang sihat di kalangan tiga parti? Pemilihan ini mungkin ada potensi untuk menonjolkan siapa pengganti Anwar dan calon perdana menteri Pakatan Rakyat di PRU14 yang dapat diterima ketiga-tiga parti nanti. Jika tidak, PKR dan Pakatan Rakyat akan kekal dalam keadaan seperti di PRU13.