Seorang anggota seumur hidup DAP, G.Asoghan, hari ini mempersoalkan kesahihan Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon parti itu bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor. Beliau mendakwa pencalonan Ramkarpal bagi kerusi itu adalah tidak sah berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. "Jika Ramkarpal bertanding menggunakan logo DAP, kemenangannya boleh dibatalkan oleh mahkamah atas sebab teknikal," katanya. Asoghan, yang juga ketua DAP Cawangan Bagan Luar, turut mempersoalkan keanggotaan Ramkarpal, yang menyertai DAP awal tahun ini sedangkan pada masa itu, DAP masih belum menerima pengiktirafan ROS. "Ini adalah satu penipuan kerana CEC yang tidak diiktiraf tidak boleh mengambil anggota. Oleh itu, ROS harus menyiasat keanggotaan Ramkarpal," katanya. Asoghan turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS supaya memberi penjelasan berhubung calon DAP itu dan mengapa parti itu dibenar bertanding menggunakan simbol roket. Beliau berkata anggota CEC tidak ada kuasa untuk menandatangani watikah bagi pihak DAP kerana belum mendapat kesahihan ROS dan tindakan itu seakan-akan mencabar ROS. Asoghan berkata surat-surat ROS bertarikh 17 April dan 6 Dis tahun lepas menyatakan ROS tidak mengiktiraf kesahihan CEC. PRK Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.Justeru, Matmerapu berpendapat jika keputusan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti memberi kemenangan kepada calon DAP, ianya masih boleh dicabar di mahkamah oleh calon yang bertanding sekali gus membatalkan kemenangan tersebut atas factor teknikal kerana menggunakan simbol roket dan lambing DAP yang belum mendapat pengiktirafan ROS.
Monday, 12 May 2014
#PRK Bukit Gelugor: Calon DAP Diragui.......!!!
Seorang anggota seumur hidup DAP, G.Asoghan, hari ini mempersoalkan kesahihan Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon parti itu bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor. Beliau mendakwa pencalonan Ramkarpal bagi kerusi itu adalah tidak sah berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. "Jika Ramkarpal bertanding menggunakan logo DAP, kemenangannya boleh dibatalkan oleh mahkamah atas sebab teknikal," katanya. Asoghan, yang juga ketua DAP Cawangan Bagan Luar, turut mempersoalkan keanggotaan Ramkarpal, yang menyertai DAP awal tahun ini sedangkan pada masa itu, DAP masih belum menerima pengiktirafan ROS. "Ini adalah satu penipuan kerana CEC yang tidak diiktiraf tidak boleh mengambil anggota. Oleh itu, ROS harus menyiasat keanggotaan Ramkarpal," katanya. Asoghan turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS supaya memberi penjelasan berhubung calon DAP itu dan mengapa parti itu dibenar bertanding menggunakan simbol roket. Beliau berkata anggota CEC tidak ada kuasa untuk menandatangani watikah bagi pihak DAP kerana belum mendapat kesahihan ROS dan tindakan itu seakan-akan mencabar ROS. Asoghan berkata surat-surat ROS bertarikh 17 April dan 6 Dis tahun lepas menyatakan ROS tidak mengiktiraf kesahihan CEC. PRK Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.Justeru, Matmerapu berpendapat jika keputusan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti memberi kemenangan kepada calon DAP, ianya masih boleh dicabar di mahkamah oleh calon yang bertanding sekali gus membatalkan kemenangan tersebut atas factor teknikal kerana menggunakan simbol roket dan lambing DAP yang belum mendapat pengiktirafan ROS.
Monday, 5 May 2014
Anwar Arah Palsukan Gambar PM.......!!!
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Naib Presiden parti itu, Tian Chua memalsukan gambar yang menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk bersebelahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut Gobalakrishnan, gambar tersebut telah dipalsukan oleh Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu dan beliau berada bersama-samanya ketika itu.
Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu mendakwa, gambar tersebut dipalsukan supaya rakyat yakin yang Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya bagi memburuk-burukkan nama beliau.
Dakwaan tersebut dibuat Gobalakrishnan ketika disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi pada perbicaraan kes saman fitnah peguam Manjeet Singh Dhillon terhadap beliau dan tiga yang lain.
Gobalakrishnan memberi keterangan sebagai saksi defendan pertama dalam perbicaraan itu yang menamakan beliau; bekas wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar; Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan TV3 sebagai defendan pertama hingga keempat.
Saman yang difailkan pada 26 September 2011 itu menyentuh kenyataan Gobalakrishnan yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang dikatakan mengkritik Manjeet.
Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2011 menyiarkan artikel bertajuk Manjeet selalu memburukkan kerajaan dengan memetik kritikan Gobalakrishnan terhadap Manjeet manakala TV3 turut menyiarkan komen yang sama pada malam 16 Ogos 2011.
Gobalakrishnan mendakwa, selain Tian Chua, penyiasat persendirian (PI), mendiang P. Balasubramaniam, penceramah PKR termasuk beliau sendiri telah mereka-reka dakwaan untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya.
"Tian Chua berjaya mengeluarkan gambar Perdana Menteri dengan Altantuya. Empat orang yang terlibat dalam episod Altantuya selain Tian Chua adalah PI Balasubramaniam dan juga Manjeet dalam kalangan peguam. Perancang utama ialah Anwar dan kami penceramah-penceramah memainkan peranan untuk menyampaikan kepada rakyat dalam usaha memburuk-burukkan imej kerajaan.
"Balasubramaniam diatur peranannya melalui afidavit, peguam pula melalui keterangan dan semua itu dikawal oleh Anwar. Tampalan gambar tersebut digunakan untuk menunjukkan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya," ujar Gobalakrishnan yang memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.
Saksi itu mendakwa, beliau antara penceramah yang dibayar lumayan untuk mendoktrinasi fikiran rakyat agar membenci kerajaan dan intipati-intipati seperti ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat beralih kepada pembangkang.
Gobalakrishnan mendakwa, beliau tahu Manjeet terlibat dengan Balasubramaniam iaitu seorang yang diaturkan oleh Anwar.
Dalam satu soalan lain, ketika ditanya sama ada beliau mengetahui apakah komen-komen yang dibuat oleh Manjeet mengenai Altantuya, saksi itu menyatakan, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Anwar supaya tidak mencampuri urusan tersebut kerana Manjeet akan menguruskan tentang Balasubramaniam.
Muhammad Shafee seterusnya bertanya, bolehkah saksi itu menganalisis siapakah `hired killer' (pembunuh upahan) yang dimaksudkan oleh Manjeet dalam kes pembunuhan Altantuya.
Saksi itu menjelaskan, tiga perenggan kritikan beliau yang dipetik dalam artikel bertajuk Manjeet selalu memburukkan kerajaan yang disiarkan Utusan Malaysia dan TV3, baginya jelas menunjukkan Manjeet menuding kepada Perdana Menteri adalah orang yang merancang pembunuhan Altantuya.
Walhal ujar Gobalakrishnan yang pernah memegang jawatan Ketua Cabang PKR Padang Serai, Perdana Menteri tidak tahu menahu dan tiada kena mengena dengan kes itu.
Gobalakrishnan juga bersimpati kepada Perdana Menteri yang menjadi mangsa tohmahan dalam isu Altantuya itu dan Perdana Menteri telah bersumpah di dalam masjid bahawa beliau tidak terbabit sama sekali.
# PRK Bukit Gelugor & Teluk Intan: Pola Pengundi........!!!
Kerusi Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang dan Teluk Intan di Perak kosong. Ini bermakna selepas satu tahun PRU13 diadakan, dua lagi PRK akan mengambil tempat. Sebelum ini, empat PRK melibatkan kawasan DUN iaitu di Kuala Besut, Terengganu; Sungai Limau, Kedah; Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Dua akibat peletakan jawatan dan dua lagi kematian.
Keputusannya, parti penyandang mengekalkan kedudukan iaitu 2 BN, 1 PKR, 1 PAS. Bagi dua PRK akan datang, kedua-duanya melibatkan kerusi DAP. Setakat ini DAP sudah pasti akan mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya itu pada PRU lalu.
Tidak ada istilah memberi laluan mudah kepada BN sekiranya berlaku kekosongan pada kerusi yang diwakilinya. PRK perlu dijalankan. Menang atau kalah soal lain lebih-lebih lagi di pihak sebelah lawan, mereka masih teragak-agak membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak. Jarang bagi BN untuk menarik diri daripada pertandingan walaupun sebelum ini perkara itu pernah berlaku di DUN Penanti kerana wakil rakyatnya dari PKR sengaja meletak jawatan, bukan kekosongan disebabkan kematian, masalah kesihatan atau undang-undang.
Begitu juga pada PRU lalu, seorang calon BN tidak menyerahkan kertas pencalonan yang mengejutkan barisan kepemimpinan BN negeri dan Pusat. Apabila berlaku kekosongan di DUN Kajang disebabkan wakil PKR meletak jawatan, BN pada mulanya dikatakan tidak berminat untuk bertanding, mungkin disebabkan prinsipnya tidak mahu mengikut rentak tari pembangkang. Bagaimanapun, BN mengambil keputusan untuk bertanding. Wakil MCA sebagai calon. Mungkin sebagai satu ujian untuk barisan kepemimpinan baharu MCA yang dipimpin oleh Liow Tiong Lai. Calon MCA tewas. Kini sekali lagi kerusi yang diperuntukkan kepada MCA kosong berikutan kematian Karpal Singh. Begitu juga dengan Gerakan yang diperuntukkan kerusi Parlimen Teluk Intan. Berbeza dengan Bukit Gelugor, kerusi Teluk Intan pernah dimenangi Gerakan termasuk Mah Siew Keong yang kini menjadi Presiden baharu parti itu.
Dalam hal ini, adakah BN akan membiarkan sahaja kerusi itu dimenangi DAP secara percuma? Jika ya, kenapa? Adakah kerana Bukit Gelugor pernah diterajui Karpal yang mendapat gelaran Harimau Jelutong? Jika diselak kembali, Karpal pernah ditewaskan oleh calon-calon Gerakan dan MCA pada PRU. Lee Kah Choon yang pada 1999 mewakili Gerakan berjaya mengalahkan Karpal di kawasan Parlimen Jelutong yang dikuasai DAP sejak 1974. Karpal yang menguasai kerusi itu selama lima penggal sejak 1978 tewas dengan majoriti 775 undi pada PRU 1999. Pada tahun yang sama, Karpal juga disingkirkan di kerusi DUN Datok Keramat apabila tewas kepada calon MCA, Lim Boo Chang. Karpal bangkit semula pada 2004 apabila bertanding di kawasan baru yang diwujudkan iaitu Bukit Gelugor yang sebelum itu dikenali sebagai kawasan DUN di bawah Parlimen Bayan Baru.
Pada PRU itu, Karpal menebus kekalahannya dengan mengalahkan Boo Chang. Begitulah kisah kekuatan yang ada pada DAP yang sebenarnya boleh digugat. Tidak dinafikan jika dilihat taburan pengundinya, peluang BN memang tipis atau tidak ada harapan di kawasan Bukit Gelugor kecuali berlaku perubahan sokongan dalam kalangan masyarakat Cina. Di sinilah peranan MCA dan Gerakan untuk memenangi semula hati pengundi-pengundi Cina. Cabaran ini juga terletak kepada Gerakan yang dipilih menerajui kepemimpinan BN Pulau Pinang melalui Teng Chang Yeow.
Amat penting bagi MCA dan Gerakan untuk memastikan PRK kali ini membawa sesuatu isyarat daripada pengundi-pengundi walaupun kawasan yang ditandingi merupakan kubu kuat DAP. Selepas setahun PRU berlangsung, adakah pengundi-pengundi Cina sudah berubah? Jika berubah ke arah mana? Adakah semakin menerima DAP atau kembali menyokong BN melalui Gerakan dan MCA.
Bukit Gelugor mengandungi DUN Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang kesemuanya diwakili DAP. Di atas kertas, BN boleh bertanding sekadar untuk melihat sejauh mana kekuatan yang ada selepas setahun PRU13. MCA pula khabarnya sudah ada calon yang sedia diturunkan, cuma menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan BN. Pada masa yang sama, para pengundi serta penduduk di kawasan itu sudah pasti ingin mendengar apa pula janji-janji dan perancangan kerajaan negeri DAP untuk kemajuan rakyat di kawasan itu.
Mungkin penduduk sekitar akan menumpang janji berkaitan isu-isu tempatan termasuk banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri itu. Maka apa yang penting ialah turun bertanding, bukan bercakap soal menang atau kalah. Jika menang dan kalah yang menjadi keutamaan, eloklah selepas ini jika ada mana-mana kerusi yang kosong, biarkan sahaja penyandang menang tanpa bertanding. Dalam menghadapi PRK Bukit Gelugor ini, Gerakan dan MCA khususnya perlu berusaha untuk meningkatkan jumlah undi yang diperoleh pada PRU lalu. Kurangkan majoriti lawan. Itu sudah memadai.
Menyelak PRK Teluk Intan pula, ia mengulangi sejarah pada tahun 1997 apabila PRK diadakan di kawasan berkenaan berikutan kematian Ong Tin Kim dari Gerakan. Pada PRK itu, calon BN, Dr. Chee See Choke dari Gerakan tewas kepada M.Kulasegaran dari DAP. Bagaimanapun pada PRU 1999, Siew Keong menang dengan majoriti 2,783 undi mengalahkan calon DAP. Beliau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 10,041 undi mengalahkan calon DAP dan Keadilan. Siew Keong gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU 2008 apabila calon DAP, M.Manogaran menang dengan majoriti 1,470 undi dan pada PRU lalu, tewas kepada Seah Leong Peng yang menang dengan majoriti 7,313 undi.
Berdasarkan pencapaian Gerakan di kawasan itu, bukanlah mustahil untuk BN merampas kembali kerusi berkenaan. Mungkin sebagai Presiden, Siew Keong sesuai untuk dicalonkan kerana rekod perkhidmatannya sepanjang mewakili penduduk di kawasan berkenaan. Turut akan membantu ialah sebagai anak tempatan. Berbanding DAP, calon-calon yang diturunkan di Teluk Intan silih berganti.
Tentunya Gerakan tidak ketandusan calon jika Siew Keong bukan menjadi pilihan. Inilah peluang terbaik untuk Gerakan mendapatkan kembali kerusi yang pernah dikuasainya dan wakil rakyat kawasan itu pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri. Apa yang penting, Gerakan perlu menurunkan calonnya di Teluk Intan, Begitu juga MCA di Bukit Gelugor. Lihat apakah selepas setahun PRU, corak pengundian sudah berubah atau berada pada tahap yang sama.
#Hudud: Pakatan Pembangkang Ibarat Retak Menanti Belah.......!!!
Pakatan pembangkang kini diibaratkan "retak menanti belah" berikutan keengganan PAS menarik balik pendirian untuk melaksanakan hukum hudud.Ketegasan PAS yang merupakan sekutu DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang itu juga disifatkan telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam terhadap parti itu, kata Norman Fernandez, bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor.
"Saya meramalkan peristiwa perpecahan yang berlaku terhadap Barisan Alternatif (BA) pada 2001 akan berulang terhadap pakatan pembangkang berikutan isu hudud oleh PAS."
"Masyarakat Cina yang telah memberikan kemenangan kepada PAS pada PRU13 lalu kini berasa seperti tertipu dengan sikap PAS," katanya.
Norman seorang peguam dan pemimpin DAP Johor yang amat disegani oleh anggota parti itu terutamanya di Johor berkata, pemimpin-pemimpin DAP dan PKR turut rasa tertipu dengan PAS.
Beliau menarik perhatian bagaimana sokongan kuat masyarakat bukan Islam merupakan sebab utama di sebalik kemenangan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu, Sungai Abong, Maharani, Parit Yaani dan Puteri Wangsa.
Kemenangan PAS di keempat-empat kerusi DUN itu adalah disebabkan kepercayaan masyarakat bukan Islam terhadap parti itu.
"Kini PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam terhadapnya. Saya menjangkakan PAS akan kehilangan kerusi-kerusi terbabit pada pilihanraya umum akan datang," katanya.
Menurutnya, masyarakat bukan Islam kecewa kerana berasa seperti dipergunakan oleh PAS "menyembunyikan" isu hudud sebelum ini dan hanya menyuarakan hasrat mereka tentang undang-undang jenayah Islam itu selepas pilihan raya umum.
Norman percaya kedegilan PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak lebih hanyalah permainan politik untuk mengembalikan sokongan pengundi Melayu terhadapnya.
PAS sebenarnya kata beliau, bimbang kerana ketandusan isu yang boleh digunakan untuk menarik sokongan orang Melayu, yang semakin menjauhkan diri daripada parti itu dan lebih berpihak kepada UMNO.
"UMNO lebih berjaya menarik sokongan orang Melayu, PAS telah gagal. Ia tidak ada isu, disebabkan ketandusan idea untuk membangunkan Kelantan, sebab itulah ia memainkan isu hukum hudud. Ia tiada pilihan," katanya.
Menurutnya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
MCA Khianat Kesatuan BN........!!!???
Ikrar MCA untuk tidak mengambil jawatan dalam Kabinet jika mereka gagal memberikan yang terbaik kepada BN pada PRU13 yang lalu adalah satu pengkhianatan kepada kesatuan BN yang diwujudkan sejak dari dulu lagi. Ikrar ini sebenarnya manifestasi bahawa mereka sudah putus asa jika gagal membawa masyarakat Cina untuk menyokong BN dan sudah tentu ia adalah satu malapetaka kepada pemerintah.
Sepatutnya, ikrar seumpama ini tidak sepatutnya diadakan apatah lagi di saat-saat BN memerlukan semua parti komponen memainkan peranan untuk membawa pengundi agar terus menyokong BN. MCA sepatutnya berikrar untuk terus membantu BN sehingga ke tititsan darah terakhir.
Oleh itu, langkah PM untuk menawarkan semula jawatan kepada MCA ibarat memberi peluang kepada pengkhianat atau petualang mendapat tempat di persada utama selepas mereka 'lepas tangan' dengan kekalahan yang dialami oleh BN. Apatah lagi melihat sokongan UMNO semakin meningkat.
Sehubungan itu, MCA sepatutnya terus memastikan mereka bekerja keras untuk membawa pengundi Cina agar memberi undi kepada BN pada masa akan datang terutama pada PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan walaupun telah gagal sekali lagi di PRK Kajang.
Tidak payahlah heboh untuk mengambil jawatan dalam Kabinet dan tanpa segan-silu menyebut untuk menggunakan peruntukan kerajaan bagi membantu masyarakat Cina.
Jangan terus jadi pengkhianat dan petualang sebaliknya bersungguh-sungguh jadi seorang yang sanggup berkorban untuk membawa masyarakat Cina mengundi BN.
#Pemilihan PKR 2014: Chegu Bard Londeh Penipuan Azmin Ali......!!!???
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan Timbalan Presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang di Sarawak. Katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.
"Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin". "Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin," katanya. Katanya, rakyat mengikuti dengan penuh minat pemilihan pimpinan PKR dan akan membuat penilaian berdasarkan apa yang berlaku. Badrul berkata selama ini, PKR mengkritik proses pilihan raya yang dikendali Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa banyak penipuan dan salah urus. Justeru kata beliau, JPP perlu bertindak tegas ke atas penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam pemilihan kali ini."Kita perlu membuktikan kepada rakyat yang bahawa kita serius menentang penipuan dalam pilihan raya dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan"."Rakyat memerhatikan pemilihan PKR, jangan kita buat perkara yang kita kecam dan kita kutuk bila lawan kita lakukan tetapi kita juga tidak kurang 'hebat' dalam membuat silap mata," katanya. Badrul dan beberapa lagi aktivis PKR yang tidak bersama pasukan Azmin mula menjalankan kempen supaya Timbalan Presiden PKR itu dibatalkan pencalonannya. Pemilihan PKR semakin celaru apabila berlaku proses mengundi di dalam bilik Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak. Menurut sumber beberapa orang ditugaskan memangkah di dalam bilik hotel untuk memenangkan calon tertentu.
#Pemilihan PKR 2014: Rasis, Dendam & Khianat Menjadi Rencah Utama.......!!!!
Pemilihan PKR sedang berjalan dengan penuh kehangatan selain kontroversi dan penuh skandal. Pertembungan antara Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Azmin Ali memperlihatkan pelbagai taktik digunakan untuk mengalahkan sesama sendiri.
Tidak kurang juga isu perkauman turut mendapat tempat terutama sekali di Johor.
Selepas Zabidie bin Abbas melepaskan jawatan Ketua Cabang dan berhasrat bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Bandar Tenggara, maka Jimmy Puah Wee Tse yang merupakan ADUN Bukit Batu dan S.Gopalakrishnan yang merupakan Naib Ketua Cabang Kulai telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Kulai bagi tahun 2014.
Proses undian telah bermula dari jam 10:30 pagi sehingga jam 5:30 petang di Pejabat PKR Kulai Cabang Kulai. Stephen Chong yang merupakan Pengerusi Strategi PKR Negeri Johor telah menjadi pemerhati bagi pemilihan tersebut.
Pengiraan undi telah dibuat pada jam 5:45 petang dan mendapati S.Gopalakrishnan telah mendapat undi sebanyak 141 berbanding Jimmy Puah Wee Tse yang mendapat undian sebanyak 74 undi.
Jawatan-jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita dan Ketua AMK pula telah dimenangi tanpa bertanding.
Walaupun dari satu parti, Jimmy Puah Wee Tse amat dibenci oleh ahli-ahli PKR dari masyarakat India. Ini adalah kerana sikap perkauman menebal yang menjadi amalan ADUN Bukit Batu itu. Sepanjang dia menjadi ADUN, Jimmy Puah langsung tidak memberikan perhatian atau mengambil peduli dengan sebarang aduan daripada masyarakat India. Malah terdapat laporan yang mengatakan, Jimmy Puah pernah MEMPARIAKAN seorang ahli PKR berbangsa India yang cuba mengadu kesusahan kepadanya.
Terdorong dengan pengabaian iaitu tiada sebarang bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat India, dia ditolak daripada jawatan Ketua PKR Cabang Pulai. Malahan, sokongan yang diberikan secara tidak langsung oleh bekas ketua, Zabidie bin Abbas kepada S.Gopalakrishnan, yang tidak sehaluan dengan Jimmy Puah, juga telah berjaya memenangkan S.Gopalakrishnan.
Ekoran kekalahannya, sudah ada ura-ura yang menyatakan besar kemungkinan Jimmy Puah akan menyeberang masuk DAP dan seterusnya mengekalkan jawatan ADUN Bukit Batu, malah sudah mula nampak jawatan Ahli Parlimen Pulai pada PRU akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)