Thursday, 19 July 2012
PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Kedah
Negeri Kedah pada PRU 12 turut mengalami tsunami politik selain Pulau Pinang dan Selangor. Kerusi parlimen Kedah berjumlah 15 dan BN memenangi 4 kerusi meliputi P.4 Langkawi, P.5 Jerlun, P.6 Kubang Pasu dan P.9 Alor Setar. Pakatan Pembangkang (PP) memenangi 11 kerusi (PAS: 6 dan PKR:5). Hasil maklumat PP, pada PRU 13 akan datang, PP yakin dapat menambah bilangan kerusi parlimen sekitar 11 ke 13 kerusi. Mereka menganggap kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu kekal 'status-quo' manakala kerusi parlimen P.5 Jerlun dan P.9 Alor Setar berada di tahap 50:50. Justeru, dua kerusi (P.4 Langkawi dan P.6 Kubang Pasu)yang kekal sebagai kerusi 'total white' bagi BN. Jika penilaian PP menjadi realiti dengan berjaya menambah dua kerusi lagi, ianya dijangka boleh menggegarkan Putrajaya. UMNO Kedah amat kuat ketika era Tun M menjadi PM dan kini anaknya, Mukriz menggalas tanggungjawab untuk mengembalikan kejayaan UMNO Kedah menjelang PRU 13. Tun M sememangnya amat dihormati, disegani dan "tunggak pengaruh" pengundi Kedah terhadap BN, bukan sahaja daripada pengundi Melayu malah pengundi Cina dan India turut berada dalam satu perahu. Hasil tinjauan secara rambang, rata-rata pengundi Kedah masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya.....Siapakah bakal MB Kedah? sekiranya BN dapat menawan kembali negeri jelapang padi. Mereka ingin melihat Dato' Mukriz bertanding di kerusi DUN N.5 Bukit Kayu Hitam atau N.6 Jitra kerana kedua-dua kerusi tersebut di bawah P.6 Kubang Pasu (kawasan tradisi Tun M). Walau bagaimanapun, BN terutama UMNO Kedah perlu lebih aktif mendekati pengundi menjelang PRU 13 kerana pengaruh PP terutama PAS dilihat semakin menular ke kawasan tradisi BN. Majoriti penyandang dan calon terdahulu BN dilihat sudah hilang bisanya manakala PP kian kukuh "menanam tapak" di Kedah. Kemelut PAS Kedah juga telah dianggap oleh pengikut dan penyokong mereka sebagai "kes ditutup". Tinjauan juga mempamerkan bahawa UMNO Bahagian/Cawangan masih kurang aktif dalam usaha mereka untuk mengekal dan mengembalikan keyakinan pengundi Kedah terhadap BN khususnya UMNO. Mereka masih menanti pengumuman calon.....lampu kekal "Merah". UMNO Kedah perlu segera bangun bagi memperbaiki keadaan ini yang semakin meruncing bagi mengelak terjunam ke curang yang sama pada PRU 13 nanti kerana jika UMNO tewas di Kedah, ianya turut menyumbang kepada "Gegaran Putrajaya".
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan kepada semua pengikut dan pelawat blog merapusakan serta Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Jalanilah ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, solat sunnat, sedeqah. Semoga ibadah puasa tidak dijadikan alasan untuk "berehat" kerana banyak peristiwa dalam sejarah Islam berlaku dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar, Kemenangan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi, Kemusnahan semua berhala di Kota Mekah dsb. Justeru, ibadah puasa hendaklah menjadi pemangkin untuk kita meningkatkan usaha dalam bidang yang kita ceburi. Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan adalah lebih baik daripada 1,000 bulan. Mohonlah keampunan daripada Allah SWT.....semoga ibadah puasa dilimpahi keberkatan Illahi jua daripada mengelak hanya "lapar dan dahaga" yang kita perolehi. Selamat Berpuasa.....!!!!
Wednesday, 18 July 2012
PRU 13: Menjenguk Kerusi Parlimen Kelantan
Negeri Kelantan terlepas dari tangan BN sejak tahun 1990 hingga sekarang. Kelantan mempunyai 14 kerusi parlimen dan pada PRU 12 yang lalu, BN hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen meliputi P.30 Jeli yang diwakili Tok Pa dan Ku Li pula bagi kerusi P.32 Gua Musang. Pakatan Pembangkang (PP) khususnya PAS dan PKR memenangi 12 kerusi termasuk P.22 Pasir Mas yang diwakili oleh Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS. Menjelang PRU 13, menurut sumber dalaman UMNO Kelantan, kerusi parlimen negeri Cik Siti Wan Kembang ini berada di tahap 'status-quo' dan PAS yakin akan menawan kembali kerusi Pasir Mas daripada 'incumbent' Bebas. 'Centre of Gravity' politik PAS Kelantan ialah Tok Guru Nik Aziz (TGNA) malah teras kekebalan PAS juga bersandarkan kepada beliau. Penulis menjangka bahawa selagi TGNA memimpin Kelantan, selagi itulah PAS kebal di Kelantan manakala BN terutama UMNO sukar mencari resolusi atau remedi bagi menawan kembali negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, jika faktor Melayu diutamakan, situasi politik Kelantan dilihat memartabatkan "kuasa Melayu". Sejak 1990, setiap pilihan raya di Kelantan, UMNO kekal menghadapi laluan sukar penuh dengan "onak dan duri". Kesimpulannya, pada PRU 13 akan datang, BN dijangka kurang berupaya untuk menambah bilangan kerusi parlimen bagi mengurangkan gegeran Putrajaya!!!
Tuesday, 17 July 2012
PRU 13: Resepi "Kek Mahkota" BN
Bahan-bahannya: 1kg Memenangi 'War of Perceptions', 1kg Mendekati rakyat, 1kg Menepati janji, 1kg Memenuhi kehendak denyut nadi rakyat, 500g Keikhlasan hati jentera parti, 500g Kesepaduan dan kerjasama, 1kg Calon diterima rakyat, 1kg Mengutamakan kepentingan parti, 50g Mulut manis hati baik, 500g Doa dan tawakkal serta sedikit pewarna biru tulen. Cara membuatnya: Segala fitnah dan pembohongan pihak pembangkang hendaklah dikisar lumat dengan menggunakan pengisar Geraksaraf dan Perangsaraf bagi menghasilkan adunan persepsi yang memihak kepada BN. Campurkan bahan kedua "mesra rakyat" tanpa menghiraukan panas dan hujan berteraskan simbol 1Malaysia bertunjangkan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kemudian, murnikan adunan tersebut dengan memenuhi segala janji mengikut kehendak denyut nadi rakyat agar hati pengundi tidak 'berketul'. Setelah adunan sebati, panaskan ketuhar jentera parti dengan suhu penuh keikhlasan. Setelah ketuhar panas, sapukan bahan kesepaduan dan kerjasama dalam acuan kek berbentuk mahkota. Masukkan adunan ke dalam acuan dan taburkan calon diterima rakyat di setiap lapisan atas adunan. Bakarlah adunan tadi hingga masak dengan mengutamakan kepentingan parti. Setelah masak, keluarkan kek dari acuan dan cubit sedikit untuk tentukan kemanisan dengan hati yang baik. Hidangkanlah dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT agar rakyat memberi sokongan padu. Kibarkanlah bendera biru tulen di atas Kek Mahkota. Selamat mencuba.....!!!!
Monday, 16 July 2012
UMNO......Lampu Masih Merah!
Walaupun PRU 13 semakin hampir namun kini penulis melihat bahawa UMNO berada di satu persimpangan malah terlalu banyak aktiviti gerak kerja di peringkat Cawangan dan Bahagian terhenti akibat lampu merah - Calon yang bakal bertanding belum diketahui oleh mereka. Segala program dan aktiviti dalam usaha mengekal dan mengembalikan keyakinan rakyat (pengundi) kepada BN adalah bertunjangkan insiatif di peringkat Pusat. Kenapa situasi ini berlaku? Jawapannya mudah.....pemimpin Bahagian dan Cawangan UMNO sudah semestinya tidak mahu membelanjakan wang poket mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkempen jika mereka sendiri tidak pasti akan bertanding atau tidak!!! Jika situasi ini berlarutan, Pakatan Pembangkang (PP) sudah pasti mempunyai "an edge" berbanding BN khususnya UMNO kerana Cabang dan Ranting PP dilihat bergerak aktif di kawasan DUN dan Parlimen tanpa menghiraukan siapakah calon mereka yang bakal bertanding di sesuatu kawasan. Apakah resolusi UMNO untuk menukarkan lampu merah ini kepada Hijau? Penulis rasa tersentuh malah bersimpati dengan PM yang dilihat sedang "berjuang secara solo" tanpa sokongan padu dan jitu daripada calon UMNO yang bakal bertanding di DUN dan Parlimen. PM seringkali mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO untuk berjuang demi kepentingan parti dengan memberi sokongan kepada sesiapa pun calon yang dipilih untuk bertanding pada PRU 13 kelak. Fenomena ini "its easier said than done", namun penulis menaruh harapan tinggi agar tidak berlaku sebarang unsur sabotaj di kalangan pengikut dan penyokong UMNO sebaik sahaja calon UMNO diumumkan. Berganding bahu lah demi kepentingan parti sekali gus menjamin kesinambungan pemerintahan BN pimpinan UMNO di Putrajaya. Apapun, UMNO disyorkan untuk mencari resolusi terbaik bagi menukarkan lampu merah kepada Hijau dengan kadar segera......
PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Johor
Negeri Johor mempunyai 26 kerusi parlimen. Pada PRU 12 yang lalu, BN memenangi 25 kerusi parlimen tersebut manakala Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP hanya mampu menawan satu kerusi parlimen (P.145 Bakri). Berasaskan kepada rekod kemenangan tersebut, BN menganggap Johor kekal sebagai 'fixed deposit' mereka menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Persoalannya, adakah BN masih mampu mengekalkan rekod kemenangan tersebut? Adakah rekod terdahulu bakal menjamin kejayaan mendatang? Melihat kepada sentimen pengundi dan situasi semasa, rekod terdahulu bukanlah jaminan kepada BN untuk mengulangi kejayaannya di Johor. MCA Johor dilihat semakin rapuh dan agak kurang meyakinkan dalam usaha mempengaruhi sokongan pengundi kaum Cina, bukan sahaja di Johor malah merata-rata. Perkembangan politik kini memperlihatkan bahawa PP sedang menumpukan strategi dan gerak kerja kempen mereka di Johor. Sallahuddin Ayub telah kembali ke Johor untuk mengukuhkan jentera PAS dan dikhabarkan akan bertanding di kerusi P.150 Batu Pahat. DAP pula akan menurunkan "giants" mereka seperti Lim Kit Siang, Fong Po Kuan, Teo Nie Ching dan diperkukuhkan lagi oleh tokoh tempatan, Chua Jui Meng dilihat sedang giat menyerang kubu MCA di Johor. Menurut 'orang dalam' PP yang mengetahui, PP dijangka berupaya menambah bilangan kemenangan kerusi parlimen di Johor pada PRU 13 kelak. Mereka yakin dapat menawan 10 ke 11 kerusi parlimen meliputi P.140 Segamat, P.142 Labis, P.145 Bakri (kekal kemenangan), P.148 Ayer Hitam, P.151 Simpang Renggam, P.152 Kluang, P.158 Tebrau, P.162 Gelang Patah, P.163 Kulai dan P.165 Tanjong Piai manakala kerusi P.150 Batu Pahat dianggap masih berada dalam situasi 50:50. Sekali imbas, kerusi parlimen Johor yang betul-betul selamat (Total White) berada di sekitar 15 ke 16 kerusi. Situasi ini menuntut perhatian dan tindakan segera BN. Sekiranya sasaran PP ini menjadi kenyataan, ianya mampu menggegarkan Putrajaya di skala richter yang agak merbahaya kepada BN. Penulis ingin mengesyorkan agar BN menyemak semula perkiraan politik negeri Johor sekiranya BN masih menganggap Johor sebagai negeri 'fixed deposit'. MCA Johor pula perlu lebih menonjol dalam usaha mereka mempengaruhi pengundi terutama di kalangan pengundi kaum Cina. Penulis turut berpendapat bahawa walaupun PP bakal melalui laluan 'uphill task' di Johor namun dengan prestasi MCA sekarang, PP pasti dapat menambah bilangan kerusi parlimen pada PRU 13 nanti. BN perlu mematahkan segala serangan PP di kubu MCA Johor dengan terus mendekati dan memenuhi kehendak denyut nadi pengundi Johor bagi mengelak "gegaran bahaya" kepada Putrajaya menjelang PRU 13.
Thursday, 12 July 2012
PRU 13: Meninjau Kerusi Parlimen Sarawak
Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen, pada PRU 12 (2008), BN memenangi 30 kerusi manakala Pakatan Pembangkang (PP) terutama DAP hanya menang satu kerusi P.195 Bandar Kuching namun DAP berjaya menambah satu lagi kerusi P.212 Sibu pada PRK yang lalu. Kiraan 'score' terkini, BN:29; PP:2. Pada PRU 13 kelak dan dengan perkembangan semasa serta sentimen pengundi terhadap Ahli Parlimen (AP), situasi dijangka berubah. Adakah Sarawak kekal sebagai 'fixed deposit' BN menjelang PRU 13? BN dijangka terus berusaha mengekalkan kemenangan lalu namun BN janganlah sekali-kali leka dan selesa dengan kemenangan lampau kerana ianya bukan satu jaminan kemenangan mendatang. Sebarang pertambahan kerusi yang memihak kepada pembangkang pada PRU 13 nanti boleh menggegarkan Putrajaya!! Hasil tinjauan secara merapu....kerusi Parlimen 'Total White' bagi BN mencatat 18 kerusi manakala PP dijangka berkeupayaan dan mampu memenangi antara 11 ke 13 kerusi Parlimen Sarawak pada PRU 13 nanti akibat daripada kelemahan AP BN sendiri yang tidak disenangi oleh pengundi. PP juga dilihat kekal fokus ke atas 13 kawasan parlimen berkaitan. Kawasan tersebut meliputi P.195 Bandar Kuching, P.198 Mambong, P.200 Batang Sadong, P.201 Batang Lupar, P.202 Sri Aman, P.205 Saratok, P.208 Sarikei, P.211 Lanang, P.212 Sibu, P.214 Selangau, P.217 Bintulu, P.219 Miri dan P.220 Baram. Menurut sumber tempatan merapusakan, PP yakin dapat menawan sekurang-kurangnya 11 kerusi Parlimen pada PRU akan datang. PP kini sedang tumpu usaha di 2 kerusi Parlimen (P.212 Sibu dan P.217 Bintulu) yang dianggap oleh mereka masih seimbang (50:50). Situasi sebegini sudah pasti menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin BN di peringkat negeri dan Pusat. Merapusakan ingin mengesyorkan agar BN meninjau dan menilai kembali kesemua 13 kerusi tersebut sebelum 'nasi menjadi bubur basi' bagi mengukuhkan tiang seri Putrajaya yang tidak mudah goyang dek angin, gegaran bumi atau dentuman di langit. Merapusakan tidak mahu melihat adengan PP memenangi kerusi Parlimen berkaitan kerana kehilangan 'fixed deposit' BN boleh memberi kesan buruk kepada BN di Semenanjung sekali gus 'kuasa bertukar tangan'. Adalah diharap tinjauan ini dianggap sebagai 'wake-up call' kepada BN. Laksanakanlah 'reappraisal of Sarawak political estimate' dengan kadar segera khususnya jika 'incumbent' di 13 kerusi Parlimen tersebut masih dianggap 'winnable candidate' kerana PRU 13 kian kesuntukkan masa untuk terus dilewatkan. Apapun, BN perlu mengekalkan 'fixed deposit' ini bagi menghalang 'score' 18:13; dengan mendekati dan memenuhi keperluan denyut nadi pengundi dalam 'ibu' segala pilihan raya.
Wednesday, 11 July 2012
Memartabat Kepentingan Melayu Siri 1: Menjenguk Situasi Melayu
Dalam bab politik, Melayu semakin berpecah....UMNO, PAS, PKR, KITA, IKATAN dsb tidak terkecuali Melayu 'atas pagar'. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam mencari "titik perpaduan" Melayu? Apabila kita membincangkan soal kepentingan Melayu, ianya perlu berteraskan kepada 'semangat Melayu' sekali gus mengenepikan kepentingan dan fahaman politik. Majoriti Melayu masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek.....tewas kepada strategi halus bukan Melayu yang kian menghimpit dan menekan Melayu. Adakah Melayu sedar akan hakikat tersebut? Permasalahan Melayu masih menular....gejala dadah, 'mat rempit', pendidikan, ekonomi....hanya politik yang dikuasai Melayu! Namun malangnya Melayu yang mempunyai kuasa masih "kurang mampu" memartabatkan Melayu.....Fikir-fikirkanlah!! Masih ramai Melayu yang hidup seharian dalam keadaan daif dan di bawah paras kemiskinan. Terlalu banyak bidang perniagaan yang belum ditembusi oleh Melayu seperti perniagaan 'hardware', perabut & peralatan elektrik, bahan binaan,tayar & aksesori kereta.......Adakah kegagalan ini berpunca daripada kesukaran transformasi minda Melayu? atau sebab lain.....Berapa ramai Melayu yang berkemampuan memiliki rumah berharga melebihi RM400,000? Persoalan utamanya, adakah kita (Melayu) sanggup membiarkan situasi Melayu ini diwarisi oleh anak cucu kita? Apakah usaha Melayu untuk memartabatkan 'Melayu Maju'? Hanya sekadar menjenguk situasi Melayu di bumi sendiri....Renungkanlah jika kita mengaku Melayu!!!
Soalan Merapu????
What is the different between a Bird and a Fly?
Jawapannya: A Bird can fly but a Fly cannot bird.
Tuesday, 10 July 2012
Sekilas Merapu.....!!!
Boleh dibilang dengan jari negara yang ada 'courage' untuk menongkah arus Amerika Syarikat....Pertama, negara Korea Utara. Kedua, negara Iran dan Ketiga...Mahathir!!!! Renungkanlah.....sekadar sekilas merapu.
Mana Janji Pembangkang!!!???
Pada PRU 12 yang lepas, pembangkang telah menabur janji kepada rakyat dalam usaha mereka memancing undi. Kini PRU 13 semakin hampir....banyak lagi janji baru yang ditaburkan dengan motif yang sama - pancing undi!!! Marilah kita renung kembali janji-janji pembangkang kepada rakyat Selangor. Sudahkah kesemua janji ditunaikan? atau rakyat Selangor ditipu oleh pembangkang. Jika diperincikan, pembangkang masih gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat Selangor meliputi....potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% premis perniagaan, Elaun anak yang dihantar ke TASKA-RM75 sebulan, Elaun RM50 untuk anak di TADIKA, Elaun Khas untuk ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Elaun Khas ibu tunggal, Bantuan kewangan untuk anak muda bernikah, Bantuan geran untuk mulakan perniagaan, Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya 3 bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri Selangor, Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.....terlalu banyak untuk disenaraikan. Kesemua janji tersebut masih gagal ditunaikan oleh Pakatan Pembangkang khususnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR. Jelaslah bahawa Manifesto Pembangkang lebih bersifat 'Indah Khabar Dari Rupa' dan satu 'pembohongan besar'. Namun, pembangkang masih sanggup menabur janji baru kepada rakyat menjelang PRU 13. Pakatan Pembangkang sememangnya suka berjanji....kalau BN melalui TR1M memberi RM520 untuk pemilik teksi....pembangkang akan janji untuk beri 'teksi' kepada pemiliknya. Bila BN beri RM15,000 untuk peneroka FELDA...mereka janji nak bagi RM50,000. Bila BN bagi gaji minima RM900....mereka nak bagi RM4,000....pembangkang hanya pandai berjanji tanpa asas dan perkiraan yang kukuh. Janji mereka berteraskan "Sedap Didengar dan Beri Harapan Kepada Rakyat". Pembangkang hanya auta dan menipu rakyat dengan janji-janji mereka. Pembangkang menganggap bahawa rakyat masih 'belum buka mata' dan 'kurang cerdik' dengan tipu helah politik. Justeru, pada PRU 13 nanti, rakyat Selangor perlu menghukum Pakatan Pembangkang dan membuktikan bahawa rakyat Selangor tidak sanggup lagi 'dicucuk hidung' dan 'ditipu'. BN kekal menepati dan mengkotakan janji serta menepati kehendak denyut nadi rakyat kerana bagi BN 'janji tetap janji' yang wajib ditunaikan. Jom ubah Kerajaan Selangor!!! Kita perlu memberi pengajaran pahit kepada pembangkang.....mereka menipu kita!!!!! bukan sahaja di Selangor malah di semua kawasan yang ditandingi pembangkang.....Adegan yang ingin kita lihat, pembangkang hilang kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta membiarkan Putrajaya menjadi 'mimpi di siang hari' pembangkang pada PRU 13 kelak.
Sunday, 8 July 2012
Syair Buat Pembangkang
PRU 13 hampir tiba. Pembangkang di 4 negeri akan hilang kuasa. Banyak masalah dan sengketa. Rakyat jua yang merana. PKR kekal banyak auta. DAP pula pentingkan Cina. PAS jauh tersasar dari landasan agama. Pakatan pembangkang banyak dosa. Akan dihukum rakyat jelata. Menghalang mereka menawan Putrajaya. Sokong pembangkang tidak bermakna. Tidak berupaya memerintah negara. Kepentingan peribadi paling utama. Pemimpin pembangkang bijak berpura-pura. Rakyat jelata dijadikan mangsa. Janji tidak ditunaikan mereka. Pembohong besar dan penipu semata-mata. Rakyat telah sedar dan sudah peka. Tidak lagi sanggup ditipu dan diperdaya. Pembangkang kini ketandusan idea. Masalah dalaman wujud merata-rata. Pemimpin pula lemah dan tidak bermaya. Pelbagai skandal, isu dan masalah yang menjelma. Pakatan pembangkang bukanlah alternatif kepada BN yang kita cinta. BN khususnya UMNO jua pembela bangsa. Terbukti sudah bakti dan jasa. BN tetap pilihan kita. Denyut nadi rakyat sentiasa paling utama. Kemenangan BN sememangnya nyata. Pembangkang dijangka terus merana. PRU 13 bakal menjadi buktinya. Undilah BN demi kesinambungan kepentingan negara dan keharmonian rakyat jelata. Jangan diulang kesilapan lama, memilih pembangkang tanpa usul periksa. Pembangkang diselubungi kemungkaran dan banyak dosa, hanya BN untuk kita semua. Pembangkang jangan diberikan kuasa, apatah lagi menawan Putrajaya!!!
Thursday, 5 July 2012
Demonstrasi PVTM
Presiden PVTM, Ali Tinju bakal menganjurkan demonstrasi lagi tapi kali ini di hadapan ibu pejabat JHEV. Alasannya kali ini, tidak berpuas hati dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diagihkan kepada PVTM oleh pihak KEMENTAH. Demonstrasi dijadikan landasan oleh PVTM untuk mengumpul dana. Ali akan terus berdemonstrasi selagi beliau tidak dapat memenuhi koceknya. Bila dilayan....Ali tak ubah seperti "diberikan betis, hendak peha".....bila diberikan peha, beliau akan 'pijak kepala'. Pihak KEMENTAH dan kerajaan diugut melalui 'demonstrasi', apakah pihak berwajib akan membiarkan 'budaya demonstrasi' sebegini berlarutan - mana sempadannya!!?? Apakah PVTM sudah habis ruang rundingan hingga menganjurkan demonstrasi?? atau hanya mencari publisiti murahan....!!
Yang anihnya, PVTM dengan laungan kuat mendakwa memberi sokongan penuh kepada BN namun pendekatan dan amalan mereka dilihat menjejaskan imej kerajaan pimpinan BN. Usahlah dilayan sangat dengan karenah PVTM yang tiada kesudahannya terutama kehendak peribadi Presidennya, Ali Tinju.
Wednesday, 4 July 2012
Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang
PRU 13 dah semakin hampir namun Pakatan Pembangkang masih gagal mengumumkan secara rasmi Kabinet Bayangan untuk pengetahuan rakyat. Rakyat terus dibiarkan dengan pelbagai persoalan. Kenapa pembangkang bimbang untuk mengumumkannya!?? Setakat ini, hanya beberapa blog yang menyenaraikan Kabinet Bayangan pihak pembangkang....ini dianggap tidak rasmi.Rakyat perlu tahu siapakah yang bakal menerajui setiap kementerian agar rakyat dapat menilai kredibiliti individu berkaitan. Faktor inilah yang mengecutkan pembangkang kerana majoriti rakyat sudah pun menilai bahawa pembangkang tidak ada tokoh setanding BN untuk mentadbir dan mengurus negara untuk memenuhi kepentingan semua kaum. Kualiti pembangkang mengurus dan mentadbir negeri pun sudah celaru, kusut dan ditimpa pelbagai permasalahan, mana mungkin pembangkang berupaya memerintah negara. Kesimpulannya, Pakatan Pembangkang sememangnya tidak layak diberi kuasa untuk memerintah negara.....Pakatan Pembangkang bukanlah alternatif kepada BN. Rakyat semakin bijak menilai....Pakatan Pembangkang akan menerima padah yang serius pada PRU 13 kelak. Rakyat juga tidak mungkin mudah diperdaya, ditipu atau dibohongi lagi oleh pihak pembangkang. Kesilapan memilih pembangkang pada PRU 12 tidak akan diulangi.
Monday, 2 July 2012
Syair Untuk Ali Tinju
Lahirnya Mohd Ali dengan gelaran Ali Tinju. Tingkahlaku dan sikapnya mengalahkan hantu. Degil ibarat kepala batu dan diberhentikan dari ATM akibat salahlaku. Kaki minum beer, wiski, wine....tidak terkecuali samsu. Beristeri 3 untuk puaskan nafsu...bercerai sudah talak tiga dan satu. Nafsunya memburu isteri orang, janda, anak dara dan andartu. Kekerapan berzina bukannya satu malah beribu. Berjoli sakan habis wang beribu. Wang sumbangan dan dana PVTM dikebas serta 'disapu'.Bila malam premis karaoke yang dituju. Menyanyi dan berdansa melebihi jam satu. Balik dengan GRO bagi melempiaskan nafsu.Dosa dan pahala tiada dalam buku Ali Tinju. Demonstrasi jalanan anjuran Ali Tinju, mencari dana nak penuhkan saku. Motif demonstrasi PVTM semakin celaru namun ada pihak yang tidak menentu akibat karenah Ali Tinju. Impak PVTM tidaklah padu kerana keahliannya tak sampai seribu. Dipimpin pula oleh Presiden yang otaknya 'kelabu' ibarat Si Luncai terjun dengan labu. Ramai bekas tentera dah mula muak dan jemu kerana Ali Tinju cuba juarai segala isu. Kepentingan peribadi di senarai satu....sanggup memfitnah, berbohong dan menipu. Itulah Ali Tinju yang tak tau malu!!! Ali Tinju cuba mengheret warga tentera dalam isu namun kesetiaan warga dan bekas tentera kepada kerajaan amatlah jitu. Sekianlah syair untuk Ali Tinju semoga beliau insaf sebelum Izrail mengetuk pintu!!!
PAS Kedah Semakin Terdesak
PAS Kedah sedar bahawa jangka hayat mereka kian singkat kerana PRU 13 semakin hampir, mereka bakal hilang kuasa kepada BN terutama UMNO Kedah. Menyedari hakikat ini, PAS Kedah kini mula menggadai tanah rezab Melayu untuk dijadikan Taman Peringatan (Memorial Park) kaum Cina khususnya di sekitar Bukit Kob. Tindakan ini satu pengkhianatan kepada Melayu. PAS Kedah semakin terdesak, mereka sanggup berbuat apa saja demi memancing undi bukan Melayu terutama undi kaum Cina Kedah. Demi kuasa, PAS telah mempertaruhkan kepentingan Melayu sebagai gadaian.....PAS Kedah kini telah tersasar amat jauh daripada landasan sebenar yang diharapkan oleh penyokong dan pengikutnya. "Melayu tidak penting, kuasa diutamakan".....inilah amalan PAS, bukan saja di Kedah malah di mana jua PAS berada. UMNO Kedah terus menonjol dalam usaha untuk menawan kembali negeri Kedah pada PRU 13 kelak manakala PAS semakin lemah dan dilanda pelbagai masalah dalaman. Kedah tidak bersinar seperti sebelumnya.....di tangan PAS, Kedah menjadi malap, gelap dan tidak bermaya. PAS Kedah bakal dihukum oleh rakyat (pengundi) ekoran daripada pelbagai tindakannya yang tidak mengutamakan kepentingan Melayu-Islam....laungan membela Melayu-Islam hanya di bibir sahaja. PAS sebenarnya tidak ikhlas....sentiasa diperkudakan oleh DAP dan hidungnya ditarik oleh PKR. PAS tidak kukuh di atas kaki sendiri jika dibandingkan dengan kekuatan UMNO yang telah terbukti sejak ia ditubuhkan. Kekesalan majoriti rakyat Kedah sudah sampai ke kemuncaknya.....mereka tidak akan mengulangi kesilapan memilih lagi. PAS dan pakatan pembangkang bakal dihukum berat oleh rakyat Kedah pada PRU 13. Pemimpin PAS Kedah tidak berjiwa rakyat, kepentingan Melayu digadai dan dipinggirkan, mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya, lemah dan tidak mampu membawa Kedah ke landasan yang lebih gemilang. PAS dan pakatan pembangkang perlu dihukum oleh rakyat Kedah kerana mereka mengabaikan kepentingan Melayu-Islam. PAS Kedah semakin terdesak.....masa semakin suntuk, kemungkaran kian terdedah ibarat "bangkai gajah cuba ditup dengan nyiru",kepentingan Melayu-Islam digadaikan.....PAS pengkhianat bangsa dan agama. PAS perlu ditalkinkan dan dikuburkan di Memorial Park Bukit Kob pada PRU 13 akan datang!!!
Sunday, 1 July 2012
PRU 13: Pembangkang Bakal Kalah
Pakatan pembangkang kini sedang gah menyusun strategi serangan ke atas Johor. Ramai "giants" pembangkang akan pindah kawasan dan bertanding di Johor pada PRU 13 kelak - Sallehuddin Ayub, Kit Siang dsb. Strategi tersebut bakal mengundang padah sekali gus pembangkang akan kalah teruk di Johor. Negeri Johor kekal sebagai kawasan tradisi BN terutama UMNO - bumi kelahirannya!Pembangkang bagaikan 'menang sorak, kampung tergadai'- landasan himpunan jalanan pilihan mereka untuk merampas kuasa kerajaan pimpinan BN. AWAS....!!! BN bakal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan malah tiada masalah besar untuk mengekalkan kerajaan di Perak dan negeri-negeri lain di bawah pemerintahannya kini. Rakyat sudah lama sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan besar untuk memilih pembangkang pada PRU 12 yang lalu. Rakyat tidak sanggup lagi ditipu, dibohongi dan mengulangi kesilapan lalu. Menjelang PRU 13, pelbagai janji baru ditaburkan oleh pembangkang ibarat 'menanam tebu di bibir' sedangkan janji lama kepada rakyat masih banyak yang belum ditunaikan. Senjata PAS menggunakan landasan agama bagi meraih undi semakin tumpul, PKR diselubungi pelbagai masalah dalaman dan kepimpinan manakala DAP masih tebal dengan amalan 'rasis'- tidak mempedulikan nasib masa depan Melayu dan Islam. PAS di Kelantan dan Kedah semakin celaru dan ketidaktentuan. PKR di Selangor bagaikan pohon kering....menanti waktu untuk menyembah bumi. DAP di Pulau Pinang semakin menindas orang Melayu dan dibiarkan melarat. Pakatan pembangkang ibarat "jasad tanpa roh' malah jasadnya pula berbau busuk seperti bangkai - busuk kerana tingkahlaku dan sikap pemimpinnya yang rakus dengan mengamalkan prinsip 'kepentingan peribadi mengatasi segalanya'. Rakyat dan pengundi dijadikan mangsa kerakusan mereka - rakyat diperalatkan dan dibohongi mereka 'hidup-hidup'. Pada PRU 13 nanti, rakyat pasti menghukum pakatan pembangkang bagi melepaskan dendam mereka. Jika dendam ini tidak terbalas, rakyat tidak dapat tidur.......pakatan pembangkang bakal menerima hukuman dan padah sekali gus bakal kalah teruk pada PRU 13. Prestasi BN dijangka lebih baik daripada PRU 11 (2004). BN menepati janji dalam memenuhi keperluan denyut nadi rakyat!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)