Tuesday 8 October 2013

PRK Sungai Limau: PAS Kalah Ada Pembangunan, Menang Tiada................!!!

Kawasan DUN Sungai Limau telah dimenangi oleh PAS sejak tahun 1995, bekas ADUN PAS Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak telah berjaya mendapat sokongan majoriti pengundi. Personaliti dan aura Allahyarham sememangnya amat diterima dan disegani penduduk setempat. Semasa Allahyarham menjadi MB Kedah, beliau lebih mengutamakan kawasan DUN lain daripada kawasan yang beliau wakili. Ada pihak menganggap tindakan tersebut sebagai tidak mementingkan diri sendiri namun tidak kurang juga yang mengeluh.......ibarat "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Kini yang tinggal hanya legasi Allahyarham Tan Sri Azizan di DUN Sungai Limau kerana PAS tidak mampu mencari pengganti setanding Allahyarham. Sempena PRK Sungai Limau ini, segalanya agak berbeza, Kedah kini dipimpin oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang rata-rata pengundi Sungai Limau dapat menerima beliau. Banyak persamaan yang zahir antara Allahyarham dan Datuk Mukhriz.....cuma yang membezakan mereka ialah fahaman politik.....UMNO dan PAS. Kawasan DUN Sungai Limau agak lembab pembangunannya, sewaktu PAS memerintah pun tiada banyak perubahan pembangunan yang dirasai penduduk Sungai Limau. Pengikut dan penyokong PAS harus bermuhasabah diri.....kenapa tidak beri kemenangan kepada UMNO bagi menikmati arus pembangunan yang dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat DUN Sungai Limau. Adakah pengundi DUN Sungai Limau tidak kisah jika arus pembangunan bagaikan 'merangkak' di bawah ADUN PAS atau mereka sudah sedar kini bahawa kekalahan satu kerusi DUN tidak akan mengubah landskap politik negeri Kedah......pengundi Sungai Limau amat dahagakan pembangunan terutama bagi golongan nelayan dan petani. PAS tidak akan rugi jika UMNO menawan kembali kerusi DUN Sungai Limau malah segala denyut nadi rakyat akan ditunaikan oleh UMNO. Terpulanglah kepada pengundi Sungai Limau untuk membuat keputusan menjelang 4 Nov nanti, jika PAS kalah, sudah pasti rakyat Sungai Limau bakal mengecapi pembangunan yang diinginkan namun jika PAS terus berjaya memenangi PRK Sungai Limau......segalanya sepertimana yang ada sekarang!!!

No comments:

Post a Comment