Tuesday, 27 March 2012

Kepentingan Melayu.........!!??

            UMNO kekal sebagai teras untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam malah belum wujud satu parti yang boleh menjadi alternatif kepada UMNO......bukan PAS malah jauh sekali PKR dan mustahil bagi DAP.

            Bagaimana pula dengan "kawalan perniagaan" oleh Melayu dalam bidang perniagaan perabut, alat ganti kenderaan, tayar, hardware, hyper-market dsb. Betapa baiknya jika Hyper-market 1Malaysia diwujudkan.

            Semoga pihak kerajaan merealisasikan perkara tersebut dengan segera mungkin demi kepentingan Melayu.

Tuesday, 20 March 2012

Siapa Akan Menang Pada PRU 13 ???
(dari perspektif Nujum Merapu)

            Melihat kepada pola persepsi semasa pengundi, BN masih mampu mengekalkan Putrajaya dengan kemenangan antara 135 ke 140 kerusi Parlimen. Walau pun tanpa memperoleh 2/3 majoriti (kurang 8 ke 13 kerusi) namun Pakatan Pembangkang tewas jua.

            Bagi kerajaan negeri pula, Pakatan Pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dan Pulau Pinang manakala BN berjaya menawan kembali Kedah dan Selangor dengan kemenangan tipis. Impian pembangkang untuk menawan Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu kekal menjadi "mimpi di siang hari". Tidurlah dan teruskan mimpi ini hehehe! Apatah lagi untuk pembangkang menawan Melaka, Johor dan Pahang serta Sabah dan Sarawak......ibarat mission impossible untuk pembangkang. Apa pun jua, BN perlu bekerja kuat untuk uphill task pada PRU 13.

            Persolannya....bilakah tarikh PRU 13? Setakat ini, selain Allah SWT....hanya PM yang tahu tarikh keramat ini untuk mengadakan "ibu segala pilihan raya".



          
UMNO Kekal Relevan....!!

            UMNO kekal relevan semalam, hari ini, esok dan selamanya manakala ahlinya datang dan pergi namun apabila ahli dah menjadi liabiliti kepada parti, tindakan paling tepat adalah mengundurkan diri secara sukarela atau dipecat. Belum ada hingga kini sebuah parti yang mampu dan berjaya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam seperti UMNO.

            Yang peliknya, bila wujud di kalangan ahli UMNO yang menjadi liabiliti besar kepada parti, masih mahu kekalkan jawatan dalam parti.......tanpa rasa bersalah dan malu. Ada pula di kalangan 'veteran UMNO' yang tidak tahu berundur malah terus melobi untuk menjadi calon pada PRU 13 nanti walau pun sudah tidak diterima oleh pengundi. Apakah mereka ini ingin melihat mereka ditolak oleh pengundi dengan kekalahan kepada pihak pembangkang. Bukankah ini akan merugikan peluang kemenangan UMNO. Masalah "ego" ini telah lama wujud, bila dah berada di atas.....tidak tahu untuk berundur.

            Faktor winnable candidate....... tidak perlu wujud sebarang kompromi dalam membuat keputusan oleh pucuk pimpinan parti jika UMNO inginkan kejayaan pada PRU 13. Melihat usaha gigih PM, adakalanya timbul rasa simpati di hati kecil ini....apa tidaknya! PM seolah-olah sendirian tanpa sokongan padu di peringkat Bahagian khususnya. Masing-masing sibuk untuk menjadi calon dan tidak keterlaluan berlakunya back stabbing sesama sendiri.

            Demi kepentingan Melayu dan Islam......sokonglah UMNO dengan menterjemahkannya melalui undi pada PRU 13 yang semakin hampir.