Wednesday, 27 November 2013
Rumah Mampu Milik DAP Di Pulau Pinang Berharga RM400,000......!!!
Projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mengelirukan rakyat kerana harga yang ditawarkan adalah di luar kemampuan. Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata unit rumah seluas 1,000 kaki persegi ditawarkan pada harga siling RM400,000 itu adalah di luar kemampuan bagi golongan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan. “Projek mampu milik dan perumahan rakyat oleh mana-mana kerajaan, keuntungan bukannya matlamat kerana ia bukan syarikat pemaju swasta tetapi untuk memastikan keperluan masyarakat dapat dipenuhi,” katanya. Teng berkata demikian selepas menyampaikan insentif pelajar cemerlang PMR dan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) kepada 387 penerima di kawasan Timur Laut. Katanya kos pembinaan untuk rumah bertingkat adalah antara RM130 dan RM150 sekaki persegi dan tiada alasan untuk kerajaan negeri menawarkan harga siling RM400,000 bagi rumah seluas 1,000 kaki persegi. Teng berkata terdapat margin keuntungan yang besar jika rumah mampu milik dijual pada harga siling RM400,000 dan kerajaan negeri seharusnya menawarkan harga yang lebih rendah berbanding pemaju swasta. “Ini menunjukkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang tiada keikhlasan dan usaha sebenar untuk membantu rakyat kerana mereka tidak mempunyai dasar perumahan. Itulah sebabnya mereka tidak boleh menentukan harga,” katanya. Teng berkata projek perumahan itu turut akan menjarakkan lagi jurang kehidupan dan sosial kerana dibimbangi ramai penduduk di kawasan pulau akan pindah ke seberang berikutan harga siling yang dua kali ganda lebih murah. Difahamkan harga siling RM220,000 ditawarkan untuk rumah mampu milik di Batu Kawan untuk unit rumah yang sama luas dengan kawasan di pulau.
Tuesday, 26 November 2013
Muktamar PAS: Ancaman Liberalisme Kepada Melayu-Islam

Monday, 25 November 2013
Retorik Terbesar Presiden PAS di Majlis Ijtimak......!!!
Sunday, 24 November 2013
Muzakarah UMNO-PAS Perlu Diteruskan.......!!!

Thursday, 21 November 2013
Isu Tuntutan Comango.......!!!

Tuesday, 19 November 2013
Muktamar PAS: Kerusi Timbalan Presiden Paling Panaaaasss!!!

Sunday, 17 November 2013
PAS Lebih Kukuh Jika Keluar Dari PR.....!!!???
(4).jpg)

Wednesday, 13 November 2013
Kenapa DAP Perlu Pastikan Generasi Akan Datang Bodoh Tentang Sejarah???

Tuesday, 12 November 2013
PRK Sungai Limau: Layakkah PAS Mendabik Dada???
Tahniah kepada calon PAS yang berjaya memenangi PRK Sungai Limau. Walaupun agak sengit, kem BN agak "berputih mata kerana kalah" bak kata orang-orang PKR. Dalam pada itu, kekalahan BN bolehlah dikatakan agak bergaya dari segi falsafah tetapi dari segi politik, yang kalah tetap kalah. Sudah resam adat bertanding. PAS gagal menambah majoriti. PRU 13 menyaksikan arwah Tan Sri Azizan Razak menang dengan majoriti 2,747 tetapi pada kali ini majoriti yang dimenangi PAS hanya 1,084. Mengikut perkiraan, PAS hanya menang dengan kelebihan kurang dari 5% dari jumlah keseluruhan yang keluar mengundi. Ini satu jumlah yang terlalu kecil dari angka perkiraan politik. Dalam pada itu cerita dari kem PAS amat berbeza. Sudah ada yang mendakwa bahawa merekalah yang memperjuangkan kemenangan PAS di Sungai Limau tersebut. Lebih kelakar orang yang mendakwa itu amat sukar untuk dilihat berkempen di Sungai Limau sebaliknya lebih senang dilihat di sempadan Thailand semasa waktu kempen tersebut berlangsung. Apa yang pasti, tujuan sebilangan pemimpin-pemimpin PAS mempromosi diri ini tidak lebih dari sekadar mendapat populariti untuk muktamar PAS yang akan datang nanti. Dari sini sudah dapat diukur keikhlasan pemimpin-pemimpin PAS untuk berkempen. Jika tidak, masa kan timbul isu dari kem PAS yang tidak menjemput beberapa pemimpin PAS untuk sama berkempen di Sungai Limau. Bukankah cerita ini menunjukkan terdapat unsur peperangan dalaman PAS? Dalam pada itu jika dikaji, kubu kuat PAS tidaklah gah seperti yang disangka. Momentum PAS sudah semakin hilang sengat dengan penurunan majoriti yang amat besar. Menang benar PAS boleh bergembira untuk meraikan kemenangan tersebut, tetapi untuk mendabik dada tidak layak sama sekali. Terdapat satu pepatah Inggeris yang berbunyi "victory will not last a lifetime, but excellence will last forever". Jadi di masa akan datang, tidak mustahil Sungai Limau akan jatuh ke tangan BN kerana dari satu sudut penilaian kualiti yang diterjemahkan BN dalam menghadapi pembangkang lebih baik. InsyaAllah di masa akan datang BN boleh menang dengan bergaya di Sungai Limau. Perlu diingat perjalanan politik bukan hanya dalam tempoh satu atau dua penggal. Perjalanan politik terlalu panjang cuma kita sahaja yang perlu sentiasa peka di manakah kedudukan kita semasa itu. Jadi kepada BN, jangan lagi jadikan kubu kuat PAS sebagai satu alasan kegagalan kita. Tiada yang mustahil dalam politik. Ingat, tiada kemenangan datang bergolek. Setiap kemenangan memerlukan usaha yang gigih. Dan kemenangan yang menggunakan usaha yang gigih akan digelar sebagai kegemilangan, bukan sekadar kemenangan.
PRK Sungai Limau: Sokongan Pengundi Cina Kepada BN Meningkat
KeputusanPRK Dewan Undangan Negeri Sungai Limau secara sepintas lalu menunjukkan terdapat peningkatan sokongan kaum Cina terhadap BN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, keputusan dua peti undi yang bilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN.
"Kalau kita lihat sepintas lalu, memang ada peningkatan, tapi kita perlu membuat kajian lebih mendalam mengenainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC.
Keputusan PRK menyaksikan PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, yang mendapat 10,985 undi.
Najib berkata, walaupun tewas, prestasi BN boleh dikatakan menggalakkan kerana ia berjaya mengurangkan majoriti PAS, dan kawasan itu pula merupakan kubu kuat parti itu.
"Kalau dahulu majoriti kita kalah di tempat ini ialah 2,774 dan kini berkurangan kepada 1,084 undi, ini menunjukkan ada trend sokongan ke arah BN," kata Najib.
"Kita tahu ini kubu kuat PAS sebab kawasan ini sudah lima kali Pilihan Raya Umum kita tidak menang, namun PRK kali ini kita berjaya menembusi 10 pusat daerah mengundi berbanding PAS sembilan," katanya.
Najib berkata, beliau percaya dengan kemenangan PAS, parti pembangkang pasti tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti lazimnya yang sering dilakukan mereka apabila tewas pilihan raya.
"Ini menunjukkan demokarasi di Malaysia segar dan telus dan perjalanan serta keputusan PRK ini tidak boleh dipertikaikan," katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan peringkat nasional yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; peringkat negeri yang diterajui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta peringkat Bahagian diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Terima kasih juga kepada wakil BN negeri, sayap wanita, pemuda dan puteri. Ini adalah kerjasama berpasukan yang baik antara peringkat negeri dan bahagian, mereka bekerja keras dan menunjukkan prestasi yang baik di dalam BN," katanya
Subscribe to:
Posts (Atom)