Satu hakikat yang tidak mampu disangkal tiga calon yang bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor yang tempoh rasmi berkempen yang bermula pada 13 Sep lalu adalah kualiti bekas wakil rakyatnya.
Tidak kiralah calon itu mewakili BN, PAS atau Pen (lambang dipilih oleh calon Bebas), mahu atau tidak, ketiga-tiga calon bertanding ini perlu akur terhadap realiti bahawa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar bukanlah calang-calang pemimpin.
Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, jasa wakil rakyat tiga penggal di Pengkalan Kubor ini tidak ‘terkubur’ bersama jasadnya.
Menjelang pemilihan 25 Sep ini, poster-poster calon bertanding semakin hebat telah dinaikkan di kesemua 12 daerah mengundi yang dipisahkan oleh Sungai Golok dengan Thailand.
Di sebalik kesibukan menghadapi PRK, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Datuk Di’ tetap menjadi sebutan. Kemesraannya jadi kenangan dan jasanya abadi sebagai sanjungan.
Sedikit tinjauan tentang Pengkalan Kubor, orang PAS atau orang BN di sini boleh dikatakan tidak berbalah sesama sendiri, sebaliknya mereka saling menghormati. Kalau ada pun mungkin beberapa kerat sahaja.
Barangkali, mereka telah terikut-ikut teladan yang ditunjukkan bekas wakil rakyat tiga penggal mereka yang sering menghulurkan bantuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
Menurut cerita penduduk, Allahyarham yang faham dan fasih berbahasa Thai ini tidak hanya muncul di ‘majlis suka-ria’ atau kenduri-kendara sahaja.
Tiba musim banjir, beliau tiba dulu sebelum ketibaan bantuan rasmi. Andaikata ada penduduk yang sakit, beliau beli ubat dan tidak lupa menziarah.
Satu perkara lagi yang sering diberitahu penduduk; Allahyarham lebih suka jika penduduk memanggilnya ‘abe’(abang).
Cerminan kepimpinan Noor Zahid terdahulu, maka tidak hairanlah kawasan Pengkalan Kubor dilihat cukup tenang dan meriah dengan hubungan komuniti yang cukup erat.
Percaya atau tidak, ada penduduk yang memberikan Gred A+ terhadap tugas dan khidmat bakti Allahyarham.
Tiga calon bertanding, Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) bagaimanapun tidak perlu terlalu gusar dengan ‘sejarah’ manis yang telah ditinggalkan Allahyarham kepada penduduk di Pengkalan Kubor.
Namun, tidak dinafikan, tidak mudah untuk mereka menyambung tugas seorang pemimpin yang disenangi dan disayangi rakyat.
Tetapi, sekurang-kurangnya tiga calon anak kelahiran Kelantan ini tidak perlu ‘pening kepala’ memikirkan isu-isu berat atau mencongak apa sebenarnya yang dimahukan oleh 24,039 pengundi di Pengkalan Kubor.
Dengan menoleh ke belakang, merenung sejenak faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan Datuk Di dahulu, ketiga-tiga calon ini sebenarnya sudah boleh ‘nampak’ rahsia untuk mereka memenangi hati rakyat, seterusnya menang di hari mengundi kelak.
Mereka sebenarnya sudah punya petunjuk jelas dan menemui dua rahsia untuk menang!
Penduduk faham setiap pemimpin membawa identiti dan pendekatan kepimpinan dengan cara tersendiri.
Sebab itulah mereka tidak minta pemimpin seterusnya menjadi ‘Datuk Di ke-2′. Mereka tahu itu mustahil!
Apa yang penduduk harapkan adalah – melihat tampilnya seorang YB (Yang Berhormat) yang sebaik mungkin atau setaraf, atau yang lebih baik daripada wakil rakyat mereka terdahulu.
“Apa yang perlu diusahakan calon-calon sekarang ialah mengatur strategi terbaik, turun padang dan mendekati rakyat dan paling penting jangan sesekali melakukan sesuatu yang dilihat ‘jengkel’ di mata pengundi,” kata seorang ‘pak cik’ tua di sebuah kedai kopi. Persoalannya, siapakah bakal terkubur? Yang pasti terkubur semestinya calon Bebas yang langsung tidak ada peluang menang dan beliau hanya menyemarakkan demokrasi. Saingan sengit wujud antara calon BN dan PAS malah peluang kemenangan agak seimbang namun akhirnya Matmerapu jangka bahawa BN akan menang dengan majority lebih kecil, insya'allah.
Friday, 19 September 2014
#PRK Pengkalan Kubor: Siapa Bakal Terkubur.......!!!???

Thursday, 11 September 2014
#Pengkalan Kubor By-Election: PAS Now Makes The 'Kubor Move'.......!!!
There's a new catchline on the political scene, an extension of the failed Kajang Move that led to the equally disastrous plot by the PKR to change the Selangor Mentri Besar.
It is the Kubor Move, arising from PKR’s surrender of the Pengkalan Kubor state seat in Kelantan to PAS.
Some observers see it as a magnanimous gesture by PKR President Dr Wan Azizah Wan Ismail, the centre of the ongoing controversy in Selangor that had caused fractures in the Pakatan Rakyat coalition.
They also see it as an apparent bid by Dr Wan Azizah to mend fences with PAS President Abdul Hadi Awang, who rejected her candidacy for the MB’s post.
However, some PAS insiders say the PKR have come to terms with the fact that Dr Wan Azizah’s party cannot win the state by-election on Sept 25 if it puts up its own candidate.
She is said to fear her party will not get the backing from PAS campaigners, as both parties had been at loggerheads over the right to contest in the seat since it became vacant last month.
It had been seen in most cases where the PKR had won electoral seats; the victories had come with the massive support of the PAS election machinery.
The prospects of the PKR failing in Pengkalan Kubor was believed to have been discussed at a discreet meeting, which prompted Dr Wan Azizah to say her party was giving the seat back to PAS.
Notwithstanding this, the prospects of PAS wresting Pengkalan Kubor from the Barisan Nasional is not going to be an easy task, considering that several leaders had broken ranks with Abdul Hadi as well as with the elders in the syura and ulama councils.
Moreover, PAS had lost its clutches on the seat in the 2004 general elections, which had since been held by incumbent Noor Zahidi Omar till his death on Aug 10.
The assemblyman was suffering from lung cancer and died while receiving treatment in China.
He was said to be a popular people’s representative and his term saw the opening of a Mara Junior Science College (MRSM) branch campus and projects to alleviate the flooding problem, among others.
So, he has left a legacy that voters in Pengakalan Kubor are expected to translate into votes for the Barisan.
In the meantime, PAS has to also grapple with an internal feud that started in Selangor when two state assemblymen went against their elders to side with the DAP and PKR to endorse Dr Wan Azizah’s candidacy.
Saari Sungip (Hulu Kelang) and Hasnul Baharuddin (Morib) were considered heroes by their PKR and DAP counterparts but the PAS syura and ulama councils regard them as rebels.
At the same time, the PKR, DAP and the two rogue PAS men lobbied for the Mentri Besar’s post for Dr Wan Azizah and told the palace there is not going to be another nominee from them.
Things began to happen fast, with a faction promoting an off-shoot party called PASMA and Abdul Hadi telling those who no longer supports the core party to buzz off!.
Sultan Sharafuddin Idris Shah, not amused by the stance taken by the PKR and DAP, ordered all three parties to give more than two names to the palace by Sept 2.
And, only PAS followed the Ruler’s decree.
There was no turning back for Mat Sabu, Saari and Hasnul, who refused to support a list of three nominees for the MB’s post from their own party.
The Sultan rejected Dr Wan Azizah as the sole nominee and said it was now left to him to screen all eligible prospects from among the Pakatan assemblymen for the post.
Some observers read this as a possibility that Khalid Ibrahim would be retained by the Sultan, at least until the Menteri Besar presents the state budget in November.
Now, Anwar and DAP Secretary-General Lim Guan Eng had to also go begging for forgiveness from the Sultan for making him angry that his orders were defied.
From the outset, Khalid had rejected the idea of forcing a by-election for no reason other than to meet Anwar’s private agenda.
For Hadi, whose tolerance had hit breaking point, he can choose to lead PAS out of the Pakatan coalition or let the Anwaris group to decide whether they still want to be in the party or to leave and stay out for good.
But there is no point of Hadi blaming the PKR or the DAP for the turmoil in his own party.
The cause of the PAS internal problem started with the Hulu Kelang and Morib assemblymen turning against their own party.
Now, the country looks at the direction the Kubor Move will take; a situation that could break or re-make PAS.
#PRK Pengkalan Kubor: Wan Rosdi Calon PAS......!!!
Apa yang tersebar dari sumber dalaman PAS Kelantan mengenai calon yang bagi Pakatan untuk PRK Pengkalan Kubor semalam ialah Wan Rosdi yang juga penyelia DUN Pengkalan Kubor telah dipilih.
Pemilihannya dibuat setelah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menolak pencalonan beliau dan mahu calon tempatan diberi peluang.
"Asalnya memang PAS Tumpat namakan Datuk KJ (Kamaruddin Jaafar) sebab dalam PRU13, biarpun calon PKR kalah di DUN Pengkalan Kubor tetapi Datuk KJ menang majoriti 400 undi.
"Sebab itu PAS Tumpat namakan dia untuk jadi calon, tapi Datuk KJ tolak dan cadangkan supaya pimpinan di DUN Pengkalan Kubor diberi peluang.
"Jadi setelah dinilai, Wan Rosdi merupakan calon terbaik sebab dia mesra dengan penduduk setempat dan merupakan anak tempatan," kata sumber tersebut.
Selain Wan Rosdi, dua nama lagi yang turut menjadi perhatian untuk dinamakan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat, ialah Che Ibrahim Mohamed dan Rofien Hassan.
Pada 11 Sep 2014, secara rasminya PAS mengumumkan Wan Rosdi calon Pakatan untuk PRK Pengkalan Kubor.
Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam misi merampas DUN Pengkalan Kubor yang dikuasai Umno sejak 2004.
Pemilihan beliau diumumkan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis.
Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar
Beliau merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984.
Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980).
Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah.
Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua Muslimat PAS Tanah Merah.
Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Julai 2013.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak.
Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan master di UiTM, Wan Shakikah lepasan ijazah USIM.
Wan Mohd Shafiq (Ijazah Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia) dan Wan Najibah lepasan ijazah USIM.
Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal Tumpat ketika peringkat awal diwujudkan.
Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan.
Kegiatannya dalam parti bermula sebagai AJK Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai AJK PAS Tumpat.
Selepas PRU 1999 Wan Rosdi bertugas sebagai Setiausaha ADUN Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad.
Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan dan mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat.
Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik sebagai Penyelia DUN Pengkalan Kubor sejak 2009.
Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan Ahli Majlis Daerah Tumpat pada 1997-2007.
Wednesday, 10 September 2014
PASMA: Presiden PAS Perlu Nyahkan Golongan Anwarinas......!!!
Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang perlu mengambil peluang keemasan ini untuk memecat mana-mana ahli PAS yang mengeluarkan kenyataan berbeza dari keputusan dirinya dan Majlis Syura Ulama terutama sekali barisan pemimpin PAS yang mempunyai rekod tercemar seperti salah laku seks seperti Mat Sabu,Mustafa Ali dan lain lain.
Mereka yang kini dilaporkan sedang menjadi barisan kepimpinan PASMA sudah sepatutnya mengisytiharkan diri keluar dari PAS dan berdiri secara asing di atas kapasiti sendiri. Namun, sebaliknya mereka kini mengeluarkan kenyataan berbeza dari apa yang Presiden PAS nyatakan kepada media massa dan umum.PAS mampu berjuang sendiri untuk mencapai cita-cita politik mereka.
Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) 2014/16:
Mursyidul Am PASMA : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am PASMA : Ust Muhammad Husin (Kelantan)
Presiden PASMA : Yb Dato’ Husam Musa (Kelantan)
Timb. Presiden PASMA : Dr Hatta Ramli (Selangor)
Naib Presiden PASMA : Dr Dzulkifli Ahmad (Selangor)
Naib Presiden PASMA : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pulau Pinang)
Naib Presiden PASMA : Yb Khalid Samad (Selangor)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Johor)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulama : Ust Mohamad Nor (Melaka)
AJK PASMA :
Nordin Majid (PGS – Pahahg)
Dato Wan Rahim (Kelantan)
Ust Taib Ahmad (Kedah)
Ust Nasir Zakaria (Kedah)
Ust Fuad Othman (Negeri Sembilan)
Hanipa Maiden (Selangor)
Syed Azman (Terengganu)
Mohamad Sabu (Pulau Pinang)
Ust Dzulqarnain (Perlis)
Sayuthi Basirun (Selangor)
Abd Fatah Harun (Kelantan)
AJK Tambahan:
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali
Apakah TG Hadi Awang mampu menghapuskan parasite-parasit yang sedang rancak mengorek jatidiri dan integriti PAS selaku sebuah parti yang pernah berjuang untuk mendaulatkan Islam atau membiarkan saja PASMA menenggelamkan bahtera PAS sekarang?
Membiarkan semua yang tersenarai di atas di dalam kepimpinan PAS boleh diumpamakan membiarkan anai-anai di dalam Bahtera PAS yang akan di korek dan dijahanamkan mereka dalam waktu terdekat! Awas liberalisasi dalam PAS yang sedang memuncak.
#PRK Pengkalan\ Kubor: Ustaz Mat Razi Calon BN........!!!
Pengasas sekolah pengajian pondok dipilih oleh pucuk pimpinan UMNO untuk mewakili BN bertanding pada PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September ini.
Nama Mat Razi Mat Ail, 49, yang juga Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor, petang 10 Sep 2014.
Beliau yang berkelulusan BA (Hon) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah bergiat dalam politik sejak tahun 1990 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Simpangan.
Selepas itu, pada tahun 2005 dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan tahun 2009 sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.
Bapa kepada enam anak itu merupakan penduduk tempatan dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor dan dikenali sebagai seorang yang mesra dan diterima kepada penduduk.
Mat Razi adalah pengasas sekolah pengajian pondok yang didirikan di tanah wakaf miliknya di Kampung Simpangan, dua tahun lalu hasil sumbangan bekas ADUN Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.
Beliau menjadi guru sejak tahun 1988 bermula di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat selama lapan tahun sebelum dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau, Perak, kemudian kembali mengajar di Kelantan tahun 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli.
Selepas itu pada tahun 2008, Mat Razi ditukarkan ke Sekolah Menengah Geting, Tumpat sebagai Guru Pemeriksa Sejarah.
Beliau pernah menyandang gelaran Johan dalam Tilawah Al-Quran (Taranum) peringkat Maktab Perguruan.
Tuesday, 9 September 2014
#PRK Pengkalan Kubor: Tuan Ibrahim Pengarah Induk PRK.......!!!
Jentera operasi PAS PRK DUN Pengkalan Kubor diketuai bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Pengarah Induk PRK DUN Pengkalan Kubor.
Setiausaha Operasi PAS Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Jamaluddin Ishak berkata, pelantikan tersebut dibuat pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur.
Katanya, Timbalan Pengarah Operasi pilihan raya terbabit iaitu Dr Wan Nik Wan Yussof, Mohd Nasir Daud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Mohd Zaki Ibrahim.
“Gerak kerja operasi pilihan raya PAS di Pengkalan Kubor telah bermula selepas dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu,” katanya.
Operasi jentera tersebut berpusat di Markas Besar PAS DUN Pengkalan Kubor di Kampung Tebing. Bangunan dua tingkat itu turut menempatkan ruang sidang media dan Unit IT serta Media PAS.
Jamaluddin juga berkata, pasukan petugas daripada PAS kawasan-kawasan lain di Kelantan memulakan gerak kerja bermula semalam sehingga hari pembuangan undi 25 September ini.
Manakala jentera PAS kawasan-kawasan lain dari luar Kelantan akan mulai berkampung pada Khamis (11 Sep) ini.
DUN Pengkalan Kubor mempunyai 12 unit peti undi (UPU). UPU Pengkalan Kubor menempatkan petugas PAS dari Pengkalan Chepa dan Wilayah Persekutuan.
UPU Ketil – Pasir Mas, Melaka dan Sarawak, UPU Tebing – Pasir Puteh dan Selangor, UPU Geting – Kota Bharu, Machang dan Pahang.
UPU Simpangan – Tanah Merah dan Johor, UPU Tujoh – Ketereh dan Terengganu, UPU Jubakar Darat – Tumpat dan Perak, UPU Bunohan – Kubang Kerian dan Negeri Sembilan.
UPU Teluk Jering – Rantau Panjang dan Sabah, UPU Telaga Bata – Jeli, UPU Bendang Pak Yong – Kuala Krai, Bachok dan Perlis manakala UPU Kedai Geting - Gua Musang dan Kedah.
Selepas Guan Eng, Anwar Pula Mohon Ampun Pada Sultan Selangor......!!!
Pada sebelah tengahari 9 Sep,Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana parti itu hanya kemuka satu nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Dalam satu kenyataan,Ketua Menteri Pulau Pinang juga kata DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi.
Katanya, beliau akan berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Baginda.
Sultan Selangar telah menitahkan murka Baginda terhadap tindak tanduk PKR dan DAP yang biadap dan derhaka kemuka hanya satu nama.
Guan Eng menjelaskan keputusan DAP mengemukakan nama Wan Azizah sahaja ini kepada Sultan telah dicapai selepas rundingan dengan Anwar selaku Ketua Umum PKR.
Katanya, ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013, serta sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.
Ia juga kerana kata sepakat (consensus) Pakatan Rakyat bahawa beliau calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.
Pada lewat petang 9 Sep muncul pula kenyataan media dari Anwar selaku Ketua Umum PKR memohon ampun kerana hal yang sama.
Antara lain katanya , " Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor."
Baik kenyataan Guan Eng maupun Anwar tidak menyatakan samaada parti mereka akan kemukakan lebih dari dua nama ekoran dari titah terbaru Sultan Selangor.
Anwar dalam kenyataannya bagaimanapun cuba main politik mengimbas pindaan perlembagaan tahun 1983 dan 1993 dulu.
Juga katanya sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.
Soalnya apakah Anwar lupa kisah Istana Terengganu pernah menolak calon Menteri Besar yang dikemukakan oleh BN.Begitu juga Istana Perlis dan Istana Johor.
Terpulang pada budibicara Sultan atau Raja di sesebuah negeri itu untuk meminta parti yang menang mengemukakan satu,dua tiga atau berapa nama.
Ada pemerhati yang menilai apa yang cuba dijolok oleh Anwar ini tidak relevan.
Ini kerana sudah ada sejarah calon Menteri Besar dari BN sendiri pernah ditolak Istana.
Jadi apa bezanya dengan isu Menteri Besar Selangor sekarang?
Subscribe to:
Posts (Atom)