Wednesday, 13 August 2014

PAS Ditawar RM60juta Untuk Singkir Khalid......!!!???

Rakyat tertanya-tanya agenda sebenar Lajnah Politik PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada Khamis ini kononnya bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor. Desas desus yang hangat berlegar di media sosial ketika ini berkenaan “pembahagian harta karun RM 60 juta” yang di “wakaf” kan oleh Anwar Ibrahim. Sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin ini masih belum dapat dipastikan. Tambahan pula menurut Mustafa Ali, mesyuarat tersebut akan diadakan pada sebelah malam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Sekiranya menurut khabar angin ini benar, maka “lebat” lah poket pemimpin PAS nanti. Keputusan mesyuarat lajnah politik pada kebiasaannya akan dibawa kepada mesyuarat PAS Pusat. Ini secara langsung akan menentukan nasib Wan Azizah samada beliau berpeluang atau tidak menjadi Menteri Besar Selangor. Mesyuarat PAS Pusat pula telah ditetapkan pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor tersebut. Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu Menteri Besar Selangor. Ianya berlangsung di sebuah hotel di Terengganu itu turut dihadiri Mustafa Ali, Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Krisis MB Selangor: Apakah Pendirian & Matlamat Perjuangan Sebenar PAS.......!!!???

PAS dilihat mempunyai kata pemutus, samada TS Khalid Ibrahim akan kekal sebagai MB Selangor atau tidak…sebagaimana juga UMNO/BN. Dari episod ini, jelas sekali PAS sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, juga terhadap ‘proxy’ politik dan isteri beliau, Wan Azizah. Pendirian PAS bukan sahaja berbeza dengan PKR/DAP di dalam isu MB Selangor, malah di dalam pelbagai isu besar, termasuk isu penggunaan Kalimah Allah, pelaksanaan hudud dan sebagainya. Semakin jauh perjalanan politik PAS pasca PRU 2008, semakin ketara jurang perbezaan di antara PAS dan PKR/DAP. Apa yang sepatutnya disedari oleh PAS, semakin jauh perjalanan politik PAS, semakin ketara persamaan di antara PAS dan UMNO. Dari apa yang berlaku di Selangor seminggu dua ini, umat Islam disedarkan bahawa jika PAS dan UMNO bekerjasama, kedua-dua parti besar Melayu tersebut dengan mudah boleh menentukan hala-tuju politik di negara ini. Suatu persoalan besar di dalam minda umat Islam, Kenapa PAS memilih jalan sukar bekerjasama dengan DAP sebagai ‘wasilah’ atau ‘jalan’ untuk mencapai matlamat-matlamat perjuangannya.....sedangkan ‘wasilah’ paling ringkas dan mudah menuju matlamat dan sasaran ialah dengan bekerjasama dengan UMNO. Malah, jika matlamat perjuangan PAS telah terpesong dari menegakkan Negara Islam, kepada matlamat mengejar kerusi dan kuasa politik sahaja pun.....jalan yang paling ringkas dan mudah adalah dengan bekerjasama dengan UMNO juga. Matmerapu percaya overwhelming majority umat Islam bersetuju dengan ‘bacaan’ ini. Matmerapu juga percaya overwhelming majority umat Islam juga terpinga-pinga dengan pendekatan dan ‘wasilah’ yang diambil oleh PAS di dalam mencapai matlamat perjuangannya. Sehari dua lagi, akan lebih jelas kepada kita, apakah sebenarnya matlamat terkini perjuangan PAS. Itu pun kalau PAS ada matlamat. Matmerapu sebenarnya sudah lama khuatir bahawa PAS sudah tidak ada matlamat lain di dalam perjuangan politiknya, kecuali untuk mengalahkan UMNO di dalam pilihanraya.

Khalid vs Anwar: Siapa Lebih Hebat......!!!???

Dunia politik Malaysia seminggu dua ini kecoh berkenaan isu percakaran politik dalam kerajaan Selangor. Kegilaan Anwar untuk meletakkan isteri beliau,Azizah sebagai MB menyebabkan politik di Selangor meletup dan menjadi tumpuan pemerhati dan penganalisis politik. Kesannya menyebabkan kerajaan PR di Selangor runtuh setelah semua Exco daripada PKR dan DAP dipecat daripada jawatan masing-masing setelah kesemua mereka menyokong rancangan Anwar untuk meletakkan Azizah sebagai MB manakala Khalid pula di lucutkan keahlian sebagai ahli PKR. Menariknya ialah walaupun Khalid dipecat sebagai ahli PKR Khalid masih mampu berdiri sebagai MB Selangor dengan sokongan Tuanku Sultan dan sokongan PAS serta UMNO. Persoalannya ialah antara Khalid dan Anwar siapa yang lebih hebat? Mampukah Khalid bertahan walaupun nanti 'motion of no confidence' bakal dihadapi Khalid. Jika ditakdirkan Pilihan Raya Negeri, mampukah BN terutama UMNO mengeksploitasi kelemahan PKR dan menambah bilangan kerusi DUN?

Tuesday, 12 August 2014

Sultan Selangor Tolak Terima Menghadap Wan Azizah.......!!!

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalaman PKR, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. Beliau mengesahkan pihak istana telah menerima surat permohonan itu yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR. Menurutnya, surat pemohonan ini telah disembah kepada baginda dan baginda menitahkan supaya memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa baginda tidak berkenaan menerima Azizah mengadap untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telahpun menghadap baginda berkaitan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor. "Di samping itu, DYMM Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalam parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan Datuk Seri Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan. Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Mohamad Munir: Saya dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa Baginda telah berkenaan untuk YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim terus kekal sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan bukannya keputusan Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor sebagaimana yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan. Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos 2014 adalah merupakan mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim telah menghadap DYMM Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada Baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan di-Raja. DYMM Sultan Selangor telah memaklumkan kepada Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor mengenai keputusana Baginda untuk mengekalkan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. Di sini juga saya mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang telah ditandatangani oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR pada hari Ahad, 10 Ogos 2014 yang memohon untk Presiden PKR, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR. Surat pemohonan ini telah disembah kepada DYMM Sultan Selangor pada hari Isnin 11 Ogos 2014 dan Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Baginda tidak berkenaan menerima menghadap Presiden PKR untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim telahpun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. Di samping itu, DYMM Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalamam parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan Datuk Seri Menteri Besar Selangor. Baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalamam PKR.

Sunday, 10 August 2014

Isu MB Selangor: Pimpinan PAS & PR Tunggu Tarikh 17 Ogos.......!!!???

Pimpinan PAS dan PKR mengambil sikap tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini kerajaan Selangor ekoran pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh PKR. Masing-masing menyatakan akan menunggu tarikh 17 Ogos ini yang mana PAS Pusat akan bermesyuarat bagi melihat apakah jalan penyelesaian seterusnya merungkaikan isu Menteri Besar Selangor itu. "Saya rasa sebulan ini 'mood' raya dan kita kena raya. Hari ini hari raya dan wartawan jaga mood hari raya, jangan bercakap selain dari hari raya. Lepas Syawal kita bercakap insya Allah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar sebaik sahaja diserbu wartawan di rumah terbuka PAS. Begitu juga dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebaik diajukan soalan oleh media berkenaan Tan Sri Khalid, beliau turut memaklumkan agar sama-sama tunggu pada tarikh itu nanti. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut menghadiri jamuan Rumah Terbuka PAS juga enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut di Selangor. "Keputusan dah buat kita ikut proses yang ada. Saya dijemput oleh PAS untuk hadir jamuan, jadi saya hadir untuk jamuan. Ok ya terima kasih semua," kata Azmin. Media yang sudah menjangkakan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut berhubung kemelut di Selangor, namun pelbagai persoalan yang ditanya termasuklah apa yang mereka makan dalam jamuan itu. "Ya, selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Tidak ada apa yang kembang semuanya kecut," seloroh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tentang perkembangan Menteri Besar Selangor. "Kita akan bincang," katanya ketika ditanya sama ada Tan Sri Khalid boleh menyertai PAS atau tidak selepas ini. Namun Mohamad Sabu berkata, PAS terbuka untuk sesiapa sahaja menyertai PAS termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri. Rumah terbuka PAS yang berlangsung menjadi tumpuan media dan mereka berkumpul di hadapan pintu masuk KUIZM untuk mendapatkan respon pimpinan Pakatan Rakyat ekoran pemecatan Khalid.

Surat Rahsia PKR Untuk Guling Khalid Tersebar.....!!!???

Adakah ini surat akuan yang dilaporkan oleh media. PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti. Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai Menteri Besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu. Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad lepas. “Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti. Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan. Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu. Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai Menteri Besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan. Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu. Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk ADUN Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu. “Parti memilih saya, terima kasih,” katanya ringkas semasa program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor. Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti. Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada UMNO Selangor, yang mempunyai 12 ADUN dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya negeri. Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada BN yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular.