Sejak krisis Menteri Besar Selangor melanda 2 minggu lalu, masih belum pernah berlaku sebarang perbincangan di antara kerajaan BN dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai langkah menyelesaikan kemelut di Selangor yang melibatkan pihak BN, termasuk dari pihak Abdul Khalid.
Sambil melahirkan rasa dukacita dengan krisis politik itu, Muhyiddin juga meminta rakyat Selangor supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku yang antara lain boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri.
Ini kerana bagi Muhyiddin disebabkan kerakusan kuasa pakatan di Selangor menyebabkan negeri itu terumbang-ambing sehingga rakyat menjadi mangsa.
Sehubungan itu bagi beliau pakatan harus bertanggungjawab menyelesaikan krisis politik yang berlaku dengan cara baik kerana ia membabitkan kepentingan rakyat Selangor.
“Ini adalah masalah mereka yang kini menjadi krisis dan membebankan (rakyat). Bagi kita, soal rakyat lebih diutamakan. Saya tidak fikir rakyat akan rasa seronok (jika ia berterusan).
“Seharusnya ada tindakan (penyelesaian) segera, kita tidak mahu masuk campur urusan dalaman. Mereka patut tengok apa yang rakyat akan hadapi. Jangan jadikan krisis itu beban kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bentong Pahang.
Ditanya sama ada krisis perebutan kuasa di Selangor akan menjejaskan perjanjian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Muhyiddin berkata projek berkaitan air masih berjalan dan perlu melalui beberapa fasa lagi sebelum ia disiapkan.
“Ada beberapa fasa lagi kerana ini projek besar dan mengambil masa. Banyak lagi kerjasama yang diperlukan melibatkan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk menentukan ia siap dalam masa (yang ditetapkan).
Mengulas kemungkinan pilihan raya negeri Selangor diadakan susulan krisis itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata situasi di negeri itu akan dipantau sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
“Kita mesti harus bersedia. Bukan sebab kita menangguk di air keruh…(tetapi) susah nak ramal, dalam keadaan begini yang tak menentu.
“Sebagai pihak (pembangkang) di Selangor, kita sentiasa buat apa-apa persiapan yang perlu, baik untuk menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Dalam keadaan sebegini kita belum pasti,” katanya.
Sunday, 10 August 2014
Rakyat Selangor Jadi Mangsa Krisis MB.......!!!
Sejak krisis Menteri Besar Selangor melanda 2 minggu lalu, masih belum pernah berlaku sebarang perbincangan di antara kerajaan BN dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai langkah menyelesaikan kemelut di Selangor yang melibatkan pihak BN, termasuk dari pihak Abdul Khalid.
Sambil melahirkan rasa dukacita dengan krisis politik itu, Muhyiddin juga meminta rakyat Selangor supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku yang antara lain boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri.
Ini kerana bagi Muhyiddin disebabkan kerakusan kuasa pakatan di Selangor menyebabkan negeri itu terumbang-ambing sehingga rakyat menjadi mangsa.
Sehubungan itu bagi beliau pakatan harus bertanggungjawab menyelesaikan krisis politik yang berlaku dengan cara baik kerana ia membabitkan kepentingan rakyat Selangor.
“Ini adalah masalah mereka yang kini menjadi krisis dan membebankan (rakyat). Bagi kita, soal rakyat lebih diutamakan. Saya tidak fikir rakyat akan rasa seronok (jika ia berterusan).
“Seharusnya ada tindakan (penyelesaian) segera, kita tidak mahu masuk campur urusan dalaman. Mereka patut tengok apa yang rakyat akan hadapi. Jangan jadikan krisis itu beban kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bentong Pahang.
Ditanya sama ada krisis perebutan kuasa di Selangor akan menjejaskan perjanjian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Muhyiddin berkata projek berkaitan air masih berjalan dan perlu melalui beberapa fasa lagi sebelum ia disiapkan.
“Ada beberapa fasa lagi kerana ini projek besar dan mengambil masa. Banyak lagi kerjasama yang diperlukan melibatkan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk menentukan ia siap dalam masa (yang ditetapkan).
Mengulas kemungkinan pilihan raya negeri Selangor diadakan susulan krisis itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata situasi di negeri itu akan dipantau sebelum memutuskan tindakan seterusnya.
“Kita mesti harus bersedia. Bukan sebab kita menangguk di air keruh…(tetapi) susah nak ramal, dalam keadaan begini yang tak menentu.
“Sebagai pihak (pembangkang) di Selangor, kita sentiasa buat apa-apa persiapan yang perlu, baik untuk menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Dalam keadaan sebegini kita belum pasti,” katanya.
Thursday, 7 August 2014
Krisis MB Selangor: PKR Kemuka Lima Sebab......!!!
Meneruskan agenda untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PKR mengeluarkan ‘lima sebab’ yang menyatakan kenapa beliau perlu mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor.
Laporan setebal 91 muka surat khusus bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan pimpinan tertinggi PAS berhubung kedudukan Abdul Khalid itu turut mengandungi lampiran yang menyokong dakwaan salah guna kuasa terhadapnya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi bukti dan fakta yang disediakan Ibu Pejabat PKR itu, Abdul Khalid dikatakan gagal menjawab beberapa ‘keraguan munasabah’ yang timbul dalam pentadbirannya.
Pendedahan utama berhubung dakwaan salah guna kuasa Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut.
Selain itu, sebab kedua yang mempetikaikan integriti Abdul Khalid ialah membabitkan urusniaga kerajaan Selangor dan Ecoworld Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama.
Keraguan yang dibangkitkan PKR dalam urusniaga berkenaan ialah penyelesaian di luar mahkamah di antara Bank Islam dan Abdul Khalid sebelum itu dirundingkan oleh Rashid yang juga seorang peguam sebagai orang tengah.
“Tan Sri Rashid Manaf adalah seorang tokoh korporat yang rapat dengan UMNO. Beliau adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin.
“Dalam bulan Mac 2014 iaitu sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit,” demikian menurut laporan itu.
Faktor lain bagi menyokong tindakan PKR menggugurkan Abdul Khalid ialah berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor serta sokongannya terhadap pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) di sekitar Petaling Jaya.
“Sokongan terbuka Tan Sri Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang Kidex juga bertentangan dengan arahan khusus mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikan tol.
“Walaupun diberikan arahan berkali-kali dan dinasihati oleh pimpinan parti supaya memberi ruang kepada pandangan yang membantah Kidex, Tan Sri Khalid terus tidak menghiraukan arahan dan nasihat ini melalui pertembungan terbuka dengan kumpulan penduduk yang menentang Kidex,” kata laporan itu lagi.
Alasan terakhir PKR untuk memecat Abdul Khalid ialah berhubung dakwaan prestasi merosot pentadbiran Abdul Khalid terutamanya berhubung kegagalannya menyelesaikan masalah infrastruktur asas seperti penyelenggaraan jalan raya dan isu pungutan sampah.
Kecenderungan Abdul Khalid untuk tidak membelanjakan geran Persekutuan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang di Selangor hingga membebankan rakyat dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi PR.
“Peratusan geran yang dibelanjakan adalah rendah iaitu hanya 69.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2010, 59.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2011 dan menurun kepada 42.7 peratus dibelanjakan dalam tahun 2012.
“Di antara tahun 2010 hingga 2012, hanya RM640.24 juta dibelanjakan seperti yang sepatutnya untuk membaiki jalan sedangkan baki RM499.76 juta disimpan sebagai wang terkumpul.
“Pimpinan PKR menyatakan secara tegas bahawa adalah tidak adil menyimpan wang ini dengan harapan menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang baik melalui simpanan rizab RM3 bilion sedang sebahagian dari dana ini sepatutnya dihabiskan setiap tahun untuk membaiki jalan di seluruh Selangor,” katanya.
Krisis MB Selangor: Bubar DUN Penyelesaian Terbaik......!!!???
Peralihan kuasa di Selangor dilihat bakal berdepan situasi sukar apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor perlu ditentukan oleh rakyat menerusi proses pilihan raya.
Menyedari ditolak partinya, beliau menegaskan, perubahan jawatan Menteri Besar negeri itu seperti yang dirancang PKR perlu dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat di negeri itu.
Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menyebut mengenai kemungkinan beliau akan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sebagai salah satu cara mempertahankan kedudukannya.
“Dalam bidang politik pentadbiran, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya".
“Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat serta negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya,” katanya.
Sebelum ini banyak pihak meramalkan bahawa Abdul Khalid berkemungkinan mengambil langkah untuk membubarkan DUN jika beliau dipaksa melepaskan jawatan.
Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.
Mengulas lanjut Abdul Khalid mengingatkan semua pihak supaya menghormati institusi diraja sebagai pemerintah negeri.
“Sebagai peneraju kerajaan negeri yang terkaya dan termaju, saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang,” katanya.
Tuesday, 5 August 2014
PKR Prepared To Lose Selangor In Snap Polls- Rafizi.....!!!???
PKR is willing to lose the Selangor state government in a snap election, if that is what it takes to remove Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim as the Menteri Besar, said the party's strategy director Rafizi Ramli.
“If we have to do snap polls to resolve (the Selangor Menteri Besar tussle) and we lose a state, so be it. I’m prepared, we are prepared, PKR is prepared. I’m sure DAP is being prepared, while PAS has to decide,” the Pandan MP told reporters.
“I think defending a principle is worth losing a government over.... People come and go, we come and go. But the trust the rakyat have towards Pakatan Rakyat, we can’t break that.”
Rafizi, the architect of the "Kajang Move" which had sought to replace Khalid with Datuk Seri Anwar Ibrahim, said it was a matter of integrity to remove Khalid given his out-of-court settlement with Bank Islam over a RM70 million debt.
A snap election is possible in Selangor if Khalid loses a no-confidence vote in the state legislative assembly.
Rafizi admitted that snap polls would put Pakatan Rakyat in a difficult position and there was a huge risk of losing the state government.
Saying governments were temporary, Rafizi said what mattered most was that they did not betray the trust of the people who voted them in 2008 and 2013.
“If you break that, it will take generations to convince them they can trust us. And that’s why the moment there is, in our opinion, enough evidence that his (Khalid’s) integrity is suspect, we have no choice (but to remove him).”
Rafizi was speaking to reporters after participating in a forum on the Selangor crisis at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall.
Polis Siasat Pesta Sukan Bogel P. Pinang 2014......!!!
Polis Pulau Pinang sudah membuka kertas siasatan berkaitan penyebaran klip video ‘pesta sukan bogel’ yang memaparkan aksi sekumpulan individu lelaki serta wanita bersuka ria tanpa pakaian di tepi pantai. Ketua Polis negeri itu, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan polis termasuk bagi mengenalpasti sumber klip video itu serta individu yang terbabit dalam rakaman berkenaan sama ada terdiri daripada rakyat tempatan atau warga asing. Polis juga katanya akan meninjau lokasi rakaman itu dibuat yang didakwa di Taman Negara Teluk Bahang untuk mengesahkannya kerana tiada sebarang visual papan tanda yang menunjukkan lokasi ditunjukkan dalam klip itu. “Ini termasuk merakam keterangan pihak yang berkaitan terutama pengurusan taman negara,” tegas Abdul Rahim sambil memaklumkan kertas siasatan kes itu dibuka sebaik sahaja laporan polis pertama diterima pihaknya. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan penghormatan. Rakaman video sepanjang 5 minit 25 saat menggunakan tajuk ‘Pesta Sukan Bogel 2014 Di Teluk Bahang’ itu mulanya dimuat naik ke laman web perkongsian video Vimeo.com yang berpangkalan di Amerika Syarikat oleh seorang daripada peserta pesta tidak bermoral berkenaan sebelum turut dikesan di Youtube dan tersebar luas dengan pantas. Rakaman menunjukkan peserta pesta itu bersuka-ria melakukan pelbagai aktiviti di sebuah chalet dan di tepi pantai tanpa seurat benang. Antara aktiviti yang dipaparkan ialah peserta membuat lukisan di atas badan bogel mereka satu sama lain, acara larian bogel, renang bogel merentasi badan dan tarian bogel unggun api. Rakaman dipercayai dibuat seorang lelaki tanpa dihiraukan oleh semua peserta pesta berkaitan.
Khalid Samad Bocorkan Maklumat Whatsapp.......!!!???
Sekurang-kurangnya empat AJK PAS Pusat dikatakan mendesak pemimpin parti itu yang mahu bergabung dengan UMNO mesti melepaskan jawatan wakil rakyat di kawasan masing-masing. Demikian maklumat yang dibocorkan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berhubung perbincangan tertutup Whatsapp di kalangan AJK Pusat. Peliknya beliau membocorkannya dengan tenang dan selamba melalui sidang media di pejabatnya di Shah Alam. Memetik laporan portal pro pembangkang, beliau berkata, analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan UMNO oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat.
Katanya lagi, terdapat sekurang-kurangnya empat AJK Pusat menyatakan pemimpin PAS perlu letak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat. “Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap PR, bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan.” Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam PRU13. Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada AJK Pusat. “Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya. Khalid berhujah panjang lebar dalam sidang medianya kerana mahu menjelaskan senario kebocoran maklumat whatsapp Dr Muhd Zuhdi kepada umum dan menjadi viral di media sosial. Malangnya beliau sendiri telah membocorkan maklumat mengenai desakan beberapa AJK yang mahu pihak yang mahu bergabung dengan UMNO mesti melepaskan jawatan masing-masing. Persoalannya, mungkinkah Khalid tidak sedar dia sendiri telah membocorkan maklumat Whatsapp AJK PAS Pusat atau dia sedar mengenainya tetapi tetap mahu membocorkannya juga kerana fakta itu tidak sensitif untuk masyarakat PAS berbanding isu yang dibawa oleh Dr Zuhdi. Tidak kisahlah siapa bocorkan maklumat apa tetapi gaya bicara Khalid seperti mahu menghantar mesej kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Selangor yang mahu bergabung dengan UMNO supaya meninggalkan PAS terlebih dahulu.
Barangkali mesej yang lebih jelas ialah jika mereka kalah dalam pilihan raya nanti, mereka tidak akan mencalarkan maruah PAS. Mesej itu dihadiahkannya untuk 15 ADUN PAS di Selangor walaupun ada sebahagian bersetuju untuk bergabung manakala ramai juga yang menolak. Bagaimanapun keinginan mereka itu harus dipadankan dengan keputusan PAS pada 10 Ogos nanti berkaitan isu sokongan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Parlimen Shah Alam itu mungkin sekadar mahu menduga kesetiaan wakil rakyat PAS di Selangor walhal kesetiaan beliau terhadap Anwar Ibrahim dilihat melebihi kesetiaan terhadap Presiden PAS.
Anwar Hampir Pasti Pecat MB Selangor Minggu Ini.......!!!???
Belum sempat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab PKR, parti itu sudah mempamerkan kegelojohan untuk memecatnya. Walaupun beliau diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk berbuat demikian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membayangkan akan memecat Abdul Khalid secepat mungkin bagi memberi laluan kepada isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Memetik satu kenyataan Anwar, beliau berkata, semua parti komponen PR mesti menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh gabungan parti. Ini bererti sesiapa yang engkar termasuk Menteri Besar Selangor yang sedia ada akan dipecat selepas parti itu menyerahkan surat tunjuk sebab. “Persefahaman akan hak lantikan Menteri Besar Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain". “Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar,” katanya. Pada masa yang sama beliau mendakwa PKR dan PAS tidak akan berpecah dari gabungan semata-mata kerana isu Menteri Besar Selangor yang dibangkitkan baru-baru ini. “PR tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan". “Kita yakin bahawa isu ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat PR, sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya,” katanya lagi. Terdahulu daripada itu, Abdul Khalid sudah menjelaskan kepada umum bahawa beliau tidak akan meletak jawatan atas sebab politik kerana mempunyai tugas pentadbiran yang perlu diselesaikan sehingga tamat penggal. Katanya, beliau tidak akan campuradukkan isu politik dengan pentadbiran negeri kerana setiap perancangan yang dilaksanakan telah mendapat mandat DUN yang memegang kuasa legislatif. Pada masa yang sama beliau memikul amanah daripada Sultan Selangor dan juga seluruh rakyat Selangor yang mana amanah itu tidak boleh dan tidak akan dikhianatinya. Jika kewibawaannya dalam mentadbir negeri dipersoal, maka pihak yang mendakwa perlu mengemukakan bukti. Dalam kes ini PKR bukan saja tidak mahu mengemukakan bukti salah laku dan penyelewengan Menteri Besar Selangor kepada SPRM, sebaliknya memberikan surat tunjuk sebab mengapa enggan lepaskan kerusi itu sebagaimana yang dijanjikan dalam majlis pemimpin PR. Persoalannya, apakah Anwar dan kroninya mahu mendengar alasan Abdul Khalid? Sudah tentu surat itu sekadar formaliti dan akhirnya parti akan membuat keputusan memecat Abdul Khalid mengikut tatacara parti. Selepas itu, PKR dan DAP akan memaksa PAS bersatu hati dan pendapat supaya memaksa Abdul Khalid meletakkan jawatan Menteri Besar kerana sudah tiada jawatan dalam parti dan tidak boleh menjadi Menteri Besar atas tiket bebas. Penyudahnya akan diadakan pilihan raya negeri gara-gara karenah PKR yang tamak kuasa. Ketika itu wang rakyat akan dibazirkan semata-mata untuk memilih siapa lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor. PKR yang selama ini mendakwa kerajaan membazir wang rakyat setiap kali mengadakan pilihan raya, kini kena telan semula `ludah’ dan terpaksa berdepan dengan kehancuran parti itu sendiri dalam tempoh terdekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)