Monday, 30 December 2013

Siasat Gereja Lokasi Perhimpunan Gulingkan Kerajaan.......!!!

Polis disaran supaya menyiasat laporan menyebut sekurang-kurangnya sepuluh buah gereja sekitar Kuala Lumpur yang didakwa bakal dijadikan tempat berkumpul peserta perhimpunan Gulingkan Kerajaan menuju ke Dataran Medeka pada 31 Disember ini. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam blog rasminya berkata, risalah yang tertera lokasi beberapa buah gereja itu mengajak orang ramai khususnya penganut Kristian berkumpul sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka mula tersebar di beberapa laman sosial.“Saya harap polis segera lakukan siasatan, perkembangan itu amat serius, seolah-olah memberi gambaran akan berlaku pertembungan antara agama khususnya membabitkan penganut Kristian,” tegasnya. Berdasarkan perkembangan itu, beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan haram yang dirancang pada 31 Disemberi ini mempunyai agenda untuk mencetuskan kekacauan dan perbalahan antara kaum. Beliau bimbang perhimpunan haram yang kononnya membantah kenaikan harga barangan akan bertukar menjadi keganasan dan pertembungan antara etnik dan agama yang boleh meletakkan situasi keselamatan negara dalam keadaan kacau bilau. Katanya, kumpulan tidak bertanggungjawab itu dipercayai cuba memainkan sentimen kaum dengan mendakwa sudah sampai masanya orang Melayu dihalau keluar daripada negara ini dan kuasa pemerintahan perlu bertukar tangan.“Saya khuatir perkembangan itu ada anasir-anasir tidak bertanggungjawab cuba melakukan kegiatan subversif untuk mencetuskan pertelingkahan antara umat Islam dengan bukan Islam,” tegasnya. Sehubungan itu, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas bagi memastikan tidak ada kumpulan pelampau termasuk penerapan ideologi komunis untuk merampas kuasa secara yang bertentangan dengan undang-undang. Syed Ali seterusnya mahukan pihak gereja di Malaysia supaya memberi penjelasan sejauh mana pembabitan mereka dengan kumpulan yang cuba mencetuskan kacau bilau menerusi perhimpunan Gulingkan Kerajaan pada 31 Disember ini.“Mereka kena berikan penjelasan secara terbuka, sama ada benar atau sebaliknya penyebaran risalah kononnya sekurang-kurang 10 buah gereja dijadikan lokasi berkumpul pada hari tersebut,” tegasnya. Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya tidak terperangkap dengan percaturan politik puak pelampau yang didalangi parti-parti pembangkang yang cuba meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. “Saya minta orang Melayu dan seluruh umat Islam supaya jangan membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh puak pelampau dan pembabitan gereja Kristain dilihat sebagai satu perkembangan yang amat serius terhadap masa depan umat Islam di Malaysia,” katanya. Tambah beliau, orang Melayu sepatutnya bersatu dan menguatkan perpaduan bagi memastikan tidak ada elemen penjajahan dalam bentuk baru terhadap rakyat dan negara ini.“Cukuplah dengan penderitaan orang Melayu dan umat Islam ketika di jajah oleh British dan penaklukan Jepun, kita bimbang penjajahan versi baru bermula dengan perhimpunan haram dengan menjadikan agama sebagai sentimen untuk memporak-perandakan negara ini,” tegasnya. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar sikap PAS dan PKR yang akan turut serta pada perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan mereka kepada penganjur perhimpunan Gulingkan Kerajaan. Katanya, kesediaan PAS berbuat demikian amat memalukan kerana selama ini parti itu mendakwa memperjuangkan kepentingan umat Islam tetapi kerana agenda politik mereka sanggup bersubahat dengan kumpulan pelampau. “PAS sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat kerana kepentingan politik dan jika sahih adanya pembabitan pihak gereja dalam perhimpunan tersebut, PAS dicabar tampil menyatakan pendirian mereka,” tegasnya. Syed Ali bagaimanapun berkata, PKR terutama Penasihat umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mahu sitauasi politik negara berada dalam keadaan tidak terkawal bagi membolehkan beliau untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik. “Pembabitan Anwar dalam beberapa siri perhimpunan haram sebelum ini sudah jelas, beliau mempunyai hubungan dengan pihak asing, perbuatan sedemikian merupakan sifat pengkhianat yang harus ditolak oleh rakyat,” jelasnya. Beliau juga mahu pihak berkuasa melakukan pemantauan terhadap laman-laman sosial seperti facebook yang dimuat turun dengan laporan menghasut dan mengajak rakyat menyertai perhimpunan Gulingkan Kerajaan 31 Disember ini.

Perhimpunan Gulingkan Kerajaan.......!!!???

Cakap berdegar-degar dalam Facebook. Ceramah pun terpekik-pekik dan penuh semangat, macam dia seorang sajalah yang boleh pegang pedang, boleh terajang orang dan boleh lastik kepala musuh. Tapi bila pihak berkuasa tangkap seorang penganggur berusia 25 tahun di Saratok, Sarawak, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II kerana menghasut orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan, dia terus kecut perut dan memadamkan kesemua posting-postingnya yang berkaitan dengan gulingkan kerajaan. SYED HUSAIN SOLAHUDDIN BIN SYED HASAN, 22 tahun, yang sebelum ini cukup garang dalam Facebook dan Twitter, namun telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis. Turut menemaninya adalah Abdul Khalil bin Abdul Hadi, Timbalan DPP Pusat yang juga merupakan anak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Ahmad Amzad bin Hassim, Pengerusi GANTI dan beberapa orang ahli GANTI yang lain. Selesai membuat laporan polis, satu sidang media telah dibuat di wakaf Balai Polis Kuala Terengganu. Tukang bercakap adalah Abdul Khalil dan Ahmad Amzad. Dalam sidang media, GANTI menafikan risalah-risalah Guling Kerajaan yang sedang disebarkan di serata Kuala Terengganu, tidak ada kena-mengena dengan mereka. Konon-kononnya GANTI atau Gabungan Anak Terengganu Insaf ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan masalah masyarakat seperti SABASUN dan lain-lain. GANTI juga merupakan sebuah pertubuhan yang amat berat masalah masyarakat. Kata mereka lagi, perhimpunan yang dibuat pada 31 Disember 2013 nanti adalah secara lembut dan sopan yang mana bertujuan bagi menyampaikan masalah masyarakat khususnya masalah kenaikan harga barangan keperluan. Laporan polis dibuat berhubung risalah yang menggunakan nama GANTI di laman-laman web Facebook dan juga dilekatkan sekitar bandar Kuala Terengganu. GANTI dikatakan tidak pernah menyeru rakyat untuk menggulingkan kerajaan dan juga tidak pernah menggunakan topeng untuk melakukan demonstrasi. Penyebaran risalah itu juga dikatakan fitnah oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama GANTI. Syed Solah telah diminta membuat laporan polis kerana dalam risalah tersebut ada namanya. Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam risalah tersebut bukanlah nombor telefonnya. Paling menarik ialah apabila Syed Solah dikatakan telah difitnah yang mana dikatakan telah menyertai PAS dan menubuhkan pertubuhan untuk menggulingkan kerajaan. Ternyata, Angoh Blurs yang cukup hebat dalam Facebook, sedang dilanda ketakutan yang teramat sangat sampai perlu menafikan yang dia adalah ahli PAS. Posting-posting yang berkaitan dengan rancangan menggulingkan kerajaan, semuanya dipadamkan. Dan kemudian, bagi menimbulkan kekeliruan, segera membuat laporan polis kononnya, difitnah. Bukankah sebelum ini Angoh Blurs cakap polis dan Cawangan Khas takut terketar-ketar macam orang nak ke tali gantung? Takkan orang yang kata orang lain takut, dia pula yang terpaksa buat laporan polis dan berkata semua itu fitnah? Apapun, Matmerapu menyeru dan menasihati rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu serta janganlah sekali-kali terlibat atau menyokong perhimpunan gulingkan kerajaan.....!!!

Sunday, 29 December 2013

Perhimpunan 31 Disember 2013......!!!???

Seteruk mana pun kerajaan yang ditadbir dan diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, pada pendapat Matmerapu, ini semua tidak seharusnya berlaku sehinggakan mengajak orang ramai untuk buat perhimpunan semata mata hendak gulingkan kerajaan...Terlupakah kita dengan kejadian di luar negara yang buat perhimpunan gulingkan kerajaan?? Apa yang terjadi kepada mereka?? Apa yang terjadi kepada anak kecil?? Pada pendapat Matmerapu, tidak sesuai lah... Matmerapu tidak nafikan dengan kenaikan harga barang, sedikit sebanyak menyebabkan ramai orang naik angin... Tapi berhati hati dengan kenyataan berbaur hasutan...Polis masih memberi peluang kepada pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, identiti individu berkenaan sudah dikenalpasti. “Kita akan buru dia jika dia enggan menyerah diri,” katanya.

31 Dis 2013: Perhimpunan Gulingkan Kerajaan........!!!???

Matmerapu harap agar PDRM mengambil tindakan tegas dan keras mengikut peruntukan perundangan ke atas semua pihak yang menghasut, menganjur dan terlibat dalam Perhimpunan Gulingkan Kerajaan pada 31 Dis 2013 yang dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Monday, 23 December 2013

Demonstrasi Malam Tahun Baru: Inisiatif & Hasutan Pembangkang.......!!!???

Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan para penyokong mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu. Yang menghairankan, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas Pakatan Pembangkang(PP) gagal merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses PRU13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan. Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya gagal mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini. Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga gagal memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang. Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut. Tidak lama selepas itu, mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan. Namun rata-rata di kalangan rakyat seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang, apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi. Pada satu ketika, beliau meminta agar sistem demokrasi itu ditolak, namun dalam masa yang sama beliau tetap mengangkat sumpah. Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Terbaru, PP mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Namun, program yang diadakan itu sekali lagi gagal mendapat sambutan. Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota. Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, PP nampaknya telah mula belajar dari kesilapan. Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru. Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api. Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu gagal mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran. Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini. Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai. Matmerapu menyeru agar rakyat tidak terlibat dalam sebarang himpunan anjuran PP terutama malam tahun baru.

Anwar: Cubaan Merasuah RM300,000........???

Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM300,000 agar tidak membantu peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu. Dakwanya, tawaran tersebut dibuat melalui orang tengah di tempat letak kereta di Kelab Selangor, dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan pihak tertentu jika beliau membantu Muhammad Shafee berikutan banyak maklumat sulit pasukan peguam bela Anwar masih dalam pengetahuannya. Yakin dengan pendedahan itu, Yuktes menerusi kenyataannya di portal http://www.anwaraidc.com dengan tajuk 'Pendedahan Eksklusif: Anwar Ibrahim & Kes Liwat II-Yuktes Vijay' mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Sunday, 22 December 2013

Dakwaan Pembangkang Mengenai GST Tidak Berasas.......!!!

Dakwaan pembangkang mengenai perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membebankan rakyat tidak berasas dan hanya sekadar bersifat menentang setiap rancangan kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata dakwaan tersebut akan menjadi tidak relevan apabila cukai tersebut dilaksanakan pada April 2015. “Saya melihat peranan pembangkang ini hanya menentang pembangunan dan rancangan oleh kerajaan yang mana akhirnya pembangunan ini mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Menteri Kewangan Kabinet Malaysia menyatakan - “Mereka (pembangkang) menentang pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lebuhraya Utara-Selatan, Putrajaya, KLCC dan sebagainya. Tapi sekarang, adakah mereka masih menetang projek-projek ini? “Jadi apa yang penting pada saya, jika dia (pembangkang) mahu bising, bisinglah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia". Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran sebuah buku oleh Pakatan Pembangkang yang bertajuk “Faham GST, tolak GST” yang dikhuatiri bakal mengelirukan rakyat mengenai perlaksanaan sistem percukaian tersebut. Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Husni menyatakan rasa bimbangnya mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera yang masih rendah, iaitu hanya pada tahap 23.5 peratus pada 2012. Sehubungan itu, beliau menyeru para peserta seminar itu mengambil peluang membincangkan beberapa langkah berkaitan bangsa dan kaum Bumiputera dalam proses peralihan ekonomi negara. “Jika kita ingin pemilikan kekayaan Bumiputera mencecah 30 peratus, adalah perlu kadar peningkatan kekayaan Bumiputera berkembang lebih laju dari kadar pertumbuhan pendapatan kasar Negara". “Natijahnya, jika bangsa kita terlalu bergantung kepada sektor kegiatan ekonomi bernilai rendah, di mana penciptaan kekayaannya kecil, maka peningkatan kekayaan bangsa Melayu tidak mungkin tercapai,” katanya. Ahmad Husni turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum bagi Pusat Antarabangsa Untuk Penyelidikan Wakaf, bagi membangunkan industri wakaf negara. “Wakaf di negara kita memang tidak diekploitasi secara keseluruhannya dan saya memang bersetuju kita wujudkan satu pusat penyelidikan dan antara lain, kita perlu ada pangkalan data mengenai lokasi tanah-tanah wakaf di Malaysia sekarang untuk perancangan pembangunannya". “Kita juga mestilah memikirkan bagaimana untuk mengadakan kolaborasi di antara negeri dan kerajaan pusat, disebabkan tanah-tanah wakaf ini diletakkan di bawah kelolaan kerajaan negeri,” katanya.