Sunday, 22 December 2013
Isu GST: Pakatan Pembangkang Menghasut Rakyat.......!!!???
Tuesday, 17 December 2013
UMNO: Hentikan Budaya Mengampu.........!!!???
Setiap kali Perhimpunan Agong Umno kita pasti akan mendengar para ahli perwakilan UMNO bukan hanya setakat mampu berpantun tetapi mereka sering menjadikan pentas PAU sebagai pentas mengampu. Dengan harapan agar pemimpin atasan memandang tinggi kepada dirinya, senanglah nanti. Matmerapu teringat kata-kata hikmah Arab yang diterjemahkan berbunyi begini "Anda mempunyai upaya untuk membunuh mereka yang lengkap bersenjata, akan tetapi anda tidak akan berupaya membunuh mereka yang menyembunyikan senjata di bawah lidahnya". Ini bermakna kepintaran akal yang diluahkan melalui idea (lisan dan tulisan) dan tindakan terancang adalah lebih berkesan daripada sebarang senjata canggih. Para perwakilan sepatutnya menggunakan pentas PAU2013 untuk menengahkan masalah rakyat....kenapa masalah rakyat? kerana rakyatlah yang menjadikan UMNO masih relevan hingga ke hari ini. Tanpa rakyat terutama Melayu, UMNO akan pupus. Perwakilan sepatutnya membawa isu kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat terutamanya orang Melayu. Jika tarif elektrik naik sudah tentu harga barangan keperluan seharian akan naik juga. Kenaikan harga rumah yang terlalu mendadak juga merupakan satu masalah besar buat anak-anak muda yang bercita-cita untuk membeli rumah sendiri.Masalah penagihan dadah, budaya rempit, keciciran pendidikan dsb di kalangan anak-anak Melayu perlu dibahaskan.....!!!??? Rakyat khususnya orang Melayu menanti-nanti apakah yang UMNO akan umumkan sesuatu yang mampu mengembirakan umat Melayu atau PAU 2013 hanya bersifat syok sendiri. Perwakilan jangan hanya gah dipentas PAU 2013 sahaja apabila balik semuanya hilang begitu sahaja. Matmerapu mencadangkan agar PAU akan dating menjadi lebih menarik yang mampu 'membekukan' aktiviti harian orang Melayu kerana ingin memberi tumpuan penuh kepada ucapan dan perbahasan perwakilan UMNO dalam membela dan memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu.
Permasalahan Pakatan Pembangkang.......!!!
Matlamat politik DAP, PKR dan PAS ialah menguburkan UMNO-Barisan Nasional dan seterusnya memerintah Malaysia. Mereka berusaha keras pada 1999, 2004, 2008 dan 2013 tapi terus gagal. Misi mereka kini ialah mencuba sekali lagi dalam PRU14 akan datang. Sejauh manakah realistiknya harapan parti pembangkang pada 2017-18? Ada yang percaya dengan prospek ini, ada juga yang tidak yakin. Melihat perkembangan semasa dan beberapa tahun akan datang, majoriti berpendapat kemungkinan besar pakatan pembangkang akan berkubur terlebih dahulu. Sejak sebelum PRU13 dan terutama selepas itu, ketiga-tiga parti pembangkang menghadapi masalah dalaman dan berkonflik sesama sendiri. Beberapa penganalisis berpendapat ada dua senario bakal membunuh harapan pembangkang: sama ada DAP, PKR dan PAS akan terus berkonflik sesama mereka atau berlaku konflik dalaman yang parah dalam parti masing-masing. Walaupun DAP, PKR dan PAS nampak bersepakat dalam beberapa perkara misalnya proses pilihan raya, kempen anti rasuah dan pemansuhan ISA, perbezaan ideologi dan pendapat dalam hal-hal asas masih terlalu besar dan tidak dapat disatukan. Apa yang disorok atau diselindungi pasti bersemburan juga akhirnya. Paling malang ialah PAS yang sanggup menggadaikan prinsip dengan mengetepikan penubuhan negara Islam dalam manifesto pilihan raya, namun DAP tetap menekan. Bukan setakat menyekat usaha PAS memperkenalkan perundangan Islam, DAP mahu parti politik berasas agama dibubarkan. Seperti dijangka, pemimpin PAS marah dan membantah keceluparan Karpal Singh yang mengemukakan cadangan itu, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sebagai anggota pakatan pembangkang yang bersetuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua, PAS tidak boleh buat keputusan atau ambil sebarang tindakan terhadap parti sekutu tanpa persetujuan Anwar. Ramai ahli PAS keliru kerana pemimpin mereka jelas tidak sekata. Dalam isu kalimah Allah, sekumpulan pemimpin PAS cakap putih, satu puak lagi cakap hitam. Dalam muktamar ke-59, kempen politik begitu hangat. Seorang pemimpin PAS yang tidak disokong satu puak dalam PAS berkata inilah kempen paling kotor pernah dilaluinya. Banyak fitnah, kata nista dan gambar jijik. Pemimpin DAP seperti Karpal dan Lim Kit Siang awal-awal ditolak ahli PAS. Tapi baru-baru ini, Karpal buat kenyataan orang tua seperti beliau dan Kit Siang perlu diberi jawatan jika pembangkang menawan Putrajaya.
Andainya PRU14 diadakan pada 2018, Karpal akan berusia 78 tahun ketika itu, Kit Siang 77, Anwar 71, Abdul Hadi 71 dan Musyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat 87 tahun. Adakah mereka yang akan mengetuai kerajaan jika pembangkang menang?
Kemelut dalam DAP juga tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, kekecohan ekoran pemilihan jawatankuasa eksekutif parti belum reda. Ahli DAP tidak percaya pemimpin mereka sendiri, terutama Lim Guan Eng. Kemelut yang serius sedang berlaku di Kedah, Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Ramai yang letak jawatan atau keluar parti. Ada yang bawa kes ke mahkamah, ekoran kegagalan proses mediasi, termasuk oleh Kit Siang. Masalah dalam DAP, dan antara DAP dengan PAS, dijangka akan jadi punca utama perpecahan pembangkang. Perkara ini pernah berlaku apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001 kerana membantah pendirian PAS berhubung hukum hudud dan negara Islam. PKR berperanan menjadi ‘gam’ antara DAP dan PAS. Namun, peranan ini semakin longgar kerana PKR sendiri mengalami kemelut yang serius. Konflik terbuka antara Anwar-Azmin Ali, Azmin/Zuraidah Kamaruddin-Tan Sri Khalid/Datin Seri Wan Azizah dan pelbagai kontroversi yang membabitkan Ketua Strategi Rafizi Ramli, Naib Presiden Nurul Izzah dan Faekah Husin menyebabkan ramai pemimpin dan ahli parti itu bosan dan kecewa. Sudah berpuluh-puluh pemimpin dan ribuan ahli yang telah meninggalkan parti ini. Pada mereka, PKR adalah parti tiada kredibiliti yang tidak menunaikan janji. Ia wujud hanya untuk dan kerana Anwar. Tidak ada Anwar, tiadalah PKR. Matmerapu menjangka bahawa pakatan pembangkang akan 'terburai' sebelum PRU14 akibat pelbagai permasalahan luaran dan dalaman parti masing-masing.
Monday, 16 December 2013
Rusuhan: Pengajaran Dari Singapura.......!!!
Kira-kira 12 tahun lalu di Singapura apabila anak seorang Amerika, Michael Faye menyembur cat pada sebuah kereta secara main-main, dia dijatuhi hukuman berat – didenda setimpal dengan perbuatannya. Waktu itu Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton terus angkat telefon menghubungi Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong. Tetapi dijawab Chok Tong: “Jika Amerika Syarikat ada undang-undangnya, Singapura juga ada undang-undangnya.” Faye tetap didenda, sekali gus memperlihatkan ketegasan Singapura terhadap jenayah-jenayah berat, waima yang ringan sekali pun. Namun, Ahad lalu di Singapura berlaku kejadian tidak disangka-sangka. Kira-kira 400 pekerja dari Asia Selatan terlibat dalam rusuhan yang menyaksikan 25 kenderaan termasuk bas serta 16 kereta polis musnah serta dibakar manakala 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam cedera. Kumpulan perusuh mengganas setelah tersebar berita kematian seorang rakyat India dilanggar sebuah bas. Jika selama ini Singapura dianggap negara paling efisien – bersih dari sudut anti-jenayah, kemajuan tiada tolok banding serta penguatkuasaan undang-undang antara tersohor di dunia – rusuhan Ahad lalu merobek segala-gala imej republik itu. Sama ada kerajaan Singapura ‘terlepas pandang’ bibit-bibit sebelum insiden ini, itu persoalkan kemudian.
Cuma daripada peristiwa ganas pekerja asing India dan Bangladesh di Little India, dekat Serangoon Road dan Race Course Road, Singapura itu, Malaysia sepatutnya beroleh satu perbandingan yang perlu diambil berat dari sudut perundangan, kesan ekonomi dan badan-badan antara kaum. “Apa yang berlaku di Litte India, Singapura itu satu pengajaran berguna kepada negara-negara jiran bagaimana majunya negara itu, masih ada ancaman terhadap sosio budaya dan politik. Dengan keadaan di Singapura, sekali gus tampak pekerja-pekerja asing ini apabila besar bilangannya tetap mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. “Masa bilangannya kecil, mereka hormat dan beradab tetapi bila bilangannya besar seperti di Singapura, Malaysia juga tidak mustahil mendepani masalah ini,” Ancaman pekerja-pekerja asing di negara punca pencarian rezeki mereka bertambah berat dan serius apabila dibenarkan kelompok-kelompok kumpulan mereka ‘mengadakan dunia mereka sendiri’ seperti berhimpun. “Kalau di Singapura, selain Little India, ribuan warga Filipina juga berhimpun setiap Ahad di Lucky Plaza dekat Orchard Road, sampaikan anda sendiri kalau ke sana ‘sesak nafas’ dibuatnya,”. Apabila mereka ini mempunyai ‘perpekanan’ atau kawasan berhimpun secara sosial seperti di Serangoon Road dan Orchard Road, pihak berkuasa harus berwaspada dengan keadaan ini. “Di Ampang contohnya, sepertimana Ampang Point dan Ampang Park, apa yang nampak kelibat besar warga Nigeria dan (benua) Afrika pada hujung minggu sehinggakan negara ini nampak negara Afrika. “Bilangan mereka, apabila besar seperti mana di Singapura tempoh hari, mereka tidak takut, sanggup buat apa sahaja, sekali pun bertempur dengan polis. “Senario ini perlu dielakkan. Kaedah pencegahan perlu dicari dari sekarang. Juga, perlu berwaspada khabar-khabar angin bahawa sebahagian warga Bangladesh sudah ada MyKad palsu, selain ada laporan menunjukkan beberapa kumpulan pendatang dari Afrika memiliki dokumen-dokumen palsu,”. Mengambil teladan daripada rusuhan di Singapura,isu di Malaysia adalah berkaitan soal ketenteraman awam dan langkah-langkah pencegahannya. “Ini harus diwujudkan segera. Jika di Singapura pun yang sentiasa bersiapsiaga dengan penguatkuasaan anti-jenayah dan anti-rusuhannya yang cekap, apatah lagi dengan sistem kita,”. Justeru, bagaimana penyelesaiannya? Langkah-langkah berikut boleh diambil: Pertama: Di bawah tajuk pencegahan, wajar dilihat sudut penguatkuasaan, pemilikan kad pengenalan dan kad sah kerja di Malaysia. Setakat ini ‘check point’ mengejut jarang dilakukan. Dalam konteks ini juga, keperluan undang-undang pekerja asing perlu dibuat secara menyeluruh. Yang tersedia ada, masing-masing penguatkuasaan ‘berpecah’ di Kementerian Dalam Negeri, pihak kerajaan tempatan serta Kementerian Kesihatan (kesihatan pekerja). Tidak ada sistem menyeluruh bagi pendatang asing. Kedua: Tidak membenarkan mana-mana warga asing mengadakan perhimpunan besar-besaran secara riadah atau berkaitan urusan kerja. Bila berhimpun terlalu ramai, akan wujudlah kumpulan gengster dan ‘triad’. Ketiga: Operasi pencegahan ini wajar diumum dan dilaksanakan supaya tampak oleh masyarakat.
Apa yang dikongsi hendaklah direnung bersama oleh pihak berkuasa dan kerajaan negara ini. Dengan bilangan berjuta pekerja asing selain bilangan yang haram pun belum dimuktamadkan angkanya, nisbah ini cukup besar. Dianggarkan terdapat 2.5 juta pekerja asing di Malaysia. Juga, harus dibuat sesuatu dengan meneliti niat warga asing berkahwin dengan warganegara Malaysia. Bila beranak-pinak, mereka kelak akan minta pula mahu menjadi penduduk kekal atau terus memperoleh taraf warganegara di bawah proses pendaftaran. Jika beribu-ribu warga asing buat begini, macam mana? Akibatnya, mereka akan bersaing pula dengan rakyat Malaysia dalam berebut faedah/kemudahan kesihatan, persekolahan, perumahan dan peluang pekerjaan. “Di Malaysia, kita mesti curiga terhadap pekerja asing. Kecurigaan ini perlu diterjemahkan dengan penguatkuasaan imigresen yang cekap. Bukan perkara memalukan jika rondaan dibuat setiap hari. Di KLCC misalnya, perlu dikerapkan rondaan semasa musim perayaan setiap tahun. Dalam konteks ini tidak salah dicadang diwujudkan latihan nasional supaya warga Malaysia sendiri berupaya mengambil peranan pekerja asing dalam sektor tertentu seperti pembantu rumah.
“Ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan terhadap warga asing”.
Wednesday, 11 December 2013
Growing Pains In DAP........!!!!
The DAP's electoral successes in the last two general elections have brought in a wave of younger professionals who are now driving the party, much to the chagrin of older members who are just about to taste the fruits of their long struggle for success. The tension between the old members and the professionals has led to two DAP assemblymen resigning from their political posts in the Malacca state assembly while another in Sabah quit the party recently. The leadership of Datuk Ngeh Koo Ham and his cousin, Nga Kor Ming, in Perak DAP is back in the spotlight after a moratorium in the run-up to the May 5 polls, while in Kedah, Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari's appointment as interim state chairman has led to party veteran and Johor chief Dr Boo Cheng Hau raising a storm. The spate of issues showed the DAP was in a quandary – how to deal with the gap between the expectations of the grassroots and the effect of the young professionals on the party’s leadership? Well,DAP had become more urban, elite and appeared to be moving away from its working class base.
"When I say elite, I mean more educated and professional. If DAP wants to defend its urban turf made up of the middle class, they will continue to field professionals, those with good qualifications," this was where the conflict arose.
In the 1960s, DAP was a party of the grassroots, where it championed the rights of hawkers, blue-collar workers and trade unions. Over the last two general elections, however, this has changed and DAP, which at one time used to contest up to 80 parliamentary seats, only contested in 51 seats, readily giving up the rural and semi-rural seats to be contested by their partners in Pakatan Pembangkang. The Lim Guan Eng factor, who preferred to field young professionals, but who are not necessarily from the grassroots. As such, senior members who held up the party in the past were feeling sidelined and were coming out to express their unhappiness. "This is not just unhappiness over one or two issues. They are simply not happy that they are sidelined. "They are concerned the party is not focussing, not prioritising and not recognising them, and instead those without experience and who have not been long in the party were given seats to contest in the recent polls,". The resentment among certain seniors was that the likes of Dr Ong Kian Ming, MP for Serdang, and Yeo Bee Yin, state assemblyperson for Damansara Utama, were chosen as candidates for GE13 although they had not been long in the party.
"In any party, when new faces are introduced, there are bound to be reservations by senior leaders. Still,the current complaints by party seniors and leaders coming out of the woodwork was a sign that DAP was poised for an identity change.
"If the old and new cannot find middle ground and unite, DAP will turn into a party for the elite. And the direction of the party will be determined by the wisdom of the party leadership,". DAP national chairman Karpal Singh, however, was not happy that party seniors were airing their grievances in the open, saying that they were damaging the good image of the party in the eyes of the public. "There are internal channels, they can always come to us, we are ready to listen," he said. Karpal also said that having been given a big mandate from the people in GE13, where DAP won 38 of the 51 parliament seats it contested, the public would not appreciate the open squabbles within DAP. Zairil echoed the views of his party chairman, saying that there was no need for state leaders to air dirty linen in public. He said in any party, there was bound to be unhappiness over the selection of candidates for a general election.
Siapakah Lebih Racist.....!!!???
Majoriti pembaca blog kini berbalas-balas komen mengenai racist. Pembaca Cina kata Melayu racist, pembaca Melayu kata Cina racist. Racist atau tidak racist sesuatu kaum itu bergantung kepada kepimpinannya ( dalam politik ). Sebelum PRU12 2008, isu ini tidak dimainkan, tetapi apabila pasca PRU13 permainan racist semakin menjadi-jadi, dan kesannya berterusan sehingga kini. Jika DAP tidak racist mengapakah sentimen racist dimainkan dalam PRU12 & 13. Dalam akhbar-akhbar Cina ditulis “…Undi calon Cina Sahaja!…” merujuk calon DAP sebab ia disuarakan oleh kepimpinan DAP. Kemudian kain rentang mereka berbunyi ” UNDI MCA BERMAKNA UNDI MELAYU”. Apakah ini bukan racist? DAP turut meminta Datuk Ahmad Ismail diambil tindakan kerana ceramahnya yang bersifat perkauman di Permatang Pauh. DS Najib sudahpun memohon maaf bagi pihak UMNO. Orang Melayu memanglah pemaaf. Tetapi kata-kata yang mengguris hati di atas adakah DAP akan memohon maaf. Ada orang pernah kata DAP sebagai Bapa Syaitan? Tidak pula DAP ambil tindakan! Sebabnya mudah, teori matematik ialah nak jaga hubungan Pakatan Rakyat maka diam je lah...., siapa double standard?
Kemudian Petisyen yang dibawa oleh Teresa Kok untuk mensenyapkan suara azan di Puchong, mengapa perlu dibuat kerana azan adalah tuntutan agama Islam? Petisyen yang sama pernah dibawa oleh penduduk Kepong kepada Dr. Tan Seng Giaw, cuma bezanya Dr Tan Seng Giaw lebih bijak daripada Teresa Kok kerana dia tidak majukan petisyen itu. Sebenarnya kita perlu bertolak ansur dan faham-memahami. Terdapat pembaca yang berkata mengapa orang Islam membenci Yahudi sedangkan mereka terima David Beckcam yang berketurunan Yahudi? Dari sudut agama Islam, banyak dalam Al-Quran & Hadis menyatakan mengenai Yahudi ini, salah satunya;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ (١٢٠) البقرة
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".
Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum racist. Mereka percaya bahawa mereka adalah ‘kaum terpilih’, yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama ‘eksklusif’; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka. Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain. Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi. Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna ‘pemusnahan’ atau ‘rusuhan’, khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi. Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai ‘dunia yang maju’, perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini. Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan ‘Swastika’ di Jerman yang berikrar dengan sumpah ‘Hai Hitler’ apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya. Di Britain ada kumpulan rasis seperti ‘Skinheads’ yang membenci kaum ‘kulit hitam’, kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan. Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti ‘Klu Klux Klan’ yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika. Di Australia pernah ada ‘dasar kulit putih’ atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini. Dengan semua contoh-contoh yang dipaparkan, adakah orang Melayu racist kepada Bukan Melayu? Adakah BN racist kepada DAP? Dr Tan Seng Giaw adalah AJK PAC sejak 2004, jika BN racist tidak mungkin dia akan dilantik? Kesimpulannya DAP perlu menjelaskan perkara ini dengan adil. Janganlah apabila orang Melayu bercakap pasal Raja-Raja, agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu, dikatakan sebagai racist. Hak Asasi Manusia tidak boleh diimplimentasikan 100% di negara kita kerana negara ini ada sejarahnya, jika Hak Asasi Manusia boleh dipraktikkan secara mutlak 100% , Matmerapu yakin di Singapura sudah lama akan ada Menteri Melayu, Timbalan Perdana Menteri India, Timbalan Ketua Polis Negara Melayu sebagaimana yang pernah diberikan kepada Datuk Christoper. Janganlah pula, apa saja yang diutarakan oleh DAP semua hak asasi. Apa yang diutarakan oleh orang Melayu dan umat Islam semua racist. Jika kita boleh faham-memahami dan bertolak ansur, menghormati hak masing-masing, tidak lupa sejarah dan kontrak sosial, tidak mempertikai Perlembagaan, maka semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, budaya, fahaman politik boleh hidup dengan aman dan damai. Ia sudah diasaskan oleh Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambathan, E.E. C. Thuraisngam, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin, Tun Razak, mengapa DAP perlu terikut-ikut dengan permainan individu tertentu. Adalah dinasihatkan agar DAP tidak bermain dengan api.....!!!???
Monday, 9 December 2013
Ancaman Syiah Di Malaysia........!!!
Himpunan hadis tentang kesesatan Syiah: Pertama. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)
Kedua. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185) Ketiga. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103) Keempat. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102) Kelima. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya. Keenam. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah) Ketujuh. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)Kelapan. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806). Kesembilan. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)
Subscribe to:
Posts (Atom)