Monday, 9 December 2013
COMANGO: Ancaman Terhadap Islam Di Malaysia......!!!!
Di bawah adalah memorandum M-UPRo untuk menangkis ancaman COMANGO terhadap kemuliaan Islam di Malaysia. Tujuan Matmerapu menyebarkan memorandum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia, tentang wujudnya ancaman terhadap agama Islam oleh rakyat Malaysia sendiri. Umat Islam di Malaysia perlu bersatu dalam menentang tuntutan COMANGO ini, dan seterusnya memberi isyarat kepada persatuan yang berniat untuk menyentuh kesucian islam, supaya jangan bermain dengan api. Kenyataan NGO Islam UPR ini dikeluarkan pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H : Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013. MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia mengambil pendirian berikut: Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan; Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism serta semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam; Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN); Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam. Dengan latar belakang tersebut, adalah dilihat bahawa: A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata. B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawah seliaan dan pemerhatian HRC UN. C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk melebihi 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada sebilang masa.
D. Kealpaan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan berikut: Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”; Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir; Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;
Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri; Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing; Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam; Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBTIQ ; Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiĆ itu sebagai perbuatan jenayah; Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBTIQ diterima oleh Malaysia; Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;
Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;
Justeru, Matmerapu menyokong penuh tindakan MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya: Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam; Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara; Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam; Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara; Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.
Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 daripada 54 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan; Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara; Kesimpulannya, Matmerapu menyarankan agar rakyat Malaysia beragama Islam bersatu dan bingkas bangun menentang tuntutan COMANGO demi kesucian dan kemuliaan agama Islam....!!!
Wednesday, 4 December 2013
Orang Melayu dan DAP.......!!!???
Kita orang Melayu jangan dibodohkan. Takkanlah kita hendak tuntut DAP berjuang untuk orang Melayu. DAP hendak berjuang untuk orang Cina sahajapun sukar hari ini. Kenapa parti Melayu hendak bising sedangkan mereka sendiri bercakap siang malam 24 jam mengenai perjuangan bangsa Melayu sendiri? Jika kita orang Melayu berbuat demikian, mengapa kita hendak bising jika bangsa lain melakukan demikian juga. Kalau kita jawab sebab kita ada kedudukan istimewa dan sebagainya, itu bukan alasan untuk menyekat orang lain melakukannya untuk bangsa mereka. Kita tidak boleh menyekat DAP atau mana-mana parti politik Cina bercakap mengenai kepentingan mereka. MCA, Gerakan dan SUPP pun parti Cina dan tidak pernah berhenti bercakap mengenai kepentingan Cina. Ada kita tengok Melayu atau India dalam MCA? Tidak ada tapi kita tidak pernah dengar UMNO kata MCA cauvinis Cina sedangkan kita tahu MCA lagi halus mainannya memusnahkan Melayu. Kalau anda orang Melayu, anda lebih senang berdepan dengan lawan yang terang-terang bercakap mengenai agenda mereka daripada mereka yang lihat dan bergerak secara senyap. DAP sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada bangsa Cina, tidak bercakap mengenai perkara-perkara yang mengaitkan kaum Cina merupakan political suicide. Bolehkah kita menyekat UMNO daripada tidak bercakap mengenai kepentingan Melayu? Untuk memisahkan diri kita daripada ke’bangsaan’nya adalah suatu yang mustahil. Tapi mengekalkan kebangsaannya satu hal, bersikap dan bertindak rasis satu hal yang lain. Kita semua setia kepada kebangsaannya kita, tapi sikap rasis mengandungi niat jahat dan kebencian yang tidak rasional. Niat jahat dan kebencian yang datang semata-mata hanya kita berbeza. DAP tahu ia kena evolve dan adapt. Species yang tidak evolve dan adapt akan ditelan zaman. Sebab realitinya ialah majoriti penduduk negara ini ialah Melayu. Mana-mana parti pun mesti memfaktorkan realiti ini dalam politik mereka. Oleh kerana DAP tidak mahu diidentifikasi sebagai parti satu kaum sahaja dan tidak mahu menjadi hanya pembangkang sampai akhir zaman, DAP terus evolve. Evolusinya melibatkan memfaktorkan kepentingan Melayu tetapi pemfaktoran ini tidak mengambil bentuk seperti yang dilakukan UMNO. The UMNO way bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah Melayu. Orang Melayu sendiri pun agak kurang yakin UMNO berdaya menyelesaikan masalah bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tidak percaya pada Umno – adakah mereka kurang Melayu? DAP sentiasa dituduh sebagai parti cauvinis Cina, anti Melayu dan anti Islam. Mengenai mempunyai ketrampilan Cina, kita tidak dapat nafikan sebab majoriti pemimpin dan ahlinya adalah bangsa Cina. Amat bodohlah orang atau parti Melayu mengharapkan parti DAP memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Bahkan janggal jika DAP pula yang ke hadapan memperjuangkan kepentingan Melayu.
Di masa hadapan orang tidak berjuang lagi mengikut kaum – hanya ada dua jenis kaum, kaum penindas dan kaum yang ditindas. Hari ini wujud pemimpin Melayu dalam parti Melayu yang menindas bangsa sendiri. Bukan sahaja orang Cina yang menentang, orang Melayu pun akan tentang. Suatu golongan Melayu menentang suatu golongan penindas Melayu bukanlah sesuatu yang janggal dalam sejarah orang Melayu. Bagaimana DAP evolve? Ia melakukan demikian dengan melihat masalah bukan dari sudut pertembungan kaum. UMNO tidak mahu atau agak lembab untuk evolve – ia terus melihat sesuatu masaalah dari sudut pertembungan kaum. Sebab itu UMNO terus menyebut sesuatu masaalah sebagai pertembungan antara Melayu dengan bukan Melayu –Melayu dengan Cina terutamanya. Orang Melayu mesti berani melihat sesuatu masalah bukan dari sudut perkauman. Orang Melayu tidak ada asas untuk takut kepada politik DAP. UMNO mesti evolve segera dengan merapatkan saf yang longgar demi kepentingan Melayu-Islam melalui pelbagai platform agar kekal relevan pada PRU 14 akan dating.....!!!
Politik Cina Malaysia Selepas 56 Tahun Merdeka......!!!???
Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap ‘secretive’ dan ‘subtle’ nya . Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal , ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang mengggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk. Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka diberi keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.
Masyarakat Cina wujud di Indonesia , Thai , Vietnam, Pacific Islands, USA , UK , Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik , ekonomi dan sosial. Sifat keCinaan yang tinggi sentiasa dikekalkan dalam bentuk budaya , demographic dan pertuturan. Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke Tanah Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi Tanah Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup. Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari Tanah besar China hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengeksploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura , Pulau Pinang , Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari Tanah Melayu ke Singapura dan diedar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina. Kepesatan monopoli perniagaaan di tanah melayu telah menyebabkan timbul perasaan ‘ a sense of power ‘ di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu dianggap sebagai malas, bodoh , tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh dimanipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu meng'ia'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi negatif ini sehingga sekarang. Kadang kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang dipersepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina mula bertambah konfiden dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina . Semua in telah memberi satu sense of autonomy dan power untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada sama ada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated . Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina diselesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan . Dari sinilah bermula politik ‘pressure group ‘ Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menhadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun, orang Cina dilayan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis.
Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun dipatahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaaan memerintah parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina , bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan negeri Cina , penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat di dalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.
Persoalannya timbul , mengapa orang Cina di Indonesia boleh diasimilisasi atau diintegrasiakan dalam masyarakat melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya , ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa diberi syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah sense of power. Di Indonesia , 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan .Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia , di zaman awal penghijrahan orang Cina , dilayan semacam hamba .Sikap White Power telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah ke negara lain. Politik orang Cina di Malaysia selepas 56 tahun mula daring dan adventurous. Desakan dari DAP , MCA, Gerakan, SUPP dsb telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina saperti kapal selam di laut. Kadang kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencaturkan politik mereka . Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga evolve politically dan ekonomically secara agressive . Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan melayu yang ada tetapi orang melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketaranya , kebangkitan Islam dan umat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka ‘wake up call’ untuk mengetahui kawan dan lawan serta untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukannya. Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai.
Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. Matmerapu bukan dan tidaklah bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengrauh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.
Masa Depan Politik Orang Melayu..........!!!!
Tidak seorang pun tahu tentang masa depan.Mungkin masa depan itu cerah.Mungkin masa depan itu gelap.Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali. Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan merancang masa depannya.Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah,gelap atau musnah sama sekali. Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi.Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.Realitinya terlalu banyak.....!!! Realiti Pertama : Politik ialah perjuangan.Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang.Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama.Apakah perjuangan orang Melayu sekarang? Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada bukan Melayu. Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin.Bila perjuangan mati orang Melayu mati. Realiti Kedua : Politik ialah Kuasa.Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa.Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan.Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu.Pagar sudah makan padi. Realiti Ketiga :
Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini.Sebelum mesyuarat agung pengikut ‘hot’ menyatakan si anu tidak ada guna.Bila mesyuarat agung, si anu menang juga.Ada pengikut yang boleh dibeli undinya.Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur.Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut.
Realiti Keempat : Politik di negara kita ialah pilihan raya.Dalam pilihan raya siapa dapat banyak undi dia menang.Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tak usahlah harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya.Realiti Kelima : Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar.Di bandar, bangsa lain yang berkuasa.Orang Melayu tidak laku.Pulau Pinang bukan orang Melayu punya.Ipoh bukan orang Melayu punya.Kuala Lumpur bukan orang Melayu punya.Gua Musang, Sik, Baling orang Melayu punya. Realiti Keenam : Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa.Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh.Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik.Mereka tidak mahu mengundi.Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan. Makin cerdik orang Melayu, makin bankrap bangsa Melayu.
Realiti Ketujuh : UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Ia mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru. Cabaran-cabaran baru memerlukan pemimpin-pemimpin baru.Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul.Tahun 1946 lain masalah.Tahun 1977 lain masalah.UMNO mesti faham kekuatan dan kelemahannya.Mana yang kuat dipertahankan. Mana yang lemah diganti. Realiti Kelapan : Kita banyak musuh dan lawan.Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita.Kita kaji strategi mereka.Kita kaji kelemahan mereka.Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka.Mana yang kita tidak tahu, kita cari.Politik ialah hidup.Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain.Orang lain memang berusaha membunuh kita.Dadah, dakwah rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu. Realiti Kesembilan : Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang.Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik.Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka.Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu.Mereka mesti sanggup berjuang.Dan paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup.Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang.Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap. Realiti Kesepuluh : Sebagai kesimpulan: Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.....!!!
Tuesday, 3 December 2013
Petronas: Pengunduran Tun Mahathir Timbul Tanda Tanya........!!!
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Najib hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung UMNO, menimbulkan tanda-tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara. Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitulah reaksi banyak pihak mengenainya. Dalam masa yang sama pengunduran Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara. Sebelum Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut? Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat. Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan. "Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Mahathir lagi. Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting. Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari. Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan? Dalam masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton. Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton? "Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," jelasnya. Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton. Ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam UMNO dan juga kerajaan, Mahathir juga berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam UMNO dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut. Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini. Namun demikian, apa pun alasan mengenai pengunduran Mahathir ini, persepsi orang ramai, terutama ahli UMNO terhadapnya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan Tun Dr Mahathir terus sihat, cergas dan panjang umurnya.
Monday, 2 December 2013
Elak 'Berperang' Dalam Media Sosial........!!!
Kehidupan kita pada zaman ini yang banyak bergantung kepada teknologi termasuklah dalam aspek pergaulan atau mualamat. Interaksi bersemuka yang sudah sebati dalam kehidupan kini diambil alih oleh teknologi jaringan sosial yang boleh dilakukan secara maya. Manusia di seluruh dunia sudah melewati tahap ketagihan penggunaan aplikasi seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp. Dalam keghairahan menggunakan aplikasi itu, kita wajar memelihara adab sopan di media sosial.
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa-apa yang dulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Setiap patah perkataan ditulis serta gambar dimuat naik dalam media sosial mencerminkan keperibadian seseorang individu. Apabila adab tidak dipelihara, maka timbullah kejadian seperti perang mulut di Facebook membabitkan serangan peribadi dan menjatuhkan air muka atau mengaibkan orang lain. Perkara negatif sebegini perlu dielakkan oleh sesiapa saja, khususnya orang Islam. Menjadi pengguna media sosial yang diberkati Allah SWT, kita seharusnya memiliki ciri muraqabah iaitu sentiasa beringat diri di bawah pengawasanNya. Ciri-ciri ini berkait rapat dengan ihsan iaitu kerendahan hati seorang manusia kepada Allah SWT (Pencipta-Nya) seolah-olah dia melihat Allah SWT. Jika dia tidak dapat melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya, penyembahannya dan mengetahui isi hatinya. Jiwa yang sering mengingati Allah dan menyedari kehadiran Allah SWT sepanjang masa akan menggerakkan pemikiran serta hati seorang manusia supaya sentiasa berkelakuan positif walaupun ketika ketiadaan manusia di sekelilingnya. Satu kisah teladan yang berlaku pada zaman Saidina Umar al-Khattab harus dijadikan pengajaran umat Islam hari ini supaya dapat mempertingkatkan rasa ihsan dalam kehidupan. Satu hari, Saidina Umar melalui sebuah perkampungan dan menjumpai seorang anak kecil mengembala ternakan. Saidina Umar bertanya kanak-kanak itu jika dia dapat menjualkan ternakan itu kepadanya. Lalu anak kecil itu menjawab: “Di manakah Allah, tidakkah Dia melihat?” Soalan anak kecil ini sungguhpun ringkas, tetapi membuatkan Saidina Umar menitiskan air mata. Anak kecil itu mempunyai iman yang kuat dan yakin adanya Allah yang sedang memerhatikannya. Dialog antara Saidina Umar dan kanak-kanak pengembala itu adalah gambaran yang sesuai dijadikan kayu ukur sifat muraqabah dalam diri kita. Perasaan kehadiran Allah SWT sebagai pemantau amal perbuatan akan timbul hanya selepas kita merenungi tanda kekuasaan Allah SWT. Perkara utama yang perlu direnungi ialah kejadian diri kita selaku manusia. Dalam isu penggunaan media sosial, tubuh badan yang terbabit ialah mata dan tangan. Mata digunakan untuk membaca maklumat atau menonton bahan multimedia yang dihantar menerusi media sosial. Tangan pula memainkan peranan untuk kita menulis sesuatu yang ingin dikongsikan bagi tatapan rakan media sosial. Memandangkan dua anggota badan ini besar peranannya dalam penggunaan media sosial, kita harus mengelak menyalahgunakan nikmat Allah SWT. Jangan menulis kata-kata lucah atau menonton video lucah atau apa jua yang bercanggah dengan syariat. Bagi menguatkan sifat muraqabah dalam diri, cubalah renungi firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, sementara tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa-apa yang dulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin, ayat 65). Justeru, didiklah jiwa dan nafsu supaya jangan alpa dengan seksaan pedih yang bakal menanti di akhirat kelak bagi tubuh badan yang mengkhianati amanah Allah. Renungkan dan fikirkanlah bagi mengelak 'berperang' dalam media social......!!!
19 Rayuan Petisyen Pilihan Raya Belum Selesai........!!!
Mahkamah Persekutuan memberi masa hingga 12 Dis untuk BN dan parti pembangkang memutuskan sama ada mereka mencapai penyelesaian berhubung 19 rayuan petisyen pilihan raya. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga anggota terdiri daripada hakim-hakim Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Seri Abu Samah Nordin berkata jika pihak-pihak berkenaan tidak mencapai penyelesaian, mahkamah akan mendengar rayuan pada hari tersebut. Terdahulu, peguam R.Sivarasa yang mewakili petisyen PKR memberitahu mahkamah bahawa belum ada penyelesaian dicapai tetapi pihak-pihak terlibat mencapai beberapa kemajuan dalam hal itu. “Parti-parti berkenaan juga memerlukan lebih banyak masa untuk membincangkan penyelesaian,” kata beliau. Peguam BN, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata mereka optimistik penyelsaian akan dicapai. Mahkamah pada mulanya menetapkan 2 Dis 2013 bagi pengurusan kes untuk parti-parti terlibat menyampaikan maklumat kemas kini tentang penyelesaian berhubung 19 petisyen pilihan raya itu dari seluruh negara.
Rayuan itu antara lain melibatkan kawasan parlimen Machang, Ketereh, Batu, Lembah Pantai, Bagan Datoh, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Titiwangsa, sementara kawasan negeri ialah Selising, Selama dan Manong. Semua petisyen itu ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya dengan kos berikutan bantahan awal atas sebab tidak mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Pemohon merayu ke Mahkamah Persekutuan untuk memulihkan kembali petisyen mereka dan membawa semula ke Mahkamah Pilihan Raya bagi penentuan merit, menerusi perbicaraan penuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)